Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang lelaki dan wanita segera kalut bersembunyi selepas kamera merakamkan aksi mereka berpelukan di konsert Coldplay.
Ia telah menjadi satu bahan jenaka ramai orang di seluruh dunia. Tapi bagi lelaki tersebut iaitu Andy Byron, bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Astronomer, malam konsert Coldplay di Massachusetts menjadi titik mula kepada runtuhnya kerjaya dan perkahwinannya.
Insiden bermula apabila kamera ‘kiss-cam’ yang dipaparkan di layar besar stadium menangkap beliau bersama Ketua Sumber Manusia syarikat sama, Kristin Cabot, dalam keadaan berpelukan.
Kedua-duanya dilihat cuba menutup wajah mereka selepas menyedari rakaman itu sedang dipertontonkan kepada lebih 70,000 penonton.
Klip itu kemudiannya tular di media sosial, mencetuskan spekulasi liar, sindiran dan meme, hingga menjejaskan bukan saja reputasi mereka, malah hubungan peribadi dan kerjaya masing-masing.
Situasi menjadi lebih tegang apabila Byron dilaporkan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Coldplay serta penganjur konsert atas dakwaan pencerobohan privasi dan tekanan emosi.
Menurut sumber, Byron bertegas beliau tidak pernah memberikan persetujuan untuk dirakam atau dijadikan bahan jenaka di khalayak umum.
HARAPAN TIPIS
Tambah parah apabila vokalis Coldplay, Chris Martin dikatakan bergurau secara spontan dengan menyebut “Mereka mungkin ada hubungan sulit, atau mereka terlalu pemalu.”
Peguam Camron Dowlatshahi dari firma MSD Lawyers berpendapat Byron mungkin boleh membuat tuntutan fitnah sekiranya kenyataan Chris Martin dianggap menjatuhkan maruah, namun beban pembuktian adalah tinggi.
Byron perlu menunjukkan tiada sebarang hubungan sulit berlaku, serta membuktikan kenyataan tersebut membawa kesan negatif yang jelas terhadap reputasi dan kehidupan peribadinya.
Dalam masa yang sama, peguam lain berpandangan bahawa harapan untuk berjaya dalam tuntutan ini agak tipis.
Ini kerana konsert berskala besar dengan ribuan penonton dan kamera di sekeliling lazimnya dianggap sebagai ruang awam. Maka, ekspektasi terhadap privasi adalah sangat minimum.
Susulan video tersebut, kedua-dua Byron dan Cabot — masing-masing sudah berkahwin — telah digantung tugas oleh syarikat mereka sebelum mengemukakan peletakan jawatan.
Lembaga pengarah Astronomer turut mengesahkan pengunduran rasmi Byron dalam satu kenyataan, manakala Kristin Cabot turut meninggalkan syarikat secara sukarela.
Kehidupan peribadi mereka juga menerima impak besar. Isteri Byron, Megan Kerrigan, dilaporkan telah membuang nama keluarga suaminya dari media sosial sebelum menutup akaun Facebook.
Manakala Cabot pula diketahui merupakan isteri kepada Andrew Cabot, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Privateer Rum.
Sehingga artikel ini ditulis, Coldplay masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Namun sumber hiburan mendedahkan bahawa Chris Martin hanya mampu tergelak apabila mendengar berita Byron bercadang menyaman mereka.
Insiden ini membuka perbincangan lebih luas tentang sempadan antara privasi, ruang awam, dan akibat tular dalam era digital.
Adakah seseorang masih mempunyai hak mutlak ke atas wajah dan reaksi mereka dalam tempat awam?
Atau adakah setiap gerak geri kini milik internet dan persepsi massa? Dalam dunia di mana satu detik kecil boleh meruntuhkan seluruh karier, barangkali ‘kiss-cam’ bukan lagi sekadar hiburan ringan.
Sumber: Sinar Harian/Agensi
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Blackhead adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous”. Senang cerita, blackhead adalah pori yang tersumbat tetapi dalam keadaan permukaan kulit terbuka.
Apabila terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan yang menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam.
WHITEHEAD
Whitehead pula terjadi disebabkan lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup. Minyak dan bakteria yang terperangkap itu akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan (kerana tiada tindak balas oksida) yang kita panggil whitehead. Whitehead boleh terjadi disemua bahagian muka dan badan pun boleh juga.
CARA HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD
Disebabkan kedua-duanya adalah jerawat, jadi tiada jalan pintas untuk hilangkan blackhead dan whitehead dengan segera. Kita boleh buat facial, tapi kalau macam saya buat sekali, lepas itu tidak buat dah. Sedangkan ia hanya sementara dan kemungkinan ia akan berulang lagi memang tinggi.
Jadi merawat dan mencegah jerawat dari dalam adalah cara sebenar menghilangkan blackhead dan whitehead untuk jangka masa panjang. Ini kerana ia memberi tumpuan kepada membantu tubuh untuk mengatur rembesan kelenjar minyak dan mengurangkan penghasilan sebum.
Untuk hasil yang lebih hebat, harus disertai dengan amalan penjagaan luaran yang baik untuk membatasi keradangan disebabkan oleh percampuran sebum, sel-sel kulit mati dan bakteria di samping membantu meningkatkan kesihatan folikel.
PRODUK BOLEH CUBA
PELEKAT PORI GUARDIAN
Pelekat pori dari Guardian ini adalah a must kerana lebih baik daripada jalur pelekat pori jenama Biore.
Gam pelekatnya lebih berkesan untuk menarik keluar kotoran sekaligus menghaluskan penampilan kulit di hidung. Tiada lagi gerutu bintik hitam dan putih kelihatan!
BIORE PORE PACK
Hanya perlu membasahkan kawasan hidung dengan air, lekat jalur pelekat pada hidung selama 10 hingga 15 minit (sehingga jalur pelekat terasa keras), cabut dan anda boleh melihat hasil bintik hitam dan putih yang sudah keluar pada bahagian permukaan pelekat.
AZTEC SECRRET INDIAN HEALING CLAY DEEP PORE CLEANSING MASK
Campuran masker ini pernah menjadi viral beberapa tahun yang lalu kerana mampu mengecutkan jerawat sekaligus buat penampilan wajah kelihatan lebih mulus dan bersih daripada cela.
5 CARA HALANG BLACKHEAD DAN WHITEHEAD
PENJAGAAN KULIT DARI DALAM
Di samping menjaga pemakanan yang seimbang dalam diet harian, pengambilan suplemen juga penting untuk menampung keperluan vitamin. Ada beberapa vitamin disarankan untuk mencegah masalah kulit berminyak, whitehead dan blackhead. Selain itu set kecantikan kulit juga terbukti berkesan membantu menghilangkan blackhead dan whitehead.
GUNAKAN TUALA BERASINGAN
Gunakan tuala berasingan untuk mengelap muka selepas mencucinya, bukan gunakan tuala mandi ya.
KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERMINYAK
Ini kerana, whitehead banyak disebabkan oleh faktor pemakanan seseorang. Jadi makanlah makanan seimbang dan kurangkan makanan berminyak.
TEMPAT TIDUR BERSIH
Sentiasa pastikan tempat tidur bersih terutamanya sarung bantal.
WAPKAN WAJAH ANDA
Guna kaedah wap panas dengan meletakkan muka anda di atas mangkuk yang berisi air panas. Ada juga mesin steamer dijual pada harga semurah RM55. Wap-wap panas akan naik dan membantu membuka liang pori dan memudahkan pengeluaran blackhead dan whitehead.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Disebabkan citarasa anda yang tidak masuk dek akal tu, anda tak nak mencuba untuk mulakan hubungan dengan calon yang sudah sedia ada. Tidak berani untuk cuba perkara yang baru. Takkan la umur dah 30 baru nak cuba.
3.Seperti katak di bawah tempurung
Kalau anda adalah yang jenis duduk dekat rumah saja dan tidak pernah bergaul memang anda akan forever alone. Pergi kerja lepas tu balik. Di pejabat pun hanya buat kerja saja dan tidak bersosial dengan rakan pejabat. Memang tak ada life orang macam ni.
4.Takut untuk mencintai
Setiap percintaan pasti akan ada pahit dan manis. Jika anda takut untuk kecewa, sampai bila-bila pun anda tidak akan belajar. Berilah peluang pada diri sendiri untuk mencintai dan di cintai. Bukan semua lelaki/wanita tak setia.
5.Ada masalah isu kepercayaan pada masa lampau
Dalam alam percintaan kepercayaan adalah sangat penting. Memang ramai yang pernah kecewa, takut untuk memberi kepercayaan kepada orang lain. Oleh kerana bekas kekasih pernah curang, terus tak berani nak bercinta lagi.
6.Ibu bapa terlalu memaksa
Kadang kala disebabkan ibu bapa yang terlalu memaksa untuk berumah tangga boleh membuatkan ramai di kalangan lelaki rasa memberontak. Malas hendak bergaduh dan meninggi suara akhirnya lelaki terpaksa sibukkan diri dengan kerja sehingga lupa akan perihal mencari jodoh.
7. Ehem mungkin selera dah mula berpaling arah dan keliru nafsu!
Masalah yang semakin hari semakin menular, kalau setiap hari lelaki dipaparkan dengan kisah ‘Geng Kunyit’ ini, tidak mustahil perkara ini mungkin terjadi kepada anda juga. Jadi periksa tahap ketulenan diri anda dahulu. Adakah nafsu anda masih tepat atau sebaliknya?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.