Susulan Raja Norway, Raja Harald V yang jatuh sakit ketika bercuti di Langkawi, usaha bagi membawa pulang Baginda kini sedang dijalankan, demikian kenyataan Istana Diraja Norway yang dilaporkan Astro Awani.
Kenyataan itu dikeluarkan pada awal Jumaat waktu Malaysia di laman webnya www.royalcourt.no.
Baginda yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.
Ads
Kesihatan Semakin Pulih
Foto: Raja Harald V bersama Permaisuri Sonja.
Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.
“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway,” kata kenyataan itu.
Cenderung akan minat dalam bidang kecergasan ini nyata mendorong saya untuk terus berusaha mempertingkatkan tahap kecergasan sejak dari tingkatan empat lagi. Kini, saya berusia 18 tahun dan sudah melepasi alam persekolahan. Masa yang lebih banyak saya peroleh untuk memberi fokus kepada latihan di gimnasium di samping mempersiapkan diri untuk memulakan pengajian di dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Management and Sains University (MSU) di Shah Alam. Pada awalnya, minat saya dicungkil kala sering mengunjungi pusat gimnasium untuk memperlengkapkan ketahanan diri dan fizikal untuk menjadi pemain tengah kepada pasukan bola sepak sekolah pada ketika itu. Bermula dari situ, saya terus bergiat aktif untuk memberi tumpuan kepada latihan kecergasan seperti ‘body toning’ dan ‘aesthetic’.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA?
Saya sering meletakkan sasaran untuk mencipta sesuatu yang baru dalam penampilan tubuh setiap hari. Selain mengekalkan bentuk badan yang ideal, saya melahirkan motivasi dalam diri kala mencapai sasaran yang saya tetapkan untuk menghasilkan bentuk tubuh yang baru serta memberi transformasi dalam diri setiap hari. Minda yang terbuka dan positif dalam membantu rakan-rakan yang lain di gimnasium juga ternyata memberi kekuatan kepada saya untuk terus membina kecergasan dalam diri dan memastikan kondisi tubuh sentiasa berada dalam keadaan ‘shredded’ iaitu ‘low body fat’.
MASKULIN : SIAPAKAH IDOLA?
Setiap individu yang ingin berjaya pasti punya ikon atau idola yang menjadi sumber inspirasi untuk kekal pada momentum produktif yang ‘oustanding’. Bagi saya, saya meletakkan Ryan Terry sebagai sumber inspirasi dan idola saya. Hal ini kerana dia merupakan seorang yang optimum dalam melakukan latihan yang berpanjangan dengan momentum yang sangat teratur dan sudah pasti menghasilkan bentuk fizikal yang menjadi dambaan setiap individu yang gemarkan dunia kecergasan. Dia kelihatan nyata sempurna untuk bergelar ikon dunia kecergasan di peringkat global.
MASKULIN : LELAKI MASKULIN HARUSLAH?
Maskulin bergantung kepada tahap kesihatan yang diperoleh oleh seseorang lelaki. Tubuh yang sihat mewakili diri mereka yang maskulin. Hal ini kerana, jika tubuh berada dalam keadaan sihat, setiap individu punya potensi yang besar untuk mencapai sasaran dalam hidup dan ‘goals’ yang ditetapkan tanpa sebarang halangan yang besar. Jika tubuh sihat, keyakinan diri pasti melambung tinggi dan sudah pasti dapat mengatasi segala cabaran dan rintangan untuk meraih sebuah kejayaan pada masa depan.
MASKULIN : RUTIN DIET?
Saya akan memulakan hari dengan sarapan kerana pengambilan sarapan adalah menjadi penentu kepada produktiviti kita sepanjang hari. Saya mengambil sarapan bermula jam 7.30 pagi dengan menikmati classic oat dan epal hijau bersama kopi tanpa susu mahu pun gula. Pada jam 10.30 pagi, saya akan mengambil 5 biji telur (putih sahaja) dan juga jus epal tanpa gula. Pada waktu makan tengah hari sekitar jam 1.30 p.m, saya akan mengambil nasi perang, dada ayam bakar bersama sayur brokoli dan asparagus. Disertai pula dengan ‘tea time’ (pre workout) sekitar jam 4 petang dengan mengambil dua keping roti bakar bersama sebiji buah pisang. Semasa makan malam (post workout), saya akan menikmati pasta kosong, dua keping salmon bakar, brokoli, asparagus dan jus ‘carrot’ tanpa gula.
MASKULIN : RUTIN SENAMAN?
Saya mengamalkan latihan fizikal dan senaman di gimnasium selama dua jam dan sebanyak enam kali dalam seminggu. Bermula dengan 45 minit kardio (treadmill) – incline 16 dan kekalkan kelajuan 6.0 dan jangan ‘give up’!
Isnin – Chest & triceps
Selasa – Back & legs
Rabu – Shoulder & abs
Khamis – Biceps & triceps
Jumaat – Legs & abs
Sabtu – Full body workout
Ahad – Hari berehat
MASKULIN : TIP?
Kekalkan motivasi dengan mencari jurulatih dan rakan gim yang mempunyai matlamat yang sama. Faktor persekitaran amat mempengaruhi daya motivasi dan inspirasi buat anda. Oleh yang demikian, pilih lokasi yang sesuai untuk memulakan latihan kecergasan dan yang paling penting, buang sikap menangguhkan hasrat lantas terus lakukan sekarang. Lakukan latihan secara konsisten dengan penuh disiplin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini masih bergelut dan cuba menyesuaikan diri dalam keadaan norma baharu. Para barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan berjuang habis-habisan untuk menghentikan penularan wabak Covid-19. Seakan tidak sensitif keadaan semasa, sebuah filem akan datang berjudul ‘Songbird’ tampil dengan tema pandemik.
‘Songbird’, sebuah filem yang kononnya berlaku pada tahun 2024 mengisahkan bagaimana sepasang kekasih jatuh cinta secara virtual tatkala dunia sedang berdepan krisis kesihatan dan keselamatan akibat wabak Covid-23.
Untuk pengetahuan anda wabak itu tidak wujud dan hanyalah rekaan untuk filem fiksyen ini sahaja.
Lebih mengecewakan filem ini turut diterbitkan oleh salah seorang karyawan sangat berpengaruh Hollywood iaitu Micahel Bay.
Menurut trailer kontroversi tersebut, tahap mortaliti manusia pada ketika itu berada pada tahap 50 peratus, bermakna separuh daripada umat manusia terbunuh akibat wabak tersebut. Mereka yang dijangkiti pula dipaksa oleh pihak berkuasa untuk ditahan di kem kuarantin.
Tidak lama selepas trailer ‘Songbird’ dikeluarkan, kritikan terus menghujani laman media sosial. Rata-rata warganet mengecam pihak penerbit filem itu sebagai tidak bertanggungjawab dan kurang peka dengan sensitif dengan situasi semasa. Apatah lagi masayarkat dunia masih bergelut berdepan dengan pandemik Covid-19.
Warganet juga mengkritik filem ini kerana seakan-akan ingin ‘meromantikkan’ pandemik seperti yang berlaku sekarang. Ia juga dianggap sangat ‘tone deaf’ kerana menampilkan filem ini tidak kena dengan masanya.
Mungkin nilai kemanusiaan kini tidak lagi dianggap penting bagi sesetengah orang sehingga sanggup menjadikannya sebagai satu karya demi mengaut keuntungan.
Bagi anda yang tidak ingin melayan karenah kontroversi Hollywood sepeti ini, ikuti YouTube MASKULIN untuk content menarik dan memberi manfaat seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau ada satu benda yang mampu satukan rakyat Malaysia tanpa gagal, jawapannya mudah – makanan! Dan kalau makanan tu boleh datang sekali dengan gaya hidup sihat serta semangat patriotik, itu bukan sekadar acara, itu satu pengalaman.
Itulah yang bakal dibawakan oleh the Curve Merdeka Food Run 2025 yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025.
Kali ini penganjurannya dikatakan dengan skala lebih besar, lebih meriah dan yang pasti, lebih sedap.
Tahun lalu, acara ini berjaya menarik 1,500 peserta dan tahun ini agka tersebut dijangka akan berganda kepada 3,000 penyertaan. Menariknya penyertaan ini dari pelbagai latar belakang, keluarga, kaki lari, kaki makan dan sesiapa yang cintakan Malaysia.
Larian sejauh 5KM ini akan bermula dari Piazza pada jam 7.30 pagi. Tetapi ini bukan sekadar tentang peluh dan langkah pantas.
Sepanjang laluan, peserta akan disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan seperti nasi lemak, karipap, satay dan banyak lagi di beberapa pit stop khas. Ya, ini larian yang tak perlukan carbo loading sebelum mula sebab carbo tu ada sepanjang jalan.
“Rakyat Malaysia sentiasa berkongsi ikatan yang kuat melalui makanan, dan tiada cara yang lebih baik untuk meraikan Merdeka selain menyatukan semua melalui dua minat utama negara kita iaitu makanan dan kebersamaan,” kata Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad, En Jazmi Kamarudin.
Lebih dari sekadar bersenam atau makan, acara ini juga membawa misi lebih besar, memupuk gaya hidup sihat, meraikan warisan budaya, dan membina hubungan komuniti.
Semangat Merdeka diangkat melalui penyertaan terbuka, dari pelari serius hinggalah ke keluarga dan rakan-rakan yang hanya mahu merasai kemeriahan hari itu.
Pendaftaran dibuka hingga 3 Ogos 2025, dan ada diskaun khas untuk penyertaan berkumpulan iaitu seramai 4 orang. Pakej korporat juga ditawarkan bagi syarikat yang mahu menjadikan acara ini sebagai platform kesihatan dan semangat berpasukan untuk pekerja.
Bukan itu saja, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000. Siapa tahu, mungkin anda pulang bukan sekadar kenyang dan letih, tapi juga bertuah.
Acara ini juga merupakan sebahagian daripada kempen Merdeka sepanjang Ogos oleh the Curve, yang turut melibatkan aktiviti kebudayaan dan komuniti, semuanya bertemakan kesihatan, warisan dan keharmonian.
Pendek kata, kalau anda cari acara yang bukan sekadar lari kosong atau sekadar makan-makan, the Curve Merdeka Food Run 2025 adalah tempatnya. Lari untuk kesihatan, nikmati makanan untuk jiwa dan raikan Merdeka dengan cara paling Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang