Perihal trend boleh datangd an pergi dengan sekelip mata. Sama ada dalam dunia peranti, muzik atau fesyen ia oleh berubah tanpa sesiapa dapat menjangkakannya. Ia boleh diramal namun untuk menjangkakan dengan tepat itu agak sukar.
Dalam dunia yang sentiasa berubah, dimana tren fesyen datang dan pergi dengan cepatnya, pakaian vintaj telah menemukan tempatnya yang unik di hati para penggemar fesyen.
Bahkan tidak keterlaluan untuk kita katakan pakaian vintj sebagai renaissance gaya terkini yang semakin mendapat tempat di hati lelaki.
Populariti pakaian vintaj bukan sahaja menunjukkan nostalgia terhadap masa lalu tetapi juga mewakili keinginan untuk keunikan, kelestarian dan penghargaan terhadap kualiti.
Apatah lagi kini generasi millennials yang sudah mempunyai pendapatan yang baik ada kemampuan untuk menyerlahkan diri mereka dengan fesyen.
Seperti item fesyen yang lain, seleksi vintaj juga hadir dalam pelbagai rangkaian harga sama ada mahal atau murah. Tapi persoalannya mengapa pakaian vintaj kini menjadi kegilaan ramai?
KEUNIKAN
Pertama sekali, pakaian vintaj menawarkan keunikan yang tidak terbanding. Dalam dunia yang serba serupa di mana produksi massal mendominasi pasaran, memiliki helaian pakaian vintaj bermakna memegang sebahagian sejarah yang tidak akan pernah tepat sama dengan yang lain.
Ads
Bagi seorang lelaki yang ingin menonjolkan diri dan mahukan kelaian yang unik menerusi gaya, pakaian vintaj memberikan kebebasan untuk bereksperimen dan menyuarakan sisi individualiti mereka.
Selain itu, kelestarian telah menjadi topik hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan pakaian vintaj berdiri di garis depan pergerakan fesyen lestari.
Dengan memilih pakaian vintaj, pengguna secara tidak langsung mengurangkan keperluan untuk produksi pakaian baru, yang sering kali melibatkan penggunaan sumber daya alam dan tenaga kerja secara intensif. Ini menjadikan pakaian vintaj pilihan yang bertanggungjawab dari sudut pandang ekologi.
Kualiti merupakan aspek penting lain yang mendorong kegemaran terhadap pakaian vintaj. Dibuat pada zaman ketika penekanan diletakkan pada ketahanan dan kehalusan pembuatan, banyak pakaian vintaj menawarkan kualiti yang sulit ditemukan dalam produksi massal hari ini.
Ads
KARYA SENI
Lebih lagi, memakai pakaian vintaj sering kali berarti menghargai karya seni dan kerajinan tangan yang telah bertahan ujian waktu.
Pakaian vintaj juga menawarkan peluang untuk pendidikan dan penceritaan. Setiap potongan memiliki ceritanya sendiri, membawa dengan dirinya cerita tentang zaman, budaya, dan trend yang telah lama berlalu.
Bagi lelaki yang memakainya, ini bukan hanya tentang gaya tetapi juga tentang menghormati dan menghidupkan kembali sejarah melalui pilihan busana mereka.
Akhir sekali peranan kebangkitan laman media sosial dan pempengaruh fesyen telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan kegemaran terhadap pakaian vintaj.
Media sosial memungkinkan penggemar fesyen untuk membagikan penemuan unik mereka dan mendapatkan inspirasi dari orang lain, menciptakan komunitas yang bersemangat dan mendukung keunikan serta keberlanjutan.
Kesimpulannya, pakaian vintaj telah menjadi lebih dari sekadar trend; ia adalah satu ‘statement’ gaya dan penghargaan terhadap sejarah dan kualiti.
Bagi lelaki di zaman moden ini, mengaplikasikan pakaian vintaj bukan hanya cara untuk membedakan diri dalam lautan tren yang berubah-ubah, tetapi juga untuk mengambil sikap terhadap isu-isu yang lebih besar seperti keberlanjutan dan penghargaan terhadap masa lalu.
Dengan begitu, pakaian vintaj bukan hanya kegilaan sementara, tetapi sebuah gerakan yang mendalam dan berkesan dalam dunia fesyen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.
Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.
Dah bagi keropok tu, nak cakap apa eh? Topik menarik sebenarnya membantu untuk anda berbual panjang dengan seseorang yang anda baru kenal. Soalan seperti “asal mana?” boleh membuatkan topik anda kedengaran bosan! Kenapa? Kerana jika anda berinteraksi dengan orang yang petah berkata-kata tu tak apa lah, namun jika anda berinteraksi dengan seorang yang Introvert? Pasti jawapannya “Pahang” lepas tu? Nak tanya apa lagi? Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba anda ubah soalan anda kepada “muka macam orang Kelantan, orang kelantan ke?” soalan begini akan membuatkan orang tersebut berfikir ‘dari mana datangnya wajah Kelantan? Dan mereka mula bertanyakan kembali kepada anda soalan. Dari situ, anda berdua dalam zon selamat untuk berbual.
Nak main game dengan orang yang baru anda kenal? Jangan terkejut dengan tip kali ini. Jadikan perbualan anda menarik dengan berteka-teki dengan orang tersebut. sebagai contoh:
Amir: Hujung minggu selalunya kau buat apa? Jap, biar aku teka. Kau suka main bola kan?
Soalan-soalan begini akan membuatkan pihak lagi satu berasa seronok untuk teruskan perbualan. Dalam pada masa yang sama, mereka akan memberikan hint kepada anda. Mereka juga boleh berteka-teki dengan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengenali seseorang tanpa perlu korek rahsia mereka satu per satu. Natural kan?
Sebagai permulaan, jangan pilih topik yang berat. Topik yang ringan seperti soalan mengenai merah atau biru untuk kasut baru yang anda lihat di laman Instagram boleh membantu untuk anda berbual dengan panjang bersama seseorang. Anda boleh kenali personaliti dan keluarga mereka dari pendapat yang anda minta. Secara automatik mereka akan membuka sejarah diri mereka atau keluarga mereka. Sebagai contoh,
“oh, kakak ipar aku ada kasut color macam ni.” atau
“aku ada kawan jual kasut ni murah. Kau nak beli tak?”
Hey, nak networking sebenarnya tak susah pun. Anda cuma perlu tahu caranya saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Putus cinta adalah satu pengalaman yang menyedihkan dan sukar pada setiap pasangan. Siapa suka dengan perpisahan, kalau ia tidak melibatkan cinta, berpisah dengan keluarga kerana kerja atau kematian boleh menyebabkan seseorang itu kemurungan. Namun ini dinamakan lumrah manusia, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Jika sudah tiada persamaan dan tidak lagi sekufu, lebih baik pasangan itu berpisah daripada menyiksa pihak lagi satu. Namun, ayat-ayat putus ini paling sukar untuk diluahkan. Sedikit sebanyak ia menimbulkan ketidakpuashatian pasangan anda terhadap anda. Nak nak yang kaki meroyan tu. Tak kan nak putus melalui telefon? Anda akan tampak hina pada pasangan anda.
Tindakan anda untuk meninggalkan pasangan dalam keadaan buruk seperti lari dari masalah akan menimbulkan masalah pada masa hadapan. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan kan? Mungkin bekas teman wanita anda tu, merupakan bos baru anda, ataupun dia merupakan kakak sepupu jauh pasangan terkini anda? Drama kan? Jadi untuk mengelakkan anda dipandang hina oleh bekas kekasih anda, apa kata kalau anda ikut beberapa cara ini untuk berpisah dengannya. Ini yang sempat kami kongi dengan anda yang diilhamkan dari artikel AskMen.com
AMARAN: INI HANYA UNTUK PASANGAN KEKASIH YANG DAH TAK ADA JALAN SAHAJA, SUAMI ISTERI TIDAK DIGALAKKAN. DAPATKAN NASIHAT KAUNSELOR, BUKAN KAMI!
