

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim baru-baru ini berkata, ramai yang menganggap serangan jantung hanya menyerang orang dewasa tetapi trend terkini menunjukkan golongan muda semakin ramai mengalaminya.
Semakin Ramai Golongan Muda Kena Serangan Jantung Akibat Tembakau
“Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 menunjukkan peningkatan perokok daripada golongan itu antara tahun 2012 hingga 2017.
“Terdapat juga trend yang semakin membimbangkan dalam penggunaan e-rokok atau vape.
“Menurut kajian, 42.2 peratus (%) remaja yang menggunakan atau mencuba vape atau rokok elektronik (e-rokok) telah bermula seawal usia 14 tahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di IJN, di sini hari ini.
Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 adalah Melindungi Kanak-kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

Jelasnya, kebanyakannya perokok terdiri daripada remaja lelaki manakala golongan wanita lebih berminat menghisap vape kerana dikatakan dapat menguruskan badan, sebagai penganti rokok dan cara dipasarkan lebih selamat.
Semakin Ramai Golongan Muda Kena Serangan Jantung Akibat Tembakau
“Laporan oleh NHMS 2022 menunjukkan terdapat lonjakan ketara bagi pengguna vape atau e-rokok pada tahun 2017 iaitu daripasa 9.8% kepada 14 9%,” katanya.
Jelas beliau, saiz vape yang kecil dan didatangkan dengan pelbagai perisa termasuk buah-buahan menyebabkan penggunaan e-rokok sukar dibendung.
“Penggunaan serentak rokok dan vape boleh mendapat kesan dua kali ganda,” katanya.
Sehubungan itu, baru-baru ini IJN telah mengadakan program Hari Tanpa Tembakau Sedunia selama seminggu bertujuan memperkasakan belia untuk menentang tarikan produk tembakau dan nikotin termasuk e-rokok.
Inisiatif itu berlangsung dari 10 hingga 14 Jun lalu dan melibatkan lima buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
5 Tip Mudah Untuk Orang Berbadan Besar Mulakan Aktiviti Larian

Tak dapat dinafkan bahawa berlari merupakan aktiviti yang paling popular terutamanya di kalangan orang yang ingin menurunkan berat badan. Tapi tak semua orang boleh mulajan aktiviti larian dengan mudah.
Bagi anda yang berdepan dengan masalah obesiti dan berat badan, berlari bukanlah satu aktiviti yang boleh dilakukan dengan senang.
Malah jika dilakukan dengan secara mengejut is bolrh membahayakan kesihatan dan membawa kemudaratan. Tapi itu bukan alasan untuk anda tidak meneruskan niat untuk berlari.
Ikuti langkah yang perlu anda lakukan untuk mempersiapkan diri sebelum berlari sepenuhnya!
Rujuk doktor dahulu
Ativiti larian merupakan aktiviti yang bersifat sederhana akan tetapi ia tak bermakna bebas daripada sebarang kecederaan. Jika anda seorang yang mempunyai berat badan tinggi atau obese dan masih belum biasa melakukan aktiviti larian sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu.
Nyatakan keinginan anda untuk berlari dan doktor akan memeriksa kondisi kesihatan. Antara faktor yang sentiasa diberi perhatian adalah kondisi tekanan darah dan denyutan jantung. Jika semuanya normal anda boleh mulakan larian tanpa sebarang masalah.
Mulakan dengan berjalan

Jangan gelojoh. Jika belum biasa berlari anda harus biasaakan diri terlebih dahulu. Tetapkan sasaran selama 6-8 minggu, dan gunakan waktu itu untuk membangun ketahanan serta kekuatan tubuh. Berjalan cepat mungkin akan menjadi halangan pertama yang memenatkan namun cuba bertahan dan lakukannya selama 20 minit. Jika dapati kamu termengah-mengah rehat buat seketika, Untuk hari seterusnya tambahkan sebanyak 5 minit pada sesi berjalan cepat, kemudian tambah kecepatannya mengikut kemampuan fizikal dan kemampuan anda.
BACA: 5 Kesilapan Utama Yang Sering Dilakukan Ketika Berlari Atas Treadmill
Latih diri

Apabila anda sudah mampu berjalan cepat selama satu jam penuh, itu tandanya anda sudah bersedia untuk berlari tanpa kecederaan sendti atau atau gangguan pada sistem kardiovaskular. Untuk memanaskan badan anda boleh berjalan selama 5 minit, kemudian teruskan dengan berlari selama 30 saat. Teruskan lagi dengan berjalan selama 2 menit, kemudian jogging selama 30 saat. Ulang step ini sehingga anda berjalan selama 60 minit.
Tambah kelajuan

Apabila badan anda mula terbiasa berlari selama 2 minit dan berjalan selama 2 minit, itu bermakna adan sudah bersedia untuk mengubah rutin. Anda boleh memendekkan tempoh berjalan dan menambah tempoh berlari. Sebagai contoh berlari selama 2 minit 15 saat, kemudian berjalan selama 1 minit 45 saat. Lanjutkan seterusnya sampai anda berlari sepenuhnya dan tidak lagi berselang dengan berjalan. Apabila sudah selesa barulah anda boleh berkira-kira untuk tambah kelajuan berlari.
Gaya hidup sehat
Jika tujuan anda berlari adalah untuk menurunkan berat badan, kombinasikan aktiviti berlari dengan pola pemakanan yang sihat. Untuk itu anda perlu tahu berapa jumlah kalori yanb perlu diambil setiap hari. Dapatkan nasihatg dari mereka yang pakar dalam pengambilan pemakanan yang sihat dan rendah kalori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rahsia Jantung Sihat? Doktor Ini Kongsikan Khasiat Hebat Ikan Tenggiri

Kesihatan jantung merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan harian, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat.
Salah satu cara mudah dan semula jadi untuk menjaga jantung dan mengawal paras kolesterol adalah melalui pemakanan.
Dan antara pilihan makanan yang paling berkesan adalah ikan tenggiri.
Dalam satu video yang dikongsikan oleh Dr. Sani, seorang doktor perubatan bertauliah (MD), beliau turut menekankan kepentingan pemakanan sihat dalam menjaga kesihatan jantung.
Dalam video tersebut, Dr. Sani menjelaskan bagaimana pengambilan ikan berlemak seperti ikan tenggiri dapat membantu mengawal kolesterol jahat (LDL).
@doctorsaniofficial Ikan Superfood untuk Jantung & Kolestrol | Doctor Sani | #superfood #makananviral #kolestroltinggi #jantung #omega3 ♬ original sound – Doctor Sani
Beliau turut menyarankan agar orang ramai mengamalkan pemakanan sihat secara konsisten, dan bukan hanya bergantung pada ubat-ubatan semata-mata.
Menurutnya, pemakanan yang betul boleh menjadi “ubat semula jadi” yang sangat berkesan untuk mencegah penyakit kronik.
Kaya dengan Omega-3 yang Melindungi Jantung
Ikan tenggiri, atau dikenali juga sebagai Spanish mackerel, adalah sejenis ikan berlemak yang mengandungi kandungan Omega-3 yang sangat tinggi.
Lemak sihat ini terbukti secara saintifik dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, seperti mana yang disarankan oleh American Heart Association.
Mereka menyarankan agar kita mengambil ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu untuk manfaat kesihatan yang optimum.
Kawal Kolesterol dan Tekanan Darah

Selain melindungi jantung, Omega-3 juga membantu menurunkan kadar trigliserida dalam darah serta mengawal tekanan darah.
Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko strok dan serangan jantung, dua penyakit yang sering dikaitkan dengan gaya hidup moden.
Sumber Protein Berkualiti dan Nutrien Penting
Bukan sekadar lemak sihat, ikan tenggiri juga mengandungi protein berkualiti tinggi serta pelbagai nutrien penting yang diperlukan tubuh seperti vitamin D, selenium dan B12.
Nutrien-nutrien ini penting untuk menyokong fungsi tubuh secara keseluruhan dan meningkatkan sistem imun.
BACA LAGI : Air Kelapa Tingkatkan Kesuburan Lelaki, Benar Atau Salah?
Alternatif Ikan Lain yang Juga Bagus
Jika sukar mendapatkan ikan tenggiri, terdapat beberapa pilihan ikan lain yang juga tinggi Omega-3 seperti ikan sardin, ikan tuna dan ikan kembung.
Kesemua jenis ikan ini boleh dijadikan hidangan utama atau ditambah dalam menu harian untuk memastikan badan kita sentiasa mendapat manfaatnya.
Bagi mereka yang kurang gemar makan ikan, supplement minyak ikan boleh dijadikan alternatif.
Namun, adalah lebih baik untuk mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi kerana ia lebih mudah diserap oleh tubuh dan hadir bersama nutrien lain yang menyokong kesan positifnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika ANAK Tercekik Makanan, PAPA Kena Lakukan Teknik Heimlich Ini

Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang ada terjadi.
Ibu bapa juga perlu ada ilmu teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa anak di waktu kecemasan. Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.

Jika ANAK Tercekik Makanan, PAPA Kena Lakukan Teknik Heimlich Ini
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
Jika bayi kurang daripada setahun
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.

2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.

3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.

4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
Teknik untuk kanak-kanak dan remaja
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.

2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.

3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.

INFO
Anak berisiko tercekik makanan jika;
- Ambil makanan keras dan bulat
- Saiz makanan melebihi setengah inci
- Makan sambil berjalan dan bermain
- Makan di dalam kenderaan
Semoga bermanfaat!
Sumber: Public Health Malaysia & www.raisingchildren.net.au
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

