Apabila perut tengah meragam, kesakitan yang dialami pastinya membuatkan anda rasa tidak selesa.

Menerusi entri ini, Maskulin ini berkongsi 14 bahan yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan kesakitan :

1. Halia

Semua orang sedia tahu bahawa halia merupakan ejen pembuangan angin yang berkesan. Sifat halia yang panas menekan angin yang terperangkap di dalam perut untuk keluar, baik dengan bersendawa atau melalui kentut. Angin yang terperangkap ini wujud akibat sifat makan secara berlebihan atau tidak terkawal.

Jadi, jika anda mendapati perut anda terasa berangin dan kembung selepas anda mengunjungi rumah terbuka rakan anda, cepat-cepat buat teh halia supaya angin yang mula bertukar menjadi ribut dalam perut dapat dikeluarkan segera.

2. Teh herba chamomile

Teh herba kamomil sudah lama digunakan sebagai bahan pelega untuk sakit perut. ini kerana sifat kamomil yang sejuk dan beralkali dapat mengawal kadar keasidan dalam perut yang melampau dan menyebabkan kesakitan. Seperti halia, kamomil bukan sahaja enak diminum dalam campuran teh.

3. Serbuk penaik

Jika anda seorang yang tidak kisahkan rasa yang kurang enak demi mendapatkan kelegaan pantas, bahan inilah yang paling sesuai untuk anda. Serbuk penaik atau soda bikarbonat mempunyai sifat yang sama seperti antasid. Serbuk penaik boleh dilarut dalam air untuk membantu anda menurunkan kadar keasidan dalam perut dan mengelakkan anda mengalami rasa pedih ulu hati.

Jika anda rasa larutan soda bikarbonat ini sangat tidak sedap, tambahkan sedikit jus lemon untuk membantu anda menelan larutan tersebut.

4. Jintan hitam

Minyak dari jintan hitam boleh mengurangkan masalah angin dalam perut dan rasa loya. Ada beberapa cara untuk anda makan jintan hitam sebagai bahan pelega perut anda. Anda boleh:

  • Telan jintan hitam
  • Hancurkan jintan hitam dan buat teh
  • Kunyah jintan hitam itu terus

5. Cuka epal

Cuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid tinggi dalam perut yang menyebabkan perut anda berasa kurang selesa. Cara untuk makan cuka sider ini mudah sahaja. Hanya perlu:

  • Masukkan satu sudu besar cuka sider epal ke dalam secawan air.
  • Tambah satu sudu besar madu.
  • Minum air ini 2-3 kali sehari untuk kelegaan segera.

6. Daun jambu batu

Daun jambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan sakit perut. Caranya:

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.

2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.

3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

7. Akar bunga matahari

Akar bunga matahari juga boleh menghilangkan sakit perut dengan cepat. Caranya keringkan akar bunag matahari. Ambil sedikit akar bunga matahari kering dan masukkan ke dalam segelas air panas seperti membancuh teh. Minum apabila air tadi suam.

8. Daun cermai

Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun cermai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.

9. Bawang merah

Petua lain untuk menghilangkan sakit perut ialah dengan menggunakan bawang merah. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri. Rasa sakit perut akan hilang.

10. Buah Kapulaga

Buah kapulaga bukan sahaja sedap dimakan malah boleh membantu menghilangkan sakit perut. Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebus kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, buahnya dimakan.

11. Petua menghilangkan senggugut

Sekiranya anda sakit perut disebabkan oleh senggugut, anda boleh amalkan petua berikut:

  • Banyakkan senaman terutamanya sebelum datang haid
  • Elak terlalu stress
  • Makan suplemen yang kaya dengan vitamin E, asid Omega 3, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium
  • Ambil suplemen herba seperti Fennel yang boleh mengatasi masalah cramp sewaktu period

12. Petua menghilangkan sakit perut akibat stomach flu

Antara simptom anda terkena ‘stomach flu’ adalah sakit perut yang disertai dengan mual, muntah, cirit-birit dan demam. Sekiranya anda terkena stomach flu:

  • Banyakkan minum air terutamanya air pembekal tenaga untuk mengelakkan dehidrasi
  • Makan makanan yang mudah hadam seperti biskut, roti bakar, pisang dan nasi
  • Elak makan makanan pedas dan berlemak, produk tenusu dan mengandungi kafein
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Basuh tangan dengan kerap sebelum memegang benda dalam rumah untuk elakkan berjangkit

13. Petua menghilangkan sakit perut akibat sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan anda sakit perut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh sembelit, amalkan:

  • Masukkan banyak fiber dalam diet seharian
  • Minum air dengan banyak
  • Banyakkan senaman
  • Ambil suplemen herba seperti Flaxseed untuk mengurangkan sembelit

14. Petua menghilangkan sakit perut akibat kembung

Angin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh kembung, amalkan:

  • Minum banyak air kosong
  • Kurangkan minum air gas dan minuman manis
  • Elak makan sayur-sayuran yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis
  • Kurangkan makan makanan tinggi lemak
  • Makan perlahan-lahan untuk mengelakkan angin masuk dalam badan
  • Kurangkan minum susu atau produk tenusu jika badan anda lactose intolerant
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI