Sebentuk otot di bahagian abdomen cukup didambakan oleh setiap lelaki. Tidak kiralah apa jua jenis bentuk badan anda sama ada rendah, tinggi, kurus atau berisi. Memiliki six-pack merupakan idaman setiap jejakayang ingin tampil tampan dan gagah.
Memiliki six-pack sebenarnya bukanlah hanya pada ‘rupanya’ sahaja, Malah memiliki six-pack boleh menjadi indikasi bahawa anda seorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Hanya yang benar-benar ada disiplin dalam melakukan senaman serta menjaga pemakanan boleh memiliki six-pack! Namun, ada rahsia bagaimana anda boleh mendapatkan six-pack dengan mudah. Mungkin rahsianya ada pada tujuh perkara MASKULIN kongsikan di bawah!
VARIASIKAN SENAMAN
Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.
Bagi meningkatkan lebih stamina, anda boleh lakukan pelbagai jenis senaman dan variasikannya denganbeberapa disiplin seperti senaman kardio berlari, yoga dan belajar seni mempertahankan diri.
Godaan makanan yang sedap dan permainan iklan yang menggugatkan selera anda boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang tegap. Anda perlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama.
Selain sama-sama berkongsi objektif yang sama, anda dan rakan tersebut boleh memberikan motivasi di antara satu sama lain untuk sentiasa bekerja serta berusaha lebih keras.
SENTIASA BACA LABEL MAKANAN
Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula.
Ads
Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.
MASAK SENDIRI MAKANAN BERKHASIAT
Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin.
SENAMAN RINGAN
Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa di gim tetapi anda boleh melakukan ‘push-up’ untuk menguatkan otot abdomen, dada dan bahu ketika dirumah mahupun pejabat. Ambil beberapa minit untuk melakukan senaman ini supaya ia boleh dijadikan rutin dan membentuk otot dengan mudah.
Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada ‘treadmill’ di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
KIRA SAIZ HIDANGAN
Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari.
BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH
Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.
Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich.
Buat anda yang memasang azam tahun baharu 2022 untuk mendapatkan bentuk badan lebih menarik, selamat mencuba MASKULIN ucapkan! Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menginjak ke usia 50-an bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi mana-mana individu, apatah lagi usia sedemikian sentiasa disinonimkan dengan kecergasan yang semakin merudum, fizikal yang semakin tidak menarik, serta kesihatan yang semakin merosot.
Bagaimanapun, perkara itu tidak akan menjadi kerisauan utama bagi mereka yang telah aktif menjaga kesihatan dan kecergasan sejak usia muda lagi.
Seperti penyanyi dan komposer, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, beliau dilihat aktif bersenam demi mengekalkan kecergasannya serta penampilannya apatah lagi menyedari yang beliau hampir memasuki usia setengah abad.
“Ramai yang tanya saya macam mana dah berumur, tahun depan nak ke-50 perut tak buncit. Badan fit lagi. Boleh pakai apa saja fesyen nak dipakai.
“Jawapan dia senang saja. Kena ada time untuk dia. Dia itu senaman lah,” tulisnya pada kapsyen di sebuah hantaran Instagramnya.
Menerusi hantaran itu, kelihatan Ajai sedang berlari di atas sebuah mesin treadmill di sebuah gimnasium.
“Kalau nak kira sibuk, tiap-tiap hari sibuk”
Mengulas lanjut, kesibukan rutin harian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan aktiviti senaman.
“Kalau nak kira sibuk, tiap-tiap hari sibuk. 5 kilometer (KM) lari atas mesin. Lima hari seminggu kena disiplin. Kalau buat lebih dari 5km dah macam kerjaya lah pula,” tambahnya lagi.
Selain berlari, penyanyi yang popular dengan lagu Keliru itu juga aktif dengan senaman lain seperti mengangkat bebanan di gim, demikian seperti perkongsian lain di Instagramnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
Sepanjang tahu tersebut sebanyak 180,890 kes kanser prostat telah dilaporkan dengan 26,120 mengalami kematian. Jadi berdasarkan fakta tersebut jelas di sini bahawa kanser prostat merupakan ancaman terhadap golongan lelaki.
APA ITU PROSTAT
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.
Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
Ramai lelaki cukup runsing akan ancaman kanser prostat. Walaupun mereka cuba menafikan namun jauh di sudut hati inilah antara penyakit yang ingin dielak. Jadi apa itu kanser prostat? Secara ringkas ia merupakan ketum buhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
PENYEBAB UTAMA
Masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Cara untuk mengelakkan juga masih samar. Apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain. Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
RAWATAN
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan karakter adiwira paling popular keluaran Marvel Comics yang hadir dengan sut merah biru ini. Watak Spider-Mana telah diabadikan bukan sahaja ke dalam medium komik malah turut dijadikan sebagai siri animasi, televisyen, permainan video dan semestinya filem.
Watak Spider-Man merupakan antara watak adiwira yang cukup diidamkan oleh ramai pelakon-pelakon terkenal di Hollywood. Apa tidaknya setiap filemnya mencatatkan jumlah kutipan yang luar biasa tinggi dan sangat popular.
Pelakon terkini yang membawakan watak Spider-Man ialah anak muda berasal dari London, Englad iaitu Tom Holland. Kemunculannya yang pertama membawakan watak Spider-Man menerusi “Captain America: Civil War”.
Selepas itu, dia mula menunjukkan taringnya menerusi beberapa filem Avengers dan juga tiga filem Spider-Man sendiri. Melihatkan dari saiz badannya, Tom Holland memang nampak agak kecil berbanding rakan-rakan adiwira yang lain.
Namun jangan tertipu kerana apa yang berselindung di sebalik bajunya ialah fizikal mantap dengan kuat dan penuh dengan otot sasa. Melakonkan aksi lagak ngeri juga memerlukan Tom Holland menjaga kecergasan dengan baik.
“Untuk watak Spider-Man saya tidak pernah bercadang untuk tampil lebih sasa seperti karakter lain. Apa yang pihak produksi mahukan ialah saya tampil dengan lebih banyak otot. Jadi saya banyak melakukan senaman intensif yang tersendiri,” jelasnya dalam satu temu bual bersama Esquire.
Berikut merupakan beberapa rutin senaman Tom Holland lakukan sepanjang dia memegang watak sebagai Spider-Man.
Menggabungkan empat jenis senaman setiap pusingan dilakukan sebanyak lima kali dengan kadar rehat selama 30 saat setiap reps.
1. Deadlifts
Jumlah berat: Dua kali ganda dari berat anda
Reps: 8
2. Incline Press With Pronation
Jumlah berat: Separuh dari jumlah berat badan anda untuk setiap tangan
Reps: 10
3. Dip Bar Straight Leg Raises
Jumlah berat: Sama berat dengan berat badan
Reps: 15
4. Weighted Dips
Jumlah berat: Berat badan dicampur dengan 8 kilogram ves pemberat.
Reps: 12
Itulah rutin senaman yang diamalkan oleh Spider-Man aka Tom Holland. Jika anda seorang yang bersaiz kecil dan ‘kurus’ sepertiya bolehlah cuba lakukan rutin senaman ini setiap hari. Lihatlah hasilnya dalam tempoh sebulan selepas itu. Pasti anda sendiri tak sangka.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti dibawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.