Setelah tujuh tahun perbicaraan berlangsung, semalam rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman gantung ke atas enam tertuduh yang membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Keputusan mahkamah itu membuatkan warga maya mengimbau kembali saat kes ini mula menggemparkan negara pada 2017, yang mana berpunca daripada salah seorang tertuduh mempercayai ramalan seorang ‘pengamal perubatan Islam’ yang menuduh Allahyarham Zulfarhan mencuri komputer ribanya
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tidak bersetuju individu itu dirujuk dengan istilah ‘pengamal perubatan Islam’, sebaliknya lebih sesuai dirujuk sebagai bomoh, dukun, pawang atau sebagainya.
Menerusi hantaran video di laman media sosialnya, Dr Kamilin menegaskan betapa liciknya golongan jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Dr Kamilin tidak menafikan yang golongan jin mungkin mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai perkara ghaib.
“Dalam hadis riwayat Bukhari disebut bahawa jin-jin ini dia suka curi berita daripada langit,” jelasnya.
Setelah mencuri berita, golongan jin akan menyampaikannya kepada pawang atau bomoh yang menggunakan khidmat mereka.
Ads
Namun jelasnya lanjut, Nabi SAW ada mengingatkan yang di sebalik satu kebenaran yang dibawa oleh golongan jin telah ditokok tambah dengan 100 penipuan dan pendustaan.
“Maksudnya jin dan syaitan ini mesti akan cari juga peluang untuk nak sesatkan manusia. Bagi gaduh keluarga ke, bagi jadi buat syirik ke, bagi porak peranda ke. Apa-apa lah, asal bagi dosa besar”.
Manusia Mudah Kalah Pada Emosi
Tambah Dr Kamilin, itu jugalah sebabnya mengapa dosa besar seperti membunuh boleh berlaku disebabkan syaitan tahu kelemahan manusia yang mudah kalah pada emosi.
“Sebab itu Nabi larang kita jumpa bomoh. Pawang ke, dukun ke, tukang ramal ke sama sahaja. Haram dan boleh jatuh syirik,” tegasnya.
Foto: Enam tertuduh dalam kes Allahyarham Zulfarhan Osman.
Memetik hadis riwayat Muslim, ibadah solat seseorang yang menemui tukang ramal dan bertanyakan tentang suatu perkara tidak akan diterima selama 40 hari, demikian kongsi.
Ads
Selain itu, Dr Kamilin memberitahu yang hadis riwayat Ahmad menyebut bahawa sesiapa yang mendatangi tukang ramal dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi SAW.
Oleh itu Dr Kamilin menegur sikap masyarakat yang suka merujuk kepada bomoh untuk mencari barang yang hilang, pesalah atau perkara ghaib lain.
Katanya, sikap demikian adalah kesempatan terbesar bagi golongan jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Maka, Dr Kamilin memberi peringatan kepada masyarakat yang masih mempercayai perkara khurafat dan syirik agar perkukuhkan akidah dan tauhid.
Ads
Terdahulu, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia pada 2017 akibat melecur ditekap seterika wap pada hampir keseluruhan badan termasuk di bahagian kemaluan.
Zulfarhan dibelasah dan didera sedemikian oleh enam rakan seperjuangan iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Bagi yang menghadapi masalah cermin tingkat kereta ‘stuck’ boleh ikuti tips yang diberikan oleh lelaki ini. Memang jimat, hanya beli semburan cermin tingkap dah tak tersangkut.
Kereta dah 10 tahun, cermin tingkap tak boleh turun.
Baru-baru ini kereta Proton Saga BLM yang saya beli 10 tahun lepas mengalami masalah cermin tingkap yang tersangkut. Susah untuk naik atau turunkan cerminnya.
Maklumla kereta dah lama memang patut ada masalah. Saya bawa kereta ke bengkel kereta untuk bertanya tentang masalah cermin tingkap saya ini.
Simptom ini telah lama ditunjukkan tapi saya buat tak tahu sahaja sehingga pada suatu hari tu, cermin sebelah pemandu tersebut telah terkeluar dari “landasan” sepatutnya. Habis terus bengkok tapak landasan cermin tersebut.
Saya nak cakap pun tak berapa paham sangat. Jom tengok je lah gambar.
tapak cermin yang memegang cermin kereta bengkok
Mekanik itu berkata, motor power window ni memang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan bengkok tapak tersebut.
Disarankan untuk tukar baru sebab besi kalau telah mula bengkok, pada masa akan datang boleh bengkok lagi. Sebab besi tu dah lembut.
Walaupun tapak cermin tersebut telah ditukar, cermin tingkap kereta saya di bahagian depan kiri dan kanan masih ada masalah berat untuk turun dan naik.
Guba semburan pelincir
Mekanik kata ini masalah getah pada tingkap saya dah keras dan ketat untuk cermin tersebut bergerak turun dan naik. Mekanik mencadangkan saya cari pelincir cermin untuk menyelesaikan masalah ini.
Boleh cari pelincir ini di kedai aksesori kereta. Memang ada jual pelincir khas untuk getah dan mesra pada getah. Kedai yang saya pergi ni dah habis pula pelincir cermin ni.
Jadi, saya cari pelincir getah tersebut di DIY. Akhirnya jumpa jenama ini. Lihat gambar seperti di bawah:
Alhamdulillah memang berkesan la auto silicon spray ni. Cermin kereta saya tidak stuck lagi. Turun naik dia sangat smooth seperti cermin kereta baru pula. Lancar je..Serius sangat suka.
Label di botol ada tulis “Lubricantes, Cleans, Protects Auto Part”. Sesuai di gunakan untuk joint seperti pintu-pintu, bonet, turun naik tingkap yang perlahan atau stuck, stop kan bunyi bising pada tali kipas kereta, melindungi bateri terminal dan macam-macam lagi kegunaan.
Boleh dikatakan ia serba guna lah.
Yang paling baik sekali ia sesuai dan mesra pada permukaan getah sebab tujuan utama saya beli adalah untuk di gunakan pada getah cermin tingkap.
Saranan penggunaan adalah sembur pada tempat sepatutnya sekali dalam masa 5-6 minggu. Wow!! Anda boleh bayangkan tak?? ini pertama kali saya sembur dalam masa 10 tahun. Patut la boleh stuck cermin kereta saya.
OK saya dah insaf.
Jadi kepada anda di luar sana yang jahil bab-bab kereta seperti saya ni, kalau boleh jangan tunggu cermin itu tersangkut baru nak perbaiki. Elok kita sembur sahaja lubrikan ini seperti saranan.
1. Aku tidak mahu berkahwin! Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!
2. Buat ape aku perlu berkahwin? Aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu sibuk tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.
3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..
4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..
Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.
Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..
Mengapa Perlu Berkahwin?
Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, ‘bercouple’, dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: “Sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Uthman bin Maz’un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta’ala menurunkan firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”(Surah al- Ma’iddah:87)
Saad bin Abi Waqqas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya ‘Uthman bin Maz’un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan ‘Uthman bin Maz’un membujang (tanpa berkahwin), tentulah kita “harus” berkasi.”
(Riwayat Muslim dalam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).
Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai Allah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.
Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan Untuk Melahirkan Keturunan Yang Soleh Dan Berkualiti
Sabda Rasulullah s.a.w yang bererti : “Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.”
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : Kitab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)
Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.
Jiwa Tenang DenganJalan Pernikahan
Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman Allah ta’ala yang bererti :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (Ar Rum :21)
Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan Meluaskan PersaudaraaanDan Membina Prinsip Kerjasama
Sebelum perkahwinan – kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.
Sebelum berkahwin – tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.
Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.
Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
“Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui”. (An Nur : 32)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
10 CARA DAPAT JIMAT DUIT MASA BULAN PUASA. RAYA BOLEH BELI BIRKIN KALAU MAMPU LAH!
RAMADAN ADALAH BULAN PENUH RAHMAT DAN REZEKI. JANGANLAH CEMARKANNYA DENGAN SIFAT TAMAK JUGA BOROS ANDA. JADIKAN BULAN SUCI INI SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK ANDA MENJADI LEBIH BAIK DAN TAHU NILAI LEBIH BERJIMAT CERMAT. INI 10 TIP PATUT CUBA UNTUK ELAK MISKIN DI BULAN PUASA.
1.BERBUKA DEKAT MASJID
Bukan sekadar boleh berjimat. Tetapi lebih afdal dan dapat gandakan pahala. Bagi yang bujang, masa ini boleh gunakan untuk bernetworking dengan ahli-ahli jemaah masjid. Mana tahu ada can dapat jadi mentua.
2) KALAU BERBUKA BERDUA, BELI JE LA KAT BAZAR RAMADAN
Kos masak sendiri dan kos makan zaman sekarang di luar tak jauh beza sangat jika masih berdua.
3) BALIK BERBUKA RUMAH KELUARGA
Ada saudara mara dan sepupu ini dapat berjimat. Makanan lebih enak bila dikongsi bersama.
5) MAKAN FREE BUFFET SYARIKAT!
Kos sangat merepek dan kita tidak mahu membazir, jadi kalau ada peluang syarikat bagi makan dekat hotel masa bulan puasa, pergi, jangan nak bajet kau kaya sangat!
6) MAKANAN MOREH TU SIMPAN BAWA KE SAHUR
Ambil sedikit bekalan untuk dijadikan makanan untuk sahur nanti. Jimat.
7) BELI BARANG MAKANAN SELEPAS BERBUKA
Kalau kita lapar biasanya emosi kita terganggu. Ia menyebabkan kita biasanya terlebih belanja. Membeli-belah masa kenyang terbukti dapat mengawal nafsu belanja.
8) BALIK KAMPUNG AWAL
Elakkan kesesakan trafik yang sememangnya merepek dan stres bila kita duduk kat Malaysia. Kesesakan ini membazir minyak dan masa.
9) BERSEDEKAH DAN BERAMAL JARIAH SEPANJANG BULAN PUASA
Sedekah itu membuka pintu rezeki. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang semua aktiviti kebaikan itu diberi ganjaran berkali ganda daripada bulan-bulan biasa.
12) JANGAN CAMPUR BAJET
Khususkan bajet untuk balik kampung, bagi duit raya, beli baju raya dan sewaktu dengannya. Rancang perbelanjaan kita. Guna teknik sampul surat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.