Sama ada anda sedar atau tidak, tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada antara mereka yang berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
Ini 4 senaman kaki yang boleh anda lakukan untuk dapatkan kaki tegap dan power.
Ads
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Ads
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Ads
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Selamat mencuba! Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada siapa yang ingin mendengar tentang hakikat ini, namun pada hakikatnya apabila semakin umur kita bertambah, begitu juga dengan berat badan kita.
Walaupun begitu, terdapat beberapa nutrisi mikro dalam beberapa buah-buahan yang tertentu boleh membantu menghalang peningkatan berat badan anda dengan begitu berkesan.
Perubahan kecil seperti menambahkan beberapa biji buah beri ke dalam menu harian anda boleh memberikan kesan yang besar untuk jangkamasa yang panjang.
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan.
Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas di mana daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia dibuang terus dari sistem.
Pectin – salah satu bentuk fiber yang terkandung di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
Seperti uga epal merah, buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik. Malah ia juga kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2.
Salah satu sebab adalah kerana buah pir memberikan anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan anda dengan berkesan.
Buah strawberi memiliki lebih dari satu sumber antioksidan, ia menawarkan khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol.
Pengambilan strawberi mengikut kajian membuktikan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Macam mana anda decide, ubat batuk apa yang sesuai untuk anda dan anak anda? Ubat batuk kebanyakannya boleh di beli di farmasi atau kedai ubat tanpa prescription ( over the counter , OTC medicine ). Sebab ia kategori OTC, maka ada yg salah beli sebab salah info / tiada ilmu.
Kita bahagikan kepada 2 bahagian utama dulu :
1) Kanak kanak bawah 2 tahun
2) Kanak kanak > 2 tahun hingga dewasa.
Untuk kanak- kanak bawah dua tahun, senang sahaja formula ubat batuknya : TIADA UBAT BATUK UNTUK KANAK KANAK < 2 TAHUN. Jadi kalau baby batuk tak payah ubat la? Ya. Boleh biarkan sahaja? Jawapannya pantau batuknya, dan bawa jumpa doktor kalau batuk berlarutan / batuk dan ada simptom lain spt demam/ batuk ada bunyi luar biasa seperti wheezing. Ubat ubat yang perlu di beri kalau baby < 2 tahun batuk berkahak /wheezing aku tak sentuh dalam post ini.
Untuk kanak-kanak > 2 tahun ,hingga orang dewasa, bagaimana kita tentukan ubat batuk apa yg sesuai? Banyak kali aku jumpa kes pesakit yg batuk berkahak, tapi ambil ubat batuk untuk ‘ dry cough’. Banyak kali juga jumpa pesakit diabetes telan berbotol botol ubat batuk yg tinggi gulanya.
So, secara mudah, untuk kanak kanak > 2 & dewasa, kita ada 4 kelas ubat batuk:
1.EXPECTORANT
2. ANTITUSSIVE
3. HERBAL BASED
4. ANTIHISTAMINE
EXPECTORANT
=============
Ubat batuk expectorant ni fungsinya utk mencairkan kahak / memudahkan kahak di keluarkan. Kita gunakan ubat batuk expectorant kalau batuk berkahak ( productive cough)
Ada beberapa kelas pula Expectorant ini, tapi utk orang awam, tak perlu anda tahu, nanti pening kepala pula. Cukuplah kalau anda tahu nama-nama expectorant yang biasa digunakan dalam ubat batuk ( Baca label ubat, cari nama bahan aktif nya) :
So, kalau pada botol / kotak ada nama salah satu bahan aktif ni, maka ianya ubat batuk Expectorant. Dan ada ubat batuk yang memang brand namanya pun diletakkan perkataan ” expectorant” untuk pengguna mudah faham. Contohnya Syrup Bena Expectorant.
Ubat batuk expectorant ada dalam bentuk cecair ( syrup), dan juga pil.
Antara contoh jenama ubat batuk jenis expectorant yg biasa di Malaysia antara nya:
ANTITUSSIVE
============
Ubat batuk antitussive dikenali juga sebagai ‘cough suppressant ‘
Ia di gunakan untuk batuk kering / batuk tanpa kahak ( dry cough / non productive cough). Ia akan mengurangkan reflex batuk kita.
So ubat batuk antitussive amat berguna utk batuk kering yg mengganggu terutamanya waktu malam.
PERINGATAN: – Jangan guna ubat batuk jenis Antitussive kalau batuk berkahak. Sebab ia akan block cough reflex, maka kita akan kurang batuk, sedangkan dalam kes batuk berkahak, kita perlu kan batuk itu utk mengeluarkan kahak. Kahak yg terkumpul makin banyak, meninggi kan risiko bakteria membiak, dan boleh akibatkan jangkitan lebih serius seperti Pneumonia.
Ada beberapa kelas pula Antitussive ni, dan seperti biasa, anda orang awam tak perlu pening kepala nak tahu. Cukup lah kalau tahu nama nama antitussive yg ada dalam pasaran ( Baca label untuk bahan aktif ubat) :
HERBAL BASED
==============
Ubat batuk herba pun banyak dalam market. Yang paling famous antaranya Syrup Prospan. Ubat ubat batuk herba ni gunakan herba /daun sebagai active ingredients nya.
Bagaimana ubat batuk herba ini bertindak? Wallahualam. Itu kena tanya pakar herba. Ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika pun dalam kategori ini. Dan ubat batuk Cap Ibu & Anak. Ubat ubat ini dah di gunakan ber enerasi lamanya.
Bagusnya ubat batuk herba ni ialah ia tak mengantuk. Dan dianggap selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung. Secara peribadi, saya prefer guna untuk kanak kanak > 2 tahun yang batuk biasa ( uncomplicated / non productive cough). Kebanyakan ubat batuk herba yg aku tahu, low sugar /tiada gula, so sesuai utk patient diabetes.
ANTIHISTAMINE
=============
Ubat batuk pun ada guna bahan antihistamine sebagai bahan aktif utk redakan batuk.
Ubat antihistamine 1st Generation didapati berupaya mengurangkan batuk / ada kesan ala antitussive. Bagaimana ia berkesan macam tu? saintis pun tak faham.
Contoh antihistamine 1st Generation yg biasa di gunakan dalam ubat batuk ialah Diphenhydramine. Diphenhydramine ini mengantuk. ( Semua ubat anti histamine 1st Gen adalah mengantuk).
Promethazine sebagai antihistamine pun ada di gunakan sebagai ubat batuk.
Ada juga kombinasi 2 / 3 kelas ubat batuk dalam satu botol / satu pil.
Contohnya:
– Sy Sedilix DM ialah kombinasi antitussive ( Dextromehorphan ) + antihistamine ( Promethazine) + Pseudoephedrine
* apa itu Pseduoephedrine? Ianya ialah bahan stimulant yang di gunakan sebagai Decongestant. Apa maksud Decongestant? Decongestant ialah ubat yg digunakan utk melegakan hidung yg tersumbat. So ubat batuk Sy Sedilix DM ini boleh di gunakan utk batuk kering + clear kan hidung tersumbat.
– Sy Mucoprom ialah kombinasi antihistamine ( Promethazine) + expectorant ( Carbocysteine)
Penggunaan ubat batuk kombinasi ni perlu berhati hati, supaya tidak over dose secara tak sengaja. Maksud nya begini :
Kita selsema + batuk kering. Kita makan ubat batuk Sy Sedilix DM dan ubat selsema. Di dalam ubat Sy Sedilix DM tu dah tersedia ubat selsema jenis antihistamine. Kita tambah lagi ubat selseam pil jenis antihistamine. So kalau pil selsema tu antihistamine 1st Gen, maka bayangkan betapa laloknya kita makan double antihistamine. Faham kan?
NOTA PENTING UTK PERHATIAN:
==========================
Ada beberapa point penting yg kita perlu cakna /beritahu doktor bila kita nak guna ubat batuk.
1) Jangan guna ubat batuk jenis Antitussive untuk batuk berkahak.
Ini sudah aku explained di atas.
2) Kalau ada Diabetes, jangan guna ubat batuk yang tinggi gula. Cari preparation yg tiada gula. Contohnya guna Sy Mucoprom yg sugar- free. Ataupun guna Syrup Prospan.
3) Ubat batuk antitussive & expectorant tak boleh digunakan SERENTAK. Namun ia boleh di gunakan dalam waktu yg berbeza, contohnya pagi /siang guna ubat batuk expectorant, dan waktu malam bila less kahak dan payah nak tidur terganggu oleh dry cough, kita guna ubat batuk antitussive.
4) Kalau guna ubat batuk yg ada Decongestant, kena hati hati bagi yang ada penyakit darah tinggi / penyakit jantung, dan mereka yang ada penyakit Hyperthyroid. Ini kerana ubat Decongestant ialah stimulant, dan ia boleh menaikkan tekanan darah & kadar degupan jantung. Decongestant juga mampu menaikkan paras gula, makan yg ada Diabetes use with caution.
5) Kadangkala, kita tak perlukan langsung ubat batuk. Sebab nya, kita batuk bukan sebab ada keradangan pada sistem pernafasan/ tekak. Tapi kita batuk atas sebab lain ( selalunya batuk kering /dry cough).
Contoh nya bagi pesakit Darah Tinggi yg ambil ubat jenis ACE Inhibitor ( eg Enalapril / Perindopril / Lisinopril). Ubat darah tinggi jenis ACE Inhibitor memang boleh bagi side effect dry cough. So kalau anda baru di beri ubat darah tinggi, dan developed batuk kering yg teruk > 2minggu,beritahu doktor anda…mana tau ada dapat ubat jenis ACE Inhibitor.
Contoh lain, pesakit GERD ( reflux disease) akan kerap batuk kering. Ini kerana asid tertolak masuk ke lower esophagus dan beri keradangan pada esofagus— kesannya, kita batuk.
Dan yang PALING PENTING, sila fahami bahawa batuk tu bukan lah penyakit. Ianya simptom atau respon tubuh badan kita. Secara umum nya, kalau batuk baru sehari dua, takde komplikasi seperti sesak nafas / demam tinggi, biar kan batuk itu dulu. Tak perlu ambil ubat pun. Jangan terlalu gemar guna ubat batuk & expect badan kita kena sihat je sepanjang masa….bagi masa utk badan berehat & biar sistem imun badan kita bekerja….Banyak kan minum air kosong.
Batuk ialah defense mechanism badan kita bila masuk nya virus/ bakteria atau habuk/ bahan kimia menerusi hidung – tekak. Bila benda asing masuk, dinding saluran hidung – tekak – paru2 akan keluarkan lendir / mucus utk perangkap benda2 asing ni….itu yg jadi kahak. So batuk / batuk berkahak itu bagus sebenarnya.
3 MITOS TERHEBAT TENTANG PIL PERANCANG:
========================================
MAKAN PIL PERANCANG MEMBUATKAN WANITA GEMUK
Jawapannya : TIDAK.
Pil perancang mula di pasarkan dah lebih 50 tahun..1961. Pil perancang zaman awal-awal dulu, kandungan hormon oestrogennya tinggi. Hormon ini yg menyebabkan pengumpulan air ( water retention) dan naik selera makan. Jadi wanita sebelum tahun 2000 mungkin akan alami sedikit kenaikan berat badan lepas ambil pil perancang, itu pun kerana tidak mengawal makan. Kalau naik selera, tapi berjaya kawal makan, tidak akan gemuk. Water retention tu selalunya di kawasan buah dada, pinggul, pun bukanlah terlalu banyak. Namun sejak lebih 15 tahun yg terkini, pil perancang dah kurang sangat kesan hormon oestrogen tu, maksudnya less water retention dan tidak naikkan nafsu makan.
So, kenapa berat badan naik?
Logiknya, selalunya lepas bersalin memabg berat badan nak kembali ke berat sebelum pregnant ambil masa. Kegagalan nak bersenam secara regular + gagal jaga makan yg menyebabkan badan macam di pam. Jadi please stop mengkambing hitam kan pil perancang.
MAKAN LAMA SANGAT PIL PERANCANG NANTI JADI MANDUL
Jawapannya : TIDAK
Pil perancang tiada kesan kumulatif. Makn nya, kalau ambil 5 tahun VS 1 tahun, lepas berhenti makan pil ni, sama aja tahap kesuburan anda.
Ada juga dakyah yg kata kalau belum kahwin / remaja makan pil perancang akan mandul. Ini auta. Tiada asas, remaja perempuan yg makan pil perancang atas saranan doktor adalah utk rawatan lain (bukan merancang).
MAKAN PIL PERACANG LAMA SANGAT NANTI JADI KANSER
Jawapannya : TIDAK
Kajian demi kajian telah dijalankan, menunjukkan kesan baik ( benefit) makan pil perancang jauh melebihi risiko tak makan dalam mengurang kan risiko kanser ovari, rahim dan colorectal. Maknanya, pengambilan pil perancang mengurangkan risiko kanser kanser ini.
Namun YA, ada sedikit risiko kanser buah dada.
Tu sebab, secara peribadi, ini pandangan aku sahaja kalau dah rasa cukup bilangan anak, dan risau terbabas pregnant, tak perlu la nak makan pil perancang sampai berbelas tahun. Pil perancang ni tetap ubat yg ada hormon. Fahamkan konsep ini. So, nak merancang macam mana? Suruh suami anda pakai kondom, atau anda jalani prosedur ikat saluran Fallopio. (Ikat saluran peranakan). Sebab tujuan pil perancang ni ialah untuk kita ‘ spacing’ kan jarak anak, bukan utk elakkan terus dari dapat anak.
Makan lah pil perancang, jangan bergantung 100% pada ” teknik merancang sendiri”. Sebab merancang sendiri, selalunya gagal, terbabas. Jumpa doktor anda, berbincang dengan doktor tentang method merancang yang sesuai untuk anda…yg menggunakan hormon ni selain pil, ada juga dalam bentuk suntikan setiap 3 bulan, ada dalam bentuk implan yg boleh tahan 3- 5 tahun. Yang mana sesuai / kurang side effect, berbeza bagi setiap individu.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.