Untuk mendapatkan lower abs dan adonis belt yang cantik persis model adalah idaman semua lelaki. Bayangkan dengan perut six pack, ia pasti kelihatan sempurna di mata anda bukan?
Kali ini Jordan Yeoh tunjukkan beberapa gerakan dan senaman untuk anda yang mengidamkan garisan lurus ini.
Okay, tidak perlu membuang masa. Jom ikuti video senaman miliki adonis belt yang dikongsikan Jordan Yeoh ini.
Duduk lurus dengan tapak tangan lurus terus ke lantai. Perlahan-lahan tangan dan kaki (sebelah kanan) dibengkokan untuk menanpung berat badan sementara kaki kiri diluruskan selari dengan pinggul ke hujung kaki. Kemudian angkat kaki kiri hingga tegak ke atas. Ulang sehingga 8 kali untuk setiap kaki kiri dan kanan.
#2: Dynamic Plank
Kedudukan sama seperti plank, Cuma bezanya angkat kaki kiri, temukan lutut ke pinggang dan bawa lutut anda ke dalam pinggang. Kemudian ulang langkah yang sama dengan menggunakan kaki kanan pula. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.
Ads
#3: Flutter Kicks
Duduk tegak dan angkat kaki ke atas (30 darjah) kemudian ambil kaki kanan dan naikkan kaki tersebuta dalam masa yang sama turunkan kaki kiri seperti gerakan ‘cincang’. Ulang sehingga 30 kali.
Mengiring dan tahan berat badan dengan lengan dan kaki. Angkat badan dan bawa lutut kiri bertemu dengan siku tangan kanan. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.
#5: Knee Tuck Twist
Duduk dengan angkat kaki anda (20 darjah) dan pusingkan pinggang ke kiri dan kanan anda. Lakukan lima kali pusingan untuk kiraan satu. Setelah itu bawa peha anda rapat ke dada dan kemudian Kembali ke posisi asal, ulang beberapa kali step tersebut. Ulang sehingga 5 kali (20 kali pusingan).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman tekan tubi atau lebih dikenali sebagai push-up merupakan antara senaman asas namun paling berkesan untuk menguatkan otot teras dan bahagian atas badan.
Tapi percayakah anda, masih ramai individu yang belum mampu melakukan senaman asas ini?
Jika anda adalah salah seorang daripadanya, usah khuatir kerana ada cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perkara ini.
Anda boleh cuba lakukan dua jenis variasi tekan tubi ini bagi membantu anda mencapai tekan tubi sempurna pertama anda.
Ramai beranggapan yang tekan tubi lutut ini merupakan variasi untuk wanita. Ini disebabkan penggunaan lutut untuk menampung berat badan ketika melakukan tekan tubi menjadikan senaman ini lebih mudah dan sering ditujukan kepada wanita.
Posisikan tubuh anda dengan posisi tekan tubi biasa, namun pastikan kedua-dua lutut anda menyentuh tanah. Anda juga boleh melakukannya dalam posisi seperti merangkak.
Walaupun lebih mudah, anda jangan pernah sesekali memandang rendah kepada senaman ini. Bantuan lutut untuk menampung berat badan dalam variasi ini sebenarnya membantu senaman ini menumpukan pada bahagian lengan, dada dan belakang anda terlebih dahulu.
Kekuatan otot dan sendi pada ketiga-tiga bahagian ini sangat penting untuk melakukan gerakan tekan tubi biasa.
Posisikan tubuh anda seperti ingin melakukan tekan tubi biasa dan turun perlahan-lahan sehingga yang anda mampu. Kemudian, tidak perlu menolak badan anda semula ke atas untuk kembali ke posisi awal.
Jangan lupa untuk mengira berapa lama anda boleh menahan tubuh anda sebelum menyentuh tanah. Hal ini kerana anda akan mampu menahan tubuh anda lebih lama jika anda semakin menguasai teknik ini.
Ingat, sentiasa beri keutamaan pada kualiti berbanding kuantiti. Apalah gunanya melakukan tekan tubi yang banyak jika teknik asasnya tidak sempurna. Bukan sahaja ia tidak memaksimakan latihan otot yang sepatutnya, risiko kecederaan juga lebih tinggi jika dilakukan dengan teknik yang salah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
AWAS! Jangan biarkan ia berlarutan terutamanya dalam jangka waktu yang panjang.
Tahukah anda lelaki dan sakit belakang merupakan perkara biasa. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan kerja-kerja berat.
Disebabkan itu juga ada sesetengah orang menderita sakit belakang pada usia muda dan ada juga yang merasainya bila usia sudah melebihi 40 tahun.
Tahukah anda bahawa lebih 80 peratus orang terutamanya lelaki mengalami sakit belakang. Ia bukan sahaja menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.
“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.
Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi.
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang. Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lompat bintang atau jumping jack merupakan senaman yang MASKULIN yakin anda semua pernah lakukan terutamanya ketika berada di bangku sekolah dahulu.
Ia adalah satu senaman rutin yang mempu menggerakan hampir kesemua anggota badan dari kaki hinggalah ke tangan. Ia merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif.
Senaman ini antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman lompat bintang ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan.
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisien dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan konsisten.
Lompat bintang bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak langsung.
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Jadi tunggu apa lagi. Variasikan rutin senaman harian anda dengan turut melakukan senaman lompat bintang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang