Memiliki rupa paras serupa dan mempunyai minat yang sama menarik minat kami untuk menampilkan saudara kembar Fathi dan Fakhry berkongsi rahsia miliki tubuh sihat dan berotot. Walaupun masing-masing berbeza pendirian di dalam bidang kecergasan, namun ini tidak menghalang mereka berdua saling bersaing secara sihat dalam pada masa sama menawarkan sokongan antara satu sama lain.
Definisi lelaki Maskulin “Lelaki yang menitikberatkan penampilan diri,stail sama ada dari segi aspek pemakaian mahupun penjagaan rupa paras. Selain itu, memiliki susuk tubuh badan yang menarik dan diklasifikasikan sebagai “sasa’, “tough’, dan sebagainya”.
Motivasi “Dipanggil ‘si kurus’ membuatkan saya nekad untuk membina badan supaya tiada lagi orang menggelari saya dengan panggilan sebegitu. Rasa tercabar timbul apabila melihat rakan-rakan sendiri memiliki susuk tubuh sasa”.
Diet “Kurang mengambil makan yang berminyak atau berlemak. Saya lebih memilih makan makanan yang mengandungi serat Protein yang banyak seperti ayam, telur dan sumber Protein lain. Selain itu saya mengamalkan pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang hanya diperlukan tubuh badan”.
Rutin “Saya akan mengunjungi gim lima kali seminggu dan akan membina otot berlainan mengikut hari yang ditetapkan. Selain itu juga, rutin harian yang akan saya lakukan di rumah seperti push up, pull up dan sit up. Ia merupakan rutin wajib sebaik bangun daripada tidur”.
Minat sama “ Seronok bila ada kembar yang minat sama. Setiap kali berkunjung ke gimnasium, saya mempunyai rakan untuk sama-sama membina badan. Selain itu, kami dapat berkongsi atau bertukar-tukar pendapat dalam bidang kecergasan di samping memperbaiki kekurangan yang ada pada diri sendiri”
Bahagian tubuh ingin diperbaiki “Shoulder dan tricep”
Idola “Dato Sazali Samad”
Ads
Profil
Nama: Mohd Fathi Bin Ghazali
Kerjaya: pelajar
Tarikh Lahir: 16 Mac 1992
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar
Pencapaian: Pertandingan Bina Badan Mr.Gym 1 Malaysia Kedah
Ads
Definisi lelaki Maskulin “Seorang lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka supaya sentiasa tampak bergaya. Selain itu juga mereka mementingkan kesihatan dan kebersihan”
Motivasi “Saya seorang penggemar fesyen. Setiap kali membeli pakaian, saya akan mencuba saiz S, namun tetap kelihatan besar kerana terlalu kurus. Dari situ saya bertekad untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan”.
Diet “Dari segi diet pemakanan, saya mengutamakan makanan berprotein tinggi seperti ayam dan daging. Manakala makanan tambahan cuma Protein shake dan amino. Selain itu, saya juga akan mengurangkan pengambilan makanan berminyak di dalam setiap diet pemakanan”.
Rutin kecergasan “Walaupun sesibuk mana dengan kerjaya, itu bukan alasan bagi saya untuk tidak melakukan aktiviti seperti push up dan sit up. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan ke gim untuk memperbaiki kelemahan otot-otot yang masih belum sempurna”.
Ads
Fenomena bina badan “Ia merupakan fenomena sihat. Jika ramai yang akan ke gim untuk mengutamakan tubuh badan dan kesihatan, maka gejala kurang sihat dapat dikurangkan”.
Bahagian tubuh ingin diperbaiki “Lowest chest”.
Idola “Marc Fitt”
Profil
Nama:Mohd Fakhry Bin Haji Ghazali
Kerjaya: Polis
Tarikh Lahir: 16 Mac 1992
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aksi mendebarkan antara dua sahabat selebriti, Ikmal Amry dan Hun Haqeem, berlangsung tepat jam 12.01 tengah malam di Zepp Kuala Lumpur dan menyaksikan lebih 1,700 penonton hadir secara fizikal.
Perlawanan yang juga disiarkan secara langsung di media sosial ini adalah sebahagian daripada program Fury Championship yang menghimpunkan barisan artis untuk bertarung secara profesional di gelanggang.
Perlawanan tersebut berakhir pantas apabila Ikmal Amry berjaya menewaskan Hun Haqeem pada pusingan pertama.
Aksi agresif Ikmal menyebabkan Hun mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan muka sehingga menyebabkan pendarahan, sekaligus menamatkan perlawanan lebih awal daripada dijangka.
“Hari tu memang saya all out. Tapi dia tak puas hati dengan saya. Dia belum habis lagi, katanya. Kalau betul nak rematch, bagi masa recovery betul-betul. Lutut tu, lama lagi kau nak pakai,” kata Ikmal, mengulas kenyataan Hun yang mahukan peluang kedua di gelanggang.
Ikmal turut berkongsi bahawa kecederaan lutut yang dialaminya sebenarnya sudah berlarutan lebih setahun, namun dia tetap bersetuju untuk berlawan atas kehendaknya sendiri.
“Fight ni, dia yang setuju. Bukan saya yang ajak dia. Saya tengah cari opponent, dan dia yang tawar diri untuk fight. Jadi, bila dia offer tu, saya pun macam… betul ke? Kau ada injured, apa semua, dan dia kata boleh,” jelas Ikmal.
Namun, pelakon drama ini mengakui dia sebenarnya sedikit berat hati untuk bertarung dengan Hun kerana hubungan rapat antara mereka.
“Kalau boleh, artis yang dia tak kenal atau kurang rapat, lagi senang nak all out. Macam ni, saya tahu dia rasa banyak simpati,” katanya lagi.
Selepas tamat perlawanan, Hun Haqeem dilaporkan terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital swasta akibat kecederaan pada lutut kanannya.
Menurut pengurusnya, Afdal Shahizad Zainudin, keadaan Hun memerlukan pemeriksaan lanjut, namun belum dapat dipastikan sama ada kecederaan tersebut serius atau tidak.
Dengan kedua-dua pihak menyuarakan keinginan untuk mengadakan rematch, para peminat kini menantikan detik ‘perlawanan sebenar’ antara dua sahabat ini tetapi hanya apabila Hun pulih sepenuhnya dan bersedia secara fizikal serta mental.
“Kalau jadi (rematch), saya nak dua-dua fit. Baru puas,” kata Ikmal mengakhiri temu bual.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hugh Gwon dan Nichola Gwon merupakan pasangan suami isteri yang telah mengasaskan komik popular ‘My Korean Husband’.
Disebabkan Hugh orang Korea, mereka menamakan komik mereka ‘My Korean Husband’.
Hugh Gwon telah membuat transformasi yang hebat pada badannya. Semuanya demi isteri tercinta dan anak yang bakal ditimang nanti.
Sebenarnya, Hugh memang sudah lama ingin menurunkan berat badan supaya badan lebih sihat namun tidak berjaya mendapat motivasi yang boleh membuatkannya kekal ingin berubah.
Namun, apabila mereka mula merancang untuk mempunyai anak, kesukaran rawatan IVF yang dijalani isterinya, membuatkan Hugh benar-benar terinspirasi.
Serta Hugh mengalamimasalah kesihatan akibat berat badannya.
Hugh memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan terfikir yang mereka akan mempunyai peluang lebih cerah jika dia menurunkan berat badan.
Hasil sebuah kajian menunjukkan senaman terutamanya senaman kardio seperti berjogging, akan meningkatkan kualiti sperma seorang lelaki.
Maklumat ini menambahdoronganHugh untuk lebih bertekad menurunkan berat badan sebanyak mungkin.
Hugh menamakan projek khasnya sebagai ‘The Last Chance“. Dan selepas enam bulan dengan projeknya ini, dia berjaya menurunkan lebih 20 kg.
Semua hasil pemakanan yang sihat, senaman dan sokongan isteri tercinta.
Bagi mencapai matlamatnya, Hugh telah mendapatkan bantuan seorang pelatih peribadi.
Sebelum ini, Hugh telah cuba mengurangkan makanantidak sihat dan alkohol.
Namun gagal jika dia bersama rakan-rakan. Tetapi kali ini, Hugh berjaya dengan sokongan dan masakan makanan sihat oleh isterinya.
Apabila kelihatan hampir tidak berjaya. Hugh akan merengus kecewa. Namun isterinya sungguh memahami, bersabar dengan kerenahnya dan tetap memberi sepenuh sokongan.
Hugh menggunakan YouTube sebagai platform Vblog-nya danperjalanannya mencapai matlamatnya.
Hugh juga telah membuat sesi fotografi bagi membuat profil ‘badannya’ dan mendokumentasikan kejayaannya. Foto sebelum dan selepas Hugh sungguh mengagumkan.
Perubahan Hugh telah memberi inspirasi dan harapan kepada ramai orang. Hugh dan pelatih peribadinya, Yoojin telah membuat satu Facebook khas, The Last Chance bagi membantu mereka yang ingin berubah.
Selain menunjukkan berita baik tentang perubahannya yang positif, Hugh dan Nichola juga telah mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Pasangan ini telah menunjukkan yang tiada apa adalah mustahil sekiranya anda benar-benar bertekad untuk melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.
Shell Malaysia Official Online Store ini akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain daripada memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya, pembelian di gedung dalam talian ini adalah begitu menyenangkan kerana harganya adalah termasuk penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Para pemilik kereta yang meyakini Shell Helix untuk memenuhi keperluan pelinciran enjin kereta mereka juga pastinya berasa senang bila mengetahui bahawaShell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor.
Pakej lengkap tersebut dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.
Sempena pelancaran ini, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.
Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untukmengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untukkereta mereka.
Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman berkata, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.
“Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Shell, hari ini kami berbangga kerana menjadi syarikat minyak dan gas yang pertama di Malaysia yang mempunyai kehadiran rasmi di platform e-dagang yang ternama seperti Lazada Malaysia.
“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran dan meluaskan jangkauan kami serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada di negara ini, yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia.
“Kerjasama ini adalah sesuatu yang amat baik untuk Lazada dan Shell kerana ia mengutamakan pelanggan di mana mereka kini mempunyai akses yang tiada bandingannya kepada pelbagai rangkaian produk rasmi Shell Helix menerusi platform kami.
“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.