Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 figura yang berintelek tinggi dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi millenial tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kekal cergas.
Ads
Kesibukan tidak menghalang saya untuk kekal bertenaga dan bersemangat. Jika banyak berfikir tetapi tidak bersenam kita akan kurang bertenaga dan lesu. Jadi untuk kekal bertenaga wajib bagi saya untuk bersenam setiap hari walaupun sekejap.
Ads
“Saya tidak mengambil sebarang suplimen untuk bertenaga tapi apa yang saya lakukan ialah saya akan bersenam dan ‘workout’ setiap hari, itu suatu yang wajib bagi saya. Selalunya saya akan melakukan 100 push up, 100 sit up, berlari 5-6km atau pun saya akan bermain futsal.
Dari segi pemakanan pula saya memang akan mengambil bahagian nasi yang sedikit dan banyakkan lauk dan sayuran.
Ads
“Saya juga meminta pegawai saya setiap hari mencari satu masa selama sejam bagi saya melakukan aktiviti di gimnasium dan larian sejauh 5 kilometer,” katanya ketika berkongsi petua bagi menjaga tahap kecergasannya.
Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu, sekali gus mencipta sejarah apabila menjadi antara menteri termuda negara pada usia 29 tahun. Pelantikan ini menandakan peralihan generasi kepimpinan dalam kabinet, khususnya melibatkan portfolio strategik yang berkait rapat dengan masa depan belia dan lelaki muda Malaysia.
Jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula disandang oleh Mordi anak Bimol, menggantikan Adam Adli Abd Halim. Dalam masa sama, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Segambut, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Upacara angkat sumpah jawatan dijadualkan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.
Pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari dilihat sebagai simbol keyakinan kerajaan terhadap kepimpinan lelaki muda yang berpendidikan, berdisiplin dan memahami realiti generasi semasa. Dalam konteks Maskulin, ia bukan sekadar pelantikan politik, tetapi naratif transformasi peranan lelaki muda dalam kepimpinan nasional.
Berlatarkan kerjaya sebagai doktor perubatan, beliau membawa pendekatan rasional, saintifik dan berorientasikan penyelesaian masalah. Ini merupakan kelebihan besar dalam menangani isu belia seperti kesihatan mental, gaya hidup tidak aktif, ketagihan digital, disiplin diri serta pembangunan atlet akar umbi.
Portfolio Belia dan Sukan hari ini menuntut pemahaman mendalam terhadap tekanan hidup generasi muda, dan kepimpinan Dr Mohammed Taufiq Johari dilihat selari dengan keperluan tersebut.
Nama Penuh: Dr Mohammed Taufiq Johari
Tarikh Lahir: 6 Mac 1996
Umur: 29 tahun (sehingga Disember 2025)
Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Ahli Politik, Doktor Perubatan
Parti Politik: Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pakatan Harapan (PH)
Jawatan:
Pendidikan:
Keluarga: Anak kepada Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani
Keputusan PRU: Menang dengan majoriti 1,115 undi di Parlimen Sungai Petani
Pengalaman Politik:
Tarikh Mula Berkhidmat sebagai Menteri: 16 Disember 2025
Kementerian Belia dan Sukan bukan lagi sekadar pentas kejohanan dan pingat. Ia kini menjadi medan pembentukan karakter lelaki muda yang berdaya tahan, berdisiplin dan stabil dari segi mental serta emosi.
Maskulin melihat pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai peluang untuk mengangkat semula sukan sebagai alat pembinaan jati diri lelaki – tubuh yang sihat, minda yang kuat dan kawalan emosi yang matang.
Sebagai menteri muda, beliau dijangka lebih dekat dengan denyut nadi belia, memahami tekanan sosial, cabaran ekonomi dan tuntutan kejayaan segera yang sering membebankan lelaki muda hari ini.
Pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari adalah mesej jelas bahawa kepimpinan negara kini memberi ruang kepada bakat muda yang berkelayakan, bukan sekadar bersandarkan senioriti.
Ia juga menjadi inspirasi bahawa lelaki muda Malaysia mampu memikul amanah besar jika disokong dengan ilmu, integriti dan disiplin diri yang kukuh.
Bagi lelaki Maskulin, ini adalah peringatan bahawa kepimpinan sebenar bukan menunggu usia, tetapi kesediaan memikul tanggungjawab apabila peluang dan amanah diberikan.
