GEJALA DISERANG POLIO

Agen penyebab virus ini akan masuk ke tubuh melalui mulut dan kemudiannya ke saluran usus yang akan menyebabkan timbulnya gejala-gejala penyakit. Selain saluran usus, biasanya sasaran virus polio adalah pada sistem saraf iaitu ke otak, sumsum tulang belakang dan simpul-simpul saraf. Jika terlambat mendapatkan rawatan, ia akan menyebabkan kelumpuhan dan kematian.

Biasanya respons pertama terhadap infeksi virus polio bersifat tidak menunjukkan gejala sakit. Infeksi itu hanya menimbulkan penyakit minor (abortive poliomyelitis) berupa demam, lemah badan, mengantuk, sakit kepala, mual, muntah, sembelit dan setelah itu pesakit akan sembuh beberapa hari. Namun ia perlukan rawatan segera.

 

BAGAIMANA IA MENULAR?

Virus ini disebarkan melalui rute ofofecal iaitu melalui makanan dan minuman serta percikan ludah. Virus ini akan berkembang biak masuk ke usus dan akan masuk ke kelenjar darah serta menyebar ke seluruh tubuh.

 

Siapa yang bakal berisiko mendapat penyakit Polio?

-Mereka yang belum mendapatkan imunisasi polio

-Pergi ke tempat-tempat atau daerah yang mempunyai banyak faktor polio

IKLAN

-Usia terlalu tua dan usia terlalu muda

-Mengalami luka di mulut dan hidung, misalnya mereka yang baru mencabut gigi

-Mengalami stres yang luar biasa kerana emosi dan fizikal yang tidak stabil dan dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh.

 

Bolehkah penyakit ini dicegah?

Menjaga pemakanan dengan baik dan teratur bermula sejak kecil lagi seperti menggunakan segala alatan makan seperti piring, gelas ataupun sendok yang dicuci dengan air sabun yang tidak tercemar oleh virus polio.  Di mana-mana sahaja situasi, kalu boleh minum air yang dimasak dan dididihkan dengan sempurna kerana cara ini cukup efektif untuk membunuh virus polio. Virus polio hidup dengan baik pada suhu 80 Celcius.

IKLAN

Tetapi apabila terkena dalam jangka masa yang lama,  Polio memang tidak dapat disembuhkan dan ubat anti-virus tidak dapat mempengaruhi perjalanan penyakit ini. Ini kerana virus hanya bertahan selama 2 hari apabila terkena cahaya matahari dan akan hidup liar kecuali dalam cuaca lembap. Itulah sebabnya jika terkena virus Polio, rawatan dan penjagaan rapi harus dilakukan supaya badan kebal dan pulih sepenuhnya dari Polio.

 

Komplikasi penyakit Polio

Mereka yang dikesan menghidap penyakit ini dan lambat membuat rawatan akan cenderung mengalami kelumpuhan kekal. Ia akan menyebabkan sebahagian daripada otak menjadi lemah dan mengalami kelumpuhan  pada otot dada. Jika penyakit ini diserang sejak kecil, penderitaan yang dialaminya akan  mencecah 30 hingga 40 tahun hingga dewasa atau boleh menyebabkan kematian.

 

IKLAN

INFO PATUT TAHU

-Polio telah ada beribu-ribu tahun. Di Mesir terdapat lukisan yang menunjukkan individu yang lumpuh disebabkan Polio

-Dalam bahasa Yunani disebut polios (abu-abu), myelos (sumsum), dan itis  (radangan).

-Seluruh wilayah Indonesia pernah diserang penyakit Polio tetapi sejak tahun 1995, negara ini telah bebas daripada penyakit Polio.

-Pernah terjadi di sebuah wilayah desa di negara China iaitu seorang kanak-kanak menderita lumpuh kerana virus polio yang berasal dari India.  Kes lain ialah dari Angola yang telah menyebabkan 44 orang lumpuh dan 17 orang meninggal.

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI