Sempena tahun baru 2020, Reebok dilihat telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan jenamanya terus relevan dan gah di pasaran.
Pada hari ini, Reebok mengumumkan kerjasama di peringkat global bersama penyanyi R&B meningkat naik yang juga tercalon di Anugerah Grammy, Khalid.
Kerjasama dari dua nama besar dari dua industri berbeza ini bakal memperluaskan misi Reebok untuk memberi inspirasi rekaan kreativiti serta menggalakkan eksperimentasi di kalangan belia pada hari ini.
Ads
Menerusi kenyataan media dari Reebok, Khalid cukup berbesar hati dengan kerjasama ini. “Saya suka bagaimana jenama ini menggabungkan elemen lama dan baru serta memberi pernghormatan terhadap rekaan klasik dengan sentuhan berbeza.
“Saya juga berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada generasi baru untuk terus berfikiran kreatif dan tidak takut untuk mencuba,” jelasnya.
Ads
Ads
Pada musim luruh tahun ini, Khalid akan muncul bersama Reebok menerusi kempen pertamanya, ‘Sport the Unexpected’. Ia merupakan kempen yang bakal mengetengahkan gabungan kreativiti Khalid dan Reebok menerusi penceritaan dalam bentuk visual.
“Khalid akan terus menjadi sumber isnpirasi kepada keaslian, kebanggaan dan juga imaginasi bagi golongan belia pada hari ini.
“Menerusi muzik yang original serta perkongsian perjalanan seninya, Khalid membawa simbol kreativiti yang selaras dengan misi kami di Reebok, jelas Timbalan Presiden Pemasaran dan Dagangan Digital Reebok, Matt Blonder.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara selebriti Hollywood yang dikenali ramai sebagai peminat setia Siri Anime Jepun Popular, Naruto adalah Micheal B Jordan. Baru-baru ini dia telah berpadu tenaga bersama jenama pakaian terkenal Coach untuk melancarkan beberapa jenis pakaian yang bertemakan siri anime tersebut.
Koleksi yang telah dilancarkan adalah Pakaian Siap-Untuk-Dipakai kedua-dua jantina, kasut dan pelbagai pilihan koleksi bag. Antara yang menarik perhatian adalah beberapa pilihan Parka, Jaket denim, pullovers, backpacks, sneaker hybrid dan macam-macam lagi.
Koleksi Coach X Micheal B. Jordan kini sudah boleh didapati secara atas talian dan juga akan mula memasuki pasaran global Pop-Ups di Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Selain itu, bintang filem Black Panther ini juga turut ditampilkan dalam video pendek memaparkan beberapa koleksi edisi khas di laman instagram mereka.
Jenama Skechers terus membuktikan dominasinya dalam dunia gaya hidup dan terbaru streetwear dengan pelancaran koleksi terbaharu, Skechers Hotshot.
Koleksi ini tampil dengan siluet moden yang direka untuk mereka yang mahukan kombinasi sempurna antara gaya dan keselesaan. Sekali gus menjadikannya sebagai salah satu siluet yang cukup menarik dijadikan sebagai pilihan gaya lelaki bergaya masa kini.
Skechers Hotshot diinspirasikan daripada estetika retro tahun 90-an dengan suntikan elemen kontemporari yang sesuai untuk citarasa dan trend terkini.
Dengan rekaan kasut bersiluet tebal, tapak chunky dan permainan warna berani, koleksi ini membawa nuansa street style yang penuh keyakinan.
Setiap pasang kasut dalam koleksi Hotshot menggunakan teknologi Skechers khas yang memberikan keselesaan optimum.
Inovasi seperti Air-Cooled Memory Foam memastikan setiap langkah terasa ringan dan menyokong, sesuai untuk aktiviti harian mahupun acara santai hujung minggu.
Reka bentuk ini bukan sahaja menekankan gaya, malah menjanjikan fungsi yang memenuhi keperluan lelaki aktif.
Streetwear bukan lagi sekadar trend, tetapi sudah menjadi budaya global. Lelaki moden hari ini menjadikan fesyen sebagai medium ekspresi diri, dan Skechers memahami keperluan itu.
Hotshot direka untuk menggabungkan fesyen jalanan dengan elemen prestasi, mencipta kasut yang boleh dipakai di jalanan mahupun dalam gaya kasual yang lebih kemas.
Selain daripada rekaan yang menarik, Skechers turut menekankan kepelbagaian. Koleksi ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang berani, sesuai untuk disesuaikan dengan gaya peribadi setiap individu.
Dari rona neutral sehingga kombinasi warna kontras, Skechers Hotshot memberi peluang untuk bereksperimen tanpa meninggalkan keselesaan.
Walaupun tampil dengan imej premium, Skechers Hotshot mengekalkan harga yang berpatutan untuk pasaran tempatan. Harga bermula sekitar RM459, menjadikannya pelaburan berbaloi untuk mereka yang mahukan kasut berkualiti tinggi dengan reka bentuk beridentiti.
Hotshot juga boleh didapati di butik Skechers seluruh negara serta atas talian melalui laman rasmi Skechers Malaysia. Dengan akses yang mudah, koleksi ini memberi peluang kepada semua untuk menikmati gabungan gaya, prestasi dan nilai dalam satu pembelian.
Skechers Hotshot bukan sekadar koleksi kasut, tetapi simbol evolusi gaya hidup lelaki moden yang menghargai gaya dan keselesaan dalam satu pakej.
Anda pasti sering melihat gambar-gambar ahli politik yang sering mengenakan pakaian formal. Pastinya anda tidak pernah terfikir akan wajah mereka dan gaya mereka, jika mereka mengenakan pakaian ala-ala Hipster.
Cuba anda lihat ini! Comelnya tengok ilustrasi pemimpin-pemimpin negara mengenakan pakaian trend hari ini.
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia
YAB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU Menteri Pertahanan.
YB TUAN LIM GUAN ENG Menteri Kewangan
YB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN Menteri Dalam Negeri.
Gambar-gambar ini merupakan rekaan seorang anak muda yang dikenali sebagai Aizat Paharodzi. Menurut Aizat di Facebook nya. gambar tersebut diilhamkan mengikut pakar ilustrasi terkenal, Amit Shimoni. Kalau nak request buat YB Izzah boleh tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang