Isu buli jalan raya nampaknya sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat. Terbaru, polis sedang giat memburu kira-kira 20 penunggang motosikal.
Mereka dilapirkan melakukan aksi bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi dalam insiden cemas yang rakamannya tular di media sosial, awal pagi semalam.
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong. Ia menyaksikan pemandu kereta, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, terperangkap dalam ketakutan apabila dikelilingi kumpulan samseng jalanan tersebut.
Rakaman Tular Bukti Keganasan
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, mengesahkan mangsa tampil membuat laporan polis sejurus selepas insiden kira-kira jam 4 pagi itu.
“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Dianggarkan kira-kira 20 penunggang motosikal terbabit dalam kes ini, dan usaha mengesan serta menahan kesemua mereka sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Menerusi rakaman berdurasi 29 saat yang tular, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta, menghalang laluan kenderaan mangsa.
Situasi menjadi lebih tegang apabila seorang penunggang dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu di bahagian sama.
Mangsa dilaporkan memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 (khianat) dan Seksyen 279 (memandu atau menunggang secara merbahaya) Kanun Keseksaan.
Ads
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, selain menyeru saksi-saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Berita Harian, Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari ini, BMW Malaysia telah mengumumkan kemas kini terbaharu yang cukup menarik menerusi generasi baharu BMW 218i Gran Coupé yang dipasang di Malaysia. Kemas kini teknikal dalam bentuk sistem maklumat hibur tersebut dikenali sebagai BMW Live Cockpit Professional.
Berikutan pelancaran sulungnya pada Oktober tahun lalu ia merupakan salah satu ‘upgrade’ yang cukup dinantikan ramai. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “BMW Live Cockpit Professional baharu menekankan komitmen kami terhadap digitalisasi dan individualisasi merentasi seluruh portfolio BMW. Sementara kami terus menyuntik nafas kepada mobiliti masa hadapan di Malaysia, inovasi akan kekal menjadi fokus utama di BMW.
“Ia dicerminkan menerusi pengemaskinian produk kami yang terbaharu, yang akan turut melibatkan model-model dan fungsi-fungsi lain yang akan datang, sekali gus menaik taraf lagi pengalaman pemanduan buat para pelanggan kami di Malaysia.”
BMW Live Cockpit Professional yang dimuatkan dalam BMW 218i Gran Coupé baharu kini meliputi kluster paparan instrumen 10.25 inci (sebelum ini 5.1 inci) dan paparan informasi sentral 10.25 inci (sebelum ini 8.8 inci).
Kedua-duanya dirumus menggunakan konsep paparan baharu yang bertujuan untuk membekalkan maklumat yang tepat dan relevan dengan segera. Keupayaan individualisasi turut dipermudahkan dengan opsyen konfigurasi yang lebih luas untuk memperibadikan dan memperkayakan pengalaman pemanduan pengguna.
BMW Live Cockpit Professional baharu mengambil pendekatan “konten dahulu” dalam memaparkan informasi, didatangkan dengan tataatur yang serba minimalis dan jitu. Paras bahan api, kelajuan, rpm, dan suhu enjin kini dipamerkan dalam bentuk tiub gelung dan telah disusun bagi melapangkan kawasan di tengah untuk paparan navigasi serta fungsi lain.
Turut menyempurnakan pengalaman pemanduan pengguna ialah aneka fungsi dan widget yang boleh dikonfigurasi, ia termasuk papan skor sukan, data pemanduan, penggunaan bahan api dan efisiensi, meter daya G, media, serta radio.
Jumlah warna yang dikurangkan serta grafiknya yang kini lebih kemas menyumbang kepada pengalaman pemanduan yang lebih baik dan konsisten. Bergantung kepada mod Pengalaman Pemanduan yang dipilih (Sport, Comfort, Eco-Pro), warna dan iras yang seragam akan dipersembahkan merentasi kluster paparan informasi serta paparan informasi sentral.
Demi kemudahan tambahan dan kuasa yang sepenuhnya ke atas tetapan, sistem navigasi dan hiburan kenderaan tersebut, Pembantu Peribadi Pintar BMW boleh diaktifkan dengan menyebut “Hey BMW!” atau istilah pengaktifan lain yang telah diperibadikan.
Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 218i Gran Coupé baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 2,268 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pemilik jentera BMW 218i Gran Coupé baharu ini juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemandu, tentunya anda ingin lakukan yang terbaik untuk melindungi bahagian kereta daripada rosak, sekali gus mengelakkan daripada mengeluarkan belanja yang mungkin jumlahnya boleh buat poket anda kering.
Sebagai contoh memiliki kereta dengan transmisi automatik atau auto. Memandunya memang mudah dan cukup menyenangkan. Namun jangan pula anda abaikan penjagaan serta cara memandunya dengan baik agar enjin tidak rosak dengan cepat.
Andai anda tidak mahu gear kereta auto anda rosak, elak lakukan 8 tabiat buruk ini.
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.
Musim perlumbaan Formula 1 (F1) pada musim lalu cukup mendebarkan dan berkahir dengan drama yang cukup mengujakan. Jadi tidak hairanlah mengapa tumpuan terhadap sukan permotoran nombor satu dunia tersebut seakan mendapat populariti semakin melonjak untuk musim terbaru.
Di antara pasukan yang sentiasa menghiasa siri perlumbaan tahunan F1 ialah pasukan McLaren yang pastinya ingin memberikan cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain.
Dalam tempoh terdekat McLaren dijangka memperkenalkan jentera prototaip terbaru bagi musim tahun ini. Sementara itu mereka telah bekerjasama dengan pembikin mainan blok palin popular di dunia, LEGO untuk menghasilkan kereta miniatur yang cukup menarik.
Jika anda meminati LEGO, pastinya tidak mahu melepaskan koleksi terbaru LEGO Technic 2022 McLaren Fomrula 1 Race Car yang dilancarkan baru-baru ini. Dan ia memang kelihatan sangat ‘gempak’!
MASKULIN menjangkakan koleksi ini pasti menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan pemminat LEGO tetapi F1 secara amnya. Difahamkan, LEGO telah bekerja dengan cukup keras bagi menyiapkan model ini sebelum bermulakan musim baharu F1 pada tahun 2022.
Koleksi ini juga bakal dipasarkan di negara kita bermula bulan hadapan dengan pada harga RM799.90. Harga yang sedikit tinggi berbanding seleksi LEGO biasa namun nilainya pasti tidak menjadi masalah buat pengumpul tegar.
Menariknya, perincian pada model LEGO Technic ini turut sama seperti perubahan dan syarat yang ditetapkan untuk perlumbaan F1 2022 terutamanya di bahagian aero pakej dan roda atau tayar yang lebih besar.
Pakar dari kedua-dua bidang juga sama-sama bekerja secara rapat bagi menghasilkan model yang hampir menyerupai kereta lumba sebenar. Antaranya ialah memaparkan enjin V6 silender dengan piston bergerak, stering, suspensi dan juga diffrential.
Buat peminat LEGO dan F1 inilah model yang harus ada dalam koleksi anda.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.