Bapa mana yang tak sayangkan anak? Walaupun bayi itu baru beberapa bulan dilahirkan namun kasih seorang bapa itu sungguh suci dan murni dipandang oleh masyarakat. Pasti ramai sudah tahu apa yang terjadi kepada arwah Adam Rayqal yang berusia 5 bulan yang pada awalnya dilaporkan hilang, namun disembunyikan oleh pengasuhnya sendiri di dalam peti sejuk setelah bayi itu meninggal dunia.
Jika anda dapat saksikan perjalanan kisah ibu bapa Adam Rayqal ini, kita dapat lihat si ibu sebak dengan pemergian anaknya. Netizen sempat merakam detik-detik Farrah Madihah Othman ibu kepada Adam Rayqal yang teriak di luar rumah ketika siasatan polis sedang dijalankan.
“Bagi balik anak aku. Aku yang mengandungkan dia 9 bulan” ini antara kata-katanya ketika itu.
Ibu mana yang tak teriak apabila anak berusia 5 bulan sudah kembali ke penciptaNya. Namun menerusi klip-klip dan gambar yang tersebar, keadaan Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi bapa kepada Adam Rayqal kelihatan tenang dan support si ibu walaupun hatinya turut hiba dengan pemergian anaknya itu.
Ads
Apa yang kami boleh katakan di sini, si ayah biasanya akan kelihatan tabah dan kuat demi menyokong si isteri walaupun hatinya sedih. Dia sebagai ketua keluarga harus kuat mengharungi perkara-perkara ini agar isterinya tidak mengalami gangguan mental. Isteri merupakan tanggungjawabnya, anak juga adalah tanggungjawabnya. Besarkan pengorbanan seorang suami dan bapa? Kami turut rasa kasihan kepada si bapa.
Ads
Beliau memberi kenyataan di Awani dengan berkata, “Kita mengharapkan yang terbaik kepada Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia. Insya-Allah, Adam tunggu kami sama di syurga.”Saya juga berterima kasih kepada semua pihak kerana sudi membantu mencari Adam,” katanya.
Ads
Jenazah bayi lelaki berusia lima bulan itu selamat disemadikan kira-kira jam 10.30 malam Rabu di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.
Kami mendoakan agar keluarga ini kuat menghadapi dugaan Allah S.W.T dan yang bersalah harus diberi hukuman setimpal.
Sumber: Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketika kebanyakan remaja 13 tahun habiskan cuti dengan main game atau lepak dengan kawan, seorang remaja lelaki dari Utah, Amerika Syarikat buktikan sesuatu yang luar biasa.
Oliver Taylor memilih jalan berbeza membina sarang lebah cetakan 3D sendiri, siap ditempatkan di bilik tidurnya!
Dari Lego Ke Lebah
Minat Oliver dalam dunia bina-membina bermula sejak kecil.
Daripada bermain Lego, buat pedang & perisai kotak, dia kemudian mula beralih kepada pencetak 3D sejak usia lapan tahun.
Pada umur 11 tahun, Oliver semakin serius dengan projek besar termasuk menghasilkan trebuchet setinggi 20 kaki (lastik gergasi ala zaman medieval).
Dari situ, dia mula mahir menggunakan perisian rekabentuk seperti Blender.
Keluarganya memang sudah memelihara lebah di luar rumah, tapi Oliver tercetus idea selepas ternampak produk sarang lebah komersial yang dijual atas talian.
Masalahnya? Harga mencecah RM4,600 jauh dari bajet seorang pelajar sekolah menengah.
“Kalau mahal sangat, baik saya buat sendiri,” kata Oliver.
Hasilnya, dia mereka bentuk unit heksagon modular yang boleh ditambah mengikut keperluan.
Setiap unit boleh dibuka, dibersihkan, dan ada sistem pintu dua lapis ala kapal selam bagi mengelakkan lebah berterbangan keluar bila unit baru dipasang.
Kini, bilik tidurnya menjadi habitat kepada 30,000 – 40,000 ekor lebah lengkap dengan penghasilan madu.
Cabaran & Kreativiti
Projek unik ini tak lari daripada cabaran. Pernah sekali, berlaku kebocoran kecil ketika bapanya menjaga sarang sewaktu Oliver keluar berkhemah hasilnya, hampir 100 ekor lebah berlegar dalam bilik tidur.
Nasib baik, bapanya berjaya ‘vacuum’ lebah-lebah tersebut dengan selamat.
Lebih menarik, walaupun ibunya alergik terhadap sengatan lebah, beliau tetap menyokong dengan memakai sut khas untuk membantu anaknya.
Dari Hobi Jadi Inspirasi
Oliver kini bercadang untuk pasang sistem pengeluaran madu automatik serta menambah lagi unit ke dinding biliknya.
Malah, secara teori, dia mampu penuhkan seluruh dinding bilik dengan sarang lebah 3D ciptaannya.
“Saya boleh teruskan sampai penuh dinding, tapi mungkin itu dah terlalu gila,” katanya
Kisah Oliver membuktikan bahawa kreativiti & keberanian untuk mencuba perkara baru boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Di usia 13 tahun, dia bukan sekadar bermain tapi berfikir, mencipta dan berinovasi.
Sementara ramai remaja lain sibuk dengan gajet atau hiburan, Oliver memilih untuk menyalurkan minatnya kepada sesuatu yang lebih bernilai.
Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak secara dasarnya dibentuk oleh ibu bapa, keluarga atau penjaga bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang diambil dalam diet seharian.
Namun tidak dinafikan terdapat faktor luaran yang memainkan peranan membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak seperti pengaruh rakan sebaya, gaya hidup dan genetik. Pemakanan menjadi punca utama khususnya makanan mengandungi gula tambahan menyumbang kepada masalah obesiti. Kurang aktiviti fizikal sama ada di rumah atau di sekolah menyebabkan peluh tidak dikeluarkan.
Pengumpulan lemak akibat tidak bersenam ini menyebabkan berat badan bertambah. Oleh itu, ibu bapa harus memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Sejak dilahirkan pemberian susu ibu selama enam bulan secara eksklusif kemudian diteruskan kepada dua tahun mampu mengelak masalah obesiti.
Melahirkan generasi yang sihat masyarakat khususnya ibu bapa perlu diberi kesedaran mengenai pengambilan gula dalam diet harian kanak-kanak. Kanak-kanak sememangnya memerlukan nutrisi mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral untuk pertumbuhan fizikal dan mental.
“=Apabila mereka mendapat cukup khasiat perkembangan mental dan fizikal akan berlaku seiring. Pengambilan terlalu banyak atau terlalu sedikit nutrien tertentu boleh menyebabkan masalah seperti kurang berat badan, anemia, dan obesiti.
Kanak-kanak pada usia dua hingga 10 tahun perlu mendapat semua khasiat makanan yang terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu dan kaya karbohidrat. Untuk lebih jelas, rujuklah pada piramid makanan.
Piramid Panduan Makanan menunjukkan dengan jelas jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil setiap hari. Apa yang boleh dilakukan ibu bapa ialah memilih dan pelbagaikan rasa, tekstur dan bentuknya dalam setiap sajian anak anda. Namun apa yang menjadi masalah adalah amalan pemakanan kurang sihat dengan sajian mengandungi banyak gula dan lemak yang tinggi seperti mufin, coklat, roti, donut, gula-gula, agar-agar, aiskrim, biskut serta minuman berkarbonat.
Kanak-kanak sepatutnya diberi lebih banyak hidangan mengandungi sumber gula semula jadi yang turut dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa seperti susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun ibu bapa di negara ini sering membiarkan anak menikmati hidangan mengandungi gula tambahan atau turut dikenali sirap jagung solid, sukrosa dan sirap glukosa solid dalam kadar tinggi.
Keadaan negatif ini bukan sahaja mengakibatkan anak mengalami obesiti, tetapi juga kerosakan gigi, kekurangan nutrien dan lebih teruk, penyakit kencing manis.
Kesibukan kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyediakan makanan berkhasiat buat si kecil. Ibu bapa harus mempunyai maklumat mendalam mengenai makanan yang dibeli di luar.
Pada masa sama ibu bapa sendiri perlu menyediakan hidangan berkhasiat di rumah supaya ia turut dimakan anak. Elakkan memberikan ganjaran makanan seperti coklat atau aiskrim apabila anak berjaya melakukan sesuatu.
Sebaiknya bawa si kecil ketika anda membeli-belah dan terangkan kepadanya mengenai makanan yang elok diambil atau sebaliknya. Ceritakan juga mengenai panduan membaca label makanan.
Jangan beri gula tambahan
Kebanyakan jenis makanan termasuk buah-buahan dan susu turut mengandungi gula semula jadi, justeru gula tambahan sememangnya bukan lagi satu keperluan.
Sukatan pengambilan gula dan jumlah gula tersorok yang diperlukan oleh setiap individu berbeza mengikut usia termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun biasanya tidak memerlukan lebih daripada tiga hingga empat sudu teh gula tambahan sehari, manakala kanak-kanak yang berusia antara 11 hingga 18 tahun tidak memerlukan lebih daripada lima hingga lapan sudu teh gula tambahan setiap hari.
Jika tidak dikawal, pengambilan gula secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak dikhuatiri mengundang pelbagai penyakit berbahaya, termasuklah berat badan berlebihan atau obesiti, diabetes, karies gigi dan kekurangan mikronutrien.
Kajian mengenai gula dalam makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia membabitkan rasa dan ketahanan makanan. Paling penting adalah menjaga kualiti produk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan Ramadan suami ajaklah isteri kumpul pahala sama-sama. Buat para suami, bukan hanya anda sahaja ingin mengumpul pahala di bulan Ramadan, isteri juga mahu. Kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan Ramadan ini.
Bulan Ramadan Suami Ajaklah Isteri Kumpul Pahala Sama-sama
Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan amal ibadah di bulan Ramadan ini.
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan- bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan-urusan begini makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Lubuk Pahala Suami
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah, jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran, zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.
Berilah Juga Peluang Pada Isteri
Emosi Dan Fizikal Terbeban
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak, saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur, kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.