Inilah sebab utama munculnya jerawat itu. Jerawat Tumbuh Tiba-Tiba, Jangan Stres Nah 3 Cara Hilangkannya Dengan Cepat. Kesemua bahan ini boleh saja di capai dan jumpa di dalam dapur kita. Apa tunggu lagi jom cuba!
Sebiji Lemon
Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya amat banyak fungsinya. Salah satunya adalah menghilangkan jerawat di muka. Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Bukan itu sahaja, malah lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam. Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas bersih.
Cuka Epal
Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakkan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat. Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati. Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat. Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.
Ads
Kunyit Hidup & Garam
Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup dan kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar. Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering. Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering. Hasilnya jerawat akan terus kecut.
Tip Cerahkan Kulit Muka Dengan Pantas
Selepas jerawat makin pulih, jika ada banyak masa di kampung halaman, ada baiknya anda cuba petua cerahkan kulit muka pula. Petua guna bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi.
Penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya.
Ads
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
Ads
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah. Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah.
Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat. Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
DARI MANA DATANGNYA SAYANG, DARI MATA TURUN KE HATI. NAMUN, BAGI INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI MATA YANG SEMPURNA SEPERTI JULING, IA AKAN MENJEJASKAN IMEJ DAN KEYAKINAN DIRI MEREKA.
Kerap kali, mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain kerana berasa rendah diri. Malah, kajian telah membuktikan bahawa mata juling menyukarkan seseorang bertemu jodoh dan menjejaskan peluang pekerjaan.
Dengan penglihatan normal, kedua-dua mata akan menuju satu titik atau objek yang menjadi pusat perhatian. Kemudian otak menyatukan kedua-dua imej yang terbentuk dari setiap mata menjadi satu bayangan tunggal tiga dimensi. Imej tiga dimensi inilah yang memberikan kita persepsi kedalaman.
Juling atau istilah perubatannya strabismus adalah efek penglihatan di mana kedua-dua mata tidak terarah pada satu objek yang menjadi pusat perhatian.
Satu mata (kadangkala kedua-duanya sekali) boleh tertumpu pada satu objek sedangkan mata yang lain juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.
Juling sama ada boleh menjadi sesuatu yang kekal atau dapat juga tenggelam timbul di mana mata yang juling kelihatan lurus dan yang tadinya tampak lurus kelihatan juling.
Di kalangan kanak-kanak, juling bukan sahaja berubah-ubah dari hari ke hari tetapi keadaannya boleh berubah-ubah dalam masa sehari sahaja.
Juling tidak memilih jantina, ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Juling juga dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun ia tetap boleh terjadi walau tidak ada riwayat keluarga juling.
Apabila salah satu mata juling, dua gambar yang berbeza akan dikirim ke otak. Pada anak-anak usia muda, otak belajar mengabaikan bayangan dari mata yang juling dan hanya melihat satu bayangan dari mata yang lurus atau mata yang melihat lebih baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut kehilangan kedalaman persepsinya.
Sementara itu, orang dewasa yang mengalami juling sering mengeluh penglihatannya menjadi berganda kerana otaknya sudah terlatih untuk menerima imej dari kedua-dua mata dan tidak dapat mengabaikan bayangan dari mata yang juling.
MATA MALAS
Penglihatan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang baik apabila kedua-dua matanya dalam posisi normal. Juling mampu mencetuskan ambliopia (mata malas), iaitu penglihatan yang tidak sempurna pada mata yang juling.
Otak akan mengutamakan imej yang datang dari mata yang lebih baik dan mengabaikan bayangan dari mata yang lebih lemah atau mata yang ambliopia. Hal ini terjadi pada hampir 50 peratus kanak-kanak yang juling.
Ambliopia dapat diatasi dengan menutup mata yang lebih baik dan memaksa mata yang lebih lemah agar penglihatan menjadi lebih baik.
Apabila terapi dilakukan pada kanak-kanak pada usia yang sudah agak lewat, mata malas umumnya menjadi kekal. Justeru, lebih awal ambliopia dirawat, penglihatan akan menjadi lebih baik.
PENYEBAB JULING
Enam otot mata yang mengawal pergerakan bola mata melekat pada bahagian luar mata. Pada setiap mata, dua otot menggerakkan ke kanan dan ke kiri. Empat otot lainnya menggerakkan ke atas, ke bawah dan berpusing.
Agar kedua-dua mata lurus dan dapat menumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian, semua otot pada setiap mata harus seimbang dan bekerja secara bersama-sama.
Agar kedua-dua mata bergerak bersama-sama, semua otot pada kedua-dua mata harus diselaraskan dengan baik. Otot-otot mata ini dikawal oleh otak.
Juling lazim ditemui pada kanak-kanak dengan kelainan pada otak seperti palsi serebral, sindrom down, hidrosefalus, tumor otak dan anak yang lahir tidak cukup bulan.
Katarak atau trauma yang menjejaskan penglihatan juga boleh menyebabkan strabismus. Namun banyak juga kanak-kanak yang bermata juling tidak mempunyai kelainan-kelainan tersebut.
GEJALA STRABISMUS
Tanda utama juling adalah mata yang tidak lurus di mana apabila satu mata terfokus pada satu objek, mata yang lain tertuju pada objek yang lain pula.
Kadang-kadang, anak dengan strabismus akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PSEUDOSTRABISMUS?
Mata bayi sering terlihat seakan-akan juling, padahal sebenarnya tidak juling. Keadaan ini yang disebut pseudostrabismus atau juling palsu.
Bayi baru lahir, sering mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit pada bahagian kelopak dekat hidung yang kelihatan seolah-olah juling.
Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya dengan bertambahnya usia dan perkembangan bayi. Bayi atau anak seperti ini tidak akan membesar menjadi benar-benar juling di kemudian hari.
Seorang pakar mata biasanya dapat menjelaskan kepada pesakitnya perbezaan di antara juling dengan pseudostrabismus.
JENIS-JENIS JULING YANG KERAP DITEMUI
* Esotropia kongenital di mana mata juling ke dalam yang bermula dari usia bayi kurang enam bulan. Bayi seperti ini tidak dapat menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama. Pada kebanyakan kes, pembedahan awal diperlukan untuk meluruskan matanya
* Esotropia akomodatif merupakan bentuk esotropia (juling ke dalam) yang biasa ditemui pada kanak-kanak berusia dua tahun atau lebih besar. Pada jenis juling seperti ini, apabila kanak-kanak memfokuskan matanya untuk dapat melihat jelas, mata akan tampak juling ke dalam. Juling ini berlaku semasa melihat jauh saja, melihat dekat saja atau kedua-duanya
* Eksotropia atau juling keluar merupakan bentuk lain juling yang juga sering ditemui. Bentuk juling ini paling sering terjadi ketika anak memandang objek yang jauh.
Eksotropia hanya muncul sekali sekala terutama bila anak dalam keadaan lelah, sakit atau mengelamun. Orang tua sering memperhatikan anaknya juling keluar saat berada pada matahari terik.
Walaupun kaca mata, latihan atau prisma dapat mengurangi atau membantu mengawal juling di kalangan sesetengah kanak-kanak, namun dalam kebanyakan kes, pembedahan mungkin diperlukan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS JULING
Strabismus dapat didiagnosis melalui pemeriksaan mata. Adalah disarankan agar kanak-kanak berusia di antara tiga hingga tiga setengah tahun menjalani pemeriksaan mata oleh pakar kanak-kanak, doktor atau mereka yang terlatih untuk memeriksa penglihatan anak prasekolah.
Apabila ada kanak-kanak yang gagal dalam ujian pemeriksaan ketajaman penglihatan, mereka akan dirujuk ke pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.
Jika terdapat riwayat keluarga strabismus atau ambliopia, atau riwayat keluarga menggunakan kaca mata tebal, seorang pakar mata akan melakukan pemeriksaan penglihatan walaupun usianya kurang dari tiga tahun.
Sekiranya memang kanak-kanak tersebut kejulingannya nampak jelas sejak usia kurang dari enam bulan, ibu bapa perlu membawanya berjumpa doktor seawal yang boleh.
Setelah pemeriksaan mata lengkap, pakar mata akan mencadangkan terapi yang sesuai. Dalam beberapa kes, pemakaian kaca mata dapat meluruskan kedudukan bola mata.
Terapi lain berupa prosedur pembedahan untuk menyeimbangkan otot-otot yang tidak seimbang atau surgeri katarak apabila terdapat katarak.
Selalunya, menutup sebelah mata yang dominan untuk mengatasi ambliopia, diperlukan.
RAWATAN
Juling tidak akan pulih dengan sendirinya. Rawatan untuk meluruskan mata diperlukan. Jenis-jenis rawatan mungkin digunakan secara sendirian atau bergabung, bergantung kepada jenis juling dan penyebabnya.
* Biasanya kaca mata akan dipreskripsi untuk meningkatkan tumpuan dan mengarahkan garisan penglihatan, membolehkan mata menjadi lurus
* Ubat-ubatan dalam bentuk titisan mata atau sapuan mungkin juga digunakan dengan atau tanpa kaca mata. Ubat suntikan mungkin digunakan untuk melemahkan secara berpilih, otot-otot mata yang terlampau aktif
* Pembedahan akan dilakukan pada otot mata untuk meluruskan mata setelah pendekatan tanpa bedah tidak berjaya
* Latihan atau senaman mata berguna sama ada sebelum atau selepas surgeri.
BAGAIMANA PEMBEDAHAN JULING DILAKUKAN
Apa pun jenis pembedahan mata, bola mata tidak akan dikeluarkan dari soketnya. Pakar mata akan membuat hirisan pada selaput putih mata untuk dapat mencapai otot penggerak bola mata.
Otot mata kemudian dilepaskan dari lekatannya dan dipindahkan (lekatannya) pada tempat yang diinginkan sesuai dengan arah juling bola mata. Atau, otot-otot dipotong sedikit sesuai keperluan kemudian dilekatkan lagi pada tempat perlekatan semula.
Pembedahan strabismus dapat dilakukan pada satu atau kedua-dua mata sekali gus bergantung jenis dan besarnya juling. Surgeri umumnya dilakukan dengan bius umum, terutama pada kanak-kanak.
Surgeri biasanya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar sahaja. Waktu pemulihan juga adalah cepat. Kanak-kanak biasanya dapat kembali melakukan aktiviti normal dalam masa beberapa hari sahaja.
Setelah pembedahan, kaca mata mungkin masih diperlukan. Dalam beberapa kes, pembedahan lebih dari satu kali mungkin diperlukan untuk menjaga mata agar tetap lurus.
KESAN SAMPINGAN SURGERI
Seperti juga pembedahan lainnya, surgeri strabismus juga ada risiko termasuklah infeksi, perdarahan, jaringan parut yang berlebihan dan walaupun amat jarang terjadi, gangguan penglihatan.
Pembedahan juling umumnya merupakan cara yang efektif untuk mengatasi masalah juling. Di samping itu, tambahan kaca mata dan terapi ambliopia tidak kurang pentingnya.
SUMBER : UTUSAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN percaya ramai di atara anda berdepan dengan masalah tidur yang tidak menentu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Secara asasnya semakin kurang tenaga kita digunakan sehari-hari maka badan akan jadi kurang penat. Dan jika ia berlaku maka waktu tidur boleh terjejas kerana badan anda berdepan dengan kondisi yang sudah lari dari rutin biasa ketika hari bekerja.
Ditambah pula jika anda amalkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan minuman soda. Hal ini akan jadi lebih ketara di kalangan mereka yang kurang bersenam. Disebabkan itulah MASKULIN sentiasa menyarankan untuk melakukan senaman walaupun dalam tempoh PKP dan berada di rumah.
Jadi buat anda yang berdepan masalah ini akan mempunyai masalah tidur yang kurang berkualiti.
Jika anda ada simptom yang MASKULIN nyataka di bawah, usahlah biarkan berterusan. Lakuan sesuatu mulai hari ini!
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna kamu kurang tidur. Maka dengan itu korang harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Jika beada di dalam kuliah susah nak beri fokus kepada pensayarah. Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang!
Setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm di-set. Jika mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang anda ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
Oleh kerana mengantuk anda pasti mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang kamu ambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.
Ini petunjuk jelas yang kamu kurang tidur. Jika badan sudah penat memang anda tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah seorang lelaki yang sihat minda dan fizikal memerlukan tidur yang cemerlang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seseorang yang sentiasa aktif dalam aktiviti kecergasan semestinya anda memerlukan bantuan dari pelbagai jenis barangan dan alat bantu senaman bagi melancarkan rutin anda.
Selain memberikan keselesaan kelengkapan pakaian, kasut dan alat bantu senaman yang lain boleh menghindarkan anda dari berdepan dengan segala macam kecederaan. Salah satu jenama yang sentiasa utuh memperkenalkan pelbagai variasi produk berkualiti, adidas sentiasa memetingkan kepuasan pelanggannya.
Dari sinilah munculnya inisiatif adiClub yang dilancarkan oleh adidas bagi memberikan pengalaman pengguna yang lebih meluas. Selain pelbagai tawaran dan diskaun menarik, adiClub juga hadir dengan objektif memberikan pelbagai kelebihan kepada ahlinya seperti akses awal dan juga jemputan ke acara eksklusif untuk ahli adiClub.
Lebih menarik adiClub diperkenalkan dengan empat peringkat berbeza dari Level 1 hingga Level 4. Semakin tinggi peringkat keahlian semakin banyak kelebihan yang boleh dinikmati oleh ahlinya.
Menurut adidas, setiap penyertaan akan secara otomatik mendapat 50 mata, profile lengkap 50 mata dan mata bonus hari lahir pula sebanyak 500 mata.
Bagi setiap pembelian mana-mana produk adidas melayakkan ahli adiClub mendapat 4 mata untuk setiap RM10 yang dibelanjakan. Sebagai galakan, adidas turut menawarkan baucar 15% kepada ahli baharu yang mendaftar menerusi laman sesawang atau aplikasi Adidas.
Setiap tahun adidas melancarkan acara untuk adiClub sahaja yang dikenali sebagai adiClub Members Week. Lebih menarik tahun ini menyaksikan penganjurannya yang pertama dan bermula dari 27 April sehingga 7 Mei 2023.
adiClub Members Week merupakan acara ahli dwi-tahunan yang direka untuk meraikan, memberi ganjaran dan memberi inspirasi kepada ahli adiClub kerana membuka kunci jenama terbaik dengan kandungan yang bernilai dan bermotivasi, pengalaman unik, akses eksklusif atau awal kepada produk dan peluang produk diskaun.
Meraikan penganjuran yang pertamanya, adidas memperkenalkan beberapa aktiviti menarik.
Di antara yang pastinya menarik perhatian ialah cabaran larian yang boleh disertai dan diaktifkan oleh ahli adiClub menerusi adidas Running app.
Ia merupakan cabaran larian di mana pelari akan cuba bersaing dengan kepantasan atlet profesional, Tamari Davis. Buat anda yang aktif berlari dan berminat menyahut cabaran ini bolehlah mendaftarkan diri di adidas Running App bermula 21 April 2023.
Cabaran ini akan berlangsung selama seminggu iaitu 27 April hingga 4 Mei 2023. Mana-mana peserta yang berjaya melengkapkan kesemua cabaran boleh menyerahkan bukti menerusi aplikasi tersebut kepada staf adidas Brand Center, Pavilion KL untuk mendapatkan hadiah istimewa.
Selain cabaran larian, adiClub Members Week turut menawarkan Customisation Kit istimewa. Kit ini yang hadir dalam bentuk kotak kasut dipenuhi dengan Makerlab Members Week yang eksklusif.
Bagi layak untuk mendapatkan kit ini ahli adiClub perlu berbelanja dengan minimum sebanyak RM850 untuk produk kasut atau footwear sahaja di outlet adidas terpilih seperti di Brand Center Sunway Pyramid, adidas Brand Center Pavilion Kuala Lumpur dan adidas Sneaker Collect KLCC.
Penebusan kit ini boleh dilakukan bermula 27 April sehingga 7 Mei 2023 sementara stok masih ada.
Dan aktiviti terakhir yang tidak kurang menariknya ialah sesi latihan kecergasan melibatkan aktiviti seperti tinju, kickboxing dan juga circuit training.
Bersempena adiClub Members Week, adidas Malaysia bekerjasama dengan TRIBE Boxing Studio untuk menganjurkan pelbagai kelas senaman berkisarkan tinju. Aktiviti dikenali sebagai ‘Joy of Movement’ akan berlangsung pada Sabtu, 29 April 2023.
Jika berminat untuk turut serta dalam mana-mana aktiviti di atas anda bolehlah mendaftar dengan segera. Jangan lupa juga untuk dapatkan update terkini dari adidas Malaysia menerusi Instagram mereka, @adidasMY.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang