Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug. Kehadirannya membuatkan katil menjadi tidak selesa dan boleh menggangu tidur. Namun tiada siapa yang menyangka, rupanya ada dua warna yang menjadi penyebab pepijat boleh berumah di katil, bantal ataupun selimut anda. Bukan sebab masalah kebersihan sahaja.
Menurut kajian terbaharu oleh Journal of Medical Entomology, pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal, selimut dan sebagainya yang berwarna MERAH DAN HITAM. Kajian yang sama turut menjelaskan, pepijat tidak gemar untuk menyelinap di bawah fabrik yang berwarna hijau, kuning dan putih.
Para pengkaji yang membuat kajian telah melakukan eksperimen untuk membuktikan teori mereka. Mereka telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna. Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu ini diletakkan pinggan kecil di mana para pengkaji telah meletakkan pepijat di tengah-tengah pinggan dan tunggu selama 10 minit untuk melihat khemah warna apa pepijat ini akan pilih sebagai tempat persembunyian!
Ads
Ads
Hasilnya? Terbukti khemah kecil bewarna merah menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain. Khemah bewarna hitam juga tidak kurang hebatnya. Pengkaji turut menjelaskan terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi seperti jantina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang digunapakai dalam kajian mereka memilih untuk bersembunyi di khemah bewarna merah dan hitam.
Ads
Penulis jurnal tersebut, Corraine McNeill berkata, “Dulu, kami ingat pepijat akan duduk di tempat yang berwarna merah kerana ia menyamai warna darah yang menjadi sumber makanan mereka. Tetapi kami silap! Mereka suka warna merah kerana ia hampir menyamai warna badan mereka dan mereka mahu berada di samping ‘kawan-kawan’ yang lain.”
Okey, sekarang anda sudah tahu apa warna yang pepijat suka kan? Jadi pastikan anda cepat-cepat tukar hiasan dalam bilik tidur anda jika ia berwarna merah dan hitam!
Sumber: CityLab (Gizmodo)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sama ada anda membesar pada era tahun 80-an atau 90-an, nama Hulk Hogan rasanya tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan.
Figura berbadan sado yang kini dianggap di antara legenda gusti paling ikonik sepanjang zaman ini merupakan penggusti yang paling popular pernah dilahirkan oleh industri hiburan gusti di Amerika Syarikat.
Walaupun telah bersara dari arena gusti pada tahun 2012, Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea masih lagi memainkan peranan cukup penting dalam terus mempromosikan gusti.
Namanya pada hari ini kembali menjadi sebutan ramai selepas Hulk Hogan dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan pilihannya. Ia merupakan perkahwinannya yang ketiga buat Hulk Hogan yang kini sudah berusia 70 tahun.
Memetik laporan TMZ, Hulk Hogan melangsungkan perkahwinan di dalam sebuah acara yang cukup ringkas bersama seorang wanita bernama Sky Daily di Florida. Ia juga dilaporkan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat mereka yang terdekat sahaja.
Menerusi foto yang diperolehi oleh TMZ, Hulk Hogan tampil kelihatan segak mengenakkan tuksedo hitam yang digayakan bersama bandana, trademark popularnya sejak sekian lama. Manakala pasangannya pula, Sky Daily tampil anggun dengan busana perkahwinan putih.
Hulk Hogan dan Sky Daily, seorang pengajar yoga dan akauntan, telah bertunang sejak Julai lalu. Dia telah melamarnya dengan cincin pertunangan berlian enam karat bernilai USD100,000 di sebuah restoran di Tampa, Florida.
Umum mengetahui bahawa legenda gusti tersebut mula berkenalan dengan Sky Daily selepas perceraiannya dengan isteri keduanya, Jennifer McDaniel hampir setahun lalu.
Pasangan ini pertama kali dilihat bersama di belakang pentas semasa konsert penyanyi Amerika, Bret Michael pada 26 Februari 2022. Sejak mereka mula berkenalan rapat, ahli gusti legenda ini secara terbuka berkongsi hubungan mereka di media sosial secara tak langsung memberikan gambaran tentang hubungan mereka.
Perkahwinan Hulk Hogan sebelum ini dengan Jennifer McDaniel berlangsung dari 2010 hingga 2021 dan sebelum itu, dia telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Linda Hogan, dari 1983 hingga 2009.
Hulk Hogan mempunyai dua orang anak sendiri dari perkahwinannya selama 26 tahun dengan isteri pertamanya. Sementara itu, Sky Daily juga pernah bercerai sebanyak dua kali, mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia 14 dan 16 tahun.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memakai seluar jean ketat atau skinny jean sangat menjadi kegilaan anak muda ketika ini sama ada bagi yang berbadan kurus atau besar, malah ada yang sanggup mengecilkan seluar yang dibeli semata-mata untuk mendapat saiz yang paling diidamkan. Sesetengah mereka sanggup menyeksa diri untuk memakai seluar seperti itu hingga perlu meminta bantuan orang lain bagi membutang atau menzipkan seluar berkenaan atau melompat-lompat semata-mata untuk ‘memuatkan’ diri, asalkan kelihatan cantik pada pandangan mata.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita.Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan.
Namun, golongan wanita yang terlalu kerap memakai seluar ketat sebenarnya terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang.
Hakikatnya, pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan. Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan.
“Terdapat kajian terdahulu tentang pemakaian seluar yang ketat yang boleh menyebabkan kaki berasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica yang didakwa sering berlaku dalam kalangan pemain bola sepak. “Pun begitu, keadaan tersebut berlaku bukanlah dirujuk kepada spesifikasi kepada pemakaian seluar denim yang ketat semata-mata tetapi juga kepada pemakaian pakaian yang ketat pelbagai jenis fabrik dan tidak fleksibel di bahagian pinggang.
“Pemakaian ketat hanyalah salah satu antara penyumbang kepada masalah kesihatan yang mungkin dilihat tidak serius, namun hakikatnya keadaan itu boleh menjejaskan fungsi-fungsi saraf dan otot di kawasan tertentu.
Kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.
Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku.
“Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha. “Namun, sekiranya individu itu mengabaikan masalah yang berlaku dan tiada rawatan diberikan, lama-kelamaan simptom lain seperti sakit pada sendi pinggul, sendi lutut atau otot betis akan muncul.
“Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
Biarpun pemakaian seluar ketat hanyalah salah satu faktor penggalak kepada masalah jika berlaku kecederaan saraf, namun perkara itu tidak boleh diambil mudah ekoran keadaan itu secara tidak langsung mengubah cara seseorang itu melakukan aktiviti harian daripada cara yang normal kepada yang tidak normal.
Keadaan itu melibatkan perubahan seluruh postur tubuh, gaya berjalan dan peri laku seseorang tanpa disedari. Perubahan itu juga akan menjurus kepada ketidakseimbangan pergerakan tubuh dan fungsi setiap otot pada tubuh badan.
“Untuk tempoh jangka masa yang lama pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang.
“Walau bagaimanapun, itu hanyalah antara faktor dan masih terdapat faktor yang lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh manusia yang perlu diambil kira sekiranya kecederaan pada saraf tersebut berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.
Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.
Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.
Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.
Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.
Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.