Acara pertandingan REDLINE Fitness Games kembali lagi pada tahun ini dan terus dipacu NISSAN. Seperti edisi tahu lalu ia kembali berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC).
Pertandingan kecergasan hebat ini diadakan bermula pada 13 sehingga 14 Julai 2024. Di kalangan penggiat dan peminat aktiviti kecergasan, acara ini bukan sekadar pertandingan kecergasan biasa, tetapi satu perayaan buat komuniti gaya hidup sihat.
Menariknya, REDLINE Fitness Games kali ini mencatatkan penyertaan lebih 6,000 peserta dan penonton. Sekali gus mencatatkan peningkatan ketara berbanding edisi sulung pada 2023.
Sambutan yang luar biasa ini menunjukkan betapa pentingnya acara seperti ini dalam mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Turut disokong Rakan Muda, REDLINE Fitness Games memperlihatkan komitmen bersama untuk memupuk budaya kesihatan, kecergasan, dan semangat komuniti.
LEBIH SEKADAR PERTANDINGAN
Acara ini turut menyaksikan seorang peserta, Amanda Chen memenangi cabutan bertuah. Peserta bertuah ini membawa pulang trak pikap NISSAN Navara PRO-4X.
“Lebih daripada sekadar pertandingan, REDLINE Fitness Games yang dipacu oleh NISSAN mewakili komitmen untuk memupuk komuniti yang kuat, sihat, dan terlibat.
“Penyertaan rekod tahun ini oleh peminat kecergasan tempatan dan antarabangsa mengatasi angka tahun lepas. Ia menunjukkan pengaruh acara ini yang semakin meningkat dan usaha kolektif ke arah mempromosikan gaya hidup sihat di seluruh Malaysia,” jelas Pengarah Acara REDLINE, Callum Meehan.
Ads
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Chong Motor Holdings Berhad, Daniel Ho Wai Ming, berkata, “Kami gembira untuk menamatkan acara hari ini dengan pemberian NISSAN Navara PRO-4X yang benar-benar sepadan dengan tagline kami ‘No Task Too Tough’.
“NISSAN Navara PRO-4X, yang terkenal dengan kekuatan dan ketahanannya, sepadan dengan nilai-nilai REDLINE Fitness Games yang dipacu oleh NISSAN dan melambangkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan pengembaraan.”
REDLINE Fitness Games meyaksikan peserta diuji pertandingan kecergasan yang dinamik direka untuk mendorong had fizikal dan mental. Setiap peserta melalui satu siri stesen latihan yang mencabar.
PELBAGAI ASPEK KECERGASAN
Setiap 12 stesen menguji pelbagai aspek kecergasan dengan ketat, termasuk daya tahan kardiovaskular, kekuatan, ketangkasan dan koordinasi. Inti konsep REDLINE adalah idea ‘redlining’ – mendorong diri ke puncak prestasi fizikal dan mental.
Naratif ini bukan sahaja mendorong pertandingan tetapi juga memupuk semangat komuniti ketahanan, pencapaian peribadi, dan sokongan bersama di kalangan peserta.
Ads
Untuk memastikan inklusiviti, permainan ini menampilkan pelbagai kategori untuk memenuhi tahap kecergasan yang berbeza. Kategori tersebut ialah Singles Beginner, Singles Competitive, Singles Open, Doubles dan Team Relay.
Kepelbagaian ini membolehkan peserta dari pelbagai latar belakang untuk terlibat dalam pertandingan. Tidak kiralah sama ada ‘beginner; atau atlet berpengalaman, semua dapat mengharungi cabaran sesuai dengan perjalanan kecergasan mereka.
Dalam kategori kompetitif, para peserta terbaik dihargai atas ketabahan mereka. Dalam kategori Men’s Singles Competitive, Marcus Funken mendapat tempat pertama, diikuti oleh Pierre Algret di tempat kedua, dan Nick Tisinger di tempat ketiga.
Ads
Manakala kategori Women’s Singles Competitive menyaksikan Claire Nesbitt mengambil tempat teratas, dengan Jasmine Miedl dan Yi Zhen Lim masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Para pemenang dalam kedua-dua kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000, RM 2,000, dan RM 1,000 untuk tempat pertama, kedua, dan ketiga masing-masing.
REDLINE Fitness Games bolehlah dianggap sebagai satu kejayaan besar terutamanya meraikan komuniti aktiviti kecergasan.
Semoga penganjuran pada tahun hadapan akan menjadi lebih mantao dan hebat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kulit merupakan tisu nipis membaluti keseluruhan tubuh manusia yang amat sensitif. Sedikit perubahan iklim mahupun tekanan boleh menyebabkan kulit kita menjadi sakit dan terdedah dengan pelbagai penyakit kulit. Antaranya penyakit ekzema yang ternyata boleh mengundang kemudaratan sekiranya tidak dirawat awal.
PERSEKITARAN BERSIH PUNCA UTAMA
Kulit manusia merupakan organ tubuh yang mudah bertindak balas secara langsung dengan elemen-elemen di luar tubuh seperti cuaca, sinar matahari, haba, suhu dan lain-lain. Tindak balas ini menyebabkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan. Ia juga punca terjadinya salah satu penyakit kulit yang dipanggil Ekzema. Ia boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, jantina mahupun kaum.
Ramai menyangka persekitaran kotor punca utama pada jangkitan atau kegatalan kulit, tetapi adakah anda tahu bahawa persekitaran yang bersih juga boleh mengakibatkan jangkitan serta alahan pada kulit? Penyakit ekzema, kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap Ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.
Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu mengelirukan, seterusnya sukar untuk membezakan antara unsur baik ataupun jahat. Sistem imun malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif serta mudah mendapat alahan.
SEKSA MENGGARU SEHINGGA LUKA
Faktor genetik atau imunologik merupakan risiko mendapat seseorang mengalami masalah penyakit kulit ini. Jika ada keturunan keluarga yang menghidapnya, tidak mustahil anaknya juga berisiko. Selain itu, keadaan persekitaran disebabkan oleh banyak faktor pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, alahan makanan dan sebagainya juga menjadi punca Ekzema.
Berikutan dengan sensitiviti kulit manusia, pesakit Ekzema kebiasaannya akan berasa sangat gatal, kemerahan di kulit dan seterusnya melepuh. Kemudiannya akan menyebabkan kegatalan kulit yang membuatkan pesakit untuk terus menggaru. Akibat kerap menggaru, kulit bukan saja semakin rosak, tetapi membolehkan bakteria Staphylococcus aureus yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak.
“Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teramat. Jangkitan ini akan memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak”, jelas Perunding Dermatologi di Hospital Hammersmith, United Kingdom, Prof Anthony Chu.
KITARAN RAWATAN
1- Pastikan anda mandi setiap hari dengan produk mandian yang lembut dan merawat kulit yang kering
2- Gunakan pelembap pada kulit
3- Sapu ubat ang mengandungi steroid atau ubat sapu penghalang calcineurin
4- Sapu antibiotik
5- Penggunaan sedatif antihistamin
6- Jangan terlampau dedahkan badan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu
PATUT TAHU
Berdasarkan pemantauan penyelidik, ada kaitan antara kebanyakan pesakit Ekzema dengan tahap pembangunan negara. di Malaysia, sejumlah 12.8 peratus penghidap Ekzema adalah murid sekolah berbanding Indonesia, kira-kira 3.7 peratus
Satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah.
Majoriti pesakit menghidapnya sebelum mencecah usia lima tahun dan 50 peratus daripadanya pula pulih apabila mencapai usia 10 tahun. Jarang pesakit terus menghidap ekzema dari kecil hingga dewasa.
Kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi serius atau kronik. Ekzema boleh dikawal dengan penggunaan ubat yang dapat membantu memecahkan kitaran gatal-garu, memberikan kelegaan pantas daripada kegatalan, malah menghilangkan kelepuhan kulit dengan lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kesuburan seseorang lelaki itu bergantung sepenuhnya kepada kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan olehnya. Jika salah satu faktor ini terganggu, adalah sukar untuk seorang lelaki itu mencapai kehamilan.
Kemandulan di pihak lelaki boleh di kenal pasti apabila, setelah kedua-dua belah pihak diuji, masalah dikenal pasti berada di pihak suami. Diagnosis ini dicapai apabila analisa sperma menunjukkan kekurangan kuantiti atau kualiti sperma.
Terdapat pelbagai faktor yang membolehkan kuantiti dan kualiti sperma itu terganggu dan menyebabkan kemandulan seseorang lelaki.
Kemandulan lelaki adalah penyebab di dalam 50 peratus dari seluruh masalah fertiliti yang di hadapi oleh setiap pasangan.
Punca kuantiti sperma berkurangan
1. Masalah pembentukan sperma di dalam testis
Ini boleh disebabkan oleh masalah genetik, infeksi, pengembangan salur darah, ubat, trauma dan rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.
2. Masalah saluran pengaliran sperma dari testis ke air mani
Ini disebabkan oleh infeksi, pembengkakkan kelenjar prostat, vasektomi (proses pemandulan elektif) atau dilahirkan tanpa saluran untuk pengaliran sperma ke dalam air mani.
3. Masalah hormon menyebabkan kuantiti sperma berkurangan
Masalah seksual seperti masalah ereksi, tidak boleh mencapai klimaks, kecederaan saraf atau ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan masalah kesuburan di pihak lelaki.
Tip elak mandul atau ketidaksuburan sperma
Yang paling penting ialah untuk berjumpa pakar fertiliti segera seperti yang disarankan di atas untuk mengesan masalah kesuburan dan puncanya supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Jika sesuatu masalah yang memerlukan rawatan IVF untuk mencapai kehamilan, adalah lebih baik jika dilakukan di peringkat awal kerana kejayaan IVF itu sangat bergantung kepada umur pasangan wanita.
Ubah cara hidup ini untuk lelaki tambahkan kesuburan
Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting.
Pengambilan vitamin dan mineral tambahan terutamanya, zink, selenium, Coenzyme Q10 amat penting untuk memastikan kuantiti dan kualiti sperma bagus.
Senaman juga memastikan pengaliran darah yang bagus ke seluruh badan terutamanya ke organ reproduktif.
Pengawalan berat badan juga penting kerana obesiti adalah salah satu faktor yang menjejaskan kesuburan seseorang lelaki itu.
Merokok harus dielakkan kerana tabiat ini adalah salah satu punca pengurangan kuantiti dan kualiti sperma. Ia juga boleh menyebabkan masalah seksual seperti masalah ereksi kerana rokok boleh mengganggu pengaliran darah ke alat kelamin.
Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh mengganggu kesuburan seseorang lelaki
Suhu yang panas boleh mengganggu pembentukan sperma. Oleh itu adalah dinasihatkan seorang lelaki yang sedang merancang untuk mencapai kehamilan bersama pasangannya untuk mengelakkan berendam di dalam air panas (bath/sauna). Pakaian yang tidak ketat, terutama pakaian dalam penting untuk memastikan suhu badan tidak terlalu panas.
Tekanan juga boleh mengganggu kesuburan. Oleh itu, langkah-langkah untuk menangani “stres” adalah amat penting untuk membantu untuk meningkatkan kesuburan seseorang lelaki.
Masalah ketidaksuburan tidak perlu dijadikan stigma untuk menghalang seseorang itu, lelaki atau perempuan untuk tampil mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. Masalah kesuburan perlu dilihat seperti penyakit-penyakit lain yang perlu dirawat.
Di kala ini, terdapat pelbagai teknik-teknik yang boleh membantu pasangan untuk mencapai kehamilan. Yang penting pasangan itu berjumpa pakar dengan segera tanpa berlengah-lengah kerana tindak balas kepada rawatan lebih baik jika pasangan perempuan belum meningkat umurnya.
Sumber: Dr. Sumithra Devi Valiapan (Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Fertiliti, Sunfert International Fertility Centre)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaimana untuk melakukan senaman bahagian bawah anggota badan dengan baik dan mendapat hasil maksima. Lebih penting ia boleh dilakukan di mana sahaja.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 cara senaman yang anda boleh amalkan setiap hari dan lakukan dengan mudah tanpa mengira lokasi di mana.
Jika anda bersedia melakukan lebih senaman di bahagian peha dan kaki bersedialah melakukan beberapa jenis senaman di bawah. Lakukan setiap langkah selama 10 minit. Ia akan menguji kekuatan badan anda dan stamina selama sejam.
BOX SQUATS JUMPS
Lakukan 10 lompatan box squats setiap minit selama 10 minit. Ini bermakna anda harus set masa selama 10 minit kemudian lakukan 10 reps setiap kali masa baru bermula. Rehat seketika selang setiap reps.
BULGARIAN SPLIT JUMPS
Memberikan tekanan berimpak besar kepada sebelah kaki merupakan cabaran yang besar terhadap beginner. Jadi cuba lakukan lompatan free-version dahulu. Lakukan sebanyak 10 reps setiap belah kaki selama seminit.
BOX SQUATS
Tetapkan masa selama 10 minit. Kemudian lakukan 30 box squats reps selama seminit. Rehat setiap kali selang reps berbeza.
BULGARIAN SPLITS SQUATS
Jika anda lakukan lompatan free-version sebelumnya ini merupakan senaman tambahan untuk menguatkan bahagian betis. Lakukan split selama 20 kali dengan 5 set untuk 15 reps setiap belah bahagian kaki.
ALTERNATING ONE-LEG BOX SQUATS
Untuk finale ia cukup mudah namun agak sukar dihabiskan tanpa kaki menggeletar! Lakukan senaman ini 10 minit tanpa henti dengan one-leg box squats. Verikan perhatian dan fokus kepada bahagian kaki dan pergerakan bawah badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Persediaan lelaki bujang sebelum mengahwini seorang janda. Dalam masyarakat moden hari ini, perkahwinan antara lelaki bujang dan wanita yang berstatus janda bukanlah sesuatu yang luar biasa.