Aktiviti kercergasan seperti renang sememangnya cukup popular. Selain dijadikan aktiviti riadah yang menyeronokkan berenang mampu memberikan kesan pemulihan mental buat mereka yang inginkan ketenangan.
Namun bagi mereka yang ingin mencabar diri dengan sesuatu yang lebih ekstrem dan lasak, melakukan renangan di perairan terbuka pasti memberikan keterujaan yang cukup luar biasa. Salah satu pertandingan renang perairan terbuka yang cukup dinantikan ramai ialah ‘OCEANMAN’.
Seleps empat tahun menyepikan diri, OCEANMAN kini kembali semula menyerikan kalendar pertandingan renang perairan terbuka di Malaysia. Untuk edisi pada kali ini ia akan diadakan di Pulau Redang yang turut dianggap sebagai di antara pulau tercantik di negara kita.
Penganjuran OCEANMAN 2023 akan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2023. Pengurus OCEANMAN Asia-Amerika Jose Luis Larrossa percaya bahawa acara ini akan dianggap sebagai tanda permulaan yang baik untuk kejayaan pertandingan ini di Malaysia.
“OCEANMAN Redang membuka satu peluang baharu kepada para perenang perairan terbuka di Malaysia. Sejak OCEANMAN 2018 kali terakhir diadakan, iakini akhirnya kembali ke Pulau Redang yang indah ini, kami mempunyai jangkaan tinggi terhadap acara renang perairan terbuka ikonik ini.”
“Peluang ini akan memanfaatkan perenang dari serata dunia untuk mengalami sendiri keindahan air jernih di Pantai Timur Malaysia serta menerokai budaya dan tradisi yang menarik selain keenakkan makanannya. Sasaran kami adalah untuk menjadikan OCEANMAN Redang sebagai antara destinasi OCEANMAN yang terbaik di dunia,” tambahnya lagi.
Ads
KATEGORI BERBEZA
OCEANMAN 2023 akan menyaksikan sebanyak lima kategori berbeza dipertandingan merangkumi Oceanteams (berpasukan, 3x500m), Oceankids (kanak-kanak, 500m), Sprint (Pecut, 2km), Half OCEANMAN (Separuh, 5km) dan kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).
Jelas penganjur, salah satu faktor mengapa Pulau Redang dipilih adalah kerana reputasinya sebagai salah satu lokasi pelancongan paling popular di Malaysia dan sekali gus boleh menggalakkan aktiviti tersebut di pulau itu.
Pulau Redang juga memiliki keunikan tersendiri kerana hampir kesemua tempat penginapan menawarkan perkhidmatan penuh termasuk makan minum serta pengangkutan pergi dan balik dari jeti.
Ads
Penganjuran OCEANMAN Redang pastinya akan membuka laluan untuk renang perairan terbuka terus berkembang dengan pesat di negara ini.
Penganjur OCEANMAN Redang, Sundeep Kumar berkata: “Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami dapat lihat bahawa minat orang ramai terhadap sukan renang perairan terbuka semakin meningkat, dan justeru itu, kami berminat untuk menghidupkan kembali acara ini selepas empat tahun.
“Kami berasa tiada lagi lokasi yang lebih sesuai daripada Pulau Redang, dan kami pasti nama pulau ini tentu akan menarik minat orang ramai untuk menyertainya.”
Ads
“Sasaran kami adalah untuk mencatat angka penyertaan yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Setakat ini, kami telah pun menerima 350 penyertaan dari 30 buah negara dan kami berhasrat untuk memecahkan rekod terdahulu dengan menarik lebih 600 peserta kali ini.
“Mudah-mudahan, acara ini akan mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selaku lokasi premium bagi penganjuran acara-acara OCEANMAN di Asia dan seterusnya peringkat dunia kelak,” katanya lagi.
Slot penyertaan untuk OCEANMAN Malaysia masih boleh didapati dan para perenang yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian menerusi http://oceanmanswim.com/redang-malaysia/.
Jangan lupa subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.
Selepas seminggu kejadian banjir yang cukup besar berlaku dibeberapa buah lokasi di Selangor, Pahang, Melaka dan beberapa negeri lain kini semakin kerosakan semakin nampak dengan begitu jelas.
Bantuan demi bantuan dari pelbagai pihak terutamanya NGO serta sukarelawan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa banjir. Proses mencuci dan membersihkan rumah satu tugas yang cukup mencabar dengan keadaan lumpur yang tebal serta kerosakan harta benda yang sangat besar.
Fokus utama kita sekarang adalah membantu mangsa banjir dan keluarga mereka untuk membina kehidupan baharu selepas berdepanc abaran yang sangat hebat ini.
Antara cadangan yang bertiup kencang ialah cadang memberikan kebenaran untuk melakukan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dilakukan ketika negara berdepan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Foto: Astro Awani
Namun perkara tersebut tidak akan diperkenalkan oleh kerajaan biarpun ada permintaan untuk ia dipertimbangkan bagi meringankan beban mangsa terjejas.
BANTUAN MENCUKUPI
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.
Beliau juga bekata pihak kerajaan juga bimbang dengan jumlah simpanan dalam akaun pencarum KWSP kerana susulan dua kalipengeluaran menerusi program sebelum ini iaitu i-Sinar dan i-Citra, akan ada risiko menjadi miskin tegar selepas persaraan.
“Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.
“Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-ALLAH ia boleh membantu mangsa banjir,” katanya pada sidang akhbar di Masjid Al-Muttaqin di sini pada Ahad.
Perdana Menteri juga menjelaskan kerajaan berkeberatan meluluskan pengeluaran khas ketiga kerana ramai pencarum kini memiliki jumlah simpanan yang terlalu sedikit untuk persediaan hari tua mereka.
“Tujuan KWSP adalah untuk simpanan hari tua selepas pencen. Selepas pengeluaran khas dua kali sebelum ini, 20 peratus pencarum hanya tinggal baki RM1,000.
“Kalau RM1,000, apabila pencen nanti, automatik mereka akan jadi miskin tegar. Ini yang saya risaukan.
“Malah hampir 95 peratus daripada pencarum yang miliki baki simpanan RM1,000 itu adalah dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera. Kita kena sedar perkara ini,” katanya.
Semoga dengan insentif dan pengenalan beberapa kemudahan yang telah dan akan diperkenalkan oleh kerajaan mampu membantu mengasa-mangsa banjir meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas ini.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas, seorang lelaki mengambil keputusan untuk berenang ke tempat kerjanya.
Lelaki yang dikenali sebagai Benjamin David, 40, itu berasal dari Munich, Jerman dan sanggup berenang sejauh dua kilometer untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
David mengambil masa 30 minit berenang merentasi Isar River untuk ke pejabatnya yang terletak di Kulturstrand.
David memasukkan kelengkapan pejabat serta pakaiannya ke dalam beg kalis air sebelum berenang merentasi Isar River.
Sebelum ini, David pernah mencari alternatif lain dengan berbasikal untuk ke pejabat tetapi cara itu tidak bertahan lama dan David mula mencuba untuk berenang ke tempat kerja.
Menerusi cara tersebut, David jimat banyak masa kerana jika memandu pada waktu puncak di Munich, pemandu mungkin boleh tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama lebih satu jam.
Kredit: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Spa Bekam Ar Rayyan bukan sahaja menawarkan rawatan yang berkualiti, moden dan bersih, malah ia juga memberi kamu keselesaan yang sempurna dengan dekorasi yang kemas, suasana yang nyaman serta memiliki pekerja yang profesional serta mesra pelanggan. Pendek kata, Spa Bekam Ar Rayyan adalah pusat rawatan bekam yang wajib kamu cuba sekarang!
Rawatan bekam bukanlah perkara asing lagi dalam bidang perubatan di Malaysia, khususnya. Rata-rata masyarakat kita sudah terbiasa dengan rawatan bekam ini. Kaum lelaki terutamanya, menjadikan rawatan bekam ini antara rawatan yang wajib dilakukan untuk menjaga kecantikan kulit, kebersihan tubuh dan menjamin kecergasan diri. Namun, bukan mudah untuk mencari pusat rawatan bekam yang memberi nilai eksklusif, mewah dan moden.
Usah risau, Spa Bekam Ar Rayyan adalah pusat rawatan terbaik yang harus kamu pergi!
Spa Bekam Ar Rayyan ditubuhkan pada 2 Ogos 2015 dan mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia iaitu Gombak (HQ), Johor Bahru, Nilai, Pasir Gudang, Shah Alam, Cheras, Kota Bharu, Kuantan, Putrajaya dan Damansara. Mengekalkan ciri ‘Moden Spa Klinikal’ dan berkonsepkan ‘SPA’ , Spa Bekam Ar Rayyan memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan dan yang paling penting, ia mengutamakan kebersihan dengan menggunakan produk antiseptik serta bahan-bahan minyak yang telah diluluskan oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bukan itu sahaja, malah Spa Bekam Ar Rayyan mempunyai beberapa orang penasihat dari bidang perubatan dan fisioterapi bagi memastikan perjalanan operasi sentiasa mengikut garis panduan yang betul. Jadi, tidak hairanlah mengapa pusat bekam ini berbeza dari yang lain. Tidak hanya mementingan ciri dekorasi malah pusat bekam ini sentiasa memberikan rawatan berkualiti daripada barisan profesional yang semestinya terbaik untuk kamu!
Antara pakej yang ditawarkan di Spa Bekam Ar Rayyan adalah:
Bekam Sunnah 13 Cup : RM 100
Bekam Sunnah 22 Cup : RM 150
Bekam Seri Wajah : RM 65
Bekam Migrain : RM 65
Bekam Tanduk : RM 65
Urutan Badan : RM 70/sejam
Bekam Angin/Api : RM 65/RM 100
Bekam Kepala Tanpa Cukur
Anda juga boleh mengambil servis secara a ‘la carte daripada pakej yang ditawarkan. Spa Bekam Ar Rayyan juga membuat promosi dua cup percuma apabila Check-In Facebook @ Instagram adalah sah sepanjang tahun dan setiap kali pelanggan mendapat rawatan di Spa Bekam Ar Rayyan. Jadi apa tunggu lagi! Jom beramai-ramai mencuba rawatan bekam di Spa Bekam Ar Rayyan!
Alami keajaiban rawatan spa Ar Rayyan dengan layari www.spabekamarrayyan.com dan sentiasa kekal update dengan info terbaru Ar Rayyan di Facebook: Spa Bekam Ar Rayyan juga di Instagram: @spabekamarrayyan.
*waktu operasi rawatan dibuka setiap hari bermula dari 10AM – 10PM untuk LELAKI DAN WANITA
SPA BEKAM AR RAYYAN
HQ: Unit 1-2A, Jalan GJ1, Taman Gombak Jaya, 53100, Gombak, Selangor DE.
+60176896094
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Bila gaya melebihi fungsi, padah menanti!”
Trend ubah suai motosikal bukanlah sesuatu yang asing di kalangan peminat dua roda tanah air. Ada yang mengubah penampilan...