Buat anda yang mengikuti perkembangan filem bergenre adiwira atau superhero pastinya cukup kenal karakter Wolverine dari siri ‘X-Men’. Karakter yang tampil bengis tetapi ‘dalam hati ada taman’ tersebut cukup popular kerana karakter dan sifat ‘anti-hero’.

Pelakon yang membawakan watak tersebut di beberapa buah filem di layar perak ialah tidak lain tidak bukan aktor asal Australia, Hugh Jackman. Kemunculannya di dalam sembilan buah filem melakonakan watak Logan atau Wolverine menjadikan Hugh Jackman sebagai antara ikon filem superhero.

Rutin Senaman Hugh Jackman Persiapkan Diri Sebagai Wolverine Untuk ‘Deadpool 3’

Dan nampaknya titik nokhtah Hugh Jackman bersama karakter tersebut belum berakhir apabila dia bakal muncul di dalam filem ‘Deadpool 3’ yang dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Melihatkan penglibatannya semula untuk watak ini, Hugh Jackman telah melakukan persediaan yang cukup rapi terutamanya dari segi fizikal. Dalam satu temu bual bersama HBO Max, Hugh Jackman mendedahkan dia telah merancang untuk mendedikasikan masa bagi mendapatkan semula bentuk badan sasa untuk watak ikonik tersebut.

AKTIF TEATER

“Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh tergesa-gesa. Saya juga belajar semua ini memerulakan masa. Jadi kami mempunyai enam bulan dari apabila saya menamatkan (The Music Man) hingga ketika saya memulakan penggambaran. Dan saya tidak melakukan kerja lain. Saya akan bersama keluarga saya dan berlatih. Itu akan menjadi kerja saya selama enam bulan,” jelasnya.

Sebelum ini dia cukup aktif dalam bidang teater Broadway dengan persembahan ‘The Music Man’ sejak penghujung tahun 2021. Di sebalik kesibukan jadual teater itulah membuatkan dirinya berdepan cabaran berbeza untuk mempersiapkan diri bagi watak Wolverine.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hugh Jackman (@thehughjackman)

Namun Hugh Jackman mendakwa dirinya berada dalam kondisi yang sangat baik pada waktu sekarang. Melakukan 8 persembahan setiap minggu dengan menyanyi dan menari menjadikan staminanya cukup mantap sekali.

Untuk kembali ke bentuk badan seperti Wolverine, Hugh Jackman mungkin mengambil inspirasi daripada latihan karakternya seperti didokumentasikan secara meluas di Instagramnya pada masa itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hugh Jackman (@thehughjackman)

IKLAN

Bagi mendapatkan definisi otot yang mantap latihan melibatkan melakukan 100 tekan tubi, latihan fasa untuk menyasarkan otot tanpa lemak dan menurunkan lemak badan dan set berat.

Berikut merupakan beberapa rutin senaman yang dilakukan oleh Hugh Jackman

1. Warm up dengan regangan dinamik dan senaman foam roll.

2. Barbell bench press sebanyak 5 reps dan 2.5 minit rehat (4 sets)

IKLAN

3. Dumbbell shoulder press dan behind the neck press sebanyak 10 reps dan 1 minit rehat (4 sets)

4. Cuban press dengan 10 reps dan 30 saat rehat (3 sets)

5. Trisep dips dan trisep push down dengan 10 ke 12 reps dengan 15 ke 60 saat rhat (3 sets)

6. Latihan shoulder circuit dengan 8 reps bersama laterial raise, front raise dan rear flys dan overhead press (4 sets)

Semoga rutin Hugh Jackman ini boleh menjadi contoh untuk anda yang ingin mendapatkan kecergasan yang mantap.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI