Ads

Sadio Mane Selamatkan Final AFCON, Tonjol Sifat Ketua Di Tengah Kontroversi VAR

sadio mane
Foto: AP

Dalam final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang hampir bertukar menjadi kekecohan, Sadio Mane menunjukkan ketenangan luar biasa apabila berjaya menenangkan situasi dan menyelamatkan maruah perlawanan.

Tindakannya memujuk rakan sepasukan Senegal untuk kembali ke padang selepas insiden kontroversi VAR mendapat pujian ramai, termasuk pemerhati bola sepak Afrika.

Sadio Mane Tenangkan Pasukan 

Insiden tegang berlaku ketika perlawanan memasuki waktu kecederaan apabila Morocco diberikan penalti selepas semakan VAR oleh pengadil Congo, Jean Jacques Ndala.

Keputusan itu mengundang kemarahan kem Senegal selepas Brahim Diaz dijatuhkan oleh pertahanan El Hadji Malick Diouf.

Keadaan menjadi panas kerana ini bukan keputusan pertama yang merugikan Senegal — jaringan Ismaila Sarr sebelumnya dibatalkan selepas dikatakan mengasari Achraf Hakimi.

Sadio Mane Selamatkan Final AFCON, Tonjol Sifat Ketua Di Tengah Kontroversi VAR
Sadio Mane dilihat mengerah pasukannyauntuk kembali ke padang

Akibat dua keputusan berturut-turut itu, pasukan Senegal yang diketuai jurulatih Pape Thiaw meninggalkan padang sebagai tanda protes.

Namun, Sadio Mane memilih untuk kekal tenang dan kekal di padang. Beliau dilaporkan berbincang dengan legenda Senegal, El Hadji Diouf, sebelum memasuki bilik persalinan untuk memujuk rakan sepasukannya kembali beraksi.

Keberanian Dan Kepimpinan Sadio Mane

Usaha Mane berhasil. Senegal kembali ke padang selepas 15 minit tertangguh, dan penalti kontroversi itu akhirnya gagal disempurnakan apabila sepakan Panenka lemah Brahim Diaz diselamatkan oleh penjaga gol Edouard Mendy.

Ads

Dalam masa tambahan, Senegal akhirnya menang, menjadikan Sadio Mane juara AFCON buat kali kedua dalam kariernya.

Sadio Mane Selamatkan Final AFCON, Tonjol Sifat Ketua Di Tengah Kontroversi VAR

Mane kemudian mengambil lilitan kapten daripada Kalidou Koulibaly dan Idrissa Gueye untuk menjulang trofi di Rabat, simbol kepada kepimpinan dan kematangan yang beliau tunjukkan di tengah kekecohan.

Kata-Kata Sadio Mane Selepas Perlawanan

Selepas perlawanan, Mane menjelaskan bahawa tindakannya dibuat demi menjaga maruah bola sepak Afrika dan bukan kerana emosi semata-mata.

“Bola sepak ini sesuatu yang istimewa. Dunia sedang menonton, dunia sayang bola sepak dan saya rasa bola sepak ialah satu keseronokan, jadi kita kena beri imej yang baik kepada bola sepak,” katanya.

Ads

Beliau turut menegaskan bahawa meninggalkan perlawanan hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil adalah merugikan bola sepak Afrika.

“Saya rasa gila kalau kita tak main game ini hanya sebab pengadil beri penalti dan kita keluar. Itu akan jadi perkara paling buruk, terutama untuk bola sepak Afrika. Saya lebih rela kalah daripada benda macam ini jadi pada bola sepak kita.”

Pujian Kepada Kepimpinan Sadio Mane

Jurulatih Senegal, Pape Thiaw mengakui bahawa keputusan meninggalkan padang adalah tindakan yang dibuat dalam keadaan emosi, manakala pemerhati bola sepak Morocco, Hassan Kachloul memuji Mane sebagai satu-satunya pemain yang menunjukkan karakter pemimpin sebenar pada malam itu.

Sadio Mane Selamatkan Final AFCON, Tonjol Sifat Ketua Di Tengah Kontroversi VAR

“Apa yang saya paling suka, satu-satunya pemain daripada pasukan Senegal yang saya hormat ialah Sadio Mane. Itu tunjuk dia lelaki yang hebat. Dia pergi bilik persalinan dan bawa pemain-pemain itu kembali. Mane ialah orangnya,” kata Kachloul.

Ads

BACA: Pemain Bola Sepak Terkenal Sebelum dan Selepas Melakukan Transplan Rambut

Dalam perlawanan yang hampir tercemar oleh kontroversi VAR, Sadio Mane bukan sekadar menang trofi, tetapi juga menang sebagai pemimpin sejati.

Sikapnya melambangkan semangat kesukanan, profesionalisme dan kematangan yang menjadi inspirasi kepada seluruh bola sepak Afrika.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
SAKIT BELAKANG

Sakit Belakang vs Slipped Disc: 5 Perbezaan Ketara Yang Wajib Anda...

Jangan ingat semua sakit belakang itu sama ya! Kena kenal apa beza sakit biasa dan slipped disc!