Ok, mungkin di sini, anda sama-sama belum memperoleh perasaan cinta pada pasangan anda. Jadi, boleh tak jika anda putuskan hubungan melalui text? Jawapannya, boleh! Ini kerana anda berdua tidak mengenali hati budi sangat. Anda baru di fasa pengenalan. Untuk memutuskan hubungan, anda digalakkan untuk menghantar text kepada pasangan anda dengan syarat, ayat kena lembut dan sopan.
Ayat apa yang sesuai digunakan? Jangan pula anda bertindak terlalu casual dengan mengeluarkan ayat seperti “seronok keluar dengan awak, tapi nak lebih-lebih tak kot.” dengan emoji. Walaupun anda dan dia tidak serius dalam hubungan ini, jangan cakap macam tu, takut rumah anda disimbah cat pula pagi esok.
Apa kata jika anda gunakan ayat ni:
“ Hi Mia, I just nak cakap, keluar dengan you minggu lepas best sangat, and I happy sebab kenal dengan you. Tapi, I nak mintak maaf, I tak rasa yang kita boleh pergi jauh. Harap benda ni tak buat you sedih. Nothing personal pun, just I lebih selesa kalau kita jadi kawan pada masa akan datang. Take care.”
Mungkin anda akan dipandang hina oleh wanita itu, namun ini sebenarnya text yang paling sesuai untuk anda berikan kepada si dia. Beradap dan jelas. Ayat seperti “bukan sebab you, tapi sebab I” itu dah cliche dah. Jika baru seminggu anda keluar dengannya, rasanya tidak perlu untuk anda jelaskan sebab disebalik perasaan anda. Baru kenal, memang adat kalau seseorang tu berubah perasaan. Wanita dalam pada masa yang sama, harus bersedia ya.
Ini sedikit rumit dari yang hanya keluar sekali dua. Walaupun ia masih lagi di peringkat awal, namun ia boleh remukkan hati pasangan anda. Dalam tempoh sebulan dua ini, anda pasti sudah keluar makan bersama beberapa kali. Anda ambilnya dari tempat kerja, tengok wayang bersama, malah anda sudah mula berbual tentang hal peribadi. Untuk itu, wajar untuk anda bersemuka dengannya ataupun berbual melalui telefon.
Ini tidak menghalalkan anda untuk terus memutuskan hubungan secara tiba-tiba seperti “Saya nak break, makan malam minggu ni kita batalkan ok!” pasti pasangan anda akan mati terkejut bila dapat panggilan macam ni, sila gunakan ayat seperti ini:
“Hai Mia, I dah fikir banyak kali benda ni, I tak nampak hala tuju kita berdua. I kurang pasti dengan masa depan kita. I mintak maaf dengan you sebab benda ni berakhir macam ni. You’re great, and you deserve to be with someone who is ready for a long-term relationship.”
Jika anda boleh duduk dan berhadapan dengannya, itu lebih baik. Jangan terlalu menyimpang, dan berbunga-bunga. Ini akan membuatkan si dia benci dengan anda. Cukup dengan jelas dan teratur susunan ayat anda supaya dia faham. Mungkin dia akan beri pendapatnya secara baik ataupun kasar (bergantung) namun, beri dia ruang sebelum anda tamatkan hubungan anda dengannya.
Katakanlah anda sudah keluar dengan dia selama 6 bulan, namun perasaan cinta tu masih sukar untuk di pupuk, “she’s not the one” katanya. Ataupun anda tidak mahu sebarang komitmen, ataupun anda nak berpindah ke luar negara, dan putus merupakan jalan terbaik daripada hubungan jarak jauh. Apa pun alasan anda, perbincangan merupakan jalan yang terbaik untuk anda berdua. Dah bawak anak dara orang keluar selama 6 bulan, luangkan masa sejam untuk anda berbincang secara macho untuk berpisah dengannya.
