
Tiada stamina untuk workout? Maskulin ajarkan satu resepi pre workout smoothie yang mampu memberi anda tenaga. Selain berkhasiat, ia mampu menjana tenaga dalaman anda sepanjang sesi latihan.


Menu:
Segenggam Strawberi
Beberapa potongan mangga
Setengah cawan jus buah oren
Dua sudu besar madu
Sebiji pisang
Segenggam oat kering
30g protein
Beberapa ketul ais kiub
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
- Jika bahan menjadi pekat sewaktu mengisar, anda boleh tambahkan lagi jus oren.
- Minum sebelum anda memulakan workout/latihan di gim.
Bagaimana Fungsinya?
- Khasiat yang terdapat pada madu memberikan anda 17g carb per sudu dan ia merupakan pencetus tenaga badan terbaik sebagai menu pre-workout. Mangga pula memberi anda potasium yang mana membantu hati, saraf dan otot berfungsi dengan baik. Yang lainnya seperti protein, fat dan karbo dari pisang memberikan anda tenaga untuk kekal cergas sepanjang latihan.
Elakkan!
Satu atau setengah jam sebelum anda workout, sila elakkan munuman berkabonat dan mempunyai kafein. Kopi, Nescafe, teh tarik, minuman bergas dan pelbagai lagi mungkin membuatkan anda cepat penat di gim.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rutin Senaman Hugh Jackman Persiapkan Diri Sebagai Wolverine Untuk ‘Deadpool 3’

Buat anda yang mengikuti perkembangan filem bergenre adiwira atau superhero pastinya cukup kenal karakter Wolverine dari siri ‘X-Men’. Karakter yang tampil bengis tetapi ‘dalam hati ada taman’ tersebut cukup popular kerana karakter dan sifat ‘anti-hero’.
Pelakon yang membawakan watak tersebut di beberapa buah filem di layar perak ialah tidak lain tidak bukan aktor asal Australia, Hugh Jackman. Kemunculannya di dalam sembilan buah filem melakonakan watak Logan atau Wolverine menjadikan Hugh Jackman sebagai antara ikon filem superhero.

Dan nampaknya titik nokhtah Hugh Jackman bersama karakter tersebut belum berakhir apabila dia bakal muncul di dalam filem ‘Deadpool 3’ yang dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.
Melihatkan penglibatannya semula untuk watak ini, Hugh Jackman telah melakukan persediaan yang cukup rapi terutamanya dari segi fizikal. Dalam satu temu bual bersama HBO Max, Hugh Jackman mendedahkan dia telah merancang untuk mendedikasikan masa bagi mendapatkan semula bentuk badan sasa untuk watak ikonik tersebut.
AKTIF TEATER
“Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh tergesa-gesa. Saya juga belajar semua ini memerulakan masa. Jadi kami mempunyai enam bulan dari apabila saya menamatkan (The Music Man) hingga ketika saya memulakan penggambaran. Dan saya tidak melakukan kerja lain. Saya akan bersama keluarga saya dan berlatih. Itu akan menjadi kerja saya selama enam bulan,” jelasnya.
Sebelum ini dia cukup aktif dalam bidang teater Broadway dengan persembahan ‘The Music Man’ sejak penghujung tahun 2021. Di sebalik kesibukan jadual teater itulah membuatkan dirinya berdepan cabaran berbeza untuk mempersiapkan diri bagi watak Wolverine.
Namun Hugh Jackman mendakwa dirinya berada dalam kondisi yang sangat baik pada waktu sekarang. Melakukan 8 persembahan setiap minggu dengan menyanyi dan menari menjadikan staminanya cukup mantap sekali.
Untuk kembali ke bentuk badan seperti Wolverine, Hugh Jackman mungkin mengambil inspirasi daripada latihan karakternya seperti didokumentasikan secara meluas di Instagramnya pada masa itu.
Bagi mendapatkan definisi otot yang mantap latihan melibatkan melakukan 100 tekan tubi, latihan fasa untuk menyasarkan otot tanpa lemak dan menurunkan lemak badan dan set berat.
Berikut merupakan beberapa rutin senaman yang dilakukan oleh Hugh Jackman
1. Warm up dengan regangan dinamik dan senaman foam roll.
2. Barbell bench press sebanyak 5 reps dan 2.5 minit rehat (4 sets)
3. Dumbbell shoulder press dan behind the neck press sebanyak 10 reps dan 1 minit rehat (4 sets)
4. Cuban press dengan 10 reps dan 30 saat rehat (3 sets)
5. Trisep dips dan trisep push down dengan 10 ke 12 reps dengan 15 ke 60 saat rhat (3 sets)
6. Latihan shoulder circuit dengan 8 reps bersama laterial raise, front raise dan rear flys dan overhead press (4 sets)
Semoga rutin Hugh Jackman ini boleh menjadi contoh untuk anda yang ingin mendapatkan kecergasan yang mantap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman 15 Minit Di Waktu Petang Pada Bulan Puasa, Simple & Senang Sahaja

Berbeza betul bulan Ramadan tahun ini. Kerana wabak COVID-19 kita sudah sebulan lebih terpaksa melakukan semua aktiviti di dalam rumah.
Bagi peminat senaman ia bagaikan perkara yang sudah menjadi rutin biasa sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu.
Kini kita bakal memasuki fasa keempat PKP yang akan bermula esok dan tamat pada 12 Mei 2020. MASKULIN menjangkakan sepanjang bulan Ramadan ini kita akan terus kekal dalam tempoh PKP.
Walau apapun harapnya ia berakhir dengan segera.
Jadi untuk bulan puasa bolehkah kita bersenam. Ya, masih boleh tetapi lakukanlah dengan kadar yang tidak membebankan diri. Sebab itulah kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step senaman yang boleh anda lakukan hanya selama 15 minit.
Lagi best jika anda melakukan senaman ini selepas jam 6 petang, sesuai habis senaman lepak sekejap lepas itu boleh terus berbuka puasa.
Berikut merupakan jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk15 minit.
1. Plank
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 3 hingga 4 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta.

2. Push-up
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.

3. Bird-dog
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.

4. Squats
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.

5. Dead bug
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.

6. Down-dog
Selepas itu lakukan own-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.

7. Wall-sit
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Elak Lakukan Teknik Salah Ketika Push Up Kerana Risiko Cedera Teruk

Sejak dari dulu sampai sekarang, push up merupakan antara teknik senaman yang sangat popular. Ia dilakukan oleh semua pengamal senaman tidak kiralah sama ada untuk membina tubuh, atlet, ahli beruniform atau kegiatan jasmani pelajar sekolah.
Namun sehingga kini masih ramai yang tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan push up.

Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar

Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar

Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
BACA: Tip Lakukan Push Up Dengan Sempurna Agar Anda Dapat Hasil Maksima
Tidak melakukan secara penuh

Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah

Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

