Jika anda penggemar filem dan merupakan seorang kaki wayang pastinya anda tahu tentang filem terbaru arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof yang berjudul ‘Misteri Dilaila’.
Sehingga kini ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton dan telah menjadi bualan terutamanya di laman media sosial. Penonton-penonton yang telah menyaksikan filem ini berkongsi rasa terkejut dan teruja mereka apabila mendapati filem misteri lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Ads
Ia menjadi bualan hangat warganet kerana dikatakan mempunyai dua babak akhir yang berbeza. Perkara ini juga disahkan oleh pihak panggung wayang seperti Cathay Cineplex dan MBO Cinemas yang mengeluarkan notis tentang perkara ini di pawagam mereka.
Foto: Twitter @filmdocs
Ads
Dipercayai ‘Misteri Dilaila’ merupakan filem tempatan yang pertama berani memperkenalkan pendekatan seperti ini.
Ads
Ia merupakan satu langkah berani yang dilakukan oleh pembikin filem tempatan dan melihatkan reaksi daripada warganet, ternyata gimik ini agak menjadi.
Adakah anda sudah menonton filem ini? Jika ya, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan?
KANDUNGAN NUTRISI ANTARA KUNING TELUR VS PUTIH TELUR
Ini adalah perkongsian dari Blog Tengku Asmadi mengenai kebaikan dan kekurangan telur kuning terhadap kesihatan. Adakah anda seorang yang gemar menikmati telur kuning dalam setiap hidangan anda? Sila baca dan share perkongsian sihat ini.
Sekiranya anda hanya makan putih telur, anda akan kekurangan sebahagian besar daripada nutrien telur. Berikut merupakan nutrien yang terkandung hanya dalam kuning telur:
NUTIREN TAMBAHAN YANG TERKANDUNG DALAM KUNING TELUR
Kuning telur bagi sebiji telur mengandungi kira-kira 1.5 hingga 2 gram protein. Kuning telur merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semula jadi. Jika anda mementingkan protein, putih telur merupakan makanan yang terbaik. Anda boleh membeli telur baik dalam bentuk yang separa pecah dan juga yang telah dipasturkan dalam karton seperti yang dijual di kedai runcit.
Ada orang yang meletakkan telur mentah ke dalam smoothies. Putih telur pula mengandungi kira-kira 4 hingga 4.5 g protein dan hanya sekitar 17 kalori. Ia menjadikan putih telur ini sebahagian daripada makanan yang menyihatkan. Sungguhpun begitu, gabungan antara putih dan kuning telur menjadikan sebiji telur itu sebagai sumber nutrisi yang lengkap.
KUNING TELUR DAN KOLESTEROL
Anda mungkin pernah mendengar bahawa kuning telur mengandungi kolestrol yang tinggi Ianya benar. Kuning telur daripada sebiji telur yang besar mengandungi kira-kira 185 mg kolestrol. Bagi mereka yang tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan kadang kala disarankan untuk mengambil tidak lebih daripada 300 mg kolestrol sehari.
Namun, bagi mereka yang menghidapi masalah seperti diabetes atau penyakit jantung, kadang kala disarankan untuk mengehadkan pengambilan harian kolestrol mereka supaya tidak lebih daripada 200 mg.
Kajian terkini mendapati bahawa kolesterol ang ada dalam badan kita sebenarnya dihasilkan oleh hati dan bukannya datang daripada kolestrol yang kita makan. Sebenarnya, lemak tepu dan lemak trans dalam diet kita yang meningkatkan paras kolestrol kita.
Kajian yang telah dilakukan beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengubah kepercayaan lama yang mengatakan bahawa lemak tepu boleh menyebabkan masalah kardiovaskular bertambah teruk. Para doktor juga tidak menyarankan untuk kita menggantikan lemak tepu dengan karbohidrat proses dan karbohidrat kurang serat kerana hal ini akan lebih menyebabkan keadaan bertambah teruk.
Memandangkan sebiji telur yang besar mengandungi kira-kira 5 g lemak, kurang daripada 2 g dariapda kandungannya adalah dalam bentuk lemak tepu. Secara umumnya, kuning membekalkan kurang daripada 10% daripada jumlah peratusan lemak harian anda yang dicadangkan.
Sesetengah pakar percaya bahawa kebanyakan orang boleh mengambil makan sebiji telur tanpa perlu meningkatkan risiko mereka kepada serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain seperti angin ahmar. Sekiranya anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes, anda masih lagi boleh makan kuning telur ini namun anda perlu mengehadkan hanya sebanyak tiga biji seminggu sebagaimana menurut the Harvard School of Public Health.
Satu sebab mengapa anda perlu mengehadkan pengambilan kuning telur ialah disebabkan oleh kandungan choline yang ada di dalamnya. Ia boleh meningkatkan kandungan bahan trimethylamine N-oxide (TMAO) yang mana diikuti dengan penyakit kanser, kerintangan insulin, penyakit kardiovaskular, angin ahmar dan penyakit buah pinggang.
