lelaki 1

Anda mungkin pernah melihatnya di mana seorang lelaki yang dulunya garang macam singa, tiba-tiba tunduk dan diam macam anak kucing apabila isteri atau teman wanitanya muncul.

Kawan-kawan mula mengejek, “Alah, kena Queen Control lah tu!” Memang, kadang-kadang ia boleh jadi bahan jenaka. Tetapi, di sebalik senyuman terpaksa itu, bagi sesetengah lelaki, hubungan mereka telah bertukar daripada zon selesa kepada ‘penjara emosi’ yang serius.

Ini bukan lagi soal menghormati, ini tentang kawalan mutlak yang merampas identiti diri. Dari sidit pandang seorang lelaki, kita perlu membezakan antara pasangan dominan yang bijak mengurus rumah tangga dengan pasangan yang mengongkong.

Kawalan tidak sihat ini, tidak kiralah dalam perkahwinan atau percintaan boleh menghakis harga diri seorang lelaki.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa petanda jelas seorang lelaki itu mungkin sedang berkhidmat di bawah ‘Ratu’ yang mengawal segala-galanya dan mengapa mereka perlu dibantu segera!

1. Rangkaian Sosial ‘Dibersihkan’

Pasangan yang mengawal akan cuba mengasingkan anda daripada sumber sokongan luaran. Apabila anda mula terputus dari dunia luar, mereka menjadi satu-satunya fokus hidup anda. Segalanya perlu berpaksi pada dirinya!

Ads
  • Pagar Kawan-Kawan Ditinggikan: Setiap kali anda merancang untuk keluar bersukan, melepak mamak, atau beriadah dengan rakan lelaki, ia akan disambut dengan soalan, alasan yang tidak munasabah, atau perbalahan yang panjang. Akhirnya, lelaki memilih untuk tinggal di rumah kerana malas bergaduh.
  • Hubungan Keluarga Terhad: Pasangan secara konsisten mencari salah ahli keluarga anda (ibu bapa, adik-beradik, ipar) atau secara terang-terangan menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ini menyebabkan anda mengurangkan lawatan atau kontak demi mengelakkan konflik di rumah.
  • Media Sosial Dipantau 24/7: Dia bukan sahaja tahu password telefon anda, tetapi dia juga kerap menyemak siapa yang anda hubungi, siapa yang memberi komen, malah siapa yang anda follow di Instagram. Tiada privasi dalam komunikasi anda.

Petanda Lelaki Kena ‘Queen Control’, Bila Hubungan Bertukar Jadi Penjara Mental

2. Autonomi Asas Hidup Harian Dirampas

Kawalan meluas ke atas aspek kehidupan anda yang paling peribadi, menjadikannya seolah-olah anda perlu ‘meminta izin’ untuk menjadi diri sendiri.

  • Pakaian dan Gaya Ditentukan: Anda tidak bebas memilih pakaian untuk ke pejabat atau acara santai. Pasangan anda akan ‘veto’ pilihan anda atau menunjukkan rasa tidak suka, memaksa anda memakai apa yang dia tetapkan.
  • Hobi dan Minat Dianggap ‘Tidak Matang’: Aktiviti yang memberi anda keseronokan peribadi (seperti main game, memancing, atau menyertai kelab motosikal) secara perlahan-lahan disingkirkan kerana dianggap pembaziran masa atau tidak produktif.
  • Kewangan Dipegang Ketat: Walaupun anda mencari nafkah, pengurusan kewangan peribadi anda dikawal sepenuhnya oleh pasangan. Anda mungkin perlu ‘melaporkan’ atau meminta izin untuk perbelanjaan peribadi yang kecil, menjadikan anda seperti anak remaja yang diberi elaun.

Petanda Lelaki Kena ‘Queen Control’, Bila Hubungan Bertukar Jadi Penjara Mental

3. Kemerosotan Keyakinan Diri 

Ini adalah bentuk manipulasi emosi yang paling berbahaya. Kawalan psikologi akan melemahkan keyakinan diri dan keberanian anda untuk bertegas.

Ads
  • Kritikan Berterusan Bukan Membina: Pasangan anda sering mengkritik pendapat, penampilan, cara anda mengendalikan kerja, atau prestasi anda dalam pelbagai perkara. Kritikan ini jarang bertujuan membantu, tetapi lebih kepada membuat anda rasa tidak cekap atau bodoh.
  • Gaslighting Sebagai Taktik: Apabila anda menyuarakan rasa tidak puas hati, dia akan memutar belit fakta atau menafikan kejadian (gaslight), membuat anda mempersoalkan ingatan dan kewarasan anda sendiri. Anda akhirnya percaya anda yang terlalu sensitif.
  • Rasa Takut Membara: Anda sentiasa berasa cemas atau takut untuk menimbulkan kemarahan, kekecewaan, atau drama pasangan anda. Anda mula berbohong tentang perkara kecil (seperti siapa anda jumpa atau bila anda pulang) hanya untuk mengelakkan konfrontasi.

BACA: ‘F1 The Movie’, Fakta Menarik Tentang Filem Terbaru Brad Pitt

Tindakan Profesional, Bagaimana Keluar Dari ‘Sangkar Emas’

Jika anda mengenali petanda ini, fahami bahawa ini adalah tingkah laku yang tidak sihat dan menjejaskan kesejahteraan mental anda.

Tugas anda sebagai lelaki moden adalah menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab, bukan hamba yang patuh.

  1. Tetapkan Sempadan (Boundaries): Berkomunikasi secara jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh diterima. Sebagai contoh: “Saya akan keluar bersama rakan setiap Sabtu. Saya akan memberitahu waktu balik, tetapi saya tidak perlukan izin.”
  2. Tegas, Bukan Konflik: Tunjukkan ketegasan dengan tenang dan profesional. Jangan biarkan emosi menguasai perbincangan. Apabila pasangan anda menggunakan drama emosi atau ancaman, jangan tunduk.
  3. Dapatkan Sokongan Luar: Jangan malu untuk berbincang dengan ahli keluarga yang dipercayai, kaunselor, atau pakar hubungan. Anda memerlukan sokongan luaran untuk melihat situasi anda dengan lebih objektif.
  4. Ambil Kembali Autonomi Anda: Mulakan dengan perkara kecil—uruskan perbelanjaan peribadi anda, atau teruskan hobi anda walau sekejap. Ini membina semula keyakinan diri dan mengingatkan anda siapa diri anda sebelum hubungan itu.

Ingat, hubungan yang sihat memerlukan rasa hormat, kepercayaan, dan kesamaan. Jangan biarkan label ‘Queen Control’ menamatkan kuasa anda dalam hidup anda sendiri.

Ads

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads