Sejak sekian lama, ramai pemandu percaya bahawa menutup penghawa dingin dan membuka tingkap ketika memandu adalah cara terbaik untuk menjimatkan minyak.
Namun, menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok rasmi Perodua, syarikat itu menjelaskan bahawa kepercayaan ini sebenarnya hanyalah mitos.
Dalam video tersebut, Perodua membongkar beberapa amalan yang sering dilakukan oleh pemandu tetapi sebenarnya tidak memberikan manfaat kepada kenderaan mereka.
Salah satunya ialah kepercayaan bahawa membuka tingkap boleh membantu menjimatkan minyak.
Hakikatnya, tindakan ini boleh memberi kesan sebaliknya, terutamanya apabila kenderaan dipandu pada kelajuan tinggi.
Ramai yang percaya bahawa menutup penghawa dingin dan membiarkan udara luar masuk ke dalam kereta dapat mengurangkan beban enjin, sekali gus menjimatkan minyak.
Teori ini berdasarkan fakta bahawa penghawa dingin menggunakan tenaga daripada enjin untuk berfungsi.
Ads
Oleh itu, dengan mematikannya, enjin tidak perlu bekerja lebih keras, dan penggunaan minyak dapat dikurangkan.
Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah faktor rintangan angin atau drag force turut mempengaruhi penggunaan bahan api.
Foto : PngTree
Apabila tingkap dibuka, udara dari luar akan masuk ke dalam kenderaan, menyebabkan rintangan udara meningkat.
Ini memaksa enjin bekerja lebih keras untuk mengekalkan kelajuan, sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.
Perodua Bongkar Lagi Beberapa Mitos Automotif!
Selain membetulkan mitos mengenai penggunaan penghawa dingin, Perodua turut berkongsi beberapa tip penting melalui video mereka di TikTok.
Ads
Tak Perlu Tekan Butang Push-Start Berulang Kali
Salah satu mitos yang sering dipercayai oleh ramai pemilik kenderaan ialah menekan butang push-start sebanyak tiga kali sebelum menghidupkan enjin dapat membantu menjaga prestasi enjin.
Namun, menurut Perodua, hanya satu kali tekan butang push-start sambil menekan pedal brek sudah mencukupi untuk menghidupkan enjin.
Jika butang ditekan tiga kali, ia sebenarnya hanya akan memasuki mod aksesori.
Perodua juga menekankan kepentingan memastikan tekanan tayar berada pada tahap yang sesuai.
Ramai pemilik kenderaan tidak menyedari bahawa tekanan tayar yang tidak mencukupi boleh
Oleh itu, Perodua menasihatkan pemilik kenderaan untuk merujuk pelekat panduan pada panel pintu bagi mengetahui tekanan angin tayar yang sesuai bagi model kereta mereka.
Selain membantu menjimatkan minyak, tekanan tayar yang mencukupi juga meningkatkan keselamatan pemanduan dan memanjangkan jangka hayat tayar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Akibat kecuaian sendiri tak fasal-fasal kena tanggung kerugian ribuan ringgit. Malah lebih menakutkan ia juga boleh mengancam keselamatan nyawa anda sendiri!
Itulah risikonya apabila tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu seperti berada di lokasi blind spot kenderaan berat seperti lori atau bas.
Dalam dua, tiga hari lalu telah tular sebuah video yang merakamkan kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta bersaiz kompak di langgar pada bahagian tepi oleh sebuah lori tangki.
Kejadian malang itu berlaku kerana salah pemandu kereta tersebut yang secara tiba-tiba memandu dan berada di sebelah lori dalam keadaan yang tidak sepatutnya apabila di sebuah simpang jalan.
Akibatnya pemandu lori tidak perasan dan nampak kereta tersebut lalu terjadilah perlanggaran pada bahagian sisi. Walaupun kemalangan itu dilihat kecil namun kerosakan yang dialami kereta itu agak besar juga.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda, MASKULIN kongsikan beberapa tip bagaimana untuk memandu dengan selamat apabila berhadapan dengan kenderaan berat.
SENTIASA BERJAGA-JAGA!
1. Elakkan berada di sebelah lori
Semakin besar lori makan semakin besar blind spot mereka. Jadi amat penting untuk anda tahu di manakah kedudukannya ketika memandu. Sebahagian besar seksyen lorong pemanduan sebenarnya blind spot kepada pemandu lori. Kalau nak memotong, lakukan secepat mungkin dan elak berada terlalu lama di sisi lori.
2. Nampak pemandu menerusi cermin sisi
Ingat begini ya. Kalau anda tak nampak pemandu lori pada bahagian sisi itu besar kemungkinan mereka juga tidak nampak anda. Jika tak nampak pemandu lori itu menandakan anda berada dalam zon blind spot mereka.
3. Perhatikan lampu signal
Apabila memandu di belakang lori atau trak pemandanagan hadapan akan terhalang. Jadi anda perlu bergantung kepada pemandu lori. Sentiasa peka dengan sebarang perubahan lampu signal atau brek pada lori.
4. Kena sabar
Kenderaan berat tidak akan dipandau laju seperti kereta biasa. Kebanyakan kemalangan jiwa berlaku salah satu faktornya adalah disebabkan sifat tidak sabar nak memotong lori. Sentiasa berhati-hati apabila ingin memotong kenderaan berat seperti ini.
MEMANDU DI BELAKANG & HADAPAN LORI
1. Jarakkan kenderaan
Semasa memandu sama ada di hadapan atau di belakang lori pastikan ada jarak yang secukupnya. Perkara ini sebenarnya sudah diajar ketika kelas memandu dahulu namun ramai yang lupa. Usah tunjuk hero nak ‘cucuk’ lori jika mereka perlahan di hadapan anda. Jarakkan kenderaan anda kerana kita tidak tahu jika berlakunya situasi brek mengejut.
2. Berikan ruang kepada lori
Lori atau trak biasanya akan memerlukan lebih banyak ruang untuk membelok. Jadi kebiasannya mereka akan mengambil lajak di sebelah kanan jika ingin membelok ke kiri dan begitu juga sebaliknya. Jangan pula ketika mereka mengambil lajak itu anda pergi memandu semakin hampir kepada mereka!
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda memandu dengan lebih berhemah dan baik di jalan raya. Walau sebenar mana pun kenderaan anda apa yang penting ialah menjadi pemandu yang sentiasa peka dan tenang di atas jalan raya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada masa kini perjalanan jarak jauh dengan menunggang motosikal bukan lagi satu perkara asing. Ini terutamanya di kalangan pemilik dan penggemar motosikal berkuasa tinggi. Namun seperti mana menggunakan kenderaan beroda dua seperti motosikal adalah jauh lebih berisiko berbanding menggunakan kenderaan empat roda.
Di sebabkan itulah anda perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Selain itu, melakuan tunggangan jarak jauh juga memerlukan tenaga dan tumpuan yang sangat tinggi.
Kali ini MASKULIN kongsikan tujuh tip berguna bagi tunggangan yang lebih selamat dan juga selesa!
HENTI & REHAT LEBIH KERAP
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi. Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Disebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
PERIKSA KONDISI MOTOSIKAL
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik.
Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
PASTIKAN PENGLIHATAN JELAS
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
KELENGKAPAN & PERALATAN TAMBAHAN
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa peraltan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain.
Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
JAGA JARAK
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
DUIT MENCUKUPI
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda dalam menikmati tungangan motosikal yang lebih selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ducati Diavel 1260 memberi nafas baharu dengan membuat kejutan pada pencinta motor apabila ia membawa versi S pada orang ramai. Ia merupakan generasi kedua dari ducati, pertama pada tahun 2011 dan kini ia kembali lagi dengan 90% bahagian motor adalah baharu dan 10% enjin carry forward atau sama dengan enjin yang lama.
Untuk aksesori tambahan pula, ia didatangkan dengan Ducati Quick Sifter yang akan menukar gear tapa kehilangan kuasa mahu pun pecutan. Malah Lampu Nyaalaan Siang atau Daytime Running Light juga di sediakan.
KUASA YANG DINAMIK
Diavel-1260-S-MY19-03-Gallery-906×510.
Harga pasaran RM 139,900.00 tidak termasuk insurans. Diavel 1260 S memenggunakan kuasa Testasttretta DVT 1260 dengan pemasangan injap Desmodromic, dan unit V-twin 1,262 cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 159 hp pada 9,500 rpm dan 129 Nm tork pada 7,500 rpm, dihantar ke roda belakang menggunakan sistem rantai melalui kotak gear enam kelajuan serta klac jenis slipper.
Ia menawarkan “prestasi sebuah maxi-naked, yang digabungkan bersama ergonomik muscle cruiser. Bagi kedudukan menunggag pula, ia lebih menegak kerana peletak kaki ditarik ke belakang sedikit berbanding kedudukan pada XDiavel. Tinggi tempat duduk boleh dianggap rendah iaitu 780 mm, manakala beratnya pula adalah 244 kg, dan yang menariknya ia menggunakan tayar belakang selebar 240 mm (rim berdiameter 17 inci dan 8.0 inci lebar).
Mod penunggangannya cukup menakjubkan, terutamanya mod ‘Sport’, yang mana telah membuatkan motosikal ini terasa seperti sebuah motosikal lumba sejati. Anda ada pilihan tiga mod iaitu Sport, Touring, dan Urban. Ia disertakan sekali dengan pelbagai bantuan seperti ABS, Kawalan Cengkaman, Ducati Wheelie Control, Cornering ABS, Ducati Power Launch sebuah sistem hands-free yang mengoperasikan penghidup enjin tanpa kunci dan menyambungkan melalui sebuah aplikasi khas.
LEBIH BERGAYA DAN SEXY
Diavel-1260-S-MY19-06-Gallery-1920×1080.
Diavel 1260 S ini masih mengekalkan fungsi-fungsi lama tetapi bentuk yang baharu lebih bergaya dan mengambarkan kejantanan buat si penunggang. Dengan bahu yang luas dan lebar membuatkan si penunggang merasakan sexy. Malah sit atau tempat duduknya dengan jarak roda lebih panjang memberikan perbezaan yang ketara terutamanya pada selekoh yang Panjang. Ia juga lebih stabil ketika membelok kerana keadaan tayar yang lebar dan luas.
Walaupun ia agak berat berbanding dengan motosikal yang lain, tetapi oleh kerana ia rendah dan mudah dipandu, ia tiada masalah. Pelana pada motosikal Diavel yang baharu ini lebih tinggi sedikit berbanding dengan design lama membolehkan si penuggang ke hadapan dan ke belakang sidikit. Malah bentuk nya juga lebih panjang dan langsing dengan roda belakang 240mm.
Malah enjinnya juga di bawa ke belakang sedikit, jadi dia tidak berat di bahagian depan dan akan stabilkan atau centre gravity yang lebih baik. Bukan itu sahaja, malah jika dahulu motor ini mempunyai fungsi split radiator, tetapi kini ia bercantum menjadai satu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.