Masyarakat Islam sedunia menerima seorang lagi saudara baharu apabila penyanyi rap Amerika Syarikat, Lil’ Jon kini memeluk agama Islam baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Plus, pengislamannya diketahui umum melalui satu video yang tular di media sosial, memaparkan Lil’ Jon melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Lil’ Jon, atau nama sebenar Jonathan H Smith, 53, menitipkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mengucapkan tahniah, memberikan sokongan dan semangat menerusi hantaran di laman sosial Instagram
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara sekalian atas curahan kasih sayang dan positiviti,” kongsinya.
Ads
Menurut portal berita Turki, Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.
Foto: Tangkap layar video Lil’ Jon melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Jon yang memakai kopiah merah dalam video berdurai 1 minit 50 saat itu lancar melafazkan syahadahnya di King Fahd Mosque.
Ads
Beliau yang juga DJ dan penerbit cukup dikenali dalam arena muzik Hollywood melalui beberapa lagu serta kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher.
Terdahulu, berita pengislaman aktivis terkenal Shaun King turut mencuri perhatian media antarabangsa pada Ramadan tahun ini.
Demi keluarga, lelaki ini rela hidup dalam kereta tiga tahun satu keputusan luar biasa yang mencerminkan keberanian, ketabahan dan pengorbanan seorang lelaki sejati. Dalam dunia moden yang semakin menekan dengan kos sara hidup tinggi, tindakan seorang pengatur cara komputer dari China ini membuktikan bahawa kejantanan sebenar bukan diukur dengan kemewahan, tetapi dengan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap keluarga.
Menurut laporan, lelaki tersebut, dikenali sebagai Yin, berusia 38 tahun dan bekerja di Beijing sebagai pengatur cara komputer. Demi menjimatkan perbelanjaan dan menyara keluarganya yang tinggal di Tianjin, Yin mengambil keputusan berani untuk tinggal di dalam kereta selama tiga tahun. Setiap minggu, beliau berulang-alik sejauh 130 kilometer, memulakan perjalanan seawal 5.30 pagi setiap Isnin dan pulang ke rumah setiap Jumaat untuk bersama keluarga tersayang.
Sebelum ini, Yin menyewa sebuah flat dengan kadar 2,500 yuan (RM1,525) sebulan. Namun sejak pertengahan 2022, beliau memilih untuk beralih kepada kereta elektrik yang diubah suai menjadi tempat tinggal lengkap yang dilengkapi dengan katil, dapur kecil, malah sistem karaoke. Menurut Yin, kehidupan di dalam kereta tidak jauh berbeza daripada menginap di hotel, asalkan ada kemudahan pengecasan elektrik dan kawasan selamat untuk berehat.
Rutin hariannya cukup teratur. Setiap pagi, Yin akan bangun awal, bersiar-siar di taman untuk meregangkan otot, kemudian memasak sarapan menggunakan periuk elektrik. Waktu lapangnya diisi dengan menonton televisyen, menyanyi karaoke, dan menulis program komputer sebagai kerja sampingan. Beliau biasanya tidur sekitar jam 10 atau 11 malam sebelum memulakan hari baru keesokannya.
Namun, kehidupan minimalis ini tidak datang tanpa cabaran. Akses kepada tandas dan bilik mandi menjadi masalah utama. Pada musim panas, Yin mandi menggunakan air dari tangki yang dipasang dalam kereta. Tetapi pada musim sejuk, beliau terpaksa menaiki kereta api pulang ke Tianjin pertengahan minggu semata-mata untuk membersihkan diri sebelum kembali ke Beijing keesokan harinya.
Walaupun begitu, pengorbanannya berbaloi. Kini, kos hidup Yin jauh lebih rendah — hanya sekitar 400 yuan (RM244) untuk tol, 300 yuan (RM183) untuk pengecasan elektrik, dan 100 yuan (RM61) untuk tiket kereta api sekali jalan. Dengan cara ini, beliau dapat menyalurkan lebih banyak wang kepada keluarganya serta menabung untuk masa depan. Malah, Yin gemar membawa keluarganya bercuti dengan cara berkhemah dan tidur di dalam kereta, menjadikan gaya hidup ini satu bentuk kebersamaan yang unik.
Kisah Yin tular di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menganggap beliau simbol lelaki sejati — sanggup berkorban, berdikari dan berdisiplin demi keluarga. Namun, ada juga yang bimbang terhadap kesan kesihatan serta keselesaan jangka panjang.
Apa pun pandangan, kisah Yin menjadi inspirasi buat lelaki moden. Dalam dunia yang semakin materialistik, dia membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan pada rumah besar atau kereta mewah, tetapi pada kekuatan jiwa dan tanggungjawab kepada orang tersayang.
Orang kidal atau individu yang lebih dominan menggunakan tangan kiri, adalah golongan minoriti yang membentuk sekitar 10-12% daripada populasi dunia.
Walaupun kecil bilangannya, orang kidal sering dikaitkan dengan pelbagai keunikan, mitos dan fakta menarik yang mencetuskan kekaguman serta persoalan.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang orang kidal yang mungkin anda tidak tahu.
Faktor genetik memainkan peranan dalam menentukan sama ada seseorang itu kidal atau tidak.
Namun, genetik sahaja bukanlah faktor utama.
Kajian menunjukkan bahawa tiada satu gen spesifik yang menentukan kidal, sebaliknya ia melibatkan gabungan faktor genetik dan persekitaran.
Orang kidal cenderung menggunakan hemisfera kanan otak mereka dengan lebih aktif, berbanding orang yang tangan kanannya dominan yang lebih menggunakan hemisfera kiri.
Hemisfera kanan sering dikaitkan dengan kreativiti, seni dan pemikiran visual, menjadikan orang kidal lebih cenderung dalam bidang kreatif seperti muzik, seni dan penulisan.
Ramai atlet kidal berjaya dalam bidang sukan seperti tenis, tinju dan badminton.
Ini kerana lawan mereka sering sukar menyesuaikan diri dengan pergerakan dan strategi unik yang dipengaruhi oleh dominasi tangan kiri.
Atlet terkenal seperti Rafael Nadal (tenis) dan Lionel Messi (bola sepak) adalah contoh orang kidal yang cemerlang.
Dunia moden banyak direka untuk golongan dominan tangan kanan, seperti gunting, tetikus komputer dan meja tulis.
Ini menjadikan orang kidal sering menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri.
Namun, cabaran ini juga melatih mereka untuk menjadi lebih fleksibel dan kreatif dalam mencari penyelesaian.
Setiap 13 Ogos, dunia meraikan Hari Orang Kidal Sedunia untuk menghargai keunikan dan sumbangan mereka.
Hari ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan kidal dalam dunia dominan tangan kanan.
Orang kidal bukan sahaja istimewa kerana dominasi tangan kiri mereka, tetapi juga kerana keunikan otak dan kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak selalu direka untuk mereka.
Jika anda seorang kidal, berbanggalah dengan keunikan anda kerana anda adalah sebahagian daripada kumpulan kecil yang istimewa di dunia ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengertian lelaki Maskulin Lelaki yang memiliki dan menjaga penampilan dengan caranya tersendiri, dalaman mahupun luaran. Tidak semestinya memiliki badan yang tegap semata.
Motivasi It’s my passion! Memiliki minat mendalam serta inginkan tubuh yang cantik untuk tingkatkan tahap keyakinan dan ingin nampak lebih maskulin.
Rutin dirasakan jarang dibuat tetapi anda lakukan, dan ia benar-benar berhasil Pada setiap kali saya bangun daripada tidur dan sebelum tidur, saya akan membuat warm up seperti sit ups dan push ups.
Trend ‘Selfie’ di gim. Pandangan anda? Ada positif dan negatifnya kerana ada sesetengah pihak akan menyalahgunakan sumber tersebut. Malah memberi kesan tersendiri. Positifnya ia akan menggalakkan ramai untuk mencuba pelbagai peluang seperti modeling, berlakon dan sebagainya.
Jika berpeluang membuka gim sendiri, nama dan keistimewaan berbanding gim sedia ada. Dfab Fitness (The Fabulous Fitness). Keistimewaannya, saya akan pastikan gim ini adil buat semua kaum, jantina dan lapisan masyarakat.
Jika berumur 50 tahun, dan anda masih ingin menampakkan susuk tubuh menawan, apa yang perlu lakukan? Faktor umur sememangnya tidak boleh dielakkan. Sekiranya masih punya tenaga, saya akan lakukannya. Namun, jangan terlalu memaksa kerana ia boleh memakan diri. Just to maintain the body.
Gym partner, rakan baik atau teman wanita? Saya memilih untuk bersenam bersama dengan rakan baik kerana kami mempunyai minat yang sama. Connection kami selalunya kukuh demi mencapai matlamat yang kami sasarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang