
Apabila menyebut tentang penyakit rabun warna, kebanyakan masyarakat masih tidak memahami tentang masalah ini.
Mereka menganggap ia sekadar masalah kecil dan sering menyangka golongan tersebut hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja.
Masyarakat Sering Tersalah Persepsi
Persepsi tentang perkara itu adalah tidak benar sama-sekali kerana penghidap rabun warna cuma gagal membezakan beberapa warna sahaja.
Misalnya, orang yang memiliki mata normal melihat daun itu berwarna hijau tetapi bagi penghidap masalah itu, daun tersebut persepsinya mungkin menampakkan warna kuning.
Sama juga seperti warna biru dan ungu serta merah dan coklat. Golongan tersebut boleh menjadi keliru kerana menganggap warnanya kelihatan hampir-hampir sama.
Dua Penyebab Popular Masalah Rabun Warna
- Faktor Kongenital – Faktor ini berlaku sejak seseorang itu dilahirkan atau bermula semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam erti kata lain, rabun warna ini diwarisi secara genetik dari keturunan yang sama.
- Faktor Perolehan – Faktor ini berlaku disebabkan penyakit yang singgah ke tubuh badan manusia. Antara penyakit popular yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah rabun warna adalah seperti kencing manis, masalah katarak, glaukoma, proses penuaan serta kesan sampingan sesetengah ubat.
Kajian perubatan dunia pernah mengeluarkan nisbah daripada 12 orang lelaki, salah seorangnya pasti menghidap masalah ini manakala dari populasi wanita pula, daripada 200 orang wanita, hanya seorang sahaja mengalami masalah tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cheat Meals Bukanlah Satu Kesalahan_Tom Coleman

Dilabel drama king arena bina badan, Tom Coleman sering dilihat antara jagoan yang memiliki attitude tersendiri bahkan kerapkali dimanipulasi media atas riak wajahnya yang penuh arogan. Namun bila bab rutin penjagaan tubuh badan, dia ternama dengan disiplin, semangat dan keyakinan.


Dipaksa berhenti. Atas desakan jiwanya yang sentiasa ingin tampil sihat bukan saja di luar namun di dalam, Tom menggasak impian walaupun dipaksa untuk berhenti. ‘Saya dipaksa dari terus menyertai kejohan rugbi di peringkat sekolah akibat kecederaan pada usia 16 tahun walaupun mereka tahu minat saya terhadap sukan itu mana pernah berbelah bagi.
Namun, saya masih dahagakan aktiviti yang menyihatkan lalu saya beralih ke gim. Saya masih ingat lagi, melangkah masuk ke gim dan melihat poster superstar bina badan membuka minda saya untuk menjadi persis mereka’

Motivasi. ‘Saya menyimpan matlamat dan impian untuk kekal fokus pada setiap masa. Saya mahu menjadi ikon terkenal dalam industri kecergasan dan untuk tampil di kulit depan majalah, walaupun matlamat utama saya adalah untuk sentiasa memberi inspirasi kepada mereka di luar sana’

Tarikan pentas. ‘Saya sentiasa memandang tinggi idola bina badan yang sering dianggap ‘tuhan’ yang dipuja. Dan apabila melihat mereka flexing gagah di atas pentas samping memenangi gelaran tertentu, serta merta saya tahu itu akan menjadi cabaran seterusnya yang perlu saya takluki.Antara pertandingan yang saya banggakan adalah apabila memenangi tempat pertama di WBFF Fitness Model. Selepas mengalahkan 55 atlet, saya kini sudah dianugerahkan pro card athlete’.

Old school bodybuilding. ‘Oh saya sememangnya peminat tegar teknik bina badan old school bodybuilding di mana tiada apa yang lebih bagus daripada latihan skuad (squats), bench press dan pergerakan heavy dumbbell. No pain no gain. Saya berlatih setiap hari dan gemar mensasarkan kumpulan anggota badan tertentu untuk terus aktif dan keluar dari zon selesa.
Cheat meals. Saya sangat sukakan makanan manis seperti coklat. Walaubagaimanapun, saya memang peminat makanan yang dimasak asli di rumah dan tidak diproses. Malah, saya percaya anda adalah apa yang anda makan dan saya percaya cheat meals is a must! You should never starve your body of everything, as I do not see that as natural.
Idola. ‘Saya memandang tinggi Ryan Terry and Greg Plitt. Mereka adalah antara dua individu yang sewajarnya menjadi ikutan berikutan dengan semangat dan bagaimana mereka memberi semula kepada peminat-peminat mereka.
Nasihat buat peminat. Cuba lihat ke dalam cermin. Apa yang anda nampak itulah saingan anda. Pemenang adalah yang sering gagal namun terus bangkit berjuan tanpa mengenal erti putus asa.
DIET MAKANAN HARIAN
Hidangan 1: 7 biji telur dengan yolk, Protin (USN) dengan 100g oat, 100g pisang dan 2 sudu USN Whey Protein Shake
Hidangan 2: 250 g ikan putih, 200g kentang manis dan sayur-sayuran.
Hidangan 3: 150g ayam, 80g nasi dan sayur campur
Hidangan 4: 100g oats, 100g pisang dan 2 sudu USN Whey Protein Shake
Pre workout: Pisang dan USN Pre Workout
Hidangan 5: 50-100g stik, 80g nasi dan sayur campur
Hidangan 6: 10g kacang walnut dan USN Whey Protein
RUTIN SENAMAN
Isnin: Dada & Abs – Incline Dumbbell Press 4×8-12 / Flat Dumbbell Press 4×8-12 / Bench Press 4×8-12/ Cable Fly’s 4×8-12
Selasa: Tangan – Seated Dumbbell Curl 3×12 / Standing EZ Bar with a Bicep Isolator 4×8-12 / Preacher Bench Barbell Curls 4×12
Rabu: Kaki – Squats 4×12-15 / Front Squats 4×12-15 / Leg Extension (Pausing on every final rep) 4×12-15
Khamis: Bahu – Front Raises With EZ Bar 4×8-12 / Seated Dumbbell Side Raises 4×8-12 / Seated Dumbbell Shoulder Press 4×8-12
Jumaat: Belakang badan – Seated Row Cable Machine 4×8-12 / Wide Grip Pull Down 4×8-12
Sabtu: Dada & Trisep – Bench Press 1x Rep Max / Incline Bench Press 1x Rep Max / Cable Cross Over’s 4×8-12
Jumaat: Kaki- Leg Extension (Pausing on every final rep) 4×12-15 / Barbell Lunges 4×12-15/ Squats 4×12-15
PROFIL:
Nama penuh: Tom Coleman
Umur: 28 tahun
Asal: Harlow UK
Ketinggian: 5”10
Berat 86 kg
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
5 Amalan Pemakanan Jadikan Badan Gemuk Berganda

Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.
Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.
Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.

- Meninggalkan Waktu Makan
Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.
Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makanyang tidak dapat dielakkan.
- Makan Terlalu Cepat
Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.
Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.
- Makan Dengan Banyak Hujung Minggu
Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.
Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.

- Makan Snek Yang Masin
Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.
Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.
- Meminum Arak
Alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.
Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras membantutkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Najis Berdarah, Lelaki Harus Kurangkan Pengambilan Daging Merah!

Usus manusia membabitkan kawasan yang merangkumi usus kecil bermula dari pangkal yang bersambung dari perut, menjadi usus besar hinggalah ke lubang dubur. Kanser boleh tercetus di mana-mana sepanjang saluran itu. Keturunan bukan faktor utama berlakunya kanser usus. Faktor penyumbang kepada kanser usus termasuk peningkatan usia, pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak, daging merah yang diproses, minuman keras, merokok dan juga kegemukan.

Golongan lelaki lebih berisiko menghidap kanser usus berbanding wanita. Simptom bagi kanser usus bergantung pada lokasi di mana kanser itu terbentuk. Ada pesakit mengalami simptom susah membuang najis. Ada pula keadaan di mana sukar membuang air berselang-seli dengan cirit-birit yang berlaku berulang kali serta berpanjangan.
Muntah, hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak boleh berlaku. Ada kalanya najis pesakit bercampur dengan darah.Jika simptom ini berlaku, pesakit hendaklah segera berjumpa doktor. Pemeriksaan klinikal boleh membantu mengenal pasti sama ada seseorang itu disyaki menghidap kanser usus atau tidak.
Untuk pengesahan, pemeriksaan menggunakan imbasan tomograf berbantukan komputer (CAT scan) perlu dijalankan bagi mengenal pasti bahagian usus yang terbabit dengan kanser, sama ada kanser itu sudah merebak juga dapat memberi gambaran pilihan rawatan kepada pesakit. Ujian darah juga perlu dilakukan untuk melihat keadaan fizikal pesakit. Pilihan rawatan bergantung pada ujian imbasan dan keadaan fizikal pesakit.
Pilihan sama ada pembedahan, kemoterapi atau radioterapi perlu dibincangkan antara pesakit juga keluarga supaya semua risiko dipertimbangkan. Perlu diingat, jika pembedahan tidak dilakukan, kadar kebarangkalian kematian juga adalah tinggi. Mereka yang mempunyai risiko, disaran menjalankan ujian darah berkala. Ada ujian darah yang dapat mengenal pasti kanser usus tahap awal.
Apa yang penting ialah penjagaan kesihatan seperti menjaga berat badan, tidak merokok serta tidak mengambil minuman keras. Selain itu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser usus.

Masalah kronik usus besar
Walaupun sindrom ini kerap berlaku dan mengganggu kehidupan, ramai yang tidak mahu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Sesetengah pesakit menganggap gejala yang dialami seperti perut kembung dan kejang serta cirit-birit adalah masalah biasa. Namun, rasa sakit, tidak selesa dan masalah perut kembung benar-benar membuatkan individu itu berada dalam keadaan membimbangkan sekali gus mengganggu tugasan harian.
Doktor dapat mengenal pasti seseorang itu mengalami masalah IBS berdasarkan beberapa gejala yang biasa dialami dan sejarah kesihatan pesakit. Dalam beberapa kes, pesakit mungkin perlu melakukan pemeriksaan lain seperti analisis najis atau ujian darah dan kolonoskopi untuk mengenal pasti masalah dihadapi jika terdapat gejala yang mencurigakan.
IBS membabitkan masalah yang berlaku pada usus besar. Ia bukan sejenis penyakit, namun dikaitkan dengan masalah usus sensitif yang berlaku kepada sesetengah individu. IBS tidak menyebabkan perubahan dalam jangka hayat pesakit dan tidak membabitkan sebarang kepincangan dari segi struktur fizikal seseorang. Pada masa sama, ia juga tidak membabitkan perubahan kekal dari segi fungsi usus. Namun, ia boleh mengakibatkan perubahan besar dari segi kualiti hidup pesakit dan dianggap sebagai masalah yang kronik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

