Selama ini, bab perancangan keluarga selalu jadi ‘tanggungjawab’ wanita. Tapi sekarang, lelaki pun dah ada calon ‘senjata rahsia’ tersendiri. Bayangkan, satu pil yang boleh buat sperma korang berehat tanpa ganggu hormon atau jalani prosedur kekal macam vasektomi. Mustahil? Tak lagi.

Dunia saintifik baru saja mencatat sejarah bila pil perancang lelaki pertama, YCT-529, melepasi ujian keselamatan manusia!

Dan ya bro, kalau semuanya berjalan lancar… korang mungkin akan guna pil ni macam vitamin.

Pil Perancang Lelaki Tanpa Ganggu Testosteron, Siap Boleh ‘Rehatkan’ Sperma!

APA ITU PIL YCT-529?

YCT-529 ni bukan sekadar eksperimen biasa. Ia dibangunkan oleh syarikat bioteknologi YourChoice Therapeutics sebuah pasukan penyelidik yang komited cipta kaedah kontraseptif lelaki tanpa hormon. Tak macam pil wanita yang ubah paras estrogen dan progesteron, pil ni tak sentuh langsung testosteron lelaki. Maksudnya? Tiada gangguan pada tenaga, libido, mood atau ciri kelelakian.

Ads

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Pil ni bertindak dengan menyekat sejenis protein bernama Retinoic Acid Receptor Alpha (RAR-α) – komponen utama dalam penghasilan sperma. Bila protein ni disekat, kilang sperma korang ‘pause’ buat sementara. Yang menarik, semuanya boleh dipulihkan sepenuhnya sebaik saja ubat dihentikan. Tak kekal, tak kekok.

UJI KAJI KE ATAS TIKUS: 99% BERKESAN!

Dalam ujian terhadap tikus jantan, YCT-529 terbukti mampu hentikan penghasilan sperma dan buatkan mereka ‘infertil’ selama rawatan. Lepas rawatan dihentikan, sperma kembali normal dalam tempoh 4 minggu. Masa pasangan tikus tu mengawan, kadar keberkesanan mencegah kehamilan capai 99%.

UJIAN KESELAMATAN MANUSIA: POSITIF SETAKAT INI

Dalam fasa pertama ujian klinikal manusia, seramai 16 lelaki sihat berusia 32-59 tahun yang dah lalui vasektomi dipilih. Kenapa lelaki vasektomi? Supaya saintis boleh uji kesan ubat tanpa risiko kesuburan kekal.

Ads

Menurut Nadja Mannowetz, saintis dan pengasas bersama YourChoice Therapeutics:

“Kami sangat berhati-hati kerana ini kali pertama kontraseptif lelaki tanpa hormon diuji ke atas manusia. Kami mahu pastikan tiada kesan jangka panjang yang tak diingini.”

Ads

Tujuan utama kajian ni bukan untuk lihat sama ada pil tu mencegah kehamilan, tapi nak pastikan ia selamat, stabil, dan mudah diserap badan.

Kalau dulu lelaki hanya ada dua pilihan: kondom atau vasektomi. Sekarang, nampaknya kita bakal ada alternatif ketiga yang lebih fleksibel dan moden. Tak perlu hormon, tak perlu pembedahan hanya pil on demand yang bantu lelaki ambil bahagian aktif dalam perancang keluarga.

YCT-529 adalah ‘game changer’. Satu langkah besar untuk kesaksamaan dalam perancang keluarga. Dan jika semua fasa kajian berjaya, tak mustahil lelaki akan mula simpan pil ni dalam laci bilik tidur, bukan lagi eksklusif untuk wanita.

Sumber: New York Post

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads