Kisah seorang rider Grab yang sanggup meredah perjalanan sejauh 250 kilometer setiap hari demi mencapai impiannya kini menjadi bualan ramai.

Usaha gigihnya bukan sahaja membuahkan hasil lumayan, malah turut membuka mata orang ramai tentang potensi kerjaya gig economy jika dilakukan dengan strategi dan disiplin.

Berpindah Dari Singapura Ke Johor Bahru Demi Masa Depan

Afiq Zayany, seorang penghantar makanan sepenuh masa, mengambil keputusan besar untuk berpindah dari Singapura ke Johor Bahru atas beberapa faktor penting.

Menyedari kos sara hidup di Singapura yang semakin tinggi, dia melihat peluang untuk menjimatkan perbelanjaan harian dengan tinggal di Johor Bahru, namun masih bekerja di seberang tambak.

Walaupun perlu berulang-alik sejauh 250KM setiap hari, Afiq tetap komited dengan rutin itu kerana yakin ia satu pelaburan masa dan tenaga demi masa depan yang lebih stabil dan selesa.

Kenapa Pilih Johor Bahru?

Antara sebab utama Afiq memilih Johor Bahru sebagai tempat tinggal ialah kos hidup yang jauh lebih rendah berbanding di Singapura.

Menurutnya, kadar sewa rumah di Johor jauh lebih murah walaupun menawarkan ruang yang lebih luas dan selesa.

Ads

Selain itu, harga minyak di Malaysia juga jauh lebih rendah hanya sekitar RM24.80 seminggu berbanding RM89 jika mengisi minyak di Singapura.

Dari segi makanan pula, dia lebih menggemari makanan tempatan di Malaysia yang penuh dengan rasa rempah dan keaslian.

Rider Gigih Redah 250KM Setiap Hari, Kini Raih RM20,000 Sebulan
Foto : Beautifulnara

Bukan itu saja, perbelanjaan barangan dapur, bil utiliti, servis kenderaan dan hiburan juga jauh lebih menjimatkan.

Secara keseluruhan, dia merasakan kehidupan di Johor Bahru lebih tenang, kurang tekanan dan lebih ‘hidup’ berbanding suasana sesak di Singapura.

Ads

Pendapatan Cecah RM20,000 Sebulan

Dalam video yang dikongsi di YouTube, Afiq mendedahkan bahawa beliau boleh memperoleh antara RM19,000 hingga RM23,000 sebulan sebagai rider Grab.

Dengan bekerja sekitar 6 hingga 7 jam sehari dan menyelesaikan 25 pesanan harian, dia mampu menjana pendapatan sekitar RM660 sehari.

Apa yang mengejutkan ramai ialah waktu kerjanya sangat fleksibel bermula jam 9 pagi hingga 3 petang sahaja.

Walaupun masa kerja pendek, pendapatan yang diperoleh boleh mengalahkan gaji eksekutif biasa.

Ads

Namun begitu, semuanya bergantung pada konsistensi, pemilihan kawasan dan strategi kerja yang efisien.

Menurut Afiq, walaupun kerjaya sebagai rider Grab nampak santai dan fleksibel, namun ia tetap memerlukan disiplin yang tinggi.

Rider Gigih Redah 250KM Setiap Hari, Kini Raih RM20,000 Sebulan
Foto : Majoriti

BACA LAGI : Jeff Bezos Belanja Kira-Kira RM236 Juta Untuk Majlis Perkahwinan

Kerana bekerja sendiri, semua bergantung kepada tahap komitmen masing-masing

Bagi sesetengah orang, ia mungkin mustahil untuk dicapai hanya dengan menjadi rider, tetapi Afiq membuktikan sebaliknya.

Kejayaannya bukan sahaja menjadi bukti bahawa kerja gig boleh menjana pendapatan besar, malah ia juga menunjukkan bahawa setiap pekerjaan jika dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh mampu membawa kejayaan luar biasa.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads