Bagaikan air dicincang tak akan putus, begitulah jalinan hubungan adik-beradik. Cubit paha kanan, paha kiri akan terasa.

Kalau nak kehidupan anda sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan rezeki terus mengalir tanpa putus, pastikan hubungan adik-beradik sentiasa terpelihara.

Ini kerana dengan bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin, anda akan mendapat dua fadilat iaitu fadilat bersedekah dan fadilat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah SWT, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah SWT kelegaan kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

BACA: Yakin & Percayalah, Amalan Doa Menjemput Rezeki Ini Jadikan Duit Anda Sentiasa Tak Putus!

Wajib baca yang ada adik-beradik, jangan share selagi tak habis baca

Sebenarnya bila adik-beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu, sebab tu penting jaga hubungan dengan adik-beradik. Kalau kita tengok ada yang adik-beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih. Bantulah adik-beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata Nabi SAW.

Ads

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi, saya tak nak tag nama dia. Nama dia Haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya-raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.

Rezeki Akan Melimpah-Ruah Kalau Kita Rajin Sedekah & Tak Berkira Dengan Adik-Beradik!

BACA: Lelaki Kongsi Tip Simpan Duit Cara Mudah & ‘Old School’ Elak Sengkek Hujung Bulan!

Ads

Dia kata, “Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik. Walaupun saya kaya tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni. Hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik-beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik-beradik saya. So Khalil, kalau ada adik-beradik susah, bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah.”

Terus teringat seorang Ustaz kata, “Salah satu punca hidup kita sempit, susah sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.” Ya Allah, takutnya.

Sedih lihat ada adik-beradik yang tak bertegur sapa bertahun-tahun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.

Ads

Ustaz saya kata, “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.”

Ya Allah… Jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Alllah, rapatkanlah kami hubungan kami adik-beradik. Rahmatilah kami adik-beradik. Ya Allah, ampunilah dosa adik-beradik kami, kalau mereka ada buat salah pada kami. Amiiin.

Semoga bermanfaat untuk semua!

Kredit: Muhamad Rizuan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI