Bak kata orang sukan larian atau lebih popular di kalangan orang awam sebagai ‘jogging’ boleh dilakukan tanpa menggunakan apa-apa peralatan mahal. Apa yang penting hanyalah sepasang kasut larian yang sesuai dan selesa. Perubahan mampu anda lakukan!
Tapi tahukah anda selain memberikan faedah kesihatan kepada anda aktiviti larian juga mempunyai banyak faedahnya?
Berikut merupakan faedah aktiviti larian yang anda akan dapat!
1) HILANGKAN STRES
Pernahkah anda melihat filem ‘Forest Gump’? Di dalam filem itu karakternya berlari kerana dia tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan stres. Seterusnya menjadi legenda larian yang mendapat liputam. Begitulah antara faedah larian.
Ia dapat meringankan stres anda dan membuang segala tenaga berlebihan yang selama ini membebankan anda. Anda bakal terkejut dengan perubahan yang dialami!
2) KEMBALIKAN TENAGA DALAMAN
Jika mengamalkan aktiviti larian secara konsisten stamina anda akan bertambah. Dan bila stamina bertambah secara tak langsung tenaga dalaman atau batin anda juga akan meningkat. Selain anda pasangan juga akan dapat merasa kelebihan ini, bukan? Jadi teruskan berlari untuk anda terus mantap.
3) KESIHATAN JANTUNG
Antara kelebihan kesihatan yang anda perolehi ialah meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung.
Ads
Dengan setiap aktiviti larian anda akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Anda secara tak langsung boleh mengurangkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok. Ini satu perubahan kesihatan yang baik.
4) TURUNKAN BERAT BADAN
MASKULIN sendiri telah melihat banyak testimoni orang yang berjaya turunkan berat badan dengan berkala dan baik dengan hanya melakukan larian.
Pembakarana kalori yang efisien akan berlaku jika anda sentiasa konsisten melakukan aktiviti larian sekali gus membakar lemak yang degil.
Ads
5) BINA KEKUATAN TULANG & OTOT
Jika berlari secara konsisten anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia.
6) TIDUR YANG LEBIH NYENYAK
Anda tak percaya? Cuba jogging sejauh kira-kira 5 kilometer anda lihat bagaimana sendiri kualiti tidur anda pada malam tersebut. Disebabkan anda menggunakan tenaga yang banyak tidur anda akan jadi lebih nyenyak. Selain itu anda juga boleh tetapkan tidur yang lebih teratur.
7) ALIRAN DARAH LEBIH BAIK
Semasa anda jogging darah yang kaya sdengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke bahagian otak. Lalu menyebabkan bekalan oksigen di bahagian otak mencukupi. Ini akan buat anda jadi lebih segar dan produktif.
Ads
8) KEHIDUPAN SOSIAL
Bila anda sudah selesa berlari apa kata cuba masuk pertandingan larian. Jika tak sempat untuk sertai mana-mana pertadingan, jangan risau. Anda boleh sertai cabaran virtual run.
Kulit yang sihat datang dari aktiviti yang sihat. Dengan aktif berlari anda akan merangsang pengaliran darah dalam badan. Pembuangan sisa toksin menerusi peluh dan kulit juga akan lebih efisyen dan sekali gus menjadikan kulit anda lebih sihat.
10) MOTIVASI DIRI
Berlari juga dapat membawa minda anda untuk mendapat motivasi. Sebagai contoh bila anda letakkan sasaran jaraka larian. Bila ia tercapai pasti anda akan rasa sangat puas hati dan bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melakukannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa saja yang tidak kenal dengan sosok badan bernama Stephen Chow, pelakon dari Hong Kong yang kini meraih status legenda dalam dunia perfileman antarabangsa. Dikenali sebagai pelakon komedi yang bukan sahaja serba boleh malah mempunyai kehebatan menghasilkan filem komedi epik seperti ‘Shaolin Soccer’ dan ‘Kung Fu Hustle’.
Tidak keterlaluan juga untuk MASKULIN katakan filem-filem lamanya juga tidak pernah jemu untuk ditonton berulang kali seperti ‘Fight Back to School’, ‘From Beijing With Love’ dan banyak lagi.
Bagi peminat generasi lebih baharu pula pasti tidak dapat melupakan kemunculannya menerusi filem box-office, ‘Kungfu Hustle’. Dan di antara perkara yang membuatkan ramai peminat dan penonton berasa kagum ialah transformasi fizikalnya yang tampil seperti pakar seni mempertahabkan diri.
Foto: Kungfu Hustle
Bentuk badannya yang kurus namun mempunyai six-pack disebut-sebut ramai yang turut dibandingkan dengan Bruce Lee. Apakah rahsia Stephen Chow mendapatkan fizikal mantap seperti itu?
Terdapat beberapa cara boleh anda lakukan untuk dapatkan body sepertinya. Ikuti sahaja tip menarik dari MASKULIN pada kali ini.
PUSH-UP
Senaman ini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.
Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.
ARM CIRCLE
Dinaggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semesti dengan mengangkat bebanan sahaja.
Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putara ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.
CONCENTRATION CURL
Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha. Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.
PULL UP
Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu. Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut. Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda sebaiknya. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain menjaga tabiat pemakanan yang baik melakukan senaman dengan rutin merupakan cara yang efisien untuk mengekalkan stamina seorang lelaki. Ini terutamanya bagi mengekalkan stamina lelaki untuk terus berprestasi mantap ketika bersama dengan pasangan.
Tidak dinafikan di psaran sekarang telah wujud segala macam ubat-ubatan dan rawatan bagi kesihatan tenaga dalaman lelaki. Tetapi tidak salah jika kita terus melakukan senaman yang baik bagi terus kekal mantap.
Salah satu senaman yang sering kali kita dengar yang dikatakan mampu membuatkan seorang lelaki lebih ‘perkasa’ ialah senaman ‘cakar harimau’.
Senaman cakar harimau dikatakan mampu membantu menyelesaikan masalah seperti ejakulasi pramatang, ereksi lemah, kurang libido dan macam-macam lagi masalah seksual orang lelaki.
CARA MELAKUKAN CAKAR HARIMAU
Pertama sekali anda harus tahu bahawa senaman ini agak berbeza dengan senaman umum yang lain seperti diuar-uarkan oleh perubatan Barat seperti kegel, plank, squat dan senaman yang dikatakan berkaitan menguatkan tenaga batin lelaki.
Secara asasnya, cakar harimau tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah bila dilakukan pun tidak akan mengeluarkan peluh yang banyak. Ia juga boleh dilakukan dalam kedudukan duduk. Berikut 7 step senaman cakar harimau yang boleh anda lakukan:
1. Pertama kali duduk dalam posisi bersila. Duduk di dalam posisi bersila.
2. Kemudian luruskan atau juurkan kaki dan tangan yang sama ke hadapan.
3. Perlahan-lahan tarik nafas dengan dalam.
4. Kemudian pusingkan badan ke arah bertentangan dengan kaki dan tangan yang terjulur.
5. Tahan posisi ini dengan kaki dan tangan tadi terjulur sejauh yang mungkin.
6. Hembus nafas dengan tenang dan perlahan.
7. Ulang turutan di atas dengan beralih ke kaki dan tangan sebelah lain pula.
Tidak sukar bukan? Lakukan senaman mudah ini setiap hari atau dengan rutin. Lebih mujarab jika dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Selain senaman cakar harimau terdapat beberapa senaman tradisional lain yang juga tidak kurang hebatnya seperti padi bukit, nafas pertapa, rentak urutan, tarik sepadan, tepis jengking, lenjang gajah dan matahari naik.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jom kita mantapkan mana yang kurang mantap!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beban kerja terlalu banyak dan komitmen harian yang membelenggu membuatkan ramai mengeluh tidak cukup masa untuk bersenam. Itu bukan alasan. Hanya 20 minit sehari, anda boleh lakukan senaman merangkumi keseluruhan otot badan.
1. JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
2. WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
3. ABDOMINAL CRUNCH
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
4. SQUAT
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
-Ulang semula sebanyak 10 kali.
5. HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
6. PUSH-UP ROTATION
-Meniarap dalam posisi tekan tubi.
-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
-Ulan semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.