Datuk Awie, vokalis kumpulan Wings yang terkenal, merancang untuk mengabadikan kenangan manis perjalanan solonya melalui sebuah konsert berskala besar.
Setelah meninggalkan Wings seketika pada tahun 1993 dan menempuh perjalanan solo yang, Awie kini bersedia untuk menutup tirai kerjaya solonya yang telah berlangsung selama tiga dekad dengan persembahan istimewa yang dinamakan “Journey”, demikian lapor Berita Harian.
“Selepas berbincang dan mendapat restu daripada anggota Wings, saya putuskan bahawa ‘Journey’ akan menjadi konsert solo terakhir saya,” ujar Awie. “Bersama Wings, kami masih merancang untuk aktif selama sembilan tahun lagi sebelum berehat. Namun, untuk kerjaya solo saya, konsert di Malaysia dan Singapura ini akan menjadi yang terakhir kerana saya mahu berehat.”
Konsert ini akan menjadi alternatif kepada peminat setia Awie sementara menantikan persembahan langsung Wings yang seterusnya. “Wings akan mencecah usia empat dekad tahun depan, jadi kami perlu tangguhkan sebarang projek hingga saat itu. Oleh itu, saya ambil kesempatan ini untuk tampil dengan konsert solo,” jelasnya.
Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, menyatakan bahawa konsert ini akan bersifat peribadi dan memaparkan tiga dekad perjalanan kerjaya seninya sebagai penyanyi solo. “Perjalanan kerjaya solo saya sudah masuk 30 tahun. Sepanjang tempoh itu, banyak kisah telah berlaku. Jadi, saya sudah tetapkan satu cerita untuk konsert ini. Ia tidak akan menjadi konsert biasa tetapi luar biasa,” katanya.
Ads
Konsert Journey akan menampilkan konsep monolog dan teaterikal, yang menjadi tanda dagang Awie selama ini. “Konsert itu akan menggabungkan elemen drama, monolog, dan teaterikal. Konsep kali ini memang menarik dan saya percaya peminat akan suka. Saya akan memilih lagu-lagu solo dan lagu Wings yang sesuai untuk dipersembahkan pada malam itu,” katanya lagi.
Penceritaan konsert ini bermula pada tahun 1985, ketika Awie mula-mula menceburi bidang seni, dan akan memaparkan pelbagai kejadian sepanjang kariernya. “Apa sahaja kejadian yang berlaku akan saya paparkan di layar lebar LED dan di pentas. Mungkin akan ada pelakon yang diundang untuk membawa watak-watak yang wujud sepanjang perjalanan karier saya,” tambahnya.
Konsert Journey akan dipentaskan di dua lokasi: di Star Theatre, Singapura pada 27 Julai dan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Ogos depan.
Konsert Journey bukan sahaja menandakan berakhirnya perjalanan solo Awie, tetapi juga satu penghormatan kepada legasi seninya yang telah memberi impak besar kepada industri muzik Malaysia. Peminat setia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan terakhir yang penuh emosi dan kenangan ini.
Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) di Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila Obor dibawa ke puncak Gunung Kinabalu.
Gimik siri Larian Obor KL2017 itu menjadi lebih bermakna apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut menyertai pendakian tersebut
Turut bersama Khairy adalah 23 pendaki lain termasuk para Ikon Ranau iaitu Juara Kinabalu Climbathon 2016, Safrey Sumping serta dua jurupandu pendaki yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 2015, Junaydie Sihan dan Jomius Binte.
Kumpulan pendaki juga turut disertai oleh dua orang awam yang dipilih melalui cabutan bertuah iaitu Mark Jinmin dan Muhammad Nadzrul Faiz bin Nazli. Acara gimik di Gunung Kinabalu merupakan antara tarikan unik di dalam siri Larian Obor KL2017 kerana buat julung kalinya, larian ini mencipta rekod tersendiri apabila Obor dibawa naik menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Larian Obor KL2017 di Sabah menjelajah beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang. Secara keseluruhannya, jarak Larian Obor KL2017 di Negeri Di Bawah Bayu ini adalah sejauh lebih 30 kilometer dan berakhir pada 8 Jun 2017.
Percaya atau tidak, golongan suami pun tidak keruan apabila isterinya mengandung, Rasa pedih ulu hati, kepenatan dan tidak boleh tidur malam itu adalah perkara biasa.
2.Muntah-muntah
Ada sesetengah suami pun ikut sama apabila isterinya muntah-muntah. Relaks brader. Ini mungkin disebabkan stres.
3. ‘Mood swings’
Jika untuk isteri, ‘mood swings’ ini selalunya datang menjengah antara minggu keenam dan kesepuluh kehamilan disebabkan hormon, ‘mood swings’ suami pula selalunya datang apabila dia stres.
4. Hubungan intim
Perubahan pada tubuh isteri ketika kehamilan boleh memberi beberapa kesan kepada suami. Ada yang menerima baik dan teruja dengan perubahan-perubahan sementara ini, tapi ada juga yang sedikit takut-takut. Mungkin kerana perubahan tubuh isteri itu mengingatkan anda kepada tanggungjawab yang makin besar kelak.
5: Pertambahan berat
Ada kemungkinan disebabkan anda selalu teman isteri anda makan, atau mungkin juga jika anda sedang stres, hormon badan anda tidak pada kadar normal dan menyebabkan badan anda menyangka anda sedang lapar walaupun anda sebenarnya tidak.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdiam diri kerana malu atau terus diseksa secara fizikal mahupun mental? Itulah yang terlintas di benak fikiran segelintir lelaki yang mengalami trauma akibat didera oleh isteri mahupun teman wanita sendiri.
Fakta yang dikeluarkan dan lebih mengejutkan hampir 40 peratus daripada kaum lelaki menjadi mangsa penderaan domestik di United Kingdom dan lebih 4000 lelaki di Taiwan mendapatkan pertolongan akibat didera sang isteri sejak 2009.
Dayus? atau terlalu sayang menjadi tanda tanya terhadap permasalahan ini. Ketahui beberapa punca perkara ini terjadi tanpa kita sedar, tetapi sebenarnya meruncing.
1.Konflik kewangan
Isteri lebih dominan dalam keluarga dan memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami adalah punca utama masalah ini terjadi. Tekanan kewangan yang timbul ini adalah punca utama keganasan rumah tangga terhadap lelaki.
Kajian telah menunjukkan kekerapan lelaki yang diserang wanita kira-kira sama dengan lelaki menyerang wanita. Walaupun lelaki cenderung menyebabkan kecederaan yang lebih, namun wanita juga boleh melakukannya dengan kemungkinan menggunakan senjata seperti pisau, kasut tumit tinggi dan paku yang tajam. Wanita mungkin melihat pasangan yang berpendapatan kurang daripada mereka sebagai “tidak berguna” dan akhirnya mengakibatkan mereka didera.
Lelaki yang didera pula keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa kerana takut dianggap pengecut serta masyarakat juga telah dididik bahawa adalah salah memukul wanita, jadi mereka tidak membalas.
2.Agresif dan berani
Ramai wanita hari ini pantang dicabar. Terlalu mengamalkan prinsip mampu hidup tanpa lelaki serta boleh melakukan semua perkara tanpa bantuan seorang yang bernama lelaki membuatkan ramai wanita bertindak agresif dan ganas. Ego wanita juga tidak kurang hebatnya, mereka tidak suka dikongkong juga sebarang sekatan, jika diganggu wanita akan naik berang.
Bertambah berani apabila lelaki yang dipukulnya jauh lebih berusia dan diyakini tidak mampu membalas tindakan tersebut. Terdapat pelbagai kes wanita menyeksa lelaki secara fizikal dengan memukul menggunakan batang mop, kayu golf dan penyapu.
3.Seksualiti semakin layu
Suami yang lemah syahwat juga boleh mendorong isteri bertindak ganas. Suami kerap menolak ajakan isteri untuk melakukan hubungan seks sehingga isteri tidak mampu lagi merayu si suami. Maka ada yang sanggup bertindak memukul suami. Sesiapa pun apabila tahap kesabaran tidak mampu dibendung lagi boleh melakukan perkara yang di luar kemampuannya.
Ada juga lelaki yang diserang secara psikologi apabila sesetengah wanita merajuk dan tidak mahu bercakap berbulan lamanya. Mogok tidak mengadakan hubungan intim untuk tempoh yang lama.
Kes ini menunjukkan wanita semakin berani dalam menyuarakan rasa protes terhadap sesuatu. Ada juga wanita yang bersikap dingin sewaktu diajak bersama oleh suaminya, mungkin kemanisan rumah tangga kian pudar ataupun tiada lagi nilai kemesraan berjaya disemai di antara mereka berdua.
Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia adalah antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69). Berbanding rakyat Amerika Syarikat (AS) aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115 kali).
4.Pendidikan tinggi
Diakui ramai wanita yang bijak pandai di luar sana, memiliki tahap pendidikan sarjana jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Sang lelaki pula berpendidikan sekadar sijil, namun itu bukanlah lesen untuk wanita berterusan bersifat kasar terhadap lelaki.
Angkuh dengan kejayaan yang ada membuatkan wanita berasa selamat walaupun ditinggalkan sang lelaki. Apa yang pasti, lelaki tetap ketua keluarga yang patut dihormati.
5.Lelaki bersifat lembut
Beruntunglah bila wanita mendapat teman lelaki mahupun suami yang berperwatakan lemah lembut, tidak baran dan baik hati. Tetapi ada wanita yang mengambil kesempatan atas dasar kebaikan ini dengan menunjukkan kekuatan mereka tanpa disedari. Meninggikan suara serta memaksa lelaki menunaikan segala kehendaknya adalah sangat tidak berperikemanusiaan.
6.Baran
Peribadi isteri yang garang dan tegas berbanding suami yang lembut turut mendorong isteri menjadi seorang pendera dalam rumah tangga yang akhirnya isteri mula mengabaikan tanggungjawab dan mengetepikan batas-batas sebagai seorang isteri.
Ada sahaja silap dan tidak kena di matanya, sikap baran membuatkan sesetengah wanita tidak menyedari mereka telah menyakiti hati seorang lelaki. Walaupun masalah ini dianggap remeh, perasaan marah itu perlu dirawat segera sebelum lelaki menjadi hilang sabar dengan perangai buruk ini. Cuba bertenang, segalanya boleh dibawa berbincang.
7.Pengalaman lampau cipta dendam
Tidak dinafikan pengalaman lampau juga di antara punca mengapa ramai wanita bersifat kasar sehingga sanggup memukul lelaki yang disayangi. Akibat trauma yang dilalui menyimpan dendam yang tiada siapa mengetahui. Hanya dengan menyakiti pasangan sahaja mampu mengurangkan perasaan marah yang dihadapi.
Sebagai contoh, sejarah keluarga isteri seperti ibu isteri yang garang dan pernah memukul ayahnya suatu ketika dahulu yang menyebabkan perkara itu diteruskan oleh isteri apabila dia berkahwin.
8.Curang
Statistik menunjukkan hampir 50 peratus kes keretakan rumah tangga berpunca akibat kemunculan pihak ketiga. Masalah ini membuatkan wanita menjadi lebih agresif apabila mengetahuinya sehingga ada yang sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menakutkan lelaki untuk mengulanginya.
9.Gangguan ekologi
Terdapat teori mengatakan bahawa gangguan ekologi (persekitaran kehidupan) menjadi penyebab timbulnya kes penderaan terhadap lelaki. Kelemahan identiti maskulin lelaki akibat tercabar hebat oleh wanita juga boleh menimbulkan potensi suami ditindas isteri secara psikologi mahupun fizikal.
Apabila peranan suami sebagai ketua keluarga terus-terusan dicabar, akibat pelbagai faktor antaranya kuasa, kewangan dan jawatan yang menyumbang lebih pendapatan terhadap keluarga. Jurang status ekonomi dan sosial antara suami isteri juga di antara sebab yang boleh menjejaskan fungsi institusi keluarga terbabit jika gagal ditangani dengan bijak.
10.Emosi tidak stabil
Faktor perubatan dan emosi boleh mendorong isteri mendera suami seperti semasa dia meroyan selepas bersalin.