Nak mula bersenam memang mudah. Yang susah sebenarnya nak kekal konsisten. Ramai lelaki masuk gym dengan semangat tinggi minggu pertama, tetapi mula hilang momentum selepas beberapa hari sebab terlalu fokus pada rutin ekstrem atau target yang tak realistik. Hakikatnya, untuk bina badan lebih fit dan kuat, asas paling penting adalah pelan latihan yang praktikal dan sustainable. Inilah pentingnya full body workout.
Sebab itulah full body workout sering menjadi pilihan terbaik, terutamanya untuk beginner atau mereka yang baru kembali aktif selepas lama berehat.
Ia mudah diikuti, efektif dan membantu melatih keseluruhan tubuh dalam satu sesi.
Berikut merupakan pelan full body workout selama empat minggu yang boleh dilakukan sama ada di gym atau di rumah dengan sedikit peralatan asas.
Berbeza dengan split workout yang memfokuskan satu bahagian otot sehari, full body workout melatih beberapa kumpulan otot utama dalam satu sesi.
Ini membantu meningkatkan pembakaran kalori, membina kekuatan asas dan mempercepatkan adaptasi badan terhadap latihan.
Selain itu, ia juga lebih sesuai untuk individu yang mempunyai jadual sibuk kerana hanya memerlukan sekitar tiga hingga empat sesi seminggu.
Dengan konsistensi yang betul, rutin ini mampu membantu meningkatkan stamina, menguatkan otot serta memperbaiki tahap kecergasan keseluruhan badan.
Pelan ini dibahagikan kepada empat minggu dengan peningkatan intensiti secara berperingkat.
Sasaran utama ialah membina konsistensi, memperbaiki stamina dan meningkatkan kekuatan keseluruhan badan.
Fokus minggu pertama adalah membiasakan badan dengan pergerakan asas.
Lakukan latihan sebanyak tiga kali seminggu.
Ulang litar ini sebanyak tiga pusingan.
Rehat sekitar 60 hingga 90 saat setiap pusingan.
Apabila badan mula menyesuaikan diri, minggu kedua fokus kepada peningkatan volume latihan.
Lakukan empat pusingan dengan rehat lebih pendek sekitar 45 hingga 60 saat.
Pada tahap ini, badan mula membina stamina dan kekuatan otot dengan lebih efektif menerusi rutin full body workout yang lebih mencabar.
Minggu ketiga biasanya menjadi titik di mana badan mula terasa lebih ringan dan pergerakan lebih stabil.
Kini tiba masa untuk push sedikit lebih keras.
Ulang empat hingga lima pusingan bergantung tahap kecergasan.
Pastikan teknik kekal kemas dan terkawal supaya sesi full body workout lebih selamat dan efektif.
Ini minggu paling mencabar dalam pelan ini.
Fokus utama adalah gabungan kekuatan, endurance dan conditioning.
Lakukan dalam format circuit training dengan rehat minimum.
Ia membantu meningkatkan kapasiti kardio sambil mengekalkan kekuatan badan melalui latihan full body workout yang lebih intensif.
Ramai terlalu fokus pada workout sampai lupa recovery juga sebahagian daripada proses transformasi badan.
Tidur mencukupi, hidrasi dan pemakanan seimbang memainkan peranan sangat penting untuk memastikan badan pulih dengan baik.
Selain itu, lakukan stretching selepas workout bagi mengurangkan risiko kecederaan dan membantu mobiliti badan.
Recovery yang baik juga membantu prestasi full body workout menjadi lebih konsisten dari minggu ke minggu.
Intermittent Fasting adalah cara terbaik untuk anda mengurangkan insulin malas ataupun ketagihan yang suka mengunyah tanpa henti. Diet ini mengatur pola makan anda dengan cara berpuasa dalam tempoh 14 hingga 16 jam.
Intermittent Fasting mula popular selepas pelakon Lisa Surihani mengamalkannya sehingga berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah diet puasa ini.
Selain membantu untuk mengurangkan pengambilan jumlah makanan, Intermittent Fasting juga dapat memperbaiki perilaku makan menjadi lebih sihat.
Bagi yang berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan kaedah Intermittent Fasting, bolehlah ikuti panduan yang dikongsikan Dr. Siti Aniza Basir.
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins, Mediterranean etc tapi my personal opinion, kita ada sunnah.
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud, macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam, pasar Rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 6.30 pm, esok jam 9.30 am baru breakfast.
Kalau 8.30 malam – 11.30 pagi baru start makan/breakfast.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mencipta kejayaan membanggakan dalam bidang sukan.Mewakili Kontinjen Selangor di Kejohanan Olahraga...