Ketika membuang air kecil, pastikan tengok warna air kencing anda. Jangan sesekali memandang ringan dengan warna air kencing kerana ia boleh memberi petanda terhadap status kesihatan tubuh badan anda.

Warna air kencing yang normal ialah warna kuning pucat. Namun sekiranya warna air kencing anda berubah, rujuklah segera ke doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda. Bimbang jika tidak ditangani segera boleh memudaratkan buah pinggang selain memberi masalah lain.

Dr Taufiq Razif berkongsi info penting tentang warna air kencing yang boleh menyelamatkan nyawa anda kalau dikesan di peringkat awal. Jadi mulai hari ini, pastikan anda sentiasa alert dengan sebarang perubahan warna pada air kencing anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Anda Kerap Buang Air? Awas, Mungkin Salah 1 Dari 10 Penyakit Menanti Anda

Perhatikan Warna Air Kencing Untuk Tahu Status Kesihatan, Jangan Sampai Warna Merah, Hijau & Berbuih!

IKLAN

AIR KENCING WARNA MERAH, HIJAU DAN BERBUIH?

Kalau kencing tu sekali sekala tengok la warna kencing tu juga ye. Tanpa kita sedar warna air kencing pun boleh jadi petanda tubuh badan kita tengah sakit ataupun tengah kurang air.

1. AIR KENCING JERNIH?

Tandanya korang minum air yang cukup. Cuma kalau jernih sangat sampai takde warna langsung, mungkin terlalu banyak air la tu. Warna kencing yang normal ialah kuning pucat.

2. AIR KENCING PEKAT DAN KUNING SANGAT?

Mungkin badan korang perlu lebih banyak air (dehydration). Cara nak rawat, minum air secukupnya. Tubuh lelaki kena dapat dalam 3L air sehari. Perempuan pula dalam 2.2L sehari ye.

IKLAN

3. AIR KENCING WARNA HIJAU?

Pewarna makanan tertentu boleh mengubah warna kencing menjadi hijau. Asparagus pun boleh buatkan air kencing jadi hijau. Boleh jadi juga korang tengah mengalami jangkitan pada pundi kencing. Sila jumpa doktor untuk kepastian.

4. AIR KENCING MERAH?

Kalau untuk yang usia tua, boleh jadi disebabkan oleh masalah pada buah pinggang ataupun kanser pada prostat. Boleh jadi juga efek keracunan logam berat. Apa pun, jumpa doktor secepatnya ye.

5. AIR KENCING BERBUIH?

Boleh jadi normal ataupun jadi juga ada protein abnormal dalam air kencing korang. Tu antara petanda ada kerosakan pada buah pinggang tau.

IKLAN

6. AIR KENCING KENA HURUNG SEMUT?

Ada kemungkinan korang penghidap kencing manis. Cuma benda ni petanda je, bukan cara nak diagnosis penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus). Sebaiknya pergi ke Klinik Kesihatan berhampiran dan periksa di sana secepatnya.

Apa pun sila jumpa doktor ye kalau ada perubahan ketara pada bau dan warna air kencing ye. Kadangkala kekerapan atau frekuensi korang kencing pun boleh jadi petanda penyakit tau.

BACA: Bahaya Kencing Berdiri, 5 Sebab Ini Boleh Buat Lelaki Jadi Trauma!

Kalau terlalu kerap kencing, boleh jadi petanda:

1. Kencing manis
2. Pundi kencing terlalu aktif
3. Minum banyak kafein
4. Jangkitan pada saluran kencing
5. Penyakit saraf dan lain-lain

Tolong saya, Dr Taufiq Razif sebarkan ilmu tentang kencing ni pada seluruh keluarga dan sahabat Facebook ye. Mungkin ilmu yang sedikit ni la yang boleh menyelamatkan nyawa mereka kalau dikesan di peringkat awal. Sila screenshot dan simpan ilmu ni kat handphone korang sebagai rujukan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI