Program TV automotif paling sensasi dan gempak di Malaysia, ‘RODA PANAS’ kini bakal kembali untuk musim yang kedua! Buat penggemar program automotif yang menampilkan pelbagai kenderaan sama ada dua atau empat roda pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan semula ‘RODA PANAS’ di skrin anda.
Roda Panas musim pertama telah melakar kejayaan yang membanggakan dengan jumlah tontonan yang memberangsangkan di saluran Naura.
Sedikit perubahan bagi musim kedua ini, Roda Panas akan bersiaran di saluran utama iaitu Astro RIA!
Jika tahun lalu aktor kacak, Remy Ishak menerajui program ini sebagai hos, pada musim kedua pula ‘RODA PANAS’ menampilkan aktor, usahawan serta ikon perniagaan yang cukup disegani ramai, Fizo Omar.
Ads
Kemunculan Fizo Omar sebagai hos untuk musim kedua dilihat MASKULIN sebagai calon yang sangat tepat. Buat peminat Fizo pastinnya sudah mengetahui bahawa dia merupakan seorang peminat automotif sejak dari dulu lagi.
VARIASI JEMPUTAN & KENDERAAN GEMPAK!
Malah pengetahuannya dalam bidang automotif juga tidak kurang hebatnya melihatkan dia sendiri memiliki seleksi kenderaan yang cukup mantap!
Ads
Bagi musim kedua, ‘RODA PANAS’ akan menampilkan pelbagai variasi kenderaan dengan setiap satunya hadir dengan modifikasi tersendiri. Interaksi bersama pemiliknya juga akan ditonjolkan bagi mengorak apakah inspirasi di sebalik kenderaan yang dimiliki mereka.
Lebih menarik setiap episod berbeza ‘RODA PANAS’ akan menampilkan tema yang berbeza. Di antara tema yang paling menarik ialah drift car, super car, super bike dan banyak lagi!
Ads
Selain menampilkan pelbagai variasi kenderaan bersama pemiliknya, segmen bersama pakar atau expert juga akan ditengahkan. Menerusi segmen ini pakar undangan akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang beberapa tip serta trik yang kena dengan tema dibawakan menerusi episod tersebut.
Jadi jangan lupa untuk saksikan ‘RODA PANAS’ musim yang kedua di saluran Astro Ria setiap Ahad bermula pada 16 Januari 2022 ini setiap jam 6 petang! Anda juga boleh menontonnya menerusi platform penstriman eksklusif, Astro GO!
Terus setia bersama laman sesawang dan media sosial MASKULIN untuk temu bual belakang tabir serta info terkini tentang ‘RODA PANAS’ musim kedua. Follow kami di IG dan Twitter ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lane hogging merujuk kepada tindakan pemandu yang memandu terlalu lama di lorong kanan lebuh raya tanpa alasan kukuh.
Secara umumnya, lorong kanan digunakan untuk memotong kenderaan yang lebih perlahan.
Namun, sesetengah pemandu tidak mengendahkan peraturan ini dan terus berada di lorong kanan walaupun terdapat ruang di lorong kiri, menyebabkan aliran trafik terganggu.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Antaranya ialah kurangnya kesedaran mengenai peraturan jalan raya.
Ramai pemandu tidak menyedari bahawa lorong kanan bukan untuk pemanduan santai, tetapi khas untuk memotong.
Selain itu, sikap tidak bertimbang rasa juga menjadi punca utama.
Ada pemandu yang enggan memberi laluan walaupun terdapat kenderaan lain yang ingin memotong.
Di samping itu, terdapat juga pemandu yang memandu secara berkhayal atau terlalu selesa dengan kelajuan semasa sehingga tidak sedar mereka menghalang aliran trafik.
Sesetengah individu pula takut untuk menukar lorong kerana bimbang akan kenderaan lain atau kurang mahir dalam pemanduan.
Lane hogging bukan sahaja menjengkelkan tetapi juga boleh membawa kepada beberapa kesan buruk.
Antaranya, aliran trafik akan terjejas kerana kenderaan di belakang terpaksa memperlahankan kelajuan atau memotong secara berbahaya.
Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kemalangan, terutamanya apabila pemandu lain terpaksa memotong dari lorong kiri secara tergesa-gesa.
Selain itu, lane hogging juga menyebabkan pembaziran bahan api, kerana kenderaan yang tersekat di belakang terpaksa memperlahankan dan mempercepatkan kenderaan mereka berulang kali, meningkatkan penggunaan bahan api yang tidak perlu.
Bagi mengurangkan masalah ini, beberapa langkah boleh diambil. Kesedaran mengenai kepentingan menggunakan lorong kanan dengan betul perlu diperhebat melalui kempen pendidikan jalan raya.
Pihak berkuasa juga perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan saman kepada pemandu yang melakukan lane hogging.
Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tabiat ini sebenarnya berbahaya kerana kawasan ini dianggap sebagai segi tiga “kematian” yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.
Jika anda memiliki bulu hidung yang agak panjang dan ia mengganggu penampilan, jangan sesekali mencabut bulu hidung.
Sebaiknya, gunakan kaedah trim mengunakan pencukur sebagai langkah untuk anda merapikannya.
Bagi yang sering tumbuh jerawat sekitar segi tiga ini, elak memicitnya dengan tangan sebaliknya gunakan krim jerawat untuk merawatnya.
Kenapa dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya? Public Health Malaysia kongsikan sebab-sebabnya.
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides. Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Penantian kini berakhir! Kini 12 peserta yang telah dipilih daripada pelbagai latar belakang diumumkan sebagai wajah-wajah pertama program realiti kecergasan, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’.
MASKULIN di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd melangkah ke arena rancangan realiti televisyen buat pertama kalinya dalam sejarah dengan konsep yang unik dan mengujakan.
‘Who’s Your Bro’ bukan sekadar pertandingan kecergasan biasa. Tetapi merupakan satu platform yang membongkar makna sebenar persaudaraan, kerjasama, dan semangat juang lelaki.
‘Who’s Your Bro’ membawa 12 peserta daripada pelbagai latar belakang, menyatukan mereka dalam satu medan ujian yang menuntut bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi juga daya tahan emosi.
Menerusi setiap episod, para peserta ini akan diuji dengan cabaran yang menguji pelbagai aspek seperti;
Namun, lebih daripada itu, cabaran ini memerlukan mereka untuk menggali kekuatan emosi, memupuk kepercayaan, dan membina kesetiaan sesama peserta walaupun tekanan semakin meningkat.
Setiap langkah membawa risiko penyingkiran, menjadikan ikatan persaudaraan itu benar-benar diuji. Jadi #SiapaBroSiapaLawan tidak akan diketahui mereka hinggalah diuji pada tahap maksima!
Apa yang menjadikan rancangan ini unik adalah fokusnya terhadap ikatan persaudaraan antara lelaki atau brotherhood.
Dalam dunia yang sering menuntut persaingan dan individualisme, ‘Who’s Your Bro’ menyerlahkan nilai kerjasama dan sokongan moral.
Konflik sememangnya tidak dapat dielakkan apabila ego dan strategi bertembung, tetapi detik-detik ini jugalah yang mengungkap keindahan persahabatan sejati.
Melalui pelbagai cabaran, peserta tidak hanya bersaing untuk memenangi pertandingan tetapi juga untuk saling menginspirasi. Mereka menunjukkan bahawa persaudaraan sejati bermakna berdiri teguh bersama walaupun menghadapi cabaran paling getir.
Dengan format episod yang penuh kejutan dan emosi, penonton akan disajikan dengan aksi mendebarkan dan detik-detik dramatik yang sukar dilupakan.
‘Who’s Your Bro’ bukan sekadar sebuah rancangan realiti—ia adalah sebuah pengembaraan jiwa yang mengangkat kekuatan mental dan fizikal ke tahap baru.
Setiap peserta membawa kisah unik mereka sendiri, menjadikan rancangan ini lebih menarik untuk diikuti.
Penonton dapat melihat bagaimana individu dengan latar belakang berbeza bersatu dalam satu matlamat yang sama: menjadi yang terbaik, tanpa melupakan sokongan untuk sahabat mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan yang dijangka akan mencetus fenomena ini!
‘Who’s Your Bro’ bakal menemui anda bermula 29 November 2024 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria.
Sama ada anda peminat kecergasan, pencinta aksi, atau hanya ingin mencari inspirasi, program realiti kecergasan mantap ini menjanjikan pengalaman menonton yang luar biasa.
Jadi, siapa sebenarnya ‘bro’ anda dalam situasi sukar? Jawapan itu akan terungkai di dalam siri ini—kerana di medan cabaran sebenar, hanya ‘bro’ sejati yang akan kekal bersama hingga ke penghujung.
Tandakan kalendar anda, sediakan popcorn, dan bersedia untuk menyaksikan aksi mendebarkan serta persahabatan luar biasa di dalam ‘Who’s Your Bro’!
SADDAM PITTLI
Nama: Mohd Saddam Bin Mohd Pittli
Umur : 23 tahun
Tarikh Lahir : 3 Mac 1991
Instagram : @saddampittli
TikTok : @saddampittli91
CHEE WAI
Nama : Leong Chee Wai
Umur : 30 tahun
Tarikh Lahir : 16 Jun 1994
Instagram : @cwai_leong
TikTok : TIADA
IRWAN KAMARUDDIN
Nama : Muhammad Irwan Bin Kamaruddin
Umur : 28 tahun
Tarikh Lahir : 15 Mei 1996
Instagram : @_irwxn
TikTok : TIADA
HAKIMI NOORDIN
Nama : Muhammad Nurhakimi Bin Mohd Noordin
Umur : 24 tahun
Tarikh Lahir : 20 Dis 2000
Instagram : @hakiminoordin
TikTok : @hakiminoordin
THEEBAAN G
Nama : Theebaan Govindasamy
Umur : 34 tahun
Tarikh Lahir : 13 Jul 1990
Instagram : @theebaan_g
TikTok : @theebaan.g
ASYRAF
Nama : Muhammad Asyraf Bin Noor Hisham
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 12 Mei 1989
Instagram : @asyraf.889
TikTok : @asyraf8895
IKMAL AMRY
Nama : Mohd Zulikmal Amry
Umur : 30 tahun
Tarikh Lahir : 2 Jul 1994
Instagram : @ikmalamry
TikTok : @ikmalamry
FAIDZAL ALI
Nama : Muhamad Faidzal Bin Mohamad Ali
Umur : 39 tahun
Tarikh Lahir : 20 Mac 1985
Instagram : @faidzalali
TikTok : @faidzal2.0
KELVIN
Nama : Teo Boon Hoe
Umur : 31 tahun
Tarikh Lahir : 4 Sep 1993
Instagram : @kelvinteo93
TikTok : @kelvinteo93
SYAFIQ
Nama : Syafiq Farhan Bin Johari
Umur : 25 tahun
Tarikh Lahir : 13 Feb 1999
Instagram : @syafiqjoharii
TikTok : @hun_bayu
DR SHAZIF
Nama : Shazif Bin Othman
Umur : 37 tahun
Tarikh Lahir : 12 Jan 1987
Instagram : @coach_dr_shazif
TikTok : @shazifothman
NAD
Nama : Muzzakhir Bin Khairuddin
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 1 Mac 1989
Instagram : @munatdagg
TikTok : @munatdagg
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang