Low sperm count atau jumlah sperma yang rendah bermaksud semasa berlakunya ejakulasi kandungan sperma dalam ‘benih’ anda adalah rendah berbanding normal.
Ia juga dipanggil dengan istilah oliogospermia. Manaka kes yang melibatkan tiada langsung bilangan sperma pula dipanggil azoospermia. Jumlah sperma yang rendah dikalsifikasikan jika mempunyai kurang daripada 15 juta sperma per mililiter.
Apakah sebab perkara ini berlaku? Terdapat beberapa perkara penting yang WAJIB lelaki ambil perhatian. Di bawah merupakan antara punca yang boleh mengakibatkan perkara ini berlaku.
1. Suhu Panas Melampau
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.
2. Obesiti
Masalah obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi. Namun tidak semua lelaki obese berdepan masalah ini.
Ads
3. Perokok Tegar
Di mana ada rokok di situ ada masalah. Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.
4. Suhu Badan Meningkat Tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam pamas boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.
6. Skinny Jeans
Ads
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.
7. Pembesaran Pembuluh Darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.
8. Radiasi
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki. Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan komputer riba atau telefon bimbit akan meningkatkan suhu sehingga mampu mencapai 35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.
9. Masalah Lain
Penyakit seperti kanser testis, hormon tak seimbang, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lakukan teknik senaman dumbbell jika anda inginkan lengan yang padu dan sasa. Tak perlu ke gym, hanya sediakan dumbbell dan anda boleh buat teknik senaman dumbbell ini di rumah.
Teknik senaman dumbbell ini juga mudah untuk diikuti. Ini 4 teknik yang boleh amalkan.
1. HAMMER CURL
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini juga ialah otot di bahagian forearm.
Cara senaman:
Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Pegang dumbbell dalam posisi menegak.
Luruskan tangan ke bawah, seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
2. BICEPS CONCENTRATION CURL
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman:
Berada dalam posisi duduk.
Letak sebelah siku di atas paha sambil memegang dumbbell.
Angkat dumbbel sambil siku di paha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada paha.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
3. DUMBBELL RENEGADE ROW
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps, selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Cara senaman:
Ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan.
Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
4. STANDING BICEPS CURL
Cara senaman:
Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan.
Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
Bersenam di bulan Ramadan? Bolehkah ia dilakukan dan bagaimana untuk elak rasa terlalu penat? Jawapannya, ya mengapa pula tidak boleh!
Melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika berpuasa tidaklah semudah yang kita bayangkan. Namun, jika kita mengikuti panduan dan langkah yang baik diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Salah satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa.
Waktu terbaik melakukan senaman di bulan Ramadan ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa di bulan Ramadan setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
BAGAIMANA PULA SENAMAN INTENSITI TINGGI?
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Jadi elok-eloknya cubalah elak melakukan senaman jenis ini di bulan Ramadan.
Sejak kecil ita selalu dipesan agar untuk selalu membasuh tangan terutamanya sebelum makan. Namun tahukah anda bahawa tabiat membasuh tangan selain sebelum makan mampu melindungi kita daripada pelbagai jenis kuman?
Apatah lagi sebenarnya dalam aktviti harian kita semenangnya senang terdedah dengan pelbagai kuman serta bakteria terutamanya di peralatan atau peranti.
Anda mungkin terkejut dengan senarai barangan yang terdapat dalam senarai MASKULIN kongsikan di bawah. Jom ikuti 10 barangan atau perlaran yang sering terdedah dan menjadi ‘sarang’ kuman.
Jadi sebelum dan selepas menyentuh kesemua barangan yang dinyatakan di atas, anda bolehlah amalkan basuh tangan dengan air atau cecair atau buih anti-bakteria.
Ingat amalan itu mungkin anda anggap remeh tapi sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa anda.
Sumber:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.