Salam Jumaat wahai umat Islam. Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan ini tentunya tampak mulia dan tenang. Hari ini merupakan hari ke dua umat Islam berpuasa. Tahukah anda Nabi Muhammad S.A.W amat menitikberatkan bulan mulia ini. Ini antara nasihatnya agar anda mendapat pahala berlebihan dalam bulan Ramadhan ini.
Sahur
Nabi Allah menggalakkan seluruh umat Islam agar bangun untuk bersahur.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Bersahurlah agar anda mendapat berkat melalui darinya”
Kongsi makanan pada bulan Ramadhan
Ads
Bulan ini amat bagus untuk anda mula beramal jariah. Rasulullah menggalakkan semua orang menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Sabda Rasulullah S.A.W
“Barang sesiapa yang menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa, maka ia akan menerima ganjaran pahala sama saperti orang tersebut itu berpuasa.”
Kayu sugi
Ads
Seperti yang telah diberitahu oleh para ulama, Rasulullah S.A.W seorang yang gemar membersihkan gusi dan gigi menggunakan kayu sugi. Ia memberi nafas segar berpanjangan tambahan lagi kita tidak memasukkan makanan dalam mulut. Kayu sugi bertindak untuk menghilangkan bau mulut. Namun, bau mulut ketika berpuasa merupakan bau yang paling wangi.
Cegah perbalahan pada bulan puasa
Nabi menggalakkan umat Islam yang berpuasa untuk tidak bersifat terburu-buru dalam berkata-kata. Kalau boleh, jika anda terlibat dalam situasi yang memerlukan anda untuk membidas, leebih baik elakkan. Anda boleh mengeluarkan ayat seperti
Ads
“Saya sedang berpuasa. Kita bercakap kemudian”
jika anda bertelagah dengan seseorang walaupun ia tidak begitu serius, anda pasti akan mengeluarkan kata-kata kesat, dan ini akan menyebabkan ibadah puasa anda berkurangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dua jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama di kalangan penggemar fesyen high end dan juga gaya hidup. Selepas ‘mengusik’ penggemar jenama mereka dengan kolaborasi eksklusif beberapa mingu lalu, Prada dan adidas akhirnya memperkenalkan produk kolaborasi sulung mereka.
Prada x adidas mungkin satu perkara yang dianggap mustahil suatu ketika dahulu namun kini kedua-ldua jenama yang memiliki jumlah pengikut ramai berpeluang memperkenalkan hasil kerjasama unik ini.
Istmewanya kolaborasi ini menampilkan sneakers adidas Superstar sebagai model pilihan. Ini merupakan kali pertama Prada melakukan kerjasama seperti ini bersama adidas.
Sneakers Superstar Prada x adidas ini dihasilkan di Italy oleh Prada dan ia hanya muncul dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 700 pasang sahaja.
Jadi kita boleh anggap kasut kolabarasi ini akan mendapat nilai harga selepas jualan sangat tinggi.
Sneakers ini akan dikeluarkan dalam kategori unisex dengan menampilkan nombor edisinya ditulis dibahagian luar selain logo Prada pada bahagian lidah dan tepi kasut.
Selain itu bagi meraikan kemunculan sneakers ini, Prada turut memperkenalkan bowling tote bag yang juga dihasilkan daripada kulit putih.
Kedua-dua item ini bakal dilancarkan di butik terpilih Prada dan adidas terpilih di seluruh dunia.
MASKULIN menjangkakan ia bakal menjadi item rebutan terutama di kalangan selebriti terkenal juga juga penggila fesyen yang ingin tampil menawan dan unik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk memastikan penampilan anda rapi dan bergaya, ini antara trik dan helah yang boleh anda ikuti ketika berpakaian.
1. Pakai baju bergaris melintang
Mereka yang memiliki bentuk badan rendah perlu elak memakai pakaian bergaris melintang (horizontal) atau berkotak-kotak. Cara berpakaian ini akan membuatkan tubuh anda kelihatan lebih lebar dan semakin pendek. Pakaian yang sesuai untuk anda gayakan adalah pakaian bergaris menegak yang boleh memberi efek tubuh yang tampak lebih tinggi.
2. Elak baju baggy dan terlalu panjang
Baju yang baggy dan melebihi bahu akan menenggelamkan tubuh, apatah lagi jika kepanjangan baju itu berada di bawah tulang pinggul. Jadi, pakailah baju slim fit atau pakaian yang tidak terlalu besar ataupun kecil dengan kepanjangan bajunya jatuh tepat di pinggul anda.
3. Elak pakai seluar longgar dan labuh
Batalkan niat anda ya kalau teringin nak pakai seluar labuh atau longgar. Ini kerana, pakaian seperti ini akan membuatkan anda nampak dua kali ganda lebih pendek daripada ketinggian asal. Seluar yang dipakai terlalu tinggi di atas pinggang atau di bawah pinggang akan memendekkan garis kaki. Jadi, pakailah seluar yang berada di garisan pinggang untuk memaksimumkan kepanjangan kaki anda.
Seluar slim fit atau potongan yang lebih langsing boleh menampakkan kaki yang lebih panjang sekali gus memberi ilusi anda kelihatan lebih tinggi. Selain itu, pastikan jahitan seluar anda jatuh tepat di atas kasut dan jangan lipat bahagian bawah seluar.
4. Pilih rona warna bumi
Warna-warna cerah seperti merah, kuning dan merah jambu perlu dielakkan kerana ia akan membuatkan tubuh badan anda nampak semakin bervolum. Sebaiknya, penuhkan almari anda dengan baju berwarna bumi seperti hitam, coklat, kelabu dan navy. Warna-warna ini akan memberi kesan lebih tinggi dan besar pada tubuh anda. Selain itu, elakkan juga memakai warna hitam secara keseluruhannya kerana warna ini akan membuatkan anda semakin pendek.
Elak kolar t-shirt atau kemeja yang melekap pada leher kerana ia hanya akan membuatkan anda kelihatan semakin bulat dan pendek. Pilihlah t-shirt berkolar V untuk memperlihatkan bahagian atas tubuh anda lebih jinjang. Untuk kemeja pula, anda sesuai memakai jenis kolar yang tinggi dan tidak terlalu lebar.
6. Gunakan hanya selapis jaket
Untuk kelainan anda menyarungkan pakaian dengan material tebal seperti sweater, hoodie dan jaket. Sebenarnya pakaian-pakaian tebal sebegini cenderung membuatkan tubuh anda kelihatan semakin lebar dan pendek. Jika anda ingin memakai jenis-jenis pakaian ini, pastikan anda memilih material yang lebih nipis dan ringan seperti poliester dan jersi yang merupakan pilihan paling tepat untuk lelaki bertubuh rendah.
Kot, blazer atau kardigan dengan jumlah butang lebih daripada tiga akan membuatkan bahagian atas tubuh anda jelas kelihatan lebih pendek. Jika anda ingin memakai jenis-jenis pakaian berbutang ini, sebaiknya pilihlah pakaian yang memiliki hanya satu atau dua butang daripada jenis single breasted. Pastikan juga pakaian yang anda pilih mempunyai kepanjangannya tepat di paras punggung.
8. Elak rambut panjang
Selain pakaian, rambut juga boleh mempengaruhi ukuran tubuh seseorang. Rambut panjang akan menutupi leher dan bahu sehingga membuatkan leher anda tenggelam. Potongan rambut pendek seperti pacak merupakan pilihan rambut paling tepat untuk lelaki bertubuh rendah kerana ia akan membuatkan leher anda kelihatan lebih panjang.
Jika anda dikalangan lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut, jangan bimbang ye. Menurut kajian, wanita berpendapat lelaki botak lebih seksi dan nampak maskulin. Bukan rekaan semata-mata tetapi kajian juga mendedahkan lelaki botak lebih menarik dari mereka yang berambut lebat!
Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan isteri sebenarnya tidak kisah dengan suami botak.
Anda tak percaya? Kajian sudah membuktikan. Mesti ramai yang tidak percaya. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan wanita lebih tertarik dengan lelaki botak.
Manakala berdasarkan laporan ABC News, kajian yang dilakukan mendapati golongan isteri menganggap suami botak jauh lebih menarik dan mereka dianggap lebih kuat kerana nampak lebih maskulin. Manakala kebanyakan lelaki botak ini juga selalunya dikaitkan bekerja sebagai polis atau tentera serta kerja yang menunjukkan kelakian seseorang..
Menariknya juga, suami botak dianggap tinggi keyakinan diri. Maksudnya mereka berani membawa imej sebegitu dikhalayak ramai dan membuktikan mereka selesa dengan gaya tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.