Memandangkan kajian berkenaan TMAO kian rancak dilakukan, kajian lain menunjukkan bahawa mereka yang menghidapi diabetes, makan banyak telur kira-kira enam biji telur seminggu tidak memberikan kesan kepada kandungan gula dalam darah bahkan boleh mengurangkan ukur lilit pinggang anda. Anda juga boleh campurkan kedua-dua kuning dan putih telur yang mana anda akan dapat menikmati kebaikan khasiat telur yang menyeluruh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin rata-rata daripada anda pernah menjadi ahli pengakap sama ada ketika di bangku sekolah atau pun di peringkat pengajian tinggi. Ia merupakan satu badan beruniform yang mempunyai tempat cukup istimewa di hati ramai ahlinya di seluruh negara.
Tidak dinafikan juga ramai yang mungkin ada kenangan cukup manis mengikuti segala macam aktiviti seperti jambori yang cukup sinonim dengan pengakap. Imej pengakap dengan pakaian seragamnya pasti tersergam di minda masing-masing.
Namun selepas 63 tahun, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kini memperkenalkan pakaian seragam baharu. Ia dikatakan lebih segar sejajar dengan perkembangan dunia kepengakapan moden pada era ini.
Menurut Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, pakaian seragam yang terdiri daripada baju berwarna ‘emerald sea’ dan seluar berwarna ‘aspen green’ disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu.
Keputusan menukar pakaian seragam adalah satu langkah yang efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda.
Selain itu ia juga dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran.
“PPM sentiasa proaktif dalam memastikan pergerakan kepengakapan negara terus bergerak selari dengan peredaran zaman. Sejak diasaskan di negara ini pada tahun 1908, pergerakan kepengakapan melalui pelbagai fasa evolusi dan perubahan bagi memastikan ia terus relevan dan dinamik dalam melahirkan pemimpin masa depan negara.
“Selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu, PPM dengan sukacitanya mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar dan moden yang dinamakan Pakaian Seragam Pengakap No. 3.
“Selain memberikan wajah baharu kepada pergerakan pengakap, langkah ini juga menjadi mekanisme baharu yang penting dalam usaha kita untuk mengawal dan membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa.
“Ini adalah langkah proaktif yang diambil untuk memastikan imej dan integriti pergerakan ini sentiasa terpelihara dengan sebaik-baiknya. Terima kasih saya ucapkan kepada Seri Pertiwi yang turut sama bertungkus-lumus dalam memberikan input untuk pertukaran pakaian seragam ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia baru-baru ini.
PPM akan memberi kelonggaran kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu secara berperingkat.
“PPM ingin menekankan bahawa pelaksanaan pertukaran pakaian seragam ini tidak akan membebankan ibu bapa atau ahli. Proses ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan pakaian seragam lama masih boleh digunakan dalam tempoh peralihan iaitu tiga tahun lagi.
“Tiada paksaan kepada mana-mana ahli untuk menukar pakaian seragam mereka. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka boleh memakai skarf untuk menyertai sebarang aktiviti
“Penggunaan warna kelabu sebelum ini didapati menimbulkan permasalahan, terutamanya dalam mendapatkan tona yang konsisten. Dengan warna baharu yang dipilih, ia diharapkan dapat menyediakan penyelesaian yang lebih praktikal dengan pakaian yang lebih seragam secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, PPM berharap pertukaran pakaian seragam baharu dapat menarik lebih ramai ahli baharu sekali gus mempertingkatkan pertumbuhan keahlian.
“Ia adalah satu pencapaian besar yang menunjukkan PPM sedang memasuki fasa baharu. Kita sepatutnya berbangga kerana berjaya merealisasikan usaha penyegaran jenama pengakap ke arah sebuah pergerakan yang lebih berketrampilan dan moden selaras dengan misi dan misi Pengakap Dunia.
“Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menghargai dan memelihara pakaian seragam ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berhati-hati apabila bergurau di hadapan kamera, demikian pesanan Ryan Bakery selaku pempengaruh media sosial.
Apabila bergurau sesama rakan terdekat, warga maya yang tidak mengenali kita secara peribadi mungkin akan tersalah faham dengan gurauan itu apabila ianya menjadi tular.
“Kita melawak dengan kawan, kita tahu tahap (gurauan) kita dengan kawan, best friend kita macam mana, kan?” kata Ryan ketika ditemui Maskulin.
Ryan berpesan sedemikian mengambil pengajaran dari kesilapannya sendiri suatu ketika dahulu, yang dia anggap sebagai salah satu kenangan terburuknya.
“Waktu saya kahwin, saya melawak dengan sahabat-sahabat saya. Video itu cuma silapnya pergi post,” jelas Ryan.