Macam-macam sebab bayi menangis. Perut kembung, rasa tak selesa selepas buang air dan berbagai lagi.
Untuk isteri, cara paling cepat ialah dengan bagi susu original. Oklah tu. Sekurang-kurangya ada susu original nak diberi. Kalu untuk suami, apa yang harus dilakukan? Mesti panik bila anak menangis, isteri pula tiada di rumah.
Dr. Robert C Hamilton dari California berkata dia telah menemui satu teknik memegang bayi yang boleh membuatkan mereka berhenti menangis. Menurutnya, teknik yang dipanggil ‘The Hold’ itu belum pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis. Dr Hamilton merupakan Pediatrik (pakar kanak-kanak), dengan lebih 30 tahun pengalaman. Dia telah share teknik tersebut di laman youtube dan sudah memperoleh lebih sejuta penonton.
Mudah je tekniknya. Menurut Dr Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan ke bawah kerana sesuai dengan badan mereka yang masih ringan, mudah untuk ibu bapa melakukannya.
Ads
Para daddy nak cuba? Ikut cara di bawah ini.
1. Pusing/terbalikkan bayi anda seperti posisi meniarap
Ads
2. Lipatkan kedua-dua tangan bayi dengan tangan anda
3. Tampung punggung bayi dengan tangan kanan anda
Ads
4. Seterusnya, dodoi bayi anda secara perlahan pada sudut 45 darjah, sambil menyokong bahagian dagu bagi dengan tangan anda.
Kalau masih kurang konfiden, korang boleh tengok video oleh Dr Hamilton ini. Suami dan isteri boleh cuba. Bukan hanya suami saja. Takkan si isteri nak bagi nenen saja kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.
Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.
Jenis-jenis
1.Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.
Pembesaran kelenjar prostat
Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat ( Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH ). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.
Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.
Barah pundi kencing
Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.
Kencing manis ( diabetes )
Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.
Hadkan air minuman dalam sehari
Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.
Elakkan minuman keras
Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil ( diuretik ). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.
Elak pengambilan kopi
Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.
Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah ( asidik ).
Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.
Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik
Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.
Amalkan yogurt atau minuman yogurt
Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik
( lactobaccilus acidophilus ) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.
Amal teknik buang air kecil dua kali
Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘ double voiding’.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila melibatkan penyediaan makanan yang cepat, tiada yang boleh menandingi makanan sejuk beku. Ia tersimpan baik dalam peti sejuk anda, tahan lama dan sangat mudah untuk disediakan. Menyimpan makanan sejuk beku juga adalah cara terbaik untuk menjimatkan wang berbanding membeli yang sudah siap. Selain itu, anda juga boleh membekukan makanan segar yang mudah rosak supaya ia tahan lebih lama dan sebagai langkah mengurangkan pembaziran.
Adakah makanan sejuk beku selamat?
Tindakan pembekuan tidak menjadikan makanan sihat atau tidak. Ia sangat bergantung kepada kandungan pemakanan makanan yang dibekukan. Buah-buahan dan sayur-sayuran beku boleh menjadi sangat sihat, tetapi pizza beku, makanan ringan dan hidangan pembuka lain boleh menjadi tidak sihat. Jika makanan anda berkhasiat sebelum ia beku, ia masih akan baik untuk anda selepas itu.
Adakah pembekuan mengubah nilai nutrisi makanan?
Pembekuan tidak menjejaskan kiraan kalori, kandungan serat, atau jumlah mineral. Ia boleh membuat perbezaan dengan beberapa vitamin, seperti folat dan vitamin C. Tetapi, kebanyakan nilai pemakanan akan dikekalkan selepas pembekuan.
Pembekuan tidak mengubah jumlah lemak, protein, karbohidrat atau gula. Kandungan cecair boleh berubah, yang jelas apabila anda mencairkan makanan anda. Anda mungkin melihat cecair apabila air mengalir keluar.
5 sebab perlu makan makanan sejuk beku
Makanan yang diproses penuh dengan garam untuk mengekalkannya lebih lama dan rasa yang lebih baik. Sudah pasti rasa makanan yang diproses tidak begitu enak kerana hanya garam yang merangsang selera anda. Garam juga termasuk dalam makanan yang diproses untuk meningkatkan warna dan membantu mengikat bahan-bahan. Sebaliknya, makanan beku tidak memerlukan pengawet dan ia hanya terus dibekukan sehingga anda ingin memakannya.
Hanya kerana anda membeli buah dan sayuran tidak bermakna ia segar. Banyak sayur-sayuran pasaraya disimpan selama berminggu-minggu, dan dengan penyelidikan yang menyatakan hubungan jelas antara penyimpanan dan kehilangan vitamin, anda mungkin kehilangannya. Sebaliknya, sayur-sayuran sejuk beku dapat dipilih, dibasuh dan dicelup dalam jam untuk mengekalkan semua kebaikan yang harus anda dapatkan daripada bahan makanan anda.
Menurut kajian, tujuh daripada 10 isi rumah akan sentiasa membuang sehingga 20 item makanan segar atau makanan sejuk ke dalam tong sampah setiap bulan. Bukan sahaja sisa makanan lengkap tetapi ia juga melibatkan nilai kos yang telah anda bazirkan. Makanan beku boleh dianggarkan serta mudah disimpan dan digunakan. Anda hanya perlu memasak bahagian yang diperlukan dan menyimpan yang selebihnya.
Sekiranya rutin harian anda menyebabkan kesukaran dalam penyediaan makanan, terdapat pelbagai makanan sejuk beku yang boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 15 minit. Anda mungkin hanya perlu mengambil masa untuk mengupas dan memotong sayur-sayuran kerana daging beku biasanya dibungkus dalam pek individu dan ia sudah dipotong. Biasanya kaedah memasaknya juga lebih mudah dan cepat.
Menjadi kreatif dengan perancangan makanan anda! Cuba sesuatu yang baru dan tambah sayur-sayuran tambahan bagi hidangan pasta kegemaran anda atau cuba buah-buahan baru bagi oatmeal anda. Anda juga boleh mula memasukkan sayur-sayuran ke dalam sarapan. Ini akan menjadikan makanan anda kelihatan seperti hidangan yang lebih besar dan akan menambahkan lebih banyak nutrisi serta mengawal kalori kawalan.
Apabila Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman gantung ke atas enam tertuduh yang membunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, kisah tragik kematiannya tujuh tahun lalu kembali hangat diperbincangkan.
Antara yang menjadi topik utama ialah berkenaan dua individu yang berikhtiar untuk membantu menyelamatkan Allahyarham di saat rakan seperjuangan lain memilih untuk berdiam diri.
Dua individu itu ialah Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi dan juga Muhammad Akmal Akif Alias.
Pada 22 Mei 2017 sekitar jam 6 petang, Aiman Aufa telah pergi ke bilik bernombor 4-10 asrama penginapan UPNM untuk menemui seorang rakan untuk membincangkan mengenai tugasan kuliah, demikian menurut laporan Astro Awani.
Aiman Aufa yang tidak melihat keberadaan rakannya di bilik itu kemudian memutuskan untuk beredar lalu terlihat Allahyarham yang sedang baring di atas katil di hujung bilik dengan dilitupi kain pelikat dari paras pusat ke lutut.
Kemudian, Aiman Aufa kembali ke biliknya yang bernombor 4-06 dan berbincang dengan rakan sebiliknya Akmal Akif untuk melaporkan perkara itu kepada pihak atasan UPNM.
Memetik laporan Bernama, mereka memutuskan untuk menulis surat layang kerana bimbang identiti mereka dibocorkan dan menerima nasib yang sama seperti Allahyarham.
Mereka menulis dua pucuk surat laying di atas kertas A4 dan menyelitnya di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila jurulatih berkenaan menghantar gambar surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp, sekaligus memaklumkan semua ahli bilik 4-10.
Penyebaran surat itu membuatkan tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal bertindak pantas memindahkan Allahyarham ke bilik 4-06 bagi mengelakkan perlakuannya diketahui.
Selepas itu, Aiman Aufa dan Akmal Akif sekali lagi cuba untuk menghantar sepucuk lagi surat layang yang bertulis “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.
Setelah kematian Allahyarham, Akmal Akif turut menjadi salah seorang daripada 19 penuntut yang ditahan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT), namun dibebaskan daripada pertuduhan selepas dua tahun.
Susulan kes Allahyarham Zulfarhan yang kembali hangat diperkatakan, Aiman Aufa memuat naik sebuah hantaran story di laman Instagramnya mengulas mengenai surat layang tersebut.
Katanya, ini merupakan pertama kali dia melihat semula surat layang yang kira-kira 8 tahun lalu.
“Lepas saya letak itu, tak pernah tengok dah sampai sekarang. Ini tak tahulah macam mana boleh sampai ke umum” tulisnya.
Selain itu, Aiman Aufa yang mendoakan kesejahteraan Allahyarham tidak menolak ketentuan Tuhan walaupun sudah berikhtiar dan berusaha.
Meninjau ke hantaran lain di Instagramnya, dia kini menjalani hidup dengan perkembangan kerjaya yang baik.
Dia yang kini sudah berumahtangga dan membina keluarga sendiri juga dilihat sudah melebarkan sayap kerjaya ketenteraannya hingga ke luar negara.
Beberapa hantarannya turut dibanjiri komen dari warga maya yang menzahirkan penghargaan di atas usahanya berikhtiar bersama Akmal Akif untuk membantu menyelamatkan Allahyarham.
Terdahulu, Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 2017 akibat melecur ditekap seterika wap pada hampir keseluruhan badan termasuk di bahagian kemaluan.
Zulfarhan dibelasah dan didera sedemikian oleh enam rakan seperjuangan iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.