Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.
Meniti usia 57 tahun, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatannya untuk sentiasa kekal cergas dan cerdas.
Menurut laporan Gempak, Rosyam Nor berkata dia mengawal ketat pengambilan makanannya serta mengelakkan diri dari mengambil gula dengan berlebihan.
Ads
Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia begini, saya terpaksa jaga pemakanan dengan lebih ketat
Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia
Ads
Rosyam Nor turut berkata dia bimbang akan keadaan rakyat Malaysia yang mungkin akan berdepan masalah kencing manis kerana makanan yang dibeli di luar kebanyakkan terlalu manis.
Pelakon Memoir Seorang Guru itu turut menambah dia menjaga tubuh badannya dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti mencuci kereta demi menjaga kesihatannya.
Apa-apa pun kesihatan perlu dijaga selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta asalkan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan
Jamal Abdillah, penyanyi legenda Malaysia, menjadi inspirasi kepada ramai lelaki apabila di usianya yang ke-65, beliau masih kelihatan segar dan berkarisma. Dengan suaranya yang masih mantap dan gaya hidup yang penuh disiplin, Jamal telah berkongsi rahsia bagaimana beliau kekal sihat dan awet muda.
Bagi lelaki yang sering risau tentang rambut beruban, Jamal memberi satu pendedahan yang mengejutkan. Menurut beliau, salah satu rahsia awet mudanya datang daripada genetik keluarganya.
“Ayah saya umur 75 tahun masih tiada uban. Saya pun dapat genetik ini, sebab itulah rambut saya masih hitam,” ujar Jamal sambil berseloroh.
Bukan itu sahaja, Jamal tidak menolak, rupa paras yang tidak dimamah usia itu mungkin disebabkan faktor keturunan.
“Saya tidak amalkan apa-apa petua, pengambilan makanan tambahan berasaskan tumbuhan itu adalah, tetapi saya memang jaga kesihatan dari usia muda, setiap hari joging.” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini
Ditanya berkaitan penjagaan wajah, bapa kepada enam orang cahaya mata itu tanpa berselindung memberitahu hanya menggunakan sabun pencuci muka yang dikenali sebagai ‘sabun papaya’.
“Kalau untuk pencuci muka saya pakai sabun papaya dan masih dijual sehingga hari ini. Sabun itu sebenarnya sangat bagus itu jerawat dan luka,” akuinya.
Jamal sendiri mengamalkan gaya hidup sihat yang melibatkan senaman harian. Beliau kerap melakukan aktiviti fizikal, dan ini membantu mengekalkan kecergasan dan stamina.
“Lelaki kena jaga badan. Senaman penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Setiap hari saya pastikan ada masa untuk bersenam,” katanya.
Selain bersenam, Jamal juga sangat menjaga pemakanan. Beliau elakkan makanan berlemak dan bergoreng serta banyak mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan yang tinggi khasiat. Bagi lelaki yang ingin kekal sihat, pemakanan seimbang adalah aspek yang tidak boleh diabaikan.
Salah satu amalan yang Jamal tekankan adalah berpuasa sunat secara konsisten. Menurut beliau, puasa bukan sahaja membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat, tetapi juga memberi peluang kepada badan untuk ‘berehat’ dan membuang toksin.
“Puasa sunat memang banyak manfaat. Saya rasa lebih ringan, lebih bertenaga, dan ia juga bagus untuk kulit,” kata Jamal.
Bagi lelaki yang berdepan dengan masalah berat badan berlebihan, amalan berpuasa sunat atau kawalan makan secara sihat boleh menjadi satu alternatif yang baik untuk mengekalkan berat badan ideal.
Jamal juga telah meninggalkan beberapa tabiat buruk yang boleh mempercepatkan penuaan, khususnya merokok. Sebagai seorang penyanyi, menjaga suara adalah keutamaan beliau, namun beliau juga menyedari bahawa merokok bukan sahaja merosakkan suara, malah memberi kesan buruk kepada kesihatan keseluruhan.
“Merokok buat kulit nampak tua dan badan cepat penat. Jadi saya berhenti merokok beberapa tahun lalu,” kata Jamal.
Bagi lelaki yang merokok atau mempunyai tabiat buruk lain, Jamal menasihatkan agar mereka cuba meninggalkan tabiat tersebut untuk jangka hayat yang lebih sihat dan produktif.
Dengan nasihat-nasihat ini, lelaki di seluruh negara boleh mula mengambil langkah yang betul untuk mengekalkan kesihatan dan penampilan yang lebih muda serta bertenaga seperti Jamal Abdillah.
Memiliki perut buncit sering menjadi isu yang mengganggu banyak lelaki, mempengaruhi bukan sahaja penampilan tetapi juga kesihatan secara keseluruhan. Malah, perut buncit ini juga dikaitkan dengan risiko tinggi terhadap pelbagai masalah kesihatan serius.
Dalam usaha menangani masalah ini, ramai lelaki mencari strategi efektif untuk mengurangkan lemak perut melalui latihan dan pengaturan diet yang sesuai. MASKULIN membariskan beberapa senaman boleh dipraktikkan di rumah ataupun sebagai rutin harian anda sekali gus dapat memberi tubuh badan yang sihat.
Sentuhan Jari Kaki
Latihan perut ini sesuai untuk pemula yang ingin mengukuhkan bahagian tengah badan mereka.
Berbaring dengan kaki terangkat dan lutut ditekuk pada sudut 90 darjah. Aktifkan otot bawah abdomen ketika mengangkat bahagian atas badan dari lantai. Capai jari kaki dengan tangan, bertahan selama 1–2 saat di puncak gerakan. Perlahan-lahan kembalikan ke kedudukan asal. Lakukan 1–3 set, masing-masing 12–18 ulangan.
Jika perlukan sokongan tambahan, turunkan lutut yang lebih rendah ke lantai. Untuk menambah intensiti, angkat kaki yang lebih atas setinggi mungkin, atau lakukan “hip dips” dengan menurunkan pinggul hampir menyentuh lantai sebelum mengangkatnya kembali.
Berbaring di sisi kanan dengan lengan kanan di bawah bahu. Rentangkan kaki, kaki kiri di atas kanan. Kencangkan inti badan. Angkat pinggul sehingga badan membentuk garis lurus. Angkat tangan kiri ke atas. Putar badan menghadap lantai sambil membawa tangan kiri ke bawah badan. Putar kembali dan luruskan tangan kiri ke kedudukan semula. Mulakan dengan 1 set 8–12 ulangan. Ulangi pada sisi yang berlawanan.
Pastikan untuk memutar inti badan dan elakkan menarik dari pinggul atau menegangkan leher. Sandarkan bahagian bawah belakang ke lantai dan angkat bahu dari telinga.
Berbaring dengan lutut ditekuk dan tumit di lantai. Silangkan jari di pangkal tengkorak. Mulakan dengan mengaktifkan inti badan, mengangkat bahagian atas badan dan lutut sehingga berada tepat di atas pinggul.
Pada nafas keluar, putar badan membawa siku kanan dan lutut kiri mendekat. Pada masa yang sama, luruskan dan hulurkan kaki kanan. Tahan posisi ini selama 1–2 hitungan sebelum menghirup dan kembali ke kedudukan asal. Lakukan sisi yang berlawanan. Ini satu ulangan. Lakukan 2–3 set, masing-masing 8–18 ulangan.
Latihan ini mengukuhkan otot inti dan tulang belakang. Panjangkan tulang belakang dan luaskan dada sepanjang latihan.
Dari kedudukan duduk, condongkan badan ke belakang pada tulang duduk dan tulang ekor. Angkat kaki membentuk huruf V. Rentangkan tangan ke depan sehingga sejajar dengan lantai. Tahan hingga 1 minit. Ulangi 2–3 kali.
Latihan ini boleh dilakukan di permukaan rata jika tiada bangku menurun. Berbaring di atas bangku yang miring. Ketika mula mengangkat bahagian atas badan, letakkan tangan kiri di belakang kepala dan tangan kanan di paha kiri.
Teruskan mengangkat bahagian atas badan sambil memutar ke sisi kiri, membawa siku kanan ke lutut kiri. Berhenti di sini selama 1–2 saat. Perlahan-lahan turunkan kembali ke kedudukan asal. Kemudian lakukan pada sisi yang berlawanan. Lakukan 2–3 set dengan 10–18 ulangan.
Mendapatkan perut yang kempis berbeza untuk setiap individu, dipengaruhi oleh faktor seperti peratusan lemak badan. Sesetengah orang mungkin melihat kemajuan dalam beberapa minggu dengan senaman yang konsisten, tetapi ia boleh mengambil beberapa bulan hingga setahun sebelum melihat hasil penuh.
Penting untuk menjaga gambaran keseluruhan dan kesihatan anda. Lakukan perubahan positif dalam pemakanan dan senaman, dan hasilnya akan menyusul. Konsistensi adalah kunci, dan kesabaran adalah rakan senaman terbaik anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketumbit di mata memang menyakitkan dan yang pasti akan membuatkan anda tidak selesa di bahagaian mata. Ketumbit (Stye) adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata. Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda.
Bukan kerana perbuatan mengintai, berikut adalah cara rawatannya yang boleh kita lakukan di rumah. Ia dikongsi oleh Dr Azlindarita Aisyah, yang juga Pakar Oftamologi.
Sebelum itu kenalah tahu juga penyebabnya yang pasti ia bukan dari perbuatan mengintai ya.
Ketumbit terjadi dari bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat:
1. Kelemumur pada bulu mata (blephritis) 2. Eyeliner yang tidak dibersihkan 3. Habuk dan kotoran (contoh penunggang motorsikar, pekerja tapak binaan dan sebagainya.
2. Letak beberapa titis syampu dalam air suam. Kacau supaya jadi macam air sabun. kemudian celup putik kapas dalam air. Bersihkan kelopak mata di kawasan bulu mata. Langkah ini dinamakan Lid Hygiene.
3. Selepas mata bersih, sediakan air suam yang bersih (bukan air sabun tadi) dalam mangkuk kaca dan sebatang sudu besi. Celupkan sudu besi dalam mangkuk supaya sudu jadi suam.
4. Uji atau cuba rasa kepanasan sudu. Agak-agak boleh tahan panas, tidak melecur maka boleh lakukan langkah seterusnya.
5. Tuam sudu tadi pada kelopak mata yang ada ketumbit dalam tempoh 3 minit. Guna stop watch. Tujuannya supaya saluran kelenjar yang tersumbat kembang dan beri laluan untuk kotoran keluar.
6. Selepas tiga minit, ambil antibiotik (jangan beli sendiri, dapatkan dari doktor) letakkan ke dalam mata. Caranya tarik kelopak mata dan masukkan antibiotik.
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk. Jika terus tutup nanti ubat terkeluar.
Jika selepas dua minggu ketumbit belum sembuh, mungkin perlu operation sedikit untuk keluarkan nanah.
Lepas ni kalau kena ketumbit, inilah rawatannya ya. Moga tip dan perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.