
Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kematian mengejut akibat serangan penyakit jantung.Perkara ini boleh terjadi pada keluarga terdekat, sahabat handai mahupun diri sendiri.
Penyakit jantung ini ibarat pembunuh dalam senyap yang boleh membawa kematian pada bila-bila masa tanpa kita jangka. Ia berpunca daripada kadar kolestrol yang tinggi didalam tubuh serta boleh memberi kesan negatif pada kesihatan seperti sakit jantung, stoke,Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk), tekanan darah tinggi serta penyempitan pembuluh darah dan sebagainya.
Oleh itu, mencegah lebih baik daripada merawati. Amalkan campuran jus halia ini demi kesihatan jantung anda.Jus ini dipercayai mampu menyingkirkan kolestrol dalam masa yang singkat.

Bahan-Bahan:
500g Bawang Putih
500g Halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu
Cara Membuat:
Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.
Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan, renihkan dalam 30 minit.
Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.
Semoga bermanfaat, bersama-sama kita menjaga kesihatan jantung kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerja Duduk Berjam-jam Di Pejabat? Ini Risiko Kesihatan Yang Perlu Anda Elak!

Ramai antara kita menganggap duduk lama, sama ada di pejabat atau di rumah sambil menonton TV, adalah perkara biasa dan tidak berbahaya.
Malah, ia mungkin terasa seperti satu bentuk “rehat” yang layak kita dapat selepas seharian penat bekerja.
Tetapi hakikatnya, tabiat ini perlahan-lahan merosakkan tubuh anda.
Pakar kesihatan kini menggelarnya sebagai “Merokok Zaman Moden” kerana kesannya yang serius terhadap kesihatan, walaupun tidak nampak serta-merta.

Kenapa Duduk Lama Berbahaya?
Tubuh manusia diciptakan untuk bergerak. Bila kita duduk terlalu lama lebih daripada 6 jam sehari aliran darah menjadi perlahan, metabolisme merosot, dan otot mula melemah.
Keadaan ini membuka pintu kepada pelbagai masalah kesihatan yang mungkin anda tidak sedar sedang berlaku.
4 Risiko Utama Tabiat Duduk Lama
Risiko Penyakit Jantung & Diabetes
Bila anda duduk berjam-jam, kadar pembakaran kalori menurun.
Tubuh menjadi kurang cekap memproses gula dan lemak, menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.
Dalam jangka panjang, ini meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
Otot & Tulang Semakin Lemah
Bahagian otot kaki, pinggul, dan perut memerlukan pergerakan untuk kekal kuat.
Apabila anda duduk lama tanpa bergerak, otot ini mula mengecil dan tulang kehilangan ketumpatannya.
Postur badan akan terjejas, dan anda berisiko mengalami sakit belakang kronik.

Berat Badan Bertambah Tanpa Disedari
Aktiviti fizikal yang rendah bermakna kalori yang dibakar sangat sedikit.
Lemak lebih mudah terkumpul, terutamanya di bahagian perut.
Ini bukan sahaja memberi kesan pada penampilan, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit metabolik.
Meningkatkan Risiko Kanser
Beberapa kajian mendapati kaitan antara gaya hidup sedentari dengan peningkatan risiko kanser, termasuk kanser usus besar, payudara, dan paru-paru.
Walaupun penyelidikan masih dijalankan, bukti yang ada sudah cukup untuk memberi amaran bahawa duduk lama memang tidak selamat.
Bagaimana Cara Mengurangkannya?
Berita baiknya, anda tidak perlu melakukan senaman berat untuk mengurangkan risiko ini.
Perubahan kecil dalam rutin harian sudah cukup membantu, antaranya:
- Bangun setiap 30–45 minit untuk berdiri atau berjalan sekejap.
- Lakukan regangan ringkas untuk melancarkan aliran darah.
- Gunakan meja berdiri (standing desk) jika bekerja di komputer.
- Gunakan tangga berbanding lif bila ada peluang.

BACA LAGI : Bukan Sekadar Minum Kopi Kafe Ini Ajak Pelanggan ‘Reset’ Minda Dengan Brisk Walk
Duduk lama mungkin terasa selesa, tetapi kesannya pada kesihatan tidak boleh diambil ringan.
Dengan langkah mudah seperti bangun dan bergerak secara berkala, anda boleh melindungi diri daripada pelbagai masalah kesihatan jangka panjang.
Kesihatan anda adalah pelaburan jangan biarkan kerusi menjadi punca yang merugikan anda. Bangun sekarang dan mulakan pergerakan!
Sumber : Facebook Masdi Hazli
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
3 Headphone Tanpa Wayar Stailo, Sesuai Untuk Bersenam Selepas Raya

Paling tidak selesa sewaktu bersenam mahupun jalani aktiviti di gimnasium apabila terkena wayar-wayar berselirat di bahagian kepala. Jadi kali ini Jabra Malaysia telah mengumumkan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar terhebat! Kini anda akan lebih stailo dan selesa di gimnasium.

Elite 45e
Direka untuk pengalaman suara dan muzik terbaik. Elite 45e adalah untuk pengguna yang mahukan gabungan pengalaman suara dan muzik yang terbaik pada headset dengan reka bentuk yang tidak menonjol dan padanan yang baik. Headset neckband lembut (dengan memory wire) ini mempunyai faktor rupa bentuk yang ringan dan penyelesaian mikrofon kotak yang unik yang membawakan komunikasi suara yang paling jelas pada mana-mana headphone stereo wayarles.

Elite 65e
Dihasilkan untuk membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya. Elite 65e memberikan dua peringkat pembatalan bunyi termasuklah penyelesaian utama oleh Jabra iaitu Active Noise Cancellation (ANC) menerusi 2 mikrofon dalam setiap earbud untuk membawakan pembatalan bunyi yang memenuhi standard dagangan. Ia juga membawakan kualiti perbualan yang luar biasa dengan teknologi tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi – untuk memastikan suara anda disampaikan dengan begitu jelas sekali.

Elite Active 65t
Direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Jabra Elite Active 65t adalah untuk mereka yang menginginkan ciri-ciri Elite 65t, tetapi boleh menggunakan earbuds tersebut dalam persekitaran sukan atau ketika menjalani latihan. Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Dengan Elite Active 65t, pengguna dapat mendengar muzik selama lima jam dengan sekali cas dan ia disertakan dua pengecas tambahan pada cradle.

Ciri-ciri utama rangkaian Elite
- Pengalaman suara yang terbaik: teknologi mikrofon unik yang termaju dalam pasaran memastikan panggilan dan interaksi suara yang terbaik di pasaran. Ini ditambah pula dengan sokongan bagi semua pembantu maya yang utama termasuklah integrasi yang baru dengan Amazon Alexa-on-the-go.
- Pengalaman muzik tersendiri: pengguna boleh menyesuaikan bunyi mengikut pilihan mereka dengan app Jabra Sound
- Kepelbagaian pilihan gaya pemakaian: wayarles sebenar, neckband, neckband lembut, headband – yang sentiasa membawakan suara, muzik dan panggilan yang terbaik
- Ketahanan yang tiada bandingannya: waranti dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk**, waranti dua tahun bagi varian Active & Sport terhadap peluh dan habuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
‘Brisk Walking’ Senaman Ringkas Cepat Bakar Kalori, Ini 5 Kebaikan Lain!

Berjalan dengan pantas atau lebih dikenali sebagai ‘Brisk Walking’ memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan lelaki. Walaupun aktivitinya mudah dan ringan kerana hanya berjalan, namun banyak manfaat kesihatan yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini.
Merujuk Healthline, ini 5 kebaikan aktiviti berjalan cergas buat kesihatan kita:
‘Brisk Walking’ Senaman Ringkas Cepat Bakar Kalori, Ini 5 Kebaikan Lain!

Mengurangkan berat badan
Dengan berjalan cergas, anda dapat mengurangkan berat badan berlebihan pada tubuh. Aktiviti ini membantu anda membakar kalori tetapi bukan itu sahaja.
Pengurangan kalori juga boleh menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Melalui aktiviti berjalan cergas dan senaman lain, anda boleh mengekalkan otot pejal ketika berat badan semakin menurun.
Berjalan cergas juga merupakan aktiviti senaman aerobik yang boleh membantu mengurangkan lemak perut. Menurut Healthline, bukan sahaja lemak bawah kulit (subkutaneus) yang dapat dikurangkan, malah juga lemak tersembunyi dalam abdomen (visera).
Malah, senaman seperti berjalan cergas juga didapati meningkatkan kesihatan mental dengan cara menaikkan mood. Ini juga membuatkan anda lebih konsisten berjalan seterusnya membantu menurunkan berat badan dengan lebih baik.
Menambah baik kesihatan mental
Aktiviti berjalan cergas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah mental.
Kajian mendapati, senaman seperti jalan cergas boleh meningkatkan keyakinan diri, membaiki tidur, membina kekuatan otak dan pelbagai lagi manfaat lain.

Membakar kalori
Aktiviti senaman seperti berjalan cergas memang diketahui boleh membantu tubuh membakar kalori. Namun, bukan semua orang dapat membakar kalori pada kadar yang sama melalui senaman sebegini.
Kadar pembakaran kalori setiap orang berbeza mengikut berat badan, umur, jantina, jumlah otot pejal, intensiti senaman dan tempoh senaman. Untuk membakar kalori yang lebih banyak, anda perlu berjalan dengan lebih pantas dan lebih lama.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah kalori yang dibakar berdasarkan berat badan dan kelajuan berjalan jika anda berjalan selama satu jam.
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Ada kajian mendapati, berjalan cergas sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Malah, senaman kardio yang berterusan juga membantu menurunkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) – yang turut dikenali sebagai kolesterol jahat – dalam darah.

Merendahkan kadar gula dalam darah
Dengan berjalan cergas, anda juga boleh meningkatkan kepekaan insulin. Kepekaan insulin membantu sel dalam otot menggunakan insulin untuk menyerap glukos menjadi tenaga, baik sebelum atau selepas senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

