Pada masa sekarang bila sebut sahaja nama Ryan Reynolds pastinya anda akan mula membayangkan karakter Deadpool yang cukup terkenal.
Namun di sebalik bidang lakonannya, Ryan Reynolods merupakan seorang ahli perniagaan dan pemasaran yang cukup hebat.
Pelakon yang juga terkenal dengan lakonan lawaknya, telah mencapai kejayaan yang luar biasa bukan sahaja di layar perak tetapi juga dalam dunia perniagaan.
Pada usia 47 tahun, Ryan telah berjaya mencipta dan menjual perniagaan bernilai lebih $14 bilion (RM65 bilion), menunjukkan bakat luar biasa dalam pemasaran dan penjenamaan.
Bagaimana dia melakukannya? Ikuti beberapa beberapa iklan genius yang pernah dia hasilkan dan libatkan diri.
Foto: Getty Images
Empayar Perniagaan $14 Bilion
Penglibatan perniagaan Ryan meliputi pelbagai industri, Ini secara tidak langsung menunjukkan kepelbagaian dan kepekaan perniagaannya yang tajam. Berikut adalah portfolio mengagumkan beliau:
Sukan: Wrexham AFC
Teknologi: 1Password, Mint Mobile
Makanan & Minuman: Aviation Gin
Automobil: Pasukan Perlumbaan Alpine F1
Kreatif: Maximum Effort Productions
Pemasaran dan Penjenamaan Teliti
Foto: NBC
Pendekatan Ryan terhadap perniagaan berakar pada minat sejati dan pendekatan pemasaran yang teliti. Beliau bukan sekadar figura; beliau terlibat secara mendalam dalam setiap aspek perniagaannya.
Kisah Aviation Gin
Pada tahun 2018, Ryan menemui Aviation Gin dan terus jatuh cinta. Beliau tidak hanya membeli saham; beliau menjadi wajah jenama tersebut, membawa hubungan yang tulen dan kreativiti ke dalamnya.
Ads
“Saya perlu mempunyai hubungan yang tulen dengan sesuatu. Jika tidak, saya rasa penonton, pengguna produk tersebut, akan tahu bahawa saya tidak mempunyai kefasihan yang sama dengan produk tersebut.” – Ryan Reynolds
Memanfaatkan Daya Tarikan di Layar
Sebagai seorang pelakon, keakraban Ryan dengan kamera diterjemahkan dengan lancar ke dalam usaha pemasarannya.
Personaliti lawaknya dan kecerdasan tajamnya menjadikan iklan-iklan beliau tidak dapat dilupakan. Contohnya, pengumuman “merger” beliau dengan Richard Branson dan Virgin Atlantic. Ia lucu, menarik, dan berkesan.
Memanfaatkan Momen Budaya
Ads
Keupayaan Ryan untuk bergerak pada kelajuan budaya ditunjukkan dalam tindak balasnya terhadap iklan terkenal Peloton “The Gift That Gives Back.” Dalam masa beberapa hari, Aviation Gin mengeluarkan “The Gift That Doesn’t Give Back,” menampilkan pelakon yang sama. Iklan tersebut menjadi viral, menjana berjuta-juta tontonan dan perhatian besar.
“Saya suka pemasaran dan saya suka gin.” – Ryan Reynolds
Melabur Berdasarkan Kepercayaan
Pada tahun 2022, Ryan, bersama beberapa pelabur, membeli 24% saham dalam Pasukan Perlumbaan Alpine F1 dengan harga $218 juta.
Beliau juga melabur dalam 1Password, berlakon dalam kempen iklan mereka. Pelaburannya didorong oleh kepercayaan sejati terhadap produk, bukan sekadar keuntungan kewangan.
Melihatkan kejayaannya ramai mungkin tidak tahu akan cabaran dilalui oleh Ryan. Sebagai anak bongsu daripada empat beradik lelaki, beliau menghadapi kegelisahan dan sifat pemalu sejak kecil. Namun, cabaran ini membentuk ketahanan dan kemampuan menyesuaikan diri beliau.
Ads
“Saya mempunyai banyak kegelisahan, banyak jenis fobia dan masalah yang saya perlu atasi.” – Ryan Reynolds
Kisah Ryan Reynolds adalah bukti kepada kuasa kepercayaan, keaslian dan kreativiti. Dengan mencurahkan hati dan jiwa ke dalam segala yang dilakukan, dia telah mengubah permulaan yang tidak dijangka menjadi kejayaan berbilion dolar.
Perjalanannya adalah inspirasi bagi usahawan dan kreatif yang bercita-cita tinggi.
Semoga kisah kejayaan pelakon hebat ini memberikan inspirasi untuk kita semua!
Kredit: Forbes
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkahwinan Jeff Bezos dan Lauren Sanchez bukan sekadar satu majlis cinta. Ia adalah paparan kekuasaan moden dan gaya hidup eksklusif yang hanya dinikmati oleh golongan atasan dunia.
Venice menjadi saksi kepada tiga hari penuh kemewahan apabila bekas CEO Amazon itu menukar bandar bersejarah tersebut menjadi lokasi peribadi untuk majlis perkahwinannya.
Dikatakan menelan belanja antara EU40 hingga EU48 juta (RM196 hingga RM236 juta), majlis ini berlangsung di Arsenale iaitu sebuah kompleks abad ke-15 yang suatu ketika dahulu merupakan limbungan kapal.
Untuk majlis in, ia ditransformasikan menjadi lokasi istimewa untuk tetamu eksklusif seramai lebih dua ratus orang.
Antara yang hadir termasuk tokoh antarabangsa dan selebriti ternama. Lima hotel mewah sekitar Venice turut ditempah sepenuhnya demi keselesaan para tetamu.
Kuasa Mengubah Landskap Bandar
Kehadiran lebih 90 jet peribadi yang mendarat di lapangan terbang Venice menandakan betapa besar skala majlis ini.
Bot air dan gondola disusun rapi untuk mengangkut tetamu dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Venice yang biasanya penuh dengan pelancong kini dikosongkan untuk sebuah perkahwinan yang disifatkan sebagai antara paling eksklusif pernah diadakan di bandar itu.
Namun, tidak semua warga tempatan bersetuju. Kumpulan seperti Greenpeace serta gerakan “No Space for Bezos” menyuarakan bantahan terhadap penggunaan ruang awam dan warisan budaya untuk acara bersifat peribadi.
Mereka melihatnya sebagai lambang pengaruh kekayaan yang melampau hingga mampu menyisihkan komuniti asal daripada bandar mereka sendiri.
Bagi meredakan situasi, pasangan tersebut menyumbangkan tiga juta euro kepada beberapa institusi tempatan termasuk konsortium penyelidikan lagun serta pejabat tempatan UNESCO.
Langkah ini dilihat sebagai usaha menyeimbangkan persepsi awam terhadap impak majlis yang dikritik.
Perkahwinan Manifestasi Status
Di sebalik kemewahan, perkahwinan ini menggambarkan satu trend baharu dalam kalangan individu berprofil tinggi.
Perkahwinan bukan lagi sekadar simbol penyatuan dua hati tetapi menjadi pentas untuk memperlihatkan kuasa, pengaruh serta rasa estetika yang dirancang rapi.
Lauren Sanchez bukan sekadar pengantin. Beliau mewakili imej wanita moden yang anggun serta berdikari dan pada masa sama menjadi figura penting dalam naratif kekayaan Bezos pasca Amazon.
Gabungan mereka mencerminkan pasangan era baharu yang menjadikan cinta satu urusan strategik.
Perkahwinan hari ini bukan sekadar soal emosi. Bagi sesetengah individu, ia adalah ruang untuk menyampaikan nilai, matlamat dan tanggapan terhadap siapa diri mereka dalam masyarakat.
Majlis Bezos dan Sanchez adalah contoh jelas bagaimana cinta boleh dipersembahkan sebagai manifestasi kuasa, pengaruh serta estetika sosial.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me”
Itulah kata-kata semangat yang dipegang sehingga ke hari ini oleh Faiz Saumi, sorang pembantu penyelidik di Universiti Sains Malaysia, Penang.
Untuk turunkan berat badan terutamanya dari 116kg ke 66kg memang bukanlah sesuatu yang mudah, namun jika ada kesungguhan dan tekad segala-galanya akan berubah menjadi nyata.
Dari berbadan gempal kini dirinya berubah menjadi seperti lelaki mempunyai tubuh yang fit! Penampilanya juga berubah bertambah lebih baik.
Diet yang digunakan hanyalah cut sugar dan melakukan beberapa senaman.
“Benda ini terjadi masa bulan puasa tahun lepas, asal saya 116kg, lepas tu dia turun mendadak dan ada perubahan.
“Saya bertekad untuk diet terus tetapi bermula dengan kuantiti makan yang sikit. Minuman bergula masih macam biasa.
“Kemudian saya buat research yang nak lagi drastik, kita kena cut sugar. Saya tekad, masa itu bulan Oktober 2019.” Kongsinya kepada Maskulin
Bijak percaturan, Faiz turut memasang strategy dan target untuk turun sebelum bulan puasa tahun ini.
“Macam bulan puasa pada tahun ini saya dah target berat badan saya mesti 66kg sebab nak aim makan sedap-sedap di bulan Ramadan. Alhamdulillah saya capai target tersebut.
“Maka bila saya terbabas di bulan puasa, saya tak khuatir dan risau Sebab saya dah dapat cover berat yang saya nak walau rasa bersalah akan hadir sebab kita sudah terbiasa dengan amalan diet yang kita buat.” Tambahnya lagi.
Di Facebook milik Faiz, dia sering sahaja berkongsi amalan seharian yang dilakukan hingga ke tahap ini.
“Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.
Jam 10.00-11.00 pagi:
Makan lagi buat macam snacking sambil buat kerja buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.
Jam 1.00-2.00 petang @ lunch time:
Wajib ambil lunch ye! Jangan sesekali skip lunch! yang biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng).
Jam 3.00-4.00 petang:
buat snacking lagi seperti epal / kekacang / jambu batu / buah naga / pisang.
Jam 5.30-6.30 petang:
Ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.
Jam 7.00-7.30 malam @ dinner time:
Saya elakkan nasi untuk waktu malam. Tapi saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan otot hasil penat dari workout.
Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.
Jam 9.00-9.30 malam:
Selepas isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula.
Sebentar tadi Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang unggul dan amat disegani.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan allahyarham merupakan tokoh yang berpengaruh dan disegani ramai. Beliau terkenal dengan semangat patriotisme dengan cuba menyingkirkan tembok tradisi dan taraf sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Ini kami rangulkan 10 fakta menarik tentang figura ini.
1. Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.Disebabkan itu, Allahyarham digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.
2. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun. 16 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014.
Datuk Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal ketiga pada 17 April 1987. Foto via Sarawakdotcom
3. Menekankan polisi politik pembangunan yang berpaksikan kesaksamaan bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran Sarawak agar sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran diketepikan.
4. Membawa masuk kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak amat dititikberatkan oleh Abdul Taib. Inisiatif ini bagi merapatkan jurang ketidaksamaan.
5. Memperkenalkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.
6. Dilahirkan di bandar Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dengan berdarah bangsawan.
Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika muda. Foto via Sarawakdotcom
7. Cemerlang dalam bidang akademik kerana ditawarkan biasiswa Colombo Plan bagi melanjutkan pelajaran di menara gading dalam jurusan undang-undang di Universiti Adelaide Australia.
8. Menolak pelawaan berkerja sebagai hakim dan menjawat jawatan pendakwa raya di negeri tercinta Sarawak.
9. Melakar sejarah sebagai tokoh termuda dalam kancah politik Sarawak, pada 22 Julai 1963 beliau mengangkat sumpah sebagai seorang menteri.
10. Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Sarawak.
Innalillahiwainnailaihirojiun…Semoga roh Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib dicucuri rahmatNYA.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.