Pertarungan tinju Superstar Knockout Vol yang menemukan pelakon kacak Jefri Nichol dan El Rumi pada Sabtu lalu berakhir dengan kejutan besar. Dalam tempoh hanya 38 saat pusingan pertama, Nichol, 26, tewas melalui kemenangan TKO memihak kepada El, yang juga anak kepada legenda muzik Indonesia, Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19.
Bagi Jefri, kekalahan pantas ini adalah detik yang sukar diterima. Persiapan rapi yang dilakukan seakan tidak bermakna apabila perlawanan tamat sekelip mata.
Ads
“Saya rasa macam sudah hilang harapan untuk bertinju. Bukan trauma, tetapi lebih kepada rasa sangat kecewa,” katanya ketika ditemui media di Senayan, Jakarta Pusat.
Nichol mengakui dia kurang selesa dengan suasana pertandingan dan sistem pemarkahan tinju yang dirasakannya agak mengelirukan. Malah, dia membandingkannya dengan sukan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) yang menurutnya lebih adil kerana kemenangan diberikan kepada mereka yang benar-benar mendominasi pertarungan.
Ads
Dalam perlawanan itu, kecederaan bahu menyebabkan pengadil menghentikan pertarungan lebih awal, sesuatu yang membuatkan Nichol keliru. Walaupun kecewa, dia tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Ads
“Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Bahu saya terkehel dan pengadil membuat keputusan tidak meneruskan perlawanan. Saya seronok dapat kembali ke gelanggang walaupun saya dan El Rumi tidak dapat menunjukkan pertarungan sebenar,” tulisnya di media sosial.
Kekalahan ini mungkin menjadi satu tamparan hebat buat Jefri Nichol, namun ia juga menjadi pengajaran penting buat setiap lelaki keberanian untuk mencuba lebih berharga daripada takut gagal. Seperti di gelanggang tinju, hidup juga penuh risiko. Kadang kita menang, kadang kita tewas. Tetapi hanya lelaki yang berani bangkit semula selepas jatuh akan menjadi juara sebenar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila badan besar, nak berjalan pun termengah-mengah. Rasa berat je nak bawa badan. Tahun baru pun dah nak dekat, tapi niat nak turunkan berat badan masih lagi tidak berjaya. Nak kurus bukan saja kena jaga makan dan buat senaman, ada juga perkara lain yang perlu korang ambil berat.
Ini 10 teknik paling cepat untuk korang turunkan berat badan. Jom check it out. Semoga berjaya!
1. Jangan tinggalkan makan pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
2. Wajib buat senaman berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi yang lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping dan melakukan senaman regangan secara berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) sangat digalakkan berbanding korang membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
3. Makan lebih sayuran, kurangkan daging merah, kopi, gula dan garam
Kebanyakan lelaki memang susah nak makan sayur. Mahu tak mahu, kenalah makan sayur kalau korang nak badan cantik dan mantap. Jangan sesuka hati ambil jalan mudah dengan menelan ubat kurus kerana ia boleh memudaratkan, padahal amalan pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko berkaitan masalah kesihatan diri.
4. Elak perut berlapar
Makan ketika perut korang terlalu lapar boleh menjadi penyebab korang makan secara berlebihan. Seharusnya makan ketika perut betul-betul terasa lapar. Kemudian kunyah secara perlahan kerana ia boleh membuatkan perut korang kenyang dan penuh, selain membolehkan korang mengawal pemakanan dengan lebih baik.
5. Jangan makan hidangan tidak lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting iaitu karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama. Pastikan menu harian korang lengkap dengan ketiga-tiga sumber ini.
6. Ambil suplemen atau makanan kesihatan
Jika korang tak mengamalkan cara pemakanan sihat dan seimbang, kenalah ambil suplemen sebagai cara mudah nak kekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Kalau korang tak berselera nak makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekali dalam setiap hari, cara paling mudah adalah mengambil suplemen. Sebaiknya pilihlah suplemen atau makanan kesihatan yang organik.
7. Berfikir sebelum ambil program kuruskan badan
Program menguruskan berat badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif yang lebih murah dan kekal lama untuk korang mendapatkan hasil badan yang kurus dan sihat. Jangan kerana taksub nak kurus, korang sanggup berhabis duit dengan mengunjungi pusat pelangsingan yang mahal.
8. Jangan stres!
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan stres seperti berada dalam kesesakan trafik, asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri korang, walaupun secara tidak terus.
9. Selalu basuh tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan korang untuk membina sistem imun yang lebih baik. Namun untuk orang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup yang sihat.
10. Tidur kenalah awal
Dah penat bertungkus-lumus, tapi korang lambat tidur pula. Alamatnya tak menjadilah usaha korang untuk kuruskan badan. Ini kerana berjaga sepanjang malam merupakan tindakan kurang cerdik jika korang nak turunkan berat badan. Badan memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk proses baikpulih badan jika korang tidur secara efisien iaitu dalam waktu yang sama. Tidur yang tak menentu lambat-laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk korang tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biarpun puasa sudah tinggal beberapa hari dan tidak ramai yang masih boleh angkat pemberat kerana penat.
Jadi memandangkan minggu depan pun sudah nak mula raya, ada kaedah lain yang lelaki boleh buat. Pastinya time raya ramai yang akan skip workout.
Ada yang bertanya, sesuaikah untuk bersenam pada seminggu akhir puasa sebelum raya? Jawapannya pada bila-bila masa pun sesuai.
Tetapi sepanjang bulan Ramadan ini, ada wajarnya jika kita pandai membahagikan atau mengurangkan rutin latihan tidak seperti biasa.
Pakar kesihatan, Kevin Zahri pernah berkongsi 10 soalan berserta jawapan tentang senaman dan latihan untuk bulan puasa dan ini adalah perkongsiannya :
1. Boleh bersenam ketika berpuasa?
Jawapan : Yes bole tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.
2. Bila boleh bersenam cardio?
Jawapan : Yup boleh, especially if you are looking to bakar lemak, senaman cardio 30 – 45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga ketika berbuka.
3. Intensiti senaman pulak?
Jawapan : Well, take it easy la….you are not training untuk performance tetapi untuk pembakaran lemak. Kalau anda berasa pening etc..than stop. Exercising tanpa bekalan air aint easy.
4. Latihan pemberat (weight training) camane?
Jawapan : Dont do weight training sebelum berbuka. Selepas berbuka its ok.
5. Kalau buat weight training while fasting?
Jawapan : If you degil jugak and do weight training ketika berpuasa, first of all your body will have no energy for a quality workout dan yang kedua, your body akan memecahkan otot untuk sumber tenaga – so you rugi je!
6. Untuk berbuka, nak makan apa?
Jawapan : A balanced meal ataupun makanan seimbang. Obviously you should enjoy yourself but makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.
7. Kurma menggemukkan tak?
Jawapan : I love kurmas but yeah, they are loaded with sugar so dont eat too many. The exact number of calories would depends on the type, size etc.
8. Will you lose weight during puasa?
Jawapan : Yeah most probably….no matter how much you eat during puasa, most of us will lose weight during puasa.
9. Imsak nak makan apa?
Jawapan : Depends on how much time you have la. For me, I look for something quick, easy dan makanan yang membekalkan tenaga yang berterusan – complex foods. Jadi saya biasanya makan, wholewheat cereal, susu dan banyak minum air.
10. I will train during ramadhan?
Jawapan : Yup. Biasanya I’ll stop training to rest etc, tetapi tahun ini saya akan terus workout dan main futsal tetapi not as much la….probably 1-2 kali seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti sudah biasa lakukan push up, bukan? Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip melakukan close-grip push up!
Ia merupakan antara teknik push up yang paling berkesan membantu anda untuk ‘pump’ otot di bahagian tangan, bisep, trisep dan juga bahu. Tapi kalau ingin lakukannya biarlah dengan teknik yang betul agar boleh elak berlakunya kecederaan.
Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
Untuk melakukan push up yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika push up.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Oppo Find X9 Ultra hadir dengan kamera Hasselblad empat lensa, sensor 200MP dan prestasi ultra premium. Ketahui spesifikasi, harga dan kelebihan model flagship ini.