Kapten pasukan bola sepak Selangor FC, Safuwan Baharudin bersemangat untuk menamatkan kemarau piala gergasi merah.
Dengan kekuatan pasukan yang berbeza pada tahun ini, Safuwan Baharudin berharap agar hasrat itu berjaya direalisasikan dengan memenangi sekurang-kurangnya satu piala kelab domestik.
“Tahun ini berbeza sedikit. Kami ada pemain lebih baik, kami ada sokongan yang baik dari pihak pengurusan, kami ada jurulatih yang baik,” kongsinya kepada MASKULIN.
Pernah bermain untuk beberapa pasukan seperti PDRM FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC dan lain-lain lagi sebelum menyertai Selangor FC, jejaka berusia 33 tahun dari Singapura ini mengakui sukar untuk berpindah pasukan, apatah lagi pasukan yang saling bersaing antara satu sama lain.
Namun, perkara itu dianggap biasa dalam arena sukan bola sepak.
“Ini adalah bola sepak. Bila bercakap tentang bola sepak, malam ini anda boleh berada di suatu tempat, esoknya berada di tempat yang lain,” ujarnya.
6 Bulan Berehat Akibat Kecederaan Kepala
Mengimbas kembali pengalaman kerjaya sukannya itu, Safuwan Baharudin juga tidak terlepas dari mengalami saat yang getir.
Pada tahun 2022, Safuwan menglamai kecederaan kepala yang serius sehingga perlu direhatkan sepenuhnya di rumah selama enam bulan.
“Itu adalah saat buruk bagi saya. Saya direhatkan tanpa bermain selama enam bulan. Ia memang rehat sepenuhnya di rumah,” ceritanya kepada MASKULIN.
Ads
Dengan bantuan dari para doktor dan jurupulih perubatan fisioterapi, Safuwan mampu kembali beraksi di padang.
Bagaimanapun, Safuwan tetap mengambil langkah berjaga-jaga agar kecederaan lampaunya itu tidak terjejas semula ataupun mengelami kecederaan baharu.
Menyarung jersi pasukan gergasi merah sahaja sudah cukup membanggakan, apatah lagi diberi kepercayaan untuk mengemudinya sebagai kapten.
Namun ia juga datang dengan satu tanggungjawab besar yang Safuwan akui sukar untuk digalas.
Lebih-lebih lagi apabila berlakunya kejadian yang menimpa rakan sepasukan, Faisal Halim atau mesra disapa Mickey yang cedera disimbah asid.
Kata Safuwan, kejadian yang tidak disangka ternyata memberi kesan secara mendalam kepada seluruh ahli pasukan juga.
Ads
Keadaan di dalam pasukan sendiri menjadi kacau-bilau, sehingga Safuwan selaku ketua terpaksa memencilkan diri seketika demi memahami punca pemain menjadi tertekan sebegitu.
“Saya rasa selepas kejadian itu, hampir dua minggu juga kami bergaduh sesama sendiri. Antara satu sama lain, memang aura itu sudah lain.
“Mungkin disebabkan kami semua pun balik rumah rasa takut. Datang berlatih pun rasa takut,” kongsinya lagi.
Susulan itu, jurulatih pasukan memutuskan untuk memberi tempoh berehat selama dua hingga tiga hari kepada semua ahli pasukan.
Namun selepas tempoh itu, jurulatih ingin mereka kembali semula berlatih dengan semangat yang baharu, demikian menurut Safuwan.
Seperti pemain lain, Safuwan Baharudin juga turut mengidolakan bintang bola sepak antarabangsa.
Ads
Idolakan Beckham & Zidane
Bagi Safuwan, dia sungguh mengagumi David Beckham dan Zinedine Zidane meskipun mereka bukanlah pemain di posisi sepertinya.
“Mereka berdua bukanlah dalam posisi saya, tapi atas dasar cinta terhadap bola sepak.Cara mereka bermain, cara mereka mengembangkan diri mereka.
“Jika kalian menonton dokumentari mengenai mereka, ia mungkin adalah dokumentari terbaik dalam bola sepak. Kalian boleh belajar banyak perkara berkenaan dalam dan luar padang,” tambah Safuwan.
Di akhir temu bual, Safuwan Baharudin meluahkan rasa penghargaannya terhadap para peminat bola sepak.
Baginya, peminat adalah salah satu punca yang membantu ramai pemain tempatan mampu membangun sebagai seorang pemain yang lebih baik.
“Tiada siapa mahu bermain di stadium yang kosong. Kami sentiasa suka bermain di hadapan para peminat.
“Sokongan, dedikasi, kewangan yang disumbangkan menerusi tiket-tiket bola, penerbangan untuk menonton pasukan kegemaran mereka tak kisah di mana-mana. Saya rasa itu satu komitmen yang besar,” katanya.
Cuba semak, berapa kali tekan tubi yang anda boleh buat? Kalau tidak berjaya menghabiskan melebihi 10 kali, anda harus bimbang.
Mengikut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, lelaki pertengahan umur yang tidak melepasi 10 kali tekan tubi berisiko untuk diserang sakit jantung.
Kalau sebelum ini sukar untuk anda melakukan senaman ini melebihi 10 kali, ayuh mulakannya sekarang demi mengelakkan anda daripada terkena sakit jantung.
Satu kajian terkini dari pengkaji dari Universiti Harvard mendapati, kemampuan seseorang lelaki untuk melakukan “push up” atau tekan tubi boleh dijadikan indikator penting untuk mengetahui risiko serangan jantung.
Menurut kajian tersebut, lelaki pertengahan umur yang TIDAK mampu untuk melakukan “push up” melebihi 10 kali berisiko untuk mendapat serangan jantung.
Selain itu, lelaki yang mampu melakukan “push up” melebihi 40 kali, didapati 96% kurang berisko untuk mendapat serangan jantung dan stroke.
Berapa “push up” yang boleh anda lakukan? ???
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ruginya siapa yang tidak makan buah betik. Selain mudah didapati kerana ia bukanlah buah-buahan yang bermusim, buah betik juga boleh dibeli dengan harga yang mampu milik.
Tak sangka buah tempatan ini memang banyak khasiatnya. Malah buah betik juga mempunyai khasiat kalsium dua kali ganda berbanding epal.
Jadi tidak hairanlah buah betik ini menjadi kegemaran ramai orang yang ingin mendapatkan manfaat.
Malah ia juga disyorkan oleh DrRizal Abu Bakar sebagai buah-buahan sihat. Pastikan anda amalkan sepotong buah betik dalam menu harian untuk anda dapatkan manfaatnya.
Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.
Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.
Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.
Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.
4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.
Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.
5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids
Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.
6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E. Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).
Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik. Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh.
Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti
#DrRizal
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Running form setiap orang mungkin berbeza. Ia sangat penting bagi mengelak kecederaan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Jadi sebenarnya ramai orang tidak tahu apakah running form yang betul ketika melakukan larian. Jika anda melakukan larian dengan running form yang salah anda mungkin berdepan beberapa masalah seperti kecederaan shin splints, masalah kecederaan lutut, bahagian atas pinggul.
KEPENTINGAN MEMPUNYAI RUNNING FORM YANG BETUL
mengurangkan risiko kecederaan kecil dan juga kecederaan serius
memperbaiki postur badan agar larian lebih berkualiti dan prestasi menjadi lebih baik
Kesalahan biasa ialah meletakkan beban di bawah lower body. Ini kerana bila beban terkumpul berat akan lebih dirasai dan mengakibatkan kecederaan.
Untuk melakukan larian yang betul kita perlu mendapatkan heel strike dengan betul. Pastikan kaki anda melangkah dan mendarat dengan betul untuk elak kecederaan.
Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut tip mendapatkan running form yang baik ikuti video perkongsian dari Coach Akashah Izahar, jurulatih Garming Runinng Club Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.