Ya, kita memang sudah sedia maklum bahawa tayar botak itu satu risiko yang cukup besar dan boleh sebabkan kemalangan.
Lebih parah apabila ia melibatkan kemalangan mengakibatkan kecederaan malah kematian. Bukan sahaja kepada kita tetapi pengguna jalan raya yang lain.
Namun masih banyak dilaporkan tentang kemalangan yang berlaku akibat perkara ini. Rata-ratanya sudah tahu akan kondisi kereta tetapi disebabkan sikap acuh tidak acuh, mengakibatkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Ikuti perkongsian daripada MASKULIN untuk memberi kesedaran bersama akan bahaya risiko memandu kereta dengan tayar botak.
SALURAN AIR TAYAR TIADA
Disebabkan ia sudah botak maka secara tidak langsung bunganya juga tiada. Dan ‘bunga’ tersebut bukanlah perhiasaan semata. Ia berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan air keluar dari bawah tayar.
Ads
Apabila memandu dengan tayar botak maka kereta mudah untuk berhadapan kejadian dipanggil ‘aquaplaning’. Ia kondisi di mana kereta seakan terapung seketika apabila tiada saluran khusus untuk air keluar. Dan jika ini berlaku kereta akan hilang kawalan dan berpusing walaupun memandu di jalan lurus. Malah, anda juga boleh berdepan dengan keadaan ‘understeer’.
Tayar botak juga menandakan ia sebenarnya semakin menipis. Terutamanya di bahagian luar tayar. Lapisan luaran itu tidak direka untuk bertahan lama apabila ia sudah haus. Jadi apabila anda memandu laju terutamanya di waktu jalan raya sangat panas, haba semakin meningkat. Lalu boleh menyebabkan ia meletup atau berlakunya blow out.
Bila meletup berkemungkinan besar anda akan hilang kawalan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Jadi periksalah kondisinya dari semasa ke semasa untuk elakkan perkara ini berlaku.
Bunga tayar juga berfungsi untuk memberikan cengkaman di atas jalan raya. Jika sudah botak, anda mungkin berdepan situasi di mana perlu menekan brek jauh lebih awal daripada kebiasaan. Lebih menakutkan jika menekan brek secara mengejut kereta akan menggelungsur terus ke hadapan. Lalu melanggar bontot kereta di hadapan.
Inilah situasi yang seringkali kita lihat berlaku terutamanya apabila cuaca hujan. Usah bandingkan tayar anda dengan kereta Formula 1 yang luarannya kelihatan begitu.
Tahukah anda tayar kereta F1 akan berfungsi dengan lebih baik apabila suhu semakin meningkat tinggi.
Jadi sama-samalah kita menjadi pemandu dan pemilik kereta yang lebih bertanggungjawab. Lakukan servis kereta sama ada dalam atau luaran secara berkala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BMW Group Financial Services Malaysia telah memulakan inisiatif baharu untuk mengumpul dana bagi membantu Refuge for the Refugees dan Empire Project.
Ia merupakan pertubuhan tempatan yang giat menyalurkan bantuan makanan kepada warga komuniti yang tersisih dan yang kurang bernasib baik di Malaysia di kala wabak COVID-19. Pertubuhan-pertubuhan ini turut disokong oleh BMW Group Malaysia dari segi keperluan logistik dan bantuan penghantaran.
Danielle Maassen, Ketua Unit Jualan & Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Ketika detik yang mencabar ini, kita haruslah berpadu tenaga untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.
“Meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, kami ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung ini yang sedang membanting tulang agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa berkelaparan.
“Kami telah berpeluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah organisasi bersama Refuge for the Refugees dan Empire Project sepanjang 18 bulan yang lalu, dan dengan rasa rendah hati kami bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi sokongan kami kepada inisiatif mereka.”
Inisiatif ini sekali lagi akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, iaitu menerusi setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model berikut:
BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Countryman. Kesemua kontrak yang dibiayai dari 1 September hingga 31 Disember 2021 bagi model-model yang dinyatakan tadi layak menyertai inisiatif ini.
Sumbangan tersebut akan memberi dukungan kepada program bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 buah keluarga dalam kategori B40, termasuk komuniti migran dan pelarian pada setiap minggu.
Di samping itu, pelbagai bantuan makanan dan barangan keperluan yang dibekalkan oleh Empire Project ketika pandemik untuk golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.
Para pemilik jentera sekalian! Dalam dunia automotif serba canggih kini, setiap kenderaan moden pastinya dilengkapi dengan nadi utama yang dikenali sebagai Engine Control Unit (ECU).
MASKULIN percaya, bagi anda yang meminati dunia permotoran, komponen ini bukanlah suatu yang baharu.
Namun, adakah anda benar-benar memahami fungsi sebenar ‘otak’ di sebalik sistem enjin kereta anda? Secara asasnya, ECU bertindak sebagai unit kawalan elektronik yang menjadi pusat arahan dan sistem komputer utama.
Hampir keseluruhan fungsi kritikal dalam kereta kesayangan anda kini dikawal sepenuhnya oleh ECU ini
Justeru, peranan ECU ini amatlah kritikal dalam memastikan jentera anda beroperasi dengan lancar dan selamat di jalan raya.
Ia bukan sahaja bertindak sebagai pengawal utama, malah turut bertanggungjawab dalam memastikan nisbah campuran bahan api dan udara yang optimum serta suhu enjin yang ideal. Bayangkan ia seperti seorang jockey yang mahir, sentiasa memastikan kudanya berlari dengan rentak yang tepat dan bertenaga.”
Lebih menarik lagi, ECU ini sebenarnya adalah ‘otak’ yang sangat pintar. Ia sentiasa mengumpul pelbagai informasi penting daripada sensor-sensor yang tersebar di seluruh kereta anda.
Data-data ini kemudian diproses dengan pantas untuk mengira dan melaraskan masa percikan api dan suntikan bahan api yang paling sesuai. Hasilnya? Kuasa enjin yang optimum, prestasi pemanduan yang memuaskan, dan kecekapan bahan api yang lebih baik – semuanya demi kepuasan pemanduan anda.
Disebabkan itulah bila ECU rosak ia boleh buat anda sakit kepala kerana kereta akan tidak boleh dihidupkan dan pelbagai lampu indikator akan menyala. Berikut beberapa petanda yang boleh anda perhatikan yang mungkin menunjukkan ECU kereta bermasalah atau rosak.
Selepas mendapati petanda-petanda di atas amat penting juga untuk anda tahu apakah punca yang boleh menyumbang kepada kerosakan berlaku terhadap ECU. Berikut 5 punca kerosakan yang boleh anda berikan perhatian sebaiknya.
Kedatangan model Honda CR-V semakin hampir apabila Honda Malaysia kini membuka tempahan bagi model SUV (kenderaan utiliti sport) tersebut. Kemungkinan model berkenaan akan dilancarkan selepas raya.
Tidak perlu mengulas panjang, berikut pembaharuan yang diterima oleh CR-V serba baharu:
1) ENJIN
CR-V buat pertama kalinya dilengkapi dengan enjin 1.5 liter VTEC pengecas turbo. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi CVT. Dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda, enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 193 PS pada 5,600 rpm dan tork 243 Nm pada 2,000 sehingga 5,000 rpm.
2) SAIZ LEBIH BESAR
Model CR-V serba baharu juga lebih besar berbanding generasi keempat sebelumnya dengan panjang 4,584mm, lebar (1,855mm), dan jarak roda (2,660mm).
Manakala dimensi tinggi dan jarak kelegaan tanah adalah berbeza mengikut varian. Versi 2WD sedikit rendah dengan tinggi 1,679mm dan 1,689mm (4WD). Jarak kelegaan tanah masing-masing ialah 198 mm (2WD) dan 208 mm (4WD).
3) TEKNOLOGI BARU
Lebih menarik model tersebut kini dilengkapi dengan Honda Sensing. Ia merupakan ciri keselamatan aktif yang memberi amaran kepada pemandu sekiranya berlaku risiko kemalangan.
Bagaimana teknologi tersebut berfungsi?. Honda Sensing menggunakan kamera monokular dan radar gelombang milimeter bagi mendapatkan pandangan jalan raya lebih jelas. Kamera itu diletakkan di bahagian atas cermin hadapan dan radar gelombang milimeter terletak pada gril hadapan.
Honda Sensing merangkumi tujuh ciri keselamatan iaitu Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Warning (LDW). Ciri keselamatan berkenaan menawarkan bantuan pelayaran dan pencegahan kemalangan dari hadapan dan sisi. 4) KEMAS KINI BUT
Saiz but juga kini lebih luas dengan tambahan ruang 1, 084 liter apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya.
5) CIRI STANDARD
Bagi model baharu ini juga, pihak Honda menawarkan ciri peralatan standard bagi keseluruhan varian CR-V : enam beg udara, paparan kamera undur, Vehicle Stability Assist (VSA) dan butang Smart Entry /Push Start. Manakala varian tertinggi didatangkan dengan lapan sensor.
6) PERUBAHAN LUARAN
Untuk tampil lebih menawan, CR-V kini menerima kemasan lampu LED nyalaan siang (DRL) berbentuk sayap bersama gabungan lampu utama LED. Tidak ketinggalan ciri LED turut dipadankan pada lampu belakang dan brek. Melangkapkan imej sporty CR-V, Honda Malaysia menawarkan rim aloi dua warna dan spoiler hud.
Azizulhasni Awang mencipta kemenangan emas acara keirin Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth selepas aksi dramatik foto penamat yang dipuji pengulas sebagai persembahan “master class”.