Tidak dinafikan pada zaman sekarang kita boleh mendapatkan apa jenis barangan dan produk hanya dengan melakukan pesanan pantas di hujung jari menggunakan telefon pintar.
Namun di sebalik keghairahan dan kepesatan jual beli secara di atas talian atau e-dagang terdapat sesetengah pihak seakan mengambil kesempatan menjual produk yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Di antara produk yang ditegah jualannya ialah alat mainan seks atau dewasa yang terlarang. Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melakukan rampasan lebih 1,000 jenis produk dan alat ‘mainan dewasa’ di sebuah kediaman di Kota Warisan, Sepang.
Rampasan yang dilakukan pada 19 Disember 2022 tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada Ops Mata 1/2023.
Kredit Foto: Samadi Ahmad/Harian Metro
Memetik BERNAMA, serbuan dilakukan di sebuah kediaman yang menyimpan mainan tersebut sebelum dijual di atas talian.
IKLAN
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata mainan seperti itu adalah barangan terlarang dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbiatan 1984 kerana membawa kemudaratab moral kepada masyarakat.
Opersai tersebut menyaksikan penahanan seorang lelaki berusia 57 tahun pada 19 Disember lalu dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 2 Februari lalu di bawah akta berkenaan dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana mengedar dan menjual barang-barang lucah.
Kredit Foto: EDISI 9
“KDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan unsur-unsur yang boleh meruntuhkan akhlak, ketenteraman awam dan keselamatan negara.” tambahnya lagi.
IKLAN
Jelasnya lagi, mainan terlarang yang dirampas bernilai RM115,000 itu dipercayai dibuat di China dan Thailand dan dibawa masuk ke Malaysia melalui transaksi dalam talian, dengan harga barangan antara RM70 hingga RM1,000.
“Kementerian khuatir penggunaan alat mainan seks akan menjejaskan moral rakyat Malaysia dan jika tidak dikawal akan membawa kepada kemerosotan nilai moral dan masalah sosial yang lain,” jelasnya.
Selain itu, KDN turut menggesa penyedia platform e-dagang untuk lebih peka dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menghentikan penjualan barangan terlarang.
IKLAN
Mana-mana pihak yang mempunyau maklumat tentang penjualan barangan sepeti ‘mainan dewasa’ boleh hubungi KDN di talian 03-80008000.
Sama-sama kita membina masyarakat yang lebih bermoral dan bertamadun. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kejadian itu berlaku di sebuah gedung elektronik di China dan berjaya dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan. Kalau korang nak beli telefon pintar jangan berini buat hal macam lelaki ini.
Seorang lelaki yang nekad menggigit bateri telefon pintar jenama iPhone hanya untuk mengesahkan ketulenan aksesori peranti berkenaan. Pada mulanya dia dilihat sedang berdiri di kabinet kaca kiosk jualan sebelum secara tiba-tiba memasukkan bateri tersebut ke dalam mulut, lalu menggigitnya.
Tonton Video Bateri Telefon Meletup Selepas Digigit
Menurut Taiwan News, lelaki berkenaan mahu menukar bateri telefon pintar iPhone miliknya yang sudah rosak kemudian bertindak sedemikian, sebelum letupan kecil sepantas kilat berlaku tanpa diduga namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Pihak berkuasa masih lagi menyiasat sama ada letupan itu adalah disebabkan bateri yang dijual tersebut sememangnya palsu mahupun ia terjadi kerana tindak balas gigitan yang dilakukan lelaki tersebut.
Sumber: Apple
Beberapa bulan sudah, syarikat Apple di Korea Selatan terpalit dengan isu yang melibatkan pengeluaran iPhone tidak berkualiti apabila kebanyakan pengguna mengadu sistem operasi dalam telefon pintar jenama itu tidak berfungsi dengan baik disebabkan bateri. Sejurus itu, syarikat gergasi peranti berkenaan menawarkan penukaran bateri pada harga rendah sekitar RM115 iaitu jauh lebih murah daripada servis penukaran biasa.
Kita mulakan hidup kita seharian dengan kerja, kerja dan kerja. Bangun pagi, mandi dan bersiap ke tempat kerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadang kala kerja lebih masa. Kerja yang tidak pernah habis. Keesokan harinya, ulang benda yang sama.
Namun, adakah kita sedar, hidup kita lebih daripada itu? Di usia muda inilah masa untuk kita mencuba sesuatu yang baru. Masa untuk mencari pengalaman hidup dan menenangkan minda dan jiwa. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh anda pelajari daripada kesilapan pengembara-pengembara lain. Dengan ini, anda pasti tidak akan melakukan kesalahan yang sama dan berpeluang untuk menikmati percutian dengan lebih menyenangkan.
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Bayangkan bagaimana la kehidupan lelaki warga emas ini menangung beban di belakang kepalanya selama 47 tahun. Namun kini dia boleh nearik nafas lega apabila akhirnya tumor seberat 15 kilogram (kg) dibuang menerusi pembedahan yang mengambil masa hampir 10 jam.
Ia hasil kejayaan sekumpulan pakar bedah di China yang melakukan pembedahan pada bahagian tengkok seorang warga emas.
Zhao Xingfu, 64, berkata tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam.
Kesempitan hidup menghalang Xingfu daripada merawat tumor berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya.
Zhao Xingfu setelah menjalani pembedahan.
Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Xingfu.
Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan ahli keluarga dan membawa ayahnya mendapatkan rawatan di Hospital Tumor Guizhou.
Seminggu selepas pembedahan, keadaan Xingfu dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih sepenuhnya.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...