Dua jenis kelenjar pada kulit tubuh manusia membentuk kepada dua masalah bau badan, bromhidrosis ekrin dan bromhidrosis apokrin.
Kelenjar ekrin biasanya mengeluarkan peluh yang masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau, manakala kepadatan kelenjar apokrin pula tertumpu pada bahagian tertentu seperti ketiak, celah paha (perineum), kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan sebum, juga biasanya tidak berbau.
Bauan daripada masalah bromhidrosis ekrin terjadi apabila rembesannya melembutkan keratin kulit yang membolehkan bakteria memecahkan keratin yang menyebabkan bauan busuk.
PENGAMBILAN MAKANAN BERBAU
Selain itu, pengambilan makanan seperti bawang putih, bawang merah, kari, alkohol, nikotin dan kopi secara berlebihan turut menggalakkan penghasilan peluh dari kelenjar ekrin sehingga mengeluarkan bauan tidak menyenangkan dengan lebih kuat.
Ads
Manakala, hiperhidrosis oleh kelenjar apokrin yang melembapkan bahagian kulit yang menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria di kawasan berkenaan.
Sebum dan hasil rembesan secara luar biasa ini akan menambah aktiviti pemecahan oleh bakteria sekali gus membentuk gas ammonia, asid butirik dan formik yang menghasilkan bauan tidak menyenangkan berpunca daripada bahagian badan itu.
Ads
BUKAN HANYA ORANG GEMUK
Masalah bau badan ini tidak terhad kepada individu yang mengalami obesiti saja namun mereka memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk menghidapi isu hiperhidrosis dan bromhidrosis.
Obesiti berkait rapat dengan masalah hormon androgen dalaman yang mempengaruhi aktiviti dua jenis kelenjar berkenaan serta populasi mikro organisma pada permukaan kulit.
Ads
Terdapat beberapa penyakit yang dikategorikan sebagai penyumbang masalah bromhidrosis seperti kencing manis, sindrom metabolik, gangguan fungsi ginjal, kegagalan fungsi hati, trichomycosis axillaris (jangkitan di bahagian ketiak) dan erythrasma (penyakit kulit).
Walaupun masalah bau badan tidak boleh dirawat sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal. Antara rawatan disarankan adalah suntikan botox pada kulit yang bermasalah, namun ia hanya berkesan selama empat bulan dan suntikan ini perlu dilakukan secara berulang.
TIP KURANGKAN MASALAH BAU BADAN
Kurangkan pengambilan sumber makanan yang boleh menggalakkan aktiviti kelenjar peluh apokrin dan ekrin dan merembeskan peluh yang berbau seperti bawang putih, bawang merah, alkohol, kafein, nikotin, merokok dan sebagainya.
Cuci selalu bahagian kulit badan yang lembap seperti pelipat, ketiak dan celah paha.
Meningkatkan pengambilan probiotik (bakteria kulit yang berguna) supaya ia lebih tinggi kepadatannya dan dapat mendominasi permukaan kulit. Bakteria lactobascilllus mengeluarkan glikogen dan aseton mengeluarkan bau yang menyenangkan di samping mengawal pertumbuhan mikroflora yang tidak sihat.
Menggunakan deodoran atau pewangi.
Memakai baju jenis kain yang lembut, mempunyai ciri pengudaraan yang baik dan tidak kedap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan tambahan lagi di saat-saat musim perayaan ini. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.
Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati? Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.
1. Cas telefon bimbit sehingga 100%
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
3. Overheating
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
4. Gunakan pengecas wireless
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
5. Cas bersama case telefon bimbit
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
6. Overcharging
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
Sumber: viralcycle.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita semua memerlukan tidur untuk menjaga kecantikan, dan ternyata rehat malam yang baik sangat membantu keajaiban pada kulit anda. Apabila terlalu sering berjaga malam, adalah perkara biasa bangun pada waktu pagi dengan bulatan bawah mata yang gelap dan kulit kering. Bagaimana tidur oleh mempengaruhi kecantikan kulit anda?
Memburukkan keadaan kulit
Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, kadar kortisol atau tekanan anda secara semula jadi meningkat. Badan anda pada dasarnya memberi isyarat bahawa anda memerlukan lebih banyak rehat, dan pembebasan kortisol memburukkan keadaan sistem imun dan kulit kulit anda. Keradangan yang meningkat menerusi sistem badan anda, sehingga tidak dapat mengawalnya secara berkesan. Ini meninggalkan kulit yang lebih sensitif yang mudah terdedah kepada keadaan kulit seperti psoriasis dan ekzema.
Mempercepatkan penuaan
Semasa tidur yang yang lena, terdapat peningkatan hormon pertumbuhan yang membolehkan sel-sel baru untuk mengisi semula yang lama. Tanpa tidur yang lena atau kitaran REM, kulit anda tidak dapat sepenuhnya mendapat faedah penjanaan semula sel. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, sel-sel tidak disegarkan, mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat diterbalikkan semalaman.
Merosakkan diet
Mengejutkan, tidur membantu mengekalkan berat badan anda, yang sebenarnya mempunyai kelebihan untuk kulit anda sebagai balasannya. Walaupun tidur membantu menjaga berat badan anda terkawal dengan regulasi badan, tidur dengan baik juga menghalang anda daripada mengambil makanan tidak sihat pada waktu malam. Apabila diet anda menjadi lebih sihat dan anda mula mengurangkan snek lewat malam, akhirnya anda akan membuang makanan yang berminyak dan makanan sampah yang menimbulkan kesan buruk pada kulit anda.
Mengeringkan kulit
Semasa anda tidur, badan anda mengimbangi tahap penghidratannya, membolehkan kulit memulihkan kelembapan yang diperlukan. Apabila anda tidak cukup tidur, penghidratan badan anda tidak seimbang di seluruh badan, menyebabkan kembung. Anda juga akan mendapati diri anda mempunyai bulatan bawah mata yang gelap dan kulit kering apabila anda tidak mendapat rehat yang berkualiti.
Bak kata orang ada duit semua jalan. Itukah yang dilakukan oleh seorang jutawan dari Rusia yang begitu teringin untuk makan burger Big Mac di Macdonald’s.
Jutawan berusia 33 tahun bernama Viktor Martynov sanggup membelanjakan kira-kira £2,000 (RM10,995) untuk terbang jauh semata-mata melunaskan keinginannya untuk makan burger tersebut.
Lebih menarik lagi, pada ketika itu dia sedang bercuti di Crimea, lokasi di mana berlakunya sengketa di antara Rusia dan Ukraine serta berdepan sekatan untuk mana-mana syarikat Barat beroperasi.
Jadi amat malang jika berada di Crimea tetapi mempunyai keinginan untuk makan McDonald’s. Namun nagi jutawan ini ia bukanlah satu halangan buatnya. Viktor Martinov dilaporkan telah menyewa sebuah helikopter dari kawasan tempat dia bercuti untuk terbang mencari burger idamannya.
Jejaka yang menjadi jutawan hasil perniagaan kapal layar mewah tersebut sedang berada di Black Sea Resort di Alushta. Keinginan mengatasi segalanya apatah lagi jika mempunyai wang.
Foto: East2West News
Lokasi restoran makanan segera popular yang terdekat itu pula terletak kira-kira 720 kilometer. Bayangkan jaraknya lebih kurang dari Perlis ke Johor semata-mata nak makan burger.
Apa yang membuatkan ia lebih menarik lagi selepas sahaja makan beliau terus pulang semual ke lokasi percutian pada hari yang sama.
Foto: East2West News
Jadi buat anda semua contohilah lelaki ini. Bab makan janganlah berkira. Itu pun kalau anda seorang jutawan sepertinya!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.