Selalunya kita akan mengelak untuk memakan manis-manis pada waktu pagi. Namun anda mungkin tidak tahu bahawa makan coklat pada waktu pagi ada kebaikannya. Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate.
Ramai tahu bahawa coklat tidak menyihatkan kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi nilai koko itu sendiri. Anda dapat lihat di dalam coklat jenis coklat susu serta pelbagai lagi produk. Coklat ini banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
Namun, antara sebab ia kurang popular di kalangan penggemar coklat adalah kerana ia lebih mahal daripada yang biasa. Ini kerana pembuatannya tidak mudah kerana pengeluar akan memproses bahan asal coklat iaitu koko dan diadun dengan teliti.
MASKULIN ingin tunjukkan kepada anda apakah kebaikannya kepada kesihatan manusia jika ia diambil ketika sarapan.
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat ini boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
2. Bantu rutin diet
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
Ads
3. Menjaga kesihatan otak
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan risiko strok.
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat ini membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, janga pula anda ambil ringan akan hal ini. Duduk terutamanya dalam keadaan postur yang tidak betul boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Tidak dinafikan ramai dfi antara anda sudah terbiasa dengan meluangkan masa di meja kerja berjam-jam lamanya setiap hari.
MASKULIN yakin, anda sendiri pun sebenarnya mungkin sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuat beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Tak kiralah apa jenis nasi atau roti, kedua-dua menu ini sering dijadikan pilihan rakyat Malaysia ketika sarapan pagi. Bagi yang berdiet pula, sudah tentu anda ingin hindari makanan yang boleh buat badan cepat mengembang.
Namun antara kedua-dua jenis makanan ini, mana satu yang sesuai untuk anda ambil ketika sarapan? Manakah yang lebih mudah buat anda kurus?
Bagi menjawab persoalan ini, baca tulisan Doktor Hafiz Sulaiman di laman Facebooknya, tentang tip mengetahui makanan mana yang lebih mudah buat badan mengembang. Barulah misi anda nak kurangkan berat badan tercapai.
Dua jenis makanan ni menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kalau nak kurus dan sihat tanpa berlapar kita kena lah tau mana yang lebih mudah sebabkan badan kita “mengembang” 😉
1. GULA
Keduanya tinggi karbohidrat. Naikkan paras gula dengan tinggi. Roti dan nasi putih biasanya tergolong dalam indeks glisemik sederhana-tinggi.
2. TAK PADAT NUTRISI
Keduanya tidak mengandungi zat yang tinggi berbanding lauk seperti daging, ikan, sayuran.
3. TENAGA SEGERA
Keduanya memberi tenaga segera namun tidak tahan lama. Mungkin sedikit lama jika ambil roti atau nasi “tak putih”.
4. BINA OTOT LEPAS BERSENAM
Makanan tinggikan gula darah ini bagus diambil untuk kesan anabolik (membina otot) selepas bersenam. Errr… kalau makan tapi tak bersenam, kita boleh agaklah hasilnya. Bina lemak??
5. MAKANAN TINGGI KARBOHIDRAT
Apabila dimakan dengan protein pada waktu pagi meningkatkan penghasilan serotonin iaitu hormon kegembiraan?
1) ZAT / GULA TAMBAHAN?
ROTI + (__________?)
a. Marjerin b. Kaya c. Jem d. Tuna/sardin dalam tin d. Subway
NASI + (__________?)
a. Santan (nasi lemak/dagang) b. Telur c. Ikan/ayam/daging d. Sayur
Jelas kan, roti memang sedap dibakar dan ditambah yang manis dan bahaya tu. Nasi tidak pula dimakan dengan gula asalnya. Bahan sampingannya biasanya jauh lebih sihat?
2) INDEKS GLISEMIK
(Kadar penyerapan gula dalam darah). Okay part ni akan ada ramai nak kata ada pilihan yang lebih sihatlah. Jadi mari kita tengok jenis nasi dan roti yang paling biasa orang makan di kedai.
NASI LEMAK VS ROTI PUTIH
Nasi lemak lebih lambat diserap kerana disalut oleh lemak yang melambatkan penyerapannya. Maka indeks glisemiknya SEDERHANA. Roti putih yang tinggi proses mempunyai indeks glisemik TINGGI. Jika kita tengok point nombor 1, kita akan dapati indeks glisemik akan cenderung tinggi dengan sarapan roti berbanding nasi.
3) KENYANG
Bila makan roti dan tambahan manis-manis waktu pagi, baru pukul 10 dah lapar balik berbanding makan nasi lemak telur dan lauk pauk. Ini berkait dengan penyerapan gula tu. Bila cepat serap, cepatlah habis gula dalam badan. Mulalah kita melilau cari makanan lain tak sampai tengah hari.
4) MAKANAN PROSES
Nasi asalnya bukanlah makanan proses. Pemprosesan biasa seperti memasak tidaklah bahaya. Roti bagaimanapun dihasilkan dengan mengisar halus gandum menghasilkan kanji yang berpotensi cepat diserap seperti gula ringkas. (Ingat kisah oat proses? Hehehe).
Malah ditambah bermacam-macam bahan sebagai pengawet, perisa, kondisioner dan sebagainya. Tak lupa juga untuk bagi kita ketagih lebih sikit, dimasukkan gula HFCS! Cuba kira berapa bahan dalam roti kegemaran rakyat Malaysia. Hampir 20 bahan kan? ? Patutlah OoOo sedap dimakan begitu saja~ ??? dah tweak siap-siap.
5) GLUTEN
Point paling penting ni. Roti gandum punyai gluten penyebab KERADANGAN. Walaupun ada yang kata tak cukup saintifik, cuba try henti makan gluten 2 bulan. Anda akan rasa SUPERB!
Pengalaman saya, bila kurangkan gluten:
– Yang stres nak bunuh diri jadi ceria.
– Yang angin tornado dalam perut dan kembung perut macam buntal jadi angin sepoi-sepoi bahasa je.
– Yang kulit merah menyala gatal jadi malap dan mula padam.
– Yang sakit sendi sana sini jadi lega.
– Yang gemuk obes jadi HAIRAN.
Kenapa berat AUTOMATIK turun ni wehh! ??✌ Serius WOW bestnye. Masha Allah.
Errr, gluten beri kesan pada yang sensitif saja? Benar itu pemahaman sebelumnya dikatakan 6% populasi US alah dan 1% alergi gluten.
Namun kajian diterbitkan pada tahun 2017 oleh Dr Alessio Fasano seorang pakar usus mendapati gluten memberi kesan keradangan usus kepada SEMUA orang. Kajian tidak banyak dan konklusif. Cuma saya secara peribadi sentiasa ambil jalan selamatlah.
Makanlah roti ni dengan berpada-pada dan berwaspada. Dua-dua pun boleh makan tapi amalan pilihan saya jelas bukan? Saya tak pernah kira kalori jadi saya pilih makanan yang lebih fitrah. Amalan nenek moyang kita ?? Kalau nak lagi lagi kurus. Saya SKIP breakfast??? Garis panduan USDA terbaru mengatakan tiada bukti kukuh skip breakfast ini bahaya untuk kesihatan.
Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada ramai yang keliru. SHARE jika bermanfaat kepada keluarga dan rakan sekeliling kita.
Hafiz Sulaiman,
– Pejuang Kesihatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang mengetahui bahawa makan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Bukan hanya itu, makan minyak zaitun juga boleh mencegah kolesterol selain menjadi ramuan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun kaya akan kandungan vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat membantu mengurangi rasa lapar dan keinginan untuk makan banyak, merendahkan lemak dan kolestrol serta membantu mencernakan makanan agar menjadi lebih baik.
Sebelum mengetahui cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan minyak zaitun, ada baiknya anda mengetahui larangan pengambilan minyak zaitun terlebih dahulu iaitu elak mengambil lebih daripada lima sudu. Ini kerana ia boleh menimbulkan reaksi buruk seperti masalah cirit-birit, gula dalam darah menjadi terlalu rendah atau mengundang racun pada tubuh.
Pengambilan satu sudu minyak zaitun sebelum sarapan atau sebelum tidur malam akan membantu otak untuk lebih menghasilkan hormon leptin. Hormon ini akan menstimulasikan tubuh agar anda rasa cepat kenyang. Ketika perut anda kenyang, secara automatiknya anda akan mengurangi pengambilan makanan ketika waktu siang sehinggakan jumlah kalori yang masuk ke tubuh dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dapat meningkat imunisasi tubuh serta mengurangkan masalah kolesterol pada tubuh badan.
Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lemak agar ia mudah untuk diserap oleh tubuh. Memandangkan minyak zaitun mengandungi lemak yang baik untuk tubuh, secara tidak langsung ia menjadi paduan hebat untuk dimakan bagi mengurangkan berat badan.
Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu dan ia dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kolesterol tinggi. Malah anda juga boleh menambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak. Kesemua lemak ini akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan campuran dalam minuman bagi membakar lemak dan melancarkan proses diet anda. Anda boleh cuba mencampurkan satu sudu minyak zaitun bersama madu dan jus lemon ke dalam air suam. Minuman kaya serat ini dapat melancarkan pencernaan sekali gus mengurangi risiko sembelit yang selalunya dihadapi oleh mereka yang sedang berdiet. Amalkan campuran ini setiap pagi.
Selain bagus untuk dimakan, minyak zaitun juga merupakan minyak terbaik untuk urutan dan memanjakan diri kerana ia boleh membakar lemak dari luar. Untuk membuat minyak zaitun sendiri, pembuatannya juga mudah. Anda hanya perlu campurkan setengah cawan minyak zaitun bersama kopi dan perahan limau nipis. Sapukan pada perut atau bahagian tubuh yang berlemak. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.