Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia dengan lesen memandu sah boleh menikmati harga petrol RON95 pada kadar baharu RM1.99 seliter. Harga subsidi ini diberikan melalui inisiatif kerajaan BUDI95, dan menariknya – ia dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira gaji atau tahap pendapatan.
Had 300 Liter Sebulan – Cukup Untuk Sebahagian Besar Pemandu
Setiap warganegara diberi kuota subsidi sehingga 300 liter sebulan. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, lebih 99% pemandu persendirian sebenarnya menggunakan kurang daripada jumlah itu, jadi had ini langsung tidak menjejaskan majoriti rakyat. Untuk pemandu e-hailing pula, mereka boleh memohon kuota tambahan mengikut keperluan perjalanan harian.
Harga Baharu, Penjimatan Nyata
Harga asal RON95 sebelum ini adalah RM2.05 seliter. Dengan BUDI95, harga turun kepada RM1.99 seliter – nampak kecil pada kertas, tetapi dalam jangka masa sebulan, seorang lelaki yang memandu ke tempat kerja setiap hari boleh jimat puluhan ringgit. Untuk bukan warganegara, harga kekal sekitar RM2.60 seliter, manakala kenderaan berdaftar asing hanya dibenarkan menggunakan RON97.
Ads
Cara Nikmati Subsidi – Mudah & Automatik
Tiada pendaftaran diperlukan. Subsidi BUDI95 diberikan secara automatik kepada semua pemegang lesen memandu sah. Cara menggunakannya:
Sentuh MyKad di pam atau kaunter stesen minyak.
Alternatif lain: guna aplikasi digital seperti Touch ‘n Go eWallet, Setel (Petronas) atau CaltexGO.
Tip maskulin: pastikan cip MyKad dan lesen memandu anda masih sah supaya urusan di pam minyak berjalan lancar.
Ads
Ads
Pelaksanaan Berperingkat
Untuk elakkan kesesakan, kerajaan melaksanakan subsidi ini secara berfasa:
27 September: Lebih 300,000 anggota polis dan tentera jadi kumpulan pertama.
28 September: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula menikmati subsidi.
30 September: Lebih 16 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas dengan lesen memandu sah akan merasai harga baharu RON95.
Penghargaan Kerajaan Kepada Rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa penjimatan hasil BUDI95 akan terus disalurkan kembali kepada rakyat melalui skim bantuan seperti STR dan SARA, serta memperkukuh sektor kesihatan, pendidikan dan infrastruktur. “Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah,” katanya.
Kesimpulannya, inisiatif BUDI95 ini bukan sekadar menurunkan harga minyak, tetapi tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus menjadi nadi ekonomi negara. Bagi lelaki maskulin, ini peluang untuk urus kewangan dengan lebih bijak, tambah simpanan, dan hidup lebih produktif – kerana setiap liter minyak yang dijimatkan boleh jadi nilai baharu dalam perjalanan hidup anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada hari ini, Yamaha RX-Z masih lagi popular dan dianggap sebagai motor yang sentiasa evergreen. Walaupun pengeluarannya telah dihentikan 10 tahun yang lalu, namun ia masih lagi kekal segar di ingatan para peminat motor.
Bahkan Yamaha RXZ terus kekal menjadi motor legenda yang pernah menjadi raja di jalan raya Malaysia.
Setelah dihentikan pengeluarannya, pemilik bengkel telah memborong alat ganti RX-Z hingga ia sukar untuk dicari pada hari ini.
Suatu ketika dahulu, jika anda memiliki motosikal model RX-Z, anda dipandang tinggi dan akan nampak MASKULIN jika melewati jalan raya menggunakan model ini.
Kini, model motor ini telah memasuki kategori motosikal yang tidak mudah untuk dibaik pulih menggunakan barang orginal namun masih ada lagi alat ganti yang dikeluarkan oleh pihak ketiga.
Berikut adalah kira-kira asas untuk kos baikpulih motor legenda ini yang dikongsikan oleh seorang peminat motor iaitu, Shahrazi Sari.
Assalamualaikum semua…ramai yang bertanya saya berapa kos habis untuk restore sebiji motor…bila dah bagi tau kos anggaran semua, dah terkejut pulak dan berfikir sekejap, biar betul kos habis macam tu sekali…baik aku beli kereta baik aku beli superbike baik aku beli kapal selam baik aku beli jet pejuang…bang itu hak abang nak beli apa2 saya x boleh nak halang…
Ok restore ni sebenar nya ada 3 kategori…pertama restore recond kedua restore brg2 baru nos original ketiga restore brg baru tp lokel atau gred…yg restore ketiga ni sy x nk ulas sngat la sy ulas untuk yg pertama dan kedua je…
Restore recond ni maksud nya separuh brg2 lama yg ada dibaik pulih balik contoh nya body frame, casing enjin, head block, handle, papan handle, breket footrest, swimarm, fork dan lain2 lg semua tu dicuci dan dicat balik untuk nmpak seperti baru…manakala skru, bolt dan nut2 dicelup balik supaya nmpk seperti baru…dengan ini dapat menjimat kn sedikit kos untuk restore…
Restore brg2 baru nos original ni plak semua brg2 yg akan dipasang adalah brg2 yg baru brg2 yg belum diguna pakai lg brg2 yg didalam plastik…tp x semua brg2 yg baru senang untuk didapati ada diantara nya dh stop production dh susah nk dapat senang cakap kilang dh x buat lg brg2 tu…sebab itu la ada sesetengah brg2 baru ni harga nya tnggi untuk dibeli disebabkan stok susah untuk dapat…ini menjadikan kos untuk restore brg2 baru nos original lebih tnggi dari restore recond…
Dibawah ini sy list kn beberapa brg2 berserta harga paling minimum mengikut market sekarang ini yg sy tau untuk RESTORE BRG2 BARU NOS ORIGINAL UNTUK CATALYZER…
BODY FRAME NOS RM1650
CRANCKASE SEPASANG RM1450
FORK HLY SKALI T FORK NOS RM500
FORK KYB RM200
SEAT PAPAN PUTIH NOS RM850
COVERSET NOS SIAP STICKER ORIGINAL KILANG RM2000-RM3000
COVERSET HLY RM750
CALIPPER BREK RM850
HOSE BREK RM150
MASTERPUMP RM250
HANDLE RM380
CROWN HANDLE NOS RM750
METER RM900
MAGNET RM450
COIL MAGNET RM500
GRENSAT RM600
MANGKUK CLUTCH / GIGI 22 RM500
CASING ENJIN SPASANG RM650
SUIS HANDLE RM900
SKRU BOLT NUT COMPLETE RM1600
BLOCK RM1100
HEAD RM450
KICK STARTING NOS RM200
SIGNAL SPASANG NOS RM150
BREKET NO PLATE NOS RM100
EXZUS CATAL RM550
MAIN SUIS RM220
CDI RM280
RIM TAYAR COMPLETE RM1500
Ini diantara kos paling minimum kalo restore brg2 baru nos original, sementara brg2 masih lg bleh didapati…nati anda semua total la sendiri brapa kos dia atas…ada lg brg2 yg sy x list kn didalam ni cukup la sy list kn brg2 yg tu je untuk pengetahuan semua…kalo ada silap pasal harga bleh komen2 je untuk pengetahuan semua…ini untuk harga original sahaja ya bukan lokel atau gred…ini untuk motor catalyzer je belum lg untuk model mili bosch yahoo atau energy lagi berdarah hidung…
Moral of the story jgn la kita cepat melenting atau terus nk kecam seharusnya siasat dahulu harga market biar ada pengetahuan sedikit…malu bertanya sesat jalan bang ooiiiiiiii…kalo kilang ada keluar lg brg2 tu semua atau motor pn ada keluaran lg harga x kn tnggi smpai mcm tu sekali…jd fikir2 kan la tepuk dada tnya selera…ikut kemampuan diri sendiri jgn la smpai jadi hamba rxz plak…
Terima kasih kerana sudi membaca…sekian daripada saya Shahrazi Sari. Peminat motor yamaha rxz…demo beci kawe banggo yyeeaahh…
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebut sahaja motosikal berkuasa tinggi, PETRONAS FP1 pasti ramai peminat automotif di negara kita akan menoleh dengan segera.
Terbaru, selebriti terkenal Alif Satar berkongsi berita gembira di mana dia menjadi pemilik kepada motosikal yang dianggal sangat rare dan antara ‘unicorn’ yang paling susah untuk dimiliki.
Dalam perkongsian tersebut, jelas terpancar rasa bangga dan penghargaan Alif terhadap motosikal ini. Melalui video yang dimuat naik, Alif menyatakan bagaimana PETRONAS FP1 bukan sekadar koleksi, tetapi satu simbol sejarah dan usaha besar yang pernah dibina oleh Malaysia.
“Aku dah simpan lama dah, tapi hari ni baru boleh share”
“Yang tahu je tahu. This is an FP1, probably not one of the rarest arguably therarest bike in the world”.
Tambah Alif lagi menerusi ruangan kapsyen, “Geng-geng otai minat motorsport mesti tahu motosikal ini. Korang boleh baca sejarah moto ini – FP1. Price? PRICELESS! Malaysia’s motorsport history!”
PETRONAS FP1 bukan motosikal biasa. Ia adalah antara jentera paling jarang dan bernilai dalam sejarah permotoran negara.
Dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris berkapasiti 899.5cc dengan sistem DOHC dan suntikan bahan api elektronik, FP1 menghasilkan sekitar 127.4 kuasa kuda pada 10,000 rpm serta 92 Nm tork pada 9,700 rpm. Angka ini menjadikannya sebuah superbike yang sangat kompetitif pada era awal 2000-an.
Dari sudut spesifikasi, FP1 dilengkapi suspensi Ohlins dan sistem ekzos Micron yang menegaskan fokusnya terhadap prestasi dan pengendalian.
Tangki bahan api berkapasiti 18 liter pula memberikan keseimbangan antara kegunaan jalan raya dan karakter perlumbaan. Ia bukan sekadar jentera pameran, tetapi dibina dengan tujuan sebenar untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Sejarah PETRONAS FP1 bermula daripada impian besar Malaysia untuk menembusi World Superbike Championship. Bagi memenuhi syarat homologasi, hanya 150 unit FP1 pernah dihasilkan di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, 75 unit dibina oleh MSX di United Kingdom manakala baki 75 unit lagi dipasang oleh Modenas di Malaysia. Jumlah yang sangat terhad ini menjadikan FP1 sebagai jentera koleksi bertaraf dunia.
Walaupun projek ini berakhir lebih awal daripada yang dirancang akibat cabaran kos dan persaingan sengit, legasi FP1 tetap kekal. Ia membuktikan bahawa Malaysia pernah berani mencabar dominasi jenama besar dan membina superbike sendiri dengan identiti nasional.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas pelancaran model Jazz Hibrid, Honda Malaysia sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara pertama selain Jepun membawa masuk model City Sport Hybrid i-DCD. Di Jepun, Honda City Hybrid dikenali sebagai Honda Grace.
Peluang ini tentunya tidak dilepaskan oleh Honda Malaysia susulan penjualan model hibridnya yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan.
Model sedan berkenaan kini dibuka tempahannya di 91 buah pusat jualan sah Honda. Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Honda City Hybrid:
ENJIN:
Honda City Hybrid menggunakan enjin yang sama dengan Jazz Hybrid. Justeru itu, soal prestasi dan teknologi kedua kenderaan berkenaan tidak memiliki perbezaan yang signifikan.
Kuasa yang dihasilkan dari enjin City Hybrid memiliki persamaan dengan hamburan kuasa enjin 1.8 liter. Enjin sama yang dipakai oleh Civic generasi terdahulu.
Honda City Hybrid dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama gabungan transmisi 7-kelajuan DCT (transmisi dual klac). Enjin bersama gabungan Integrated High Power Motor itu mampu menghasilkan kuasa 137PS dan tork maksimum 170Nm.
Di atas kertas, City Hybrid merekodkan kecekapan bahan api 3.9L/100km. Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-on) yang memiliki kapasiti tinggi dan lebih tahan lama bagi penghantaran kuasa lebih lancar.
CIRI PERALATAN:
Varian hibrid itu juga dilengkapi dengan pedal shifter bagi tukaran gear dengan hanya di hujung jari.
Ia juga dilengkapi dengan desain meter 3D yang merangkumi informasi aliran kuasa, meter sport, kecekapan bahan api, info pemanduan dan indikator ECO.
Lebih menarik City Hybrid juga mengekalkan ruang kargo 536 liter seperti varian petrol.
Selain itu, City Hybrid dipadankan dengan paparan audio 6.8 inci, panel sentuh bagi pendingin hawa, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci.
CIRI KESELAMATAN:
Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan segudang peralatan keselamatan terdiri daripada empat beg udara, ABS, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), paparan kamera undur dan signal berhenti kecemasan (ESS).
WARNA:
Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
WARANTI:
5 tahun bersama perbatuan 10,000km tanpa had perbatuan
HARGA:
Harga jualan Honda City Hybrid RM89, 200 seunit (tidak termasuk insurans)