Bagasi atau lugage memang kerap kita guna bila travel atau balik kampung. Selalu terjadi roda bagasi ini akan rosak bila dah selalu digunakan. Sama ada tercabut atau pun pecah.
Roda pecah, tinggal bahagian dalam saja. Ini kerosakan yang biasa berlaku.
Kalau hantar di kedai atau pusat servis untuk baiki boleh cecah RM60 untuk satu roda saja. Kalau sudah empat yang rosak dah RM180 dah sama harga dengan beg. Jadinya lebih baiklah kita baiki sendiri.
Caranya beli roda gantian di online dan DIY. Roda bagasi ini boleh dibeli di Shopee. Tapi pastikan dulu saiznya sama ya. Klik SINI untuk beli.
Cara baiki
Ads
Ukur dulu roda bagasi asal sebelum beli.
2. Potong bahagian yang menyambungkan roda untuk mengeluarkan roda lama.
Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: ‘Sayang, I rinduuu..’ tanpa beritahu isteri anda secara terus.
2.Semasa lintas jalan
Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau.
3.Apabila mahu lepaskan pegangan tangan
Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam ‘silent signal’ nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke.
4.Apabila keadaan sukar, dan isteri anda mencari ketenangan pada anda
Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power.
5. Apabila berada di tempat yang ramai orang
Masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang! Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada kan.
6.Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba
Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada zaman kini perkahwinan pada usia muda bukan lagi satu senario pelik. Pada usia ‘setahun jagung’, sudah memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Ternyata ia tanggungjawab yang mencabar. Silap percaturan, perkahwinan dilanda musibah dan anak-anak menjadi mangsa.
Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia jelas menunjukkan lelaki boleh berkahwin bila berumur 18 tahun ke atas, manakala perempuan pula pada 16 tahun ke atas. Namun isu kahwin muda ini dilihat semakin membimbangkan. Ini akibat pelbagai bahana buruk yang timbul di perairan komuniti bila ia melibatkan pengabaian hak anak-anak, niat menggugurkan sehinggalah kepada penceraian. Mengalas peranan sebagai seorang bapa muda, adakah anda sudah bersedia segala tanggungjawab?
1-TANGGUNGJAWAB EKONOMI
Bergelar seorang bapa tidak mudah. Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, menyediakan keperluan asas adalah tanggungjawab utama. Fenomena ‘bapa muda’ kebiasaannya melibatkan mereka yang masih lagi melanjutkan pelajaran mahupun baru bertatih di dalam bidang pekerjaan.
Ya, ia sedikit sebanyak memberikan cabaran bagi seorang bapa untuk memenuhi keutamaan ini. Bahkan bila sudah ada anak, seorang bapa harus bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memenuhi kehendak dan keperluan isteri serta anak-anak. Pengabaian hak boleh meruntuhkan sesebuah institusi.
Antara tanggungjawab ekonomi yang perlu dilunaskan oleh mana-mana bapa muda ialah keperluan asas termasuk rumah, makan minum, pakaian dan lain-lain, pendidikan serta kehendak asas mengikut kemampuan dan daya ekonomi.
Sesudah berkahwin, anda bukan lagi hidup berseorangan. Segalanya berkongsi malah anda juga harus bersedia untuk berkongsi dengan orang-orang di sekeliling. Kurangnya didikan serta pengaruh sosial boleh memberi kesan jangka panjang dalam mana-mana institusi rumah tangga.
Contoh, sekiannya anda berpindah ke mana-mana kawasan kejiranan, menjadi tanggungjawab dan keprihatinan anda untuk bersosial dan bergaul dalam merapatkan ukhuwah. Pada masa yang sama bergaul dalam mana-mana komuniti dapat mendidik anda untuk menjadi lebih tanggungjawab kepada keluarga.
3-TANGGUNGJAWAB EMOSI
Ya, menggalas peranan sebagai bapa pada usia muda ternyata mencabar. Bukan sahaja emosi diri sendiri perlu dijaga, malah harus bijak mengawal serta memberikan perhatian kepada perasaan ahli keluarga yang lain. Mengabaikan emosi dan perasaan mereka boleh menghasilkan atmosfera kurang ceria lalu memberi kesan pada kelangsungan perhubungan.
Berdasarkan kajian HealthyTeenNetwork.com, antara punca emosi mudah melemahkan satu-satu sistem rumah tangga disebabkan tidak arif dalam mengawal emosi ketika berlakunya perselisihan faham, tidak mengendahkan perasaan ahli keluarga, isteri dan anak-anak serta menganggap emosi mainan perasaan semata-mata dan tidak bertindak atau bertindak lambat untuk menyelesaikan sebarang isu.
4-TANGGUNGJAWAB KEROHANIAN
Didikan agama juga ternyata tanggungjawab paling penting. Didikan agama berupaya untuk memandu mana-mana institusi kekeluargaan terutama bagi mereka yang masih muda ke arah kehidupan lebih baik.
Berdasarkan kajian fakta daripada Dato’ Dr. Hj. Mhd Fadzilah Kamsah, sebanyak 65% pasangan muda bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Kad kredit sering dianggap sebagai simbol kebebasan kewangan. Dengan hanya satu sentuhan atau imbasan, pelbagai urusan boleh diselesaikan tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak.
Namun hakikatnya, kad kredit hanyalah alat kewangan. Jika digunakan dengan bijak, ia boleh membantu membina rekod kredit yang baik, memberikan ganjaran menarik dan memudahkan pengurusan kewangan harian. Sebaliknya, jika digunakan tanpa disiplin, ia boleh menjadi punca kepada masalah hutang yang berpanjangan.
Menurut data Bank Negara Malaysia, hutang isi rumah negara terus berada pada paras yang tinggi, dengan sebahagian daripadanya melibatkan penggunaan kredit pengguna termasuk kad kredit.
Dalam masa sama, kajian oleh Financial Industry Regulatory Authority (FINRA) di Amerika Syarikat mendapati individu yang mempunyai tahap literasi kewangan lebih rendah cenderung menyimpan baki hutang kad kredit yang lebih tinggi dan mengambil masa lebih lama untuk melunaskannya.
Berikut merupakan lima kesilapan paling biasa yang sering dilakukan pengguna kad kredit dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kewangan jangka panjang.
Ini mungkin kesilapan paling besar dan paling kerap berlaku.
Apabila menerima penyata bulanan, bank biasanya akan memaparkan jumlah minimum yang perlu dibayar. Ramai pengguna beranggapan selagi mereka membuat bayaran minimum tersebut, semuanya berada dalam keadaan baik.
Hakikatnya, baki hutang yang tidak dijelaskan akan terus dikenakan caj faedah atau keuntungan bergantung kepada jenis kad yang digunakan.
Menurut Consumer Financial Protection Bureau (CFPB) Amerika Syarikat, membayar hanya jumlah minimum boleh menyebabkan seseorang mengambil masa bertahun-tahun untuk melangsaikan hutang yang sebenarnya tidak begitu besar.
Sebagai contoh, hutang RM5,000 dengan kadar faedah sekitar 15 hingga 18 peratus setahun boleh menjadi jauh lebih mahal jika hanya bayaran minimum dibuat setiap bulan.
Kad kredit sepatutnya dibayar penuh setiap bulan, bukannya dijadikan pinjaman jangka panjang.
Kad kredit sering mencipta ilusi bahawa seseorang mempunyai lebih banyak wang daripada yang sebenarnya.
Ramai individu menggunakan kad kredit untuk membeli telefon baharu, pakaian berjenama, percutian atau makan di restoran mewah walaupun pendapatan mereka tidak benar-benar menyokong gaya hidup tersebut.
Kajian oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) mendapati pengguna cenderung berbelanja lebih banyak apabila menggunakan kad berbanding wang tunai kerana kesakitan psikologi ketika berbelanja menjadi lebih rendah.
Dengan kata lain, apabila tidak melihat wang keluar secara fizikal, otak kurang merasakan kesan perbelanjaan tersebut.
Akibatnya, ramai hanya menyedari masalah kewangan apabila penyata bulanan tiba.
Kad kredit tidak sepatutnya digunakan untuk menunjukkan status atau memenuhi gaya hidup yang tidak selari dengan kemampuan sebenar.
Walaupun kebanyakan kad kredit menawarkan kemudahan pengeluaran tunai atau cash advance, ia sebenarnya antara transaksi paling mahal yang boleh dilakukan.
Berbeza dengan pembelian biasa yang mempunyai tempoh tanpa faedah, pengeluaran tunai biasanya dikenakan caj serta-merta dan kadar faedah yang lebih tinggi.
Menurut maklumat daripada pelbagai institusi kewangan antarabangsa termasuk Experian dan Equifax, faedah bagi transaksi cash advance lazimnya mula dikira pada hari yang sama transaksi dibuat tanpa tempoh tangguh.
Ini bermakna hutang akan berkembang dengan lebih cepat berbanding penggunaan biasa.
Kecuali dalam keadaan kecemasan yang benar-benar mendesak, penggunaan kemudahan ini sebaiknya dielakkan.
Ramai beranggapan lebih banyak kad kredit bermakna lebih banyak ganjaran dan fleksibiliti.
Namun realitinya, semakin banyak kad yang dimiliki, semakin sukar untuk menguruskan pembayaran dan pemantauan perbelanjaan.
Kajian oleh National Foundation for Credit Counseling (NFCC) mendapati individu yang mempunyai terlalu banyak akaun kredit lebih mudah terlepas tarikh pembayaran dan menghadapi masalah mengawal perbelanjaan.
Selain itu, setiap kad kredit membawa had kredit tersendiri yang boleh menggalakkan tabiat berbelanja berlebihan.
Bagi kebanyakan pengguna biasa, satu atau dua kad kredit yang digunakan secara strategik sudah memadai.
Lebih penting ialah bagaimana kad tersebut diuruskan, bukannya berapa banyak kad yang dimiliki.
Ramai pengguna hanya melihat jumlah yang perlu dibayar setiap bulan tanpa benar-benar menyemak transaksi yang direkodkan.
Ini membuka ruang kepada pelbagai risiko termasuk transaksi tidak sah, caj tersembunyi atau kesilapan sistem.
Menurut laporan Nilson Report dan beberapa kajian keselamatan pembayaran global, kes penipuan kad kredit terus meningkat setiap tahun seiring pertumbuhan transaksi digital.
Menyemak penyata secara berkala membolehkan pengguna mengesan sebarang transaksi mencurigakan lebih awal sebelum kerugian menjadi lebih besar.
Selain itu, tabiat ini juga membantu seseorang memahami corak perbelanjaan mereka sendiri.
Kadangkala kita tidak sedar berapa banyak wang dibelanjakan untuk langganan digital, penghantaran makanan atau pembelian impulsif sehingga melihat rekod transaksi secara terperinci.
Malah jika digunakan dengan betul, ia boleh memberikan pelbagai manfaat termasuk perlindungan pembelian, ganjaran tunai, mata ganjaran, insurans perjalanan dan pembinaan skor kredit yang baik.
Namun masalah bermula apabila pengguna melihat kad kredit sebagai sumber wang tambahan dan bukannya alat pembayaran.
Pakar kewangan terkenal, Dave Ramsey pernah berkata:
“Kad kredit bukan masalahnya. Tingkah laku pengguna yang menentukan sama ada ia menjadi alat yang berguna atau perangkap kewangan.”
Akhirnya, kekuatan sebenar kad kredit bukan terletak pada had kredit yang diberikan bank, tetapi pada disiplin individu yang menggunakannya.
Kerana dalam dunia kewangan peribadi, kebebasan bukan diukur melalui jumlah hutang yang boleh dibuat, tetapi kemampuan mengurus wang dengan bijak tanpa bergantung kepada hutang yang tidak perlu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.