Ads

JPJ Tegas, Penyalahgunaan Lorong Kecemasan Ketika Kesesakan Tiada Kompromi

LORONG KECEMASAN
Foto hiasan janaan AI

Kesesakan lalu lintas yang berpanjangan sering menjadi punca utama segelintir pemandu mengambil jalan pintas dengan menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

Kebosanan ketika berdepan trafik perlahan, ditambah keinginan untuk cepat tiba ke destinasi, antara alasan yang kerap diberikan oleh pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tersebut.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, antara alasan paling kerap didengar daripada pemandu yang dikesan menyalahgunakan lorong kecemasan ialah mereka sudah terbiasa menggunakan lorong berkenaan dan mahu menjimatkan masa perjalanan.

Melanggar Undang-Undang dan Mengancam Nyawa

Namun menurut beliau, tindakan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberi kesan besar terhadap keselamatan awam.

“Penggunaan lorong kecemasan bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh menghalang pergerakan ambulans, jentera bomba dan pasukan keselamatan sekali gus mengancam nyawa,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ Negeri Sembilan telah melaksanakan operasi khas bagi membanteras penyalahgunaan lorong kecemasan sempena musim cuti sekolah. Operasi berkenaan dilaksanakan bermula 20 Disember lalu sehingga 11 Januari depan.

Ads

“Sempena musim cuti sekolah ini, kita telah melaksanakan operasi bagi mencegah penyalahgunaan lorong kecemasan bermula 20 Dis lepas hingga 11 Jan depan dan sehingga semalam, sebanyak 325 notis dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan di bawah Kaedah 53(1) Kaedah Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

JPJ Tegas, Penyalahgunaan Lorong Kecemasan Ketika Kesesakan Tiada Kompromi
Foto hiasan janaan AI

Tiada Kompromi Dalam Penguatkuasaan

Hanif turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan. “Tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana mana pihak yang terlibat,” tegas beliau.

Menurut Hanif, statistik sepanjang tahun lalu turut membuktikan bahawa tahap kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Ads

Sepanjang tahun lepas sahaja, sebanyak 2,288 kes penyalahgunaan lorong kecemasan telah direkodkan di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa tahap kesedaran serta pematuhan terhadap peraturan berkaitan lorong kecemasan perlu dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Peranan Orang Awam dan Penguatkuasaan Berterusan

Bagi memastikan kesalahan ini terus dibendung, Hanif berkata JPJ Negeri Sembilan akan meneruskan penguatkuasaan secara berterusan, bersasar dan berfokus, khususnya di laluan utama serta kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Ads

BACA: Alif Satar Teruja Miliki ‘Unicorn’ Superbike Rare, Petronas FP1

Dalam masa sama, beliau turut menggalakkan orang awam untuk memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang trafik. Aduan boleh dibuat melalui Aplikasi MyJPJ menerusi fungsi e-Aduan atau dihantar ke alamat e-mel aduantrafik@jpj.gov.my bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Kesimpulannya, kesesakan jalan raya bukan alasan untuk mengabaikan undang-undang. Lorong kecemasan bukan laluan alternatif, sebaliknya laluan penting yang boleh menentukan keselamatan dan nyawa pengguna lain. Setiap pengguna jalan raya harus bertanggungjawab dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
lululemon

Lewis Hamilton Wajah Koleksi Train Winter 2025 lululemon, Fokus Prestasi dan...

Lewis Hamilton menjadi wajah rasmi Koleksi Train Winter 2025 Lululemon yang menonjolkan kekuatan prestasi, mindset juara dan disiplin latihan.