Fasa ni anda tidak dapat meneka apa tindak balas mereka terhadap anda. Mungkin anda akan dimaki? dicampak ke dalam longkang? Namun, itu hakikatnya. Ini kerana si dia tidak mengerti sebab mengapa anda tidak berpuas hati dengan hubungan ini. Belum cuba belum tahu kan? Jadi pemilihan tempat untuk berpisah menjadi perkara utama dalam hal ini. Jangan pilih kawasan sesak, pililh cafe yang tenang, dan kurang orang awam. Jadi, selepas anda keluarkan perkataan magik itu, si dia tidak berasa dimalukan di hadapan awam.
Mungkin sebab anda mintak putus dengannya atas satu ‘sebab’ ini dan ia merupakan isu sensitf yang akan menghancurkan emosinya. Jangan sentuh isu ini! Ia akan mengeruhkan lagi keadaan. ini contoh perbualan jika anda sentuk isu sensitif dirinya.
Lelaki: Mia, rasanya tak ada jalan untuk kita berdua dah. I dah tak tertarik dengan you lagi
Wanita: apa? Kenapa? Rupa I hodoh ke? Apa salah I? I tak cukup baik untuk you ke?
Lelaki: Jujur I katakan, Ya.
Wanita: *menjerit* siapa perempuan tu? Dia lagi cantik dari I ke? Dekat mana jumpa dia? Dah lama ke you curang ni? Bagitahu cepat! I ingatkan kita ada masa depan, rupanya you main kayu tiga belakang I!
Lelaki: *menjerit* Bukan! Bukan sebab tu! Boleh tak you dengar penjelasan I dulu!
Dan bermulalah drama bersiri 200 episod. Sekarang anda berdua stress dengan situasi dan tak akan mendengar penjelasan antara satu sama lain. Ini memang akan terjadi, tapi anda tak perlu bagi tahu pasangan anda yang anda dah bosan dengannya. Ini ayat yang sungguh kejam. Kebenaran itu menyakitkan. Tak perlu untuk buatkan mereka rasa mereka itu hina dengan ayat-ayat anda.
Cuba anda gunakan ayat ni pula
Lelaki: Mia, ada benda yang I nak discuss dengan you.
Mia : Apa dia?
Lelaki: I dah fikir banyak kali benda ni. Pasal hubungan kita, lately ni I rasa lain antara kita. Dah tak macam dulu. I risau kalau I sakitkan hati you lebih dalam kalau I ignore perasaan ni. I tak rasa hubungan ni boleh pergi jauh.
Mia: ……
Lelaki: Maafkan I, benda ni pun susah untuk I. Bukan I tak cuba, I dah cuba. Susah untuk I lepaskan hubungan ni, tapi I rasa lebih baik kita berpisah.
Mia: Tapi kenapa? Sebelum ni ok je. Kenapa tiba-tiba ni?
Lelaki: I tahu. Sepatutnya I cakap benda ni awal-awal lagi. Untuk apa I teruskan tapi hati I tak boleh nak teruskan. Jangan fikir bukan-bukan. Jangan salahkan diri you. Ni antara I dengan perasaan I. Sorry sebab you terpaksa hadap benda ni.
Apa beza pendekatan ini dengan sebelum ni? Petama, anda menggunakan perkataan maaf. Maaf sangat memberi impak besar dalam sesuatu perbincangan. Ramai yang tidak mahu menggunakan perkataan ini kerana ego dan mereka berasa ia tidak perlu. Maaf di sini bukan bermaksud salah anda, ia lebih kepada maaf kerana anda tidak dapat bersama denganya dan ini benar-benar sukar buat anda. Anda minta maaf dengannya kerana anda terlalu memikirkan tentang orang lain, dan abaikan perasaan anda.
Kedua, anda tidak pentingkan diri sendiri. Ia bukan mudah untuk anda mengawal emosi anda ketika berpisah dengannya. Dalam pada masa yang sama, si dia seringkali menuduh anda yang bukan-bukan. Anda tidak bersikap buruk terhadap dirinya dan berkata perkara-perkara yang baik-baik walaupun hati anda panas. Ini bukan bermakna anda menipu diri sendiri atau anda FAKE. Tapi ia lebih kepada anda menjaga hati anda dan hati sesama manusia.
Paling penting, pendekatan ini tidak akan membolehkan pasangan rasa tidak puas hati. Anda menerangkan kepadanya ini semua sebab anda, salah anda. Pastinya si dia akan meletakkan semuanya kepada anda, dan ini akan mematikan hujahnya. Mungkin pada awalnya, dia tidak boleh menerima hakikat, beri masa, kerana masa akan memulihkan segala-galanya.
Dan melalui itu, tahniah! Anda kembali single. Ambil masa untuk diri sendiri sebelum anda memulakan kembali hubungan dengan mana-mana perempuan.
NOTA: Kami akan kongsikan cara untuk anda putus setelah setahun dan ke atas di artikel lain pula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi kaum lelaki di kalangan masyarakat kita salah satu kewajipan utama ialah menggayakan baju Melayu di pagi hari Raya.
Dalam tempoh beberapa akan datang gedung-gedung beli-belah di seluruh negara akan dibanjiri oleh mereka yang ingin mencari pakaian raya. Di antara perkara paling penting bagi lelaki ialah memilik baju Melayu yang sesuai.
Dan memilih warna baju Melayu yang perlulah sesuai dengan warna kulit. Ini kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri tetapi juga memastikan penampilan anda kelihatan lebih menarik dan serasi.
Setiap jenis kulit mempunyai warna-warna tertentu yang dapat meningkatkan lagi penampilan. Kali ini MASKULIN ingin berkongsi bersama anda bagaimana memilih warna baju Melayu yang sesuai berdasarkan tiga jenis warna kulit utama iaitu cerah, sawo matang dan gelap.
Buat lelaki yang memiliki kulit cerah, pilihan warna yang sesuai adalah yang dapat memberikan kontras dan tidak membuat kulit kelihatan pucat. Warna-warna cerah seperti biru muda, hijau muda dan merah jambu sebagai contohnya boleh menjadi pilihan yang baik.
Warna pastel ini tidak hanya memperlihatkan kelembutan karakter tetapi juga menambah aura ceria pada penampilan. Selain itu, warna gelap seperti biru tua atau marun juga dapat menjadi pilihan yang elegan, memberikan kesan yang tegas dan berwibawa tanpa menghilangkan kelembutan penampilan.
Kulit sawo matang merupakan jenis kulit yang paling fleksibel dalam memilih warna. Hampir semua warna sesuai dengan jenis kulit ini. Lalu, memberikan lebih banyak ruang untuk bereksperimen dengan berbagai pilihan.
Warna hangat seperti merah bata, oren dan kuning mustard sangat menonjolkan kehangatan kulit ini. Untuk tampilan yang lebih klasik dan formal, warna neutral seperti kelabu, beige, dan coklat muda juga sangat sesuai. Ini menonjolkan kesan elegan dan natural pada penampilan.
Kulit gelap memiliki keunikan tersendiri dalam memilih warna baju Melayu. Warna yang cerah dan berani seperti merah, biru elektrik dan hijau zamrud dapat menciptakan kontras yang menakjubkan, membuat kulit tampak lebih bersinar.
Warna-warna ini membantu dalam menonjolkan kepercayaan diri dan personaliti yang kuat. Di sisi lain, untuk kesan yang lebih understated namun tetap menarik, warna gelap seperti biru navy, kelabu gelap atau hijau tua juga sangat sesuai. Ia mampu memberikan kesan mewah dan kedalaman pada penampilan.
Kesimpulannya memilih warna baju Melayu yang sesuai tidak hanya meningkatkan estetika penampilan tetapi juga menambah keyakinan diri. Jangan takut untuk mencuba berbagai warna dan nuansa untuk menemukan apa yang benar-benar sesuai dengan anda.
Selain warna, faktor lain yang penting perlu anda pertimbangkan ialah keselesaan dan juga jenis kain. Barulah nak pakai sepanjang hari pun tiada sebarang masalah.
Dengan pemilihan yang tepat, baju Melayu tidak hanya akan menonjolkan keindahan budaya tetapi juga memperkuat identiti dan keunikan diri anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang