
Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tidak dinafikan jerawat dan bulu hidung mencacatkan penampilan, namun tabiat ini dianggap sebagai kawasan segi tiga yang sangat bahaya.

Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.

Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.

Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.

PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril.
Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Artikel diambil dan diolah dari RAPI.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Kredit: Public Health Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Minum Air Manis Boleh Ganggu Fasa ‘TTC’ Dan Kesuburan Suami Isteri!

Fasa Trying to Conceive (TTC), iaitu usaha untuk mendapatkan zuriat, bukan sahaja memerlukan kesihatan wanita yang baik tetapi juga kesihatan lelaki.
Ramai yang tak sedar bahawa pengambilan gula yang tinggi, terutamanya melalui air manis, boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

Kajian menunjukkan bahawa gula berlebihan memberi kesan buruk kepada kualiti sperma dan tahap hormon lelaki. Jadi, jika anda dalam usaha untuk menjadi seorang bapa, penting untuk mengetahui bagaimana air manis boleh menghalang niat anda itu.
Bagaimana Air Manis Boleh Menjejaskan Kesuburan Lelaki?
- Gangguan Hormon Testosteron
Gula berlebihan dalam badan boleh mengganggu keseimbangan hormon, terutama sekali hormon testosteron yang penting untuk kesuburan lelaki. Apabila tahap gula meningkat, insulin dalam darah juga meningkat, menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ini akan menjejaskan fungsi sperma dan boleh menurunkan bilangan sperma yang sihat. - Menurunkan Kualiti dan Kuantiti Sperma
Pengambilan air manis yang tinggi juga dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah. Gula yang tinggi menyebabkan kerosakan oksidatif pada sperma, menjadikannya kurang aktif dan tidak berfungsi dengan baik. Sebagai lelaki yang ingin menjadi bapa, anda memerlukan sperma yang aktif dan berkualiti, dan ini boleh dicapai dengan mengurangkan gula dalam diet anda. - Obesiti yang Mempengaruhi Kesuburan
Pengambilan gula berlebihan sering menyebabkan kenaikan berat badan. Obesiti merupakan salah satu faktor utama ketidaksuburan lelaki, kerana ia menjejaskan pengeluaran testosteron dan meningkatkan estrogen dalam badan. Lelaki yang obes sering mempunyai bilangan sperma yang rendah serta motiliti sperma yang lemah, yang menyukarkan proses persenyawaan. - Mengurangkan Tenaga dan Libido
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan tenaga mudah turun naik dan meningkatkan rasa letih. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi harian tetapi juga keinginan untuk bersama pasangan. Kurang tidur akibat turun naik gula dalam badan juga boleh menjejaskan keseimbangan hormon lelaki, termasuk testosteron, yang penting untuk libido dan kesuburan. - Menyebabkan Keradangan Dalam Badan
Pengambilan gula yang tinggi meningkatkan risiko keradangan dalam badan. Keradangan ini boleh menjejaskan fungsi organ, termasuk organ pembiakan. Bagi lelaki, keradangan kronik boleh menyebabkan masalah prostat dan mengganggu fungsi sperma. Jadi, mengurangkan pengambilan air manis dapat membantu mengurangkan risiko ini.

Tips Mengurangkan Pengambilan Gula untuk Kesuburan yang Lebih Baik
- Pilih Air Kosong atau Minuman Tanpa Gula
Daripada memilih air manis atau minuman berkabonat, pilih air kosong, teh tanpa gula, atau air lemon yang lebih sihat. Ini akan membantu menjaga keseimbangan gula dalam badan dan mengurangkan risiko kesan negatif pada hormon anda. - Gantikan Minuman Bergula dengan Jus Buah Tanpa Gula Tambahan
Jika anda gemar minuman berperisa, cuba minum jus buah segar tanpa gula tambahan. Tetapi, minum dengan kadar sederhana kerana buah juga mengandungi gula semula jadi. - Elakkan Minuman Tenaga dan Minuman Bersoda
Minuman tenaga dan bersoda mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, yang boleh merosakkan kualiti sperma dan hormon dalam badan anda. Jadi, elakkan minuman ini terutama dalam fasa TTC. - Perhatikan Label Minuman yang Dibeli
Sentiasa baca label pada minuman yang dibeli untuk melihat kandungan gula. Sesetengah produk mengandungi gula tersembunyi, jadi perhatikan saiz hidangan dan jumlah gula untuk membuat pilihan yang lebih bijak. - Kawal Snek Manis dan Makanan Tinggi Gula
Selain minuman, elakkan makanan ringan yang tinggi gula seperti kek, coklat, dan biskut. Pilih snek yang lebih sihat seperti kacang tanpa gula atau buah-buahan segar untuk mengekalkan tenaga tanpa menambah gula berlebihan.
Semoga bermanfaat!
BACA LAGI : Lima Artis Lelaki Thailand Berjaya Pikat Hati Peminat Wanita Di Malaysia
Artikel diambil dari Keluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perlu Ke Basuh Sebelum Simpan Telur! Ini Penjelasan Doktor

Biasanya selepas beli telur, kita akan terus basuh sebelum disimpan dalam peti. Maklumlah sebahagiannya akan tercemar dengan tahi ayam.
Tapi ada juga yang kata membasuh telur sebelum disimpan akan lebih mendedahkannya pada bakteria. Hmmm yang mana satu betul ni?

Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak. Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
Jangan basuh sebelum simpan
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?

Basuh sebelum simpan
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
Amalan mana yang betul?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka.
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman. Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bahaya ADHD: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hilang Fokus

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu keadaan neurobiologi yang mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Tidak dinafikan ramai yang tidak begitu tahu mengenai penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Penyakit ini dikaitkan dengan kecelaruan minda disebabkan beberapa masalah. Malah lebih membimbangkan rupanya mereka yang menghidap ADHD ini boleh sampai rasa ingin membunuh diri.
Perkongsian lelaki ini menggunaka akauan twitter @aimanomist menceritakan pengalaman didiagnosis ADHD sejak kecil lagi.

Aku membesar macam budak2 biasa. Dari keluarga yang lower middle income. Tapi semua benda serba serbi cukup. Tak susah & tak mewah. Mak ayah aku membesarkan aku dengan kasih sayang dan pendidikan yang cukup baik. Kadangkala busy cari rezeki benda biasalah.
Aku membesar normal.
Nakal tapi cepat tangkap dalam pelajaran
Orang sekeliling aku selalu cakap yang ni nakal tapi cepat tangkap dalam pelajaran & kehidupan. Nakal aku masa sekolah rendah tu boleh tahan jugak. Selalu ulang alik bilik guru besar. Sekolah menengah aku baik sikit. Masa tu banyak bina kepimpinan diri aku. Sangat outspoken.
Cemerlang dalam pelajaran, dapat banyak offer jawatan
5A UPSR, 8A PMR, 11A SPM, Dean’s list Asasi UIA, Dean’s list semester 1 & 2 degree
Ramai orang pandang tinggi. Banyak offer jawatan. Lecturer sayang. Tapi sebenarnya, aku makin lama makin sakit. Makin lama makin bodoh.
Sebenarnya ada masalah fokus belajar
Dari zaman sekolah lagi, aku ada masalah susah focus belajar. Aku tak boleh belajar masa prep macam orang lain. Aku kena sorang2 dalam kelas baru boleh ulangkaji. Kadang2 aku akan “fly” keluar sekolah semata2 nak cari tempat yang sunyi untuk aku study.

Pernah menangis tiba-tiba & lari dari semua orang
Tapi once dah mula focus tu, aku boleh go sampai 3-4 jam. Masa zaman sekolah, aku tak rasa besar sangat masalah ni. Cuma kadang2 aku akan ada fasa depresi yang aku tak tau kenapa. Aku akan menangis tiba2 dan lari dari semua orang.
Masatu takde exposure pasal mental illness..
Pernah jumpa ustaz, minta air penawar tapi rasa pelik dengan diri tak hilang
.. jadi ada masalah pelik2 jumpa ustaz lah untuk berubat. Dapatlah air yasin 2-3 botol. Tapi rasa pelik dengan diri sendiri tu tak pernah hilang. Cuma teruk tak teruk je. Mungkin kawan2 yang best buatkn aku kuat masa zaman sekolah.
Mula menyendiri & ada social anxiety
Lepas habis SPM, masalah aku jadi makin teruk. Aku mula menyendiri. Aku mula ada social anxiety. Aku mula hilang keyakinan diri. Aku jadi pendiam & timid.
Aku yang dah biasa bercakap depan 1000 orang, jadi terketar2 nak bercakap depan 10 orang. Betul terketar beb. Cakap depan reunion classmates je pon!
Pernah bangun pagi rasa nak mati
Masa zaman asasi, aku cuba bina diri aku balik. Aku cuba kuatkan diri aku depan orang. Cuba dapatkan balik leadership aku yang hilang.
Orang nampak aku tenang & berkepimpinan. Tapi sebenarnya, hari2 aku bangun pagi rasa nak mati. Tapi aku tak tahu ape masalah aku.
Makin susah fokus, mudah penat alami insomnia
Masuk degree, aku keep bertarung dengan diri aku. Rasa makin susah nak focus. Makin mudah penat. Mood swing makin kerap. Insomnia makin teruk. Fasa depresi lebih lama.
Tapi aku lawan. Dan untuk tahun2 pertama, aku masih boleh menang dengan musuh yang aku sendiri tak kenali.
Kembali jadi pendiam dan susah untuk senyum
Masuk tahun kedua, aku dah tak tahan. Masalah aku makin kerap dan teruk. Aku tak boleh focus dalam kelas. Aku makin susah nak senyum. Makin kerap tak boleh bangun ke kelas. Aku kembali jadi pendiam menyendiri. Aku jadi jauh dari kawan2.
Aku terseksa belajar di university!

Atas nasihat kawan, pergi jumpa psikiatri
Tahun 2018, aku tahu serba sedikit tentang mental illness. Jadi, atas nasihat seorang kawan, aku pergi jumpa psychiatrist. Diagnose pertama aku ialah MDD with schizophrenia. Mana datang schizo tu aku pon tak tahu haha. Takde symptom pon.
Terpaksa burn beberapa semester, doktor bagi ubat tapi tak berkesan
Mula tahun ke-3, aku dah tak boleh belajar. Terpaksa burn beberapa semester. 3 kali aku terpaksa amik study leave di tengah2 semester. Aku makan ubat depression yang doctor bagi. Tapi takde kesan. Aku tetap tak boleh berfungsi seperti manusia biasa.
Tukar hospital, diagnos penyakit lain
Tahun depannya, aku tukar hospital. Pegi hospital semi-private. Lebih mudah dapat doctor. Aku didiagnose ada bipolar disoder pulak. Berpapan2 lah ubat bipolar aku kena telan. Tapi tak ada effect. Aku putus asa. Masalah yang sama terus berulang.
Tukar pula klinik swasta untuk mudah buat appointment & ubat
Tahun seterusnya, aku ke klinik swasta pulak. Lebih mudah untuk buat appointment dan dapat ubat. Beberapa kali jumpa doctor, dia kata aku bukan bipolar. Ada penyakit lain yang dia belum boleh nak conclude.
Akhirnya lepas 6 bulan barulah tahu hidap ADHD
Hampir 6 bulan jumpa doctor tu, barulah dia conclude yang aku ada ADHD. Depression itu adalah product of untreated ADHD. Masa tu aku sedih gila tapi tak terkejut. Sebab abang sulung aku memang dari kecik diagnosed ADHD.
With the latest diagnose, baru lah aku faham dan dapat kaitkan kebanyakan masalah2 ada dari kecil hingga sekarang. Aku selalu rasa diri aku pelik dan bermasalah. Now i know the reason.
Ini yang perlu tahu mengenai ADHD
Apa itu ADHD??
‘Attention-Deficit/Hypeactivity Disorder’ ialah masalah perkembangan otak yang menggabungkan 3 masalah utama;
- kesukaran untuk focus
- kelakuan impulsive
- hyperactive
ADHD ni ialah penyakit dari lahir. Bukan kerana trauma atau masalah2 dunia.


Di Malaysia, ADHD adalah OKU kategori pembelajaran.
Sangat penting untuk penghidap ADHD tahu yang kita tak boleh belajar macam orang biasa. Kalau belajar university memang sangat susah dan seksa. Di US, hanya 5% penghidap ADHD yang graduate. 95% akan dropout.
Punyai risiko bunuh diri lebih tinggi
Pengidap ADHD mempunyai risiko bunuh diri lebih tinggi dari orang biasa. Pengidap ADHD juga menghadapi risoko penceraian lebih tinggi dari pasangan biasa.
Jadi please, jika anda ada simptom ADHD, cepat2 dapatkan bantuan professional.
Aku sekarang masih struggle nak habiskan degree selepas 6 tahun di UIA.
Tapi alhamdulillah aku ada isteri yang banyak membantu, kawan2 yang supportive af dan keluarga yang memahami. Pensyarah2 di UIA juga banyak membantu dalam kapasiti masing.

Masih perlu ubat untuk tidur & habiskan ribuan ringgit untuk berubat
Aku masih perlukan ubat untuk aku tidur, ubat untuk bangun pagi dan ubat untuk focus. Beribu ringgit parents aku spent on my medications.
Proses ni penat dan menyakitkan. Tapi aku harap Tuhan akan ganjari aku dalam usaha aku untuk terus hidup.
Buat yang kenal aku, aku minta maaf kalau aku menghilang dan diam. Buat kawan2 rapat aku, terima kasih kerana sentiasa terima aku walau aku macamni. Untuk isteri tercinta, aku sayang padamu.
**Kesimpulannya : ADHD adalah satu keadaan yang memerlukan pemahaman dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk keluarga, guru, dan masyarakat. Dengan pendekatan yang betul, individu yang mengalami ADHD boleh menguruskan gejala mereka dan menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala ADHD, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang sesuai.